بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Sunday 28 April 2013

The Royal Regalia Brunei

Assalamualaikum & good day.
Harini mommy nak bawak semua jalan2 sekitar Bandar Seri Begawan. Lawatan harini ialah di 'Bangunan Alat Kebesaran Diraja' atau lebih dikenali sebagai 'Royal Regalia'. Fyi, ia lebih kepada museum yang menyimpan barang-barang kebesaran Diraja Brunei yang diwarisi turun temurun. Juga gambar2 kenangan baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah bersama keluarga diraja sedari baginda kecil sehingga sekarang. Tidak ketinggalan hadiah2 & pemberian pembesar2 negara baik dari dalam mahupun luar negara kepada Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah.

Dibuka secara rasmi pada 30 September 1992 oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah.


Rekabentuk Bangunan Alat Kebesaran Diraja ini menggabungkan ciri2 konsep Melayu Islam Beraja (MIB) & telah menjadi salah satu mercu tanda di Bandar Seri Begawan, ibu negera Brunei Darussalam.


Terdapat banyak galeri2 pameran di dalam bangunan ini seperti:

~Pameran Alat-alat Kebesaran Diraja (Perpuspaan, 1986)
~Galeri Pameran Diraja
~Galeri Pameran Jubli Perak
~Galeri Pameran Sejarah & Perkembangan Negara Brunei Darussalam

Sayangnya pelawat tidak dibenarkan membawa kamera di dalam galeri2 pameran & hanya dibenarkan bergambar di sekitar foyer/lobby. 

Disediakan locker berkunci untuk pelawat menyimpan kamera, hp & handbag sebelum masuk ke galeri2 pameran.


Kalau di bahagian foyer, ada diletakkan usungan Diraja yang digunakan semasa pertabalan Sultan Haji Hassanal Bolkiah. Juga dipamerkan segala kelengkapan bagi pengiring2 semasa istiadat tersebut berlangsung. 

Perincian susun atur & kelengkapan semasa istiadat tersebut & istiadat2 penting yang lain ada juga dipamerkan di dalam galeri pameran Jubli Perak.




Kalau u all nak tahu lebih details tentang barangan di dalam galeri, boleh refer kat blog Radzi Sapiee ni.

Waktu lawatan adalah seperti berikut:

Ahad - Khamis : 9:00 pagi - 5:00 ptg

Jumaat: 9:00 pagi - 11:30 pagi
         2:30 ptg - 5:00 ptg

Sabtu: 9:45 pagi - 5:00 ptg

So, kalau u all datang ke Brunei mmg tak boleh miss singgah ke sini. 

Saturday 27 April 2013

POTATO SALAD

 Pelengkap carbo & vege untuk roasted lemon chicken tu mommy just buat simple potato salad.



For the salad, I just mix together lettuce + chilly tomatoes + a pinch of salt + olive oil.

For the potato, it's combination of cooked potato dice + a pinch of salt + dried parsley + mayonnaise.

This simple salad also replaced kuih muih for my 'tea time' just now. Heheh!!!!biru mata hitam ku.

p/s: just read a few articles abt diet & healthy menu. It's totally about avoiding SWEET DRINK. The sugar in food still acceptable but seriously we must avoid sweetness in our drink, in order for us to lose weight @ to avoid diabetes. 

Personally, itu yg sukar nak buat. Takpe kalau tak blh change drastically kita slowly reduce je. Good Luck to me!!! 



ROASTED LEMON CHICKEN

Assalamualaikum & good day. 
Hooyeh!!!! Harini Sabtu, esok dah Ahad. Eh, buang tabiat mcm bdk2 sekolah & org keje plak (eh, tapi kalau hari Ahad mommy pun cuti juge jadi chef & supir....seronot le jugak tu).
Okey, ptg ni nak jotdown & tayang sikit juadah org malas semalam. Nampak grand wooooo tapi sebenornye sesuai utk org malas sbb xrenyah nak menumis, menggoreng etc bagai. Perap kejap pastu dok melangut.......tik 3x, SIAP!!!

Jgn ada yg geram mommy cakap ni dah la ye sbb serius mmg sesuai dibuat oleh org2 yg malas (bkn malas yg negatif ni, tapi malas sbb nak jimatkan masa buat keje lain, ye kan? kira malas positif gitu). 

