بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Friday 31 May 2013

Caesar Salad (My style)

Assalamualaikum & good day.
Just viewing my own style of Caesar Salad. I believe there are many way to prepare your Caesar Salad but do follow my style if u are in hurry (lapar kebulur). Enjoy!!!!!


Basically a Caesar salad is a salad of romaine lettuce and croutons dressed with parmesan cheese, lemon juice, olive oil, egg, Worcestershire sauce, garlic, and black pepper. But, as creative as people love to do they variety the taste & look.



Ingredients:
lettuce
olive oil
fresh crushed garlic 
salt to taste
fresh-ground black pepper
lemon juice or lime juice - fresh squeezed
Worcestershire sauce (not this time)
freshly grated Parmesan cheese
freshly prepared croutons

Additional:
Corned chicken
Cherry tomatoes
Cholesterol free butter/margarine 


Methods:
1. Prepare the dressing; Whisk together olive oil+crushed garlic+salt+ground black pepper+lemon juice in a bowl. Put aside.
2. Fry the corned chicken until brown using butter. Slice them nicely.
3. Prepare the croutons (in my case, i just toast them using toaster & coarsely chopped).
4. In a big bowl, put together lettuce+cherry tomatoes+corned chicken.
5. Pour the dressing & toss.
6. Add the croutons & grated Parmesan cheese. Toss.
7. Spread the remaining grated parmesan on top. Ready to serve immediately.

Thursday 30 May 2013

MEE UDANG SUNGAI DUA

Assalamualaikum & good day.
Resepi mee udang yang dicari2 akhirnya ku ketemu jua. Hahaha!!!kami especially daddy mmg pengemar mee udang tegar. Klu balik Kulim pun sibuk cari port mee udang & char kew tiaw power. Biasanya org belah Penang/Kulim etc mmg tau 'Mee Udang Sg Dua'………..Femes sehhhhh!!!! Kami ada la try dulu (tapi mommy suka yg mee udang Sepetang, Perak lagi). Pepepun tak kisah le yg penting sekarang mommy dah tau RAHSIA depa2 dok buat sedap sangat tu. No jampi2@pengasih bagai dikata cuma resepi dibuat dengan penuh kasih sayang ja, chewah!!!!


Mommy guna resepi dari blog K.Azlita yang femes tu. Di tambah dengan gambar2 yg bombastic ala2 photographer majalah gitu, lagi le membuatkan mommy telan air liur.
Alhamdulilah terlaksana misi eksperimen last Friday & dijamu selama hampir seminggu (hahaha!!!!banyak giler dapat kuahnya ikut resepi K.Ita tu). Mommy siap bagi semua anak beranak k.Maria & kakak2 dia yg berdekatan lagi (punya le banyak buat kuah follow resepi ni).

Tapi sangat2 berpuas hati dengan hasil resepi ni. Dulu pernah buat juga mee udang tapi finally this is the one that we looking for selama ini. Big bos pun puas hati, makan menambah2 U. Seronok I tengok tau.

Untuk yg belum pernah try/masak, boleh la cuba, mana tau memikat selera u all plak. Untuk rujukan mommy di masa hadapan, mommy jotdown & adjust sikit je amountnya. TQVM K.Ita & Pn Zaiton atas perkongsian.





Resepi asal : Puan Zaiton (Buku Planta Resepiku Warisanku)

Bahan2:
1 kg mee kuning ~ dicelur
2 tangkai daun bawang ~ di hiris halus
1 biji cili merah ~ dihiris halus
3 keping tauhu ~ digoreng dan dihiris
3 biji telur rebus ~ di belah
3 biji limau nipis ~ di belah
sedikit bawang goreng


Bahan Kuah
3 ulas bawang merah ~ dikisar 
8 ulas bawang putih ~ dikisar
1 inci halia ~ dikisar
3 batang serai ~ dikisar
2 sudu besar cili kisar atau cili boh
200 gm udang kering ~ kisar
2 kg keledek ~ direbus dan di lenyek halus (kena reduce to 1/2 kg je)
1/2 kg kentang ~ direbus dan dilenyek halus
2 biji telur ayam
Paste tomyam ~ 2 kiub tomyam
Perencah sup tulang ~ 1 sudu besar
Udang galah ~ dalam 10-12 ekor
Garam dan gula secukup selera
Air

Caranya:
1. Panaskan minyak dalam periuk. 
2. Tumiskan bawang hingga naik bau.
3. Masukkan semua bahan yang di kisar dan masak hingga garing.
4. Bila terbit minyak masukkan cili dan tumis lagi hingga garing.
5. Masukkan udang kering masak lagi selama 2 minit.
6. Kemudian masukkan keledek dan kentang lenyek tadi.
7. Tambahkan sedikit air jikalau kuah agak pekat (mommy guna dalam 1liter air).
8. Masukkan telur ayam, paste tomyam, perencah sup tulang dan kacau hingga sebati.
9. Masukkan garam dan gula mengikut selera.
10. Bila kuah telah mendidih barulah masukkan udang.
11. Masak lagi hingga udang di masak dengan sempurna.
12. Angkat dan hidangkan bersama bahan-bahan yang di makan bersama.

Wednesday 29 May 2013

KEBESARAN ALLAH - PELANGI PENUH (FULL RAINBOW)

Kat bawah ni mommy sempat snap fenomena petang semalam around 6++pm @area rumah kami di Kg Danau, Brunei Darussalam. Mommy captured guna iphone mode panorama.

Mommy perasan last week & this week kerap sangat2 si pelangi nan indah ni muncul. Hampir setiap petang (mommy perasan sgt sebab otw balik dr amik daddy sure nampak). 

Cuma yg berlaku petang semalam cukup istimewa sebabnya ia PENUH & bila kami lihat dari backyard kami seolah2 berada betul2 di atas bumbung rumah kami. SUBHANALLAH!!!!! Hebatnya ciptaan ALLAH. Cantik sangat.

Btw mommy curious juga ni, pelangi ni berkembar juga ke @ mmg pelangi ni ada biasan cahaya (adusss, naya kena study semula fenomena alam yg hebat ni). Ada sapa2 blh tolong explain?


Cards from 3A

Assalamualaikum & good day.
Harini mommy bagi laluan kepada kenangan utk diri sendiri & anak2. Mujur sangat2 ada hati nak berblogging since 2 tahun lepas, atleast dpt le simpan kenangan mcm ni secara maya disamping simpan yg real (kdg2 yg real ni hilang mcm tu je). 
14 April 2013 was my 37th birthday (mcm banyak dah angka tu kan. Itu pasai xdak lilin). 

Alhamdulilah syukur diberi kesempatan oleh ALLAH untuk menikmati hari2 dengan tenang bersama anak2 & suami. Tak sabar nak balik kg jumpa 'mok' (semoga ALLAH bagi kesihatan yg baik & panjangkan umur mok, amin3x Ya Rabb). Harap2 cuti daddy dpt approve raya ni, InshaALLAH.

Okey ini semua kad2 birthday yg diberi oleh 3A, sebelah kiri sekali oleh Arfa, tengah oleh Anis & kanan oleh Ahdia (daddy tak bagi kad tapi bagi kiss air liur basi pepagi buta.heheh). Dorg peram kad ni lebih sebulan sampaikan bunga fresh yg Ahdia petik on my birthday date tu dah layu kering. Punya la nak jugak tg mommy buat kek. 

Kalau tgk dr kad mereka ni, mmg sah la anak lelaki ni 'kurang rajin' bila they grow up. Arfa dulu2 mmg details buat ucapan (mcm ala2 kad Anis tu) tapi bila dah makin besar ni..emmph. Dah le tak siap (sebulan tu peram), sempoi gila plak tu wish. Ahdia plak menjadikan kakak sebagai guidance dia. Tiru design kakak. Okey la tu. 

Overall mommy sukaaaaaa sangat kad dr kakak. Siap ada kipas & layers of love shape (love shape tu dia tam pal tau 2 lapis).
Okey, abis kenangan birthday mommy. Hadiah?????





Monday 27 May 2013

Miri Crocodile Farm cum Mini Zoo

 Assalamualaikum & good day.
As promised mommy nak bawa u all g tgk ' Bujang Senang' @Miri. Kami pergi last Sunday, 19/5/2013. Bertolak dari rumah dah around 10++am. It takes almost 2 hours driving from Kg, Danau, Brunei to this place, Miri Crocodile Farm & Mini Zoo. Terletak di Kuala Baram iaitu 24km dari bandaraya Miri, Sarawak. 


Fyi, dah lama we alert about this place tapi tak terasa nak pergi sangat sebab ingatkan ada Si Bujang Senang aja kat sini (eeei, geli & gerun la mommy nak tgk dia).  Sampai le mommy come across ada seorang blogger tu pergi melawat ke sini & she did mention about others animals. 


Oh!!!barule mommy mentioned kat daddy rupa-rupanya ada la jugak binatang lain mcm mini zoo gitu. Bila dengar my explanation, daddy pun agreed nak bawak kami semua ke sana. As usual, Arfa le yg paling excited kalau tempat2 mcm ni. We supposed to visit last month but due to time constraint, 19/5/2013 baru2 ni baru le sampai. Seronok le sangat 3A nak g melawat zoo.


Sampai2 aje terus nampak tempat horse riding, tapi kami terus aje proceed ke dalam zoo (tak sabar nak jumpa Bujang Senang). Sebelum lupa, utk yg nak pergi berikut bayaran tiket & masa operasi;
Waktu operasi: 9am -6pm (everyday)
Tiket: Adult (Malaysian) RM16
Child (Malaysian) RM8

1st sekali after the entrance ada galeri jualan barang2 dari kulit buaya & ada juga di pamerkan rangka & anggota badan buaya yang telah diawet. Oh!!!mcmana mommy nak tgk yg life ni, tgk yg dah mampuih pun seriau dah bulu roma. Serius, dalam hati mmg berdebar2 & seriau tapi tak cakap je sbb takut 3A pun takut & yg paling tak suka kena kutuk dek daddy. So, mommy ala2 selamba je jalan (jalan last sekali plak tu sbb apa2 info dpt dari 3A dulu, hehe). Bila dorg jalan ke depan, jap2 jerit "mommy, buaya"."mommy, crocodile"."mommy, tgk ni".."eeei, besar"..huhuhu!!!!mahu gugur jantung dengar.


Buaya pertama yang kami tengok (selain yg mampuih tule) was Albino Crocodile. Dia sekor2 dok dalam kandang (mcm tembok batu gitu). Ingatkan putih melepak kan dah Albino tapi xde le melepak cuma putih le compare dgn species biasa yg lain (gambar ke-3 dari atas yg ada gambar Arfa dgn tengkorak buaya putih tu. Yang Si Albino tu hujung atas belah kanan). 

Sepanjang 22 ekar kawasan taman ini mmg dipenuhi sangkar2 buaya yg pelbagai di samping mini zoo & kandang2 haiwan yang lain. Dianggarkan sebanyak 1000 ekor buaya terdapat di sini (mak aihhhh, banyak rupanya. Eeeiiii, ngeri lagi ni). Kalau u all tgk gambar ke-4 dari atas, tempat tu actually mcm menara tinjau untuk pegunjung melihat secara lebih dekat habitat buaya2 ni. Memang bagi mommy dekat le sesangat sampaikan boleh nampak giginya yg kemerahan oleh darah2 mangsa yg dingap. Masa ni Arfa & Anis mmg selamba je berlari ke sana sini atas menara tu sambil dok cari buaya mana yg bergerak & mengeluarkan bunyi tapi  Ahdia takut betul dia dengar buaya2 tu dok berdengus & melibaskan ekor mereka. Selalunya dia tak kisah berjalan atas titi @ jambatan kayu tapi this time dia pegang kuat kaki mommy. TAKUT!!!!!

U al tgk up close tau gambar2 buaya yg mommy upload ni walaupun collage images (byk sgt kalau nak post satu2), betapa besarnya mereka2 ini dibela & dijaga dengan penuh ekslusif.

Okey, selain buaya ada juga haiwan2 eksotik spt Southern Cassowary, Phython, Binturong, Sun Bears, Gibbon, Porcupines, a band of cheerful Monkeys, Anak Buaya and the like. Pengunjung boleh bermesra & memberi makan haiwan2 tersebut dgn pisang @ makanan khas (kena beli RM1/sebungkus). Untuk memberi makan buaya pula kena beli makanannya RM10 (rasanya dorg bg makan ayam @ daging kot sebab kami tak beri makan pun bujang senang ni walau Arfa dok memujuk). Mommy bukan apa, seriau sebab kena bagi dgn kayu mcm btg pancing tu (takut disentap dgn kita2 sekali dia ngap, nauzubillah).


Secara keseluruhan, mommy rasa ok la tempat ni especially utk penduduk sekitar & pelancong dari luar. Tempatnya diselenggara dengan elok & bersih (cuma banyak nyamuk, mungkin sebab byk lopak2 air utk Bujang Senang berendam & juga kolam2 ikan). Bayarannya bagi kami agak mahal tapi untuk pendidikan & pendedahan anak2 kiranya boleh la since tiada tempat lain yg berdekatan boleh memberikan pengalaman secara 'life' sebegini.


Sapa2 yg disekitar Brunei, Sarawak & Sabah should go to this place. Have Fun !!!


Saturday 25 May 2013

Bebola Roti Goreng

Assalamualaikum & good day.
Resepi untuk menyelamatkan hayat roti yang tidak laku. Sebelum berkulat & dimakan Cik Tong yg comel baik kita make over dia dulu. Melepas le Cik Tong comel dari ngap roti kita gitu. Jumpa resepi ringkas ni kat blog ABM & terus simpan kat draf sebab mmg tahu sooner @ later sure akan try resepi penyelamat ni. 



So, sapa2 yang ada stok roti yg hampir expired tu cepat2 tiru mcm mommy. Boleh modify sesuka hati sebab kita make over, kita sendiri yg akan ngap nanti. 



Happy school holiday guys!!!! Kami kat Brunei blm start cuti sekolah. Esok mommy nak bawak berkenalan dgn 'Bujang Senang'. Jgn miss ye!!!!!

Sumber: ABM

BAHAN BAHAN:
12 keping roti (plain white bread) - potong kecil
2 biji telur - saiz besar
3 biji cili merah - dihiris
sedikit daun sup/bawang - dipotong pendek
1 biji bawang besar - kalau dah pakai daun bawang guna 1/2 je
2 sudu teh serbuk lada putih
garam secukup rasa
1/2 kiub perasa ikan bilis/perasa ayam
3 sudu besar mayonis - mommy tak letak
2 keping fishcake (dihiris kecil) -mommy tak letak
Minyak untuk mengoreng

CARA CARA:
1. Masukkan roti ke dalam mangkuk besar dan masukkan telur ke dalamnya.
2. Kemudian, masukkan kesemua bahan kecuali minyak ke dalam mangkuk. Ramas2kan sehingga sebati.
3. Bulat2 kan roti sehingga siap. Jangan terlalu besar pula ye. Agak2 lah saiznya.
4. Goreng dalam minyak penuh sehingga keemasan. Toskan dan siap dihidang.

p/s: rasanya kalau letak isi udang pun sedap ni.

Friday 24 May 2013

Pasar Malam @Waterfront Tutong

Assalamualaikum & good day.
Harini kita lepak2 jelah dgn 4A+R. Kami bawa pergi pasar malam yg baru di upgrade sekitar Tutong Waterfront ni. Heheh!!!!bear in mind guys Brunei ni no night life mcm @Malaysia tau. So, dapat lepak2 sambil makan2 dgn beloved family kat open air mcm ni kira happening la jugak. 

Ni gambar mommy snap waktu siang nak bagi u all clear picture mcm keadaan tempat ni. Bahagian bawah org berniaga, rooftop tu tempat makan di samping bahagian belakang gerai ada juga tempat makan.
Actually pasar malam ni dah lama ada tapi di naik taraf (dorg buat tempat makan @rooftop) & officially buka semula dlm awal bulan May baru2 ni. Kiranya kami pun rasmi tempat baru le jugak. 

Ohw!!!btw kalau kita bercakap tentang 'Pasar Malam' mesti semua bayangkan suasana deretan gerai2 sementara sepanjang jalan & keadaan hiruk pikuk peniaga juga pembeli (huhu!!!rindunye suasana tu). Tapi tidak di Brunei ni, kalau istilah pasar malam tu maksudnya peniaga kecil yang berniaga makanan di tamu/gerai yang disediakan pihak kerajaan secara tetap (operasinya juga tetap setiap malam berbeza dgn pasar malam di Malaysia yang di ubah2 tempatnya). 

Heheh!!!!pastu kan redha jelah, makanan bukannya banyak sampai rambang mata mcm kita @Malaysia tau. Balik2 nasi katok, soto & kepak ayam bakar. Cuma adala juga kat sini spagetti, rojak buah, bakso, nasi campur, mee goreng, burger, kebab etc……. Kira boleh la sekali sekala layan.


So malam tu Anis & Ahdia layan spagetti. Daddy & Arfa layan nasi ayam manakala mommy layan soto mee. Lepas hadap sorang satu terasa tak cukup, turun lagi beli burger utk Arfa, kepak ayam & fried ball (yg ni menarik, mommy rasa nak try le sendiri buat).

Errrkkk!!!Alhamdulilah, dalam2 dok complaint banyak tu kenyang juga rezeki ALLAH bagi. Pas makan, sempat lagi tu buat mcm rumah sendiri, LEPAK…………………. 

Cuba u all tgk kerusi & payung tu, cantik kan. Yang ni le mommy berkenan nak letak kat rumah kami nanti (hahaha!!!!koyar jap). Masa dok sembang2 kosong tu kan, daddy cakap "emmm, kalau @Malaysia tak lama ni 'ghaib' benda ni. Heheh!!!teruk benor org Malaysia kan pantang nampak benda cantik. Marah dengar statement ni tapi ada betul jugak kan? 

 Btw lupa nak bgt, tempat ni nampak je selamba open mcm ni tapi ada CCTV tau. Bukan kat atas ni tapi kat bahagian bawah. So, agak2 le kalau ko nak angkut. Memang terpampang le muka ko kat paper, untung2 hadap Sultan terus. Hehe!!!!


Sebelum balik, kita lepak dulu kejap tepi sungai tengok org memancing. 

Sambil2 tengok org memancing, snap jap gambar budak demam & kakak kesayangannya.



Thursday 23 May 2013

PAVLOVA

Assalamualaikum & good day.
Wah!!!!N3 yang ditunggu2 oleh mommy sendiri sebab resepi ni mommy peram dah lama. Kalau u all perasan, mommy dah lama tak buat cake (sbb takut gumuk. hahaha!!!boleh terima tak alasan gedik tu?). Actually mommy masih lagi berhutang cake birthday Ahdia & diri sendiri disebabkan alasan tersebut, di samping alasan yg paling kukuh = MALAS. 



Terjadinya pavlova hari Sabtu lepas tak lain & tak bukan sebab Ahdia keeps tanya 'bila mommy nak buat cake birthday mommy, adik nak bagi birthday card mommy ni"………alahai, rimas & kesian juga dengar berulang2. Itu yg last2 mommy fikir buat pavlova la ganti cake utk potong (ala2 potong kek birthday la sebab dorg nak bg kad, kalau tak smp sudah tak nak bagi). 



So, dgn syok sendirinya maka mommy bereksperimen la dgn resepi pavlova dari Chef Azli. Masih lagi ada perasaan berdebar2 especially dealing dgn meringue sebab telur yg mommy guna kecik (nasib baik chef Azli bagi dlm unit gram juga sebagai panduan). 

Bila siap, seronok tak terkata sebab jadi dgn moleknya terus suruh photographer Pro mommy snap gambar. Acara potong2 sendiri & ngap sendiri tu after dinner. Ahdia suke la sebab banyak fresh fruits. Daddy & mommy plak suka tekstur tu tapi Ya ALLAH!!!!manisnyeeee. Ada ke resepi pavlova yg guna gula sikit ? Kalau tak manis sangat mmg perfecto la utk mommy layan hari2 pun tak pe. Jom tengok resepi.Pepepun tqvm Chef Azli.



 Bahan2:
4 biji (120 grams) telur putih 
1 cawan (200 grams) gula kaster 
1/2 sudu kecil vanilla esen 
1 sudu kecil cuka makanan 
1/2 sudu makan tepung jagung 

Topping:
1 cup (240 ml) whipping cream 
1 1/2 sudu makan (20 grams) gula icing 
1/2 sudu kecil vanilla esen 

Bahan lain:
Buah segar - kiwi, strawberries, raspberries, blackberries, pic, nanas dan lain-lain buah mengikut kesukaan anda 

Cara membuatnya:
1. Pukul putih telur sehingga setengah kembang. 
2. Masukkan gula kaster sedikit demi sedikit dan pukul lagi sehingga putih telur kembang sepenuhnya. Pastikan gula semuanya telah hancur. 
3. Kemudian masukkan vanilla esen, cuka dan tepung. Kacau dengan spatula perlahan-lahan. 
4. Tuangkan atas kertas minyak dan bentukkan bentuk kubah selebar lebih kurang 18 cm diameter. 
5. Bakar dalam oven sepanas 130 darjah C selama lebih kurang 1 jam. Tutup suis dan biarkan dalam oven sehingga sejuk. 
6. Keluarkan dari oven dan sapukan dengan krim. Hiaskan dengan buah-buahan segar. 

Cara membuat krim: 
1. Pukul krim dengan gula dan vanilla sehingga kembang. 


Wednesday 22 May 2013

Fancy Breakfast

Assalamualaikum & good day.
Jom buat fancy breakfast. Senang & sihat.
Gambar dari FB
Gambar yg kat bawah ni mommy buat last Friday. Gedik!!!!



Tapi menu sihat ni. Roti wholemeal & telur capsicum. At last masa makan korek makan telur je. Hehe!!














Tuesday 21 May 2013

Sparkling Dragon Fruits Juice (Non-alcoholic)

Assalamualaikum & good day.
Apa khabar semua, apa cuaca di tempat anda harini? Kat Brunei area kami ni today Alhamdulilah mendung sejuk. Beberapa harini cuaca tak menentu juga, ada hari panas berdesing, ada hari mendung. Pepepun Alhamdulilah syukur atas rahmat ALLAH. 

Harini mommy nak share cara simple buat sparkling juice yg tempting. Idea ni mommy dapat dah lama (kalau tak salah few years back sebelum kami pindah Brunei pun). Masa tu tgk rancangan masak2 host by chef Anis Nabilah yg manja gedik2 (eh, bukan kutuk tau tapi heheh!!!mmg style dia camtu manjeeee). Tak ingat dah dia masak apa tapi konsep haritu jamu girlfriends dia makan2 sempoi. So, dia tunjuk cara prepared sparkling juice yang membuatkan mommy telan air liur & mengidam. Tapi dok peram lama le sangat sampai le last Saturday baru teringat nak buat.

Siapa2 yg nak buat party BBQ / jamu kawan2 santai kat rumah boleh la gempakkan dorg dgn juice ni. Rasanya lebih kurang sama le dgn air bikarbonat berperisa buah tapi yg ni kita guna pure fresh fruits. Btw bila kita guna dragon fruits ni bukan saja rasanya sedap tapi yg paling penting warnanya yang menggoda. Huishhh!!!kalau buat time puasa mmg jenuh le jugak nak melawan godaan. Yang paling penting bagi mommy senang je nak buat (cuma kena buat last2 minit masa nak serve la baru terasa lagi 'kick', kalau prepare awal2 nanti dah tawar & gasnya pun dah kurang). 

Ni la dia caranya..

Bahan2:
Air bikarbonat 'Ice Cream Soda' 
Buah dragon fruits (yg isi merah ye)
Lemon 
Ketulan ais

Caranya:
1. Isikan jug dengan ketulan ais sehingga penuh.
2. Perahkan jus lemon (mommy guna 1 biji lemon utk satu jug).
3. Tuangkan Ice Cream Soda ke dalam jug sehingga hampir penuh.
4. Masukkan isi dragon fruits yang telah didadu halus.
5. Semasa menghidang, barula kacau & tuang ke dalam gelas.


p/s: kalau u al perasan gambar kat atas ada tambahan watermark @Asfa nb……..mommy tak curik gambar org ye tapi utk pengetahuan u al itule watermark daddy a.k.a photographer PRO mommy sekarang. Huhu!!!dia upgrade camera baru yg lagi canggih, so mommy belum le lagi dpt licence guna camera baru dia. Alih2 tgk gambar siap ada watermark daaaaa. Menyemak jekan!!!!geram juga tapi nak buat mcm hidup menumpang ni kena la redha (mood sedih). Nak tg dia bg green light katanya khatamkan dulu manual book sbb yg baru ni xde mood auto. Semua main manual utk org2 pro, alahaiiii. Itu yg kekadang mommy guna iphone je,

Monday 20 May 2013

Laksa Kuah Lemak


Ohw btw mommy pun buat juga yg versi kuah putih special for 3A & niat nak bg k.Maria rasa.


Resepi azali sejak dalam perut mok. Hehe!!!

Bahan2
Ikan selayang/kembung (500g)
Santan pekat (amik dr sebiji kelapa)
5-6ulas bawang merah
1 inch halia
4 keping asam gelugur
Garam secukup rasa.

Cara2nya
1. Rebus ikan bersama garam& asam gelugur sehingga masak. Sejukkan sebelum diambil isi.
2. Tumbuk isi ikan (mommy kisar guna food processor).
3. Setelah selesai tumbuk isi ikan, tumbuk pula tulang2 ikan sehingga lumat (pastikan buang mata ikan bagi mengelakkan kuah menjadi hitam). Masukkan sedikit air & perah tulang2 ikan tadi (tapis amik air ikan je ye).Tulang ikan tu menjadi penambah rasa kuah.
4. Tumbuk/kisar bawang merah+halia.
5. Dalam periuk, masukkan ikan+santan+bahan kisar+asam gelugur. 
6. Masak kuah sehingga mendidih. Tambah garam. 
7. Reneh kuah sehingga pekat. Angkat & ketepikan.



#Laksam/laksa kuah lemak ni biasanya dimakan dgn ulam-ulaman & sambal.

Ulam
Timun
Kacang panjang
Daun kesum
Daun serai kayu
Taugeh/kubis
Etc....

Sambal
Tumbuk cili & garam sehingga lumat (kalau nak tambah belacan pun orait)....


Laksa Terengganu Kuah Merah

Assalamualaikum & good day.
Emmm..Kesian hari Isnin, ramai org tak sukakan ia sedangkan is begitu indah. Hehe!!!!indah untuk org yang tak kerja le kot sebab rumah sunyi tanpa hiruk pikuk kekanak ribena (mommy le tu)……
BUT today really tired. Sebabnya semalam kami ke Miri (lagi & lagi borong groceries disamping daddy ada meet up dgn old friends dia). Org2 Msia yg rasa harga barang mahal tapi kami yg kat Brunei ni mmg pantang ada luang, nak shopping kat Malaysia juga sebab dah le barang2 up to date pastu byk yg lebih murah compare to Brunei. Bukan sebab duit Brunei tinggi aje tapi kalau buat convertion tetap murah barangan yg dijual di Malaysia. Pepepun, terpulang la judgement masing2. Mcm mommy lately ni la rasa ruginya spend benda yg sama tapi dok bayar harga yg tinggi @Brunei, so dah alang2 kami selalu g Miri untuk urusan bank etc might as well beli @Miri je (byk blh save). Selain tu kami p melawat 'Bujang Senang' kat sana (tg next N3 citer pasal 'Bujang Senang').
Eh, panjang le plak melencong…….ok sambung citer. Jadi penat le sgt harini sebab tak cukup tidur & byk nak kemas kerja2 terbengkalai (laundry, house cleaning etc). Pastu tadi dah elok2 otw nak g htr daddy cikgu Anis plak telefon mitak hantar buku latihan yg dia tertinggal. Aduhai..dah le jauh jarak rumah ke sekolah (dlm 17km), jadinya dah siap hantar buku Anis melelong2 le mommy window shopping (nak shopping betul2, semalam dah perabih duit, hehe). Buang masa je 2 jam sambil2 nak tg 3A balik sekolah, kerja satu apa pun xleh settle.………..



Psstt!!!mommy nak jotdown resepi laksa le plak sebab versi ni tak pernah buat (malu jelah jadi org Ganu tapi laksa ganu x master tapi laksa negeri lain master plak). Frankly speaking mmg xde pendedahan langsung mommy & family dengan versi kuah merah ni. Selalu pun kami mmg dok layan laksa lemak kuah putih (both ganu + kelate punya hakmilik). Mcmana mommy blh rasa teringin nak bereksperimen dgn resepi kuah merah ni disebabkan asyik dok belek rempah gulai cap Bunga Rose yg tersohor among org Ganu tu. Kat belakang paket tu ada resepi mcmana nak buat versi kuah merah. 

Apalagi, terus jelah ON Jumaat lepas. Alahai, ruginya dari dulu tak pernah buat versi kuah merah ni sebab proven mmg lagi sedap compare to kuah putih. Daddy pun suka versi kuah merah juga, same goes to Arfa. Anis & Ahdia je layan kuah putih (taboo sebab katanya yg merah pedas). Kalau ikut persamaan, lebih kurang rasa laksa Johor plak versi kuah merah ni cuma adalah beza sikit2 especially Laksa Johor makan dgn spagetti & this laksa Ganu makan dgn laksa beras. Teringat juga kata2 ustaz sekolah lama mommy (asal Thailand dia ni), bila dia makan laksa Johor yg mommy buat masa open house dulu, dia bgt rasanya sama dengan Laksa Siam (cuma laksa Siam dorg makan dgn bihun). Hehehe!!!!pi mai, pi mai tang tu le campurannya. 



Okey, resepi mommy follow je dr peket rempah gulai cap 'Bunga Rose'.

Bahan2:
10 ulas bawang merah *
5 ulas bawang putih *
1 inci halia *
1/2 inci lengkuas *
Sedikit kunyit *
1 sudu besar rempah gulai Cap Bunga Rose
1 sudu besar rempah masak Cap Bunga Rose 
3 sudu besar serbuk cili 
1 sudu besar kerisik
4 mangkuk santan cair
1 keping gula melaka/nise
Gula
2 keping asam gelugor
1 kilo ikan kembung (rebus & kisar isi)

Caranya:
1. Kisar bahan2 bertanda *.
2. Gaulkan bahan2 yg telah dikisar bersama serbuk cili, rempah & kerisik.
3. Didihkan santan bersama asam gelugur, gula melaka, gula & garam secukup rasa.
4. Setelah santan mendidih, masukkan bahan2 no 2. 
5. Biarkan seketika kemudian masukkan isi ikan yang telah dikisar.
6. Masak sehingga kelihatan minyak dipermukaan kuah & padamkan api.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...