Sikit la ye nak bercerita, kalau dolu2.......mommy ni typical malay lady, ialah org kampung dr east coast plak tu mana nak pandai western2 bagai ni. Paling grand pun ayam goreng je kot. 
So, bila dah masuk U baru le pandai sikit2 KFC ke, McD ke etc (aishh, guna duit JPA gak tu...huhu). 
Bila dah pegang duit gaji sendiri barule kenal western food seadanya. Diajar plak oleh partner I yg selalu keluor & terdedah dgn western ni, maka bertambah pandai le berwestern food. Kiranya 1st western restoren yg taraf mahal I makan dulo2 tak lain tak bukan Victoria Station gitu (xingat bayor sendiri @ org belanja, hehe). Kedian, kenal plak Windmill, TGI, etc........Huish!!!!!kira kagum la mcm nak buat semua menu2 tu. Memang tak pernah terfikir la nak buat ayam ala2 Kenny Rogers ke, Nandos ke etc. 
TAPI ini la nak bgt, bahawasanya jika kita terjebak & ada sedikit ilmu serta keberanian yg jitu maka boleeeeeh je nak tiru (heheh, bukan nak ekk tau tapi nak boast semangat adik, kakak, abg yg lain supaya boleh je tiru mat2 & minah2 salleh golek ayam ni. Dorg rasanya lagi kagum mcm kita boleh buat satay & ayam percik bagai. kan2x?). Sekian mukaddimah di petang Sabtu.

Jom belajar golek ayam plak.
Sebenarnya dah lama juga tak menggolek ayam jadi bila dibuat kitaran sudah tiba masa memberi laluan kepada ayam golek lemon ni. Resepi ni mommy ceduk dari rancangan Kitchen Boss. Senang betul tgk si 'Buddy Valastro' buat, sambil dok gomel baby yeh, baby ohh, campak2, sumbat2 walla!!!!jadi hidangan yang grand gini. After all, mmg suka tgk Buddy masak cuma risau kot badan montel cam dia. Satu lagi yg mommy suka nak try resepi ni sbb xyah nak perap lama2, 1/2 - 1jam mmg dah memadai (mommy kan suka buat keje adhoc ni).

Ganding dengan potato salad. Oh, dah tinggal 1/2 bird baru dpt snap gambor.
Ini resepinya. Tiru la sapa2 yang berkenan. Memang resepi ayam golek yg tersodap pernah mommy buat kot. Suka sebab masam2 manis tu. Anak2 & bapak anak2 pun sukeeee juga.

Bahan2:
Seekor ayam (bersihkan & tos air)
1 biji lemon (kalau tak suka masam blh kurangkan 1/2) - hiris
1 labu bawang putih (tak perlu kupas kulit & ceraikan, terus aje belah dua bawang putih segugus tu)
1 ikat herba rosemary segar (kalau guna dried rosemary pun blh)
2 sudu besar mentega/butter
Garam secukupnya.

Caranya:
1.Lumurkan seluruh badan ayam dengan herba rosemary & garam.
2. Sumbat juga ke dalam badan ayam bahan2 di atas serta lemon & bawang putih.
3. Kemudian, lumurkan butter ke seluruh badan & bahagian dalam ayam.
4. Bakar pada suhu 200'C selama 1 jam (setiap 1/2 jam balikkan ayam & curahkan kuah ke badan ayam).
5. Semasa menghidang, hidangkan sekali dengan kuah/sos dari ayam tadi (jgn buang sebab itu le penambah perisa untuk mencicah).

Kecur plak air liur dok teringat masam2 manis makan semalam. Kalau diet jgn makan nasi, layan je dgn salad.





Friday 26 April 2013

Bubur Oat dan Lobak Merah


Assalamualaikum & good day. 
Alhamdulilah, tiba lagi penghulu segala hari; JUMAAT yang indah. Di hari yg mulia ini mommy mulakan dgn ucapan terima kasih kepada semua rakan2 blogger yg prihatin & memberi kata2 perangsang untuk mommy berkaitan kes semalam. Secara jujur mommy rasa happy sangat dikelilingi oleh mereka2 yg baik tak kira di kehidupan nyata @ di kehidupan maya ini. Sesungguhnya ALLAH maha mendengar supaya kita sentiasa dikelilingi mereka yg baik & dijauhi mereka yg berniat jahat. InshaALLAH!!!!
Berbalik kepada kes semalam, tiada ISU besar terjadi cuma biasala kita manusia biasa yg ada perasaan & sentiasa dihasut syaitan maka terlahir la luahan sebegitu. Cuma sedikit ralat kerana disebabkan tindakan beliau sebegitu membuatkan rasa hormat mommy kepadanya telah sedikit terjejas. 

Okey, tak mau sedih2 sebab mommy nak bagitau disebalik rasa pilu mommy semalam, feeling mommy terubat bila berkunjung ke blog Tun_Telani yg comel  ni sebab dia hidangkan mommy sesuatu yg cukup sesuai bagi org yang tengah bermalas-malasan. Heheh!!!

Mari makan bubur nasi, nasi air @ moi................

Yang bestnye mmg sesuai benar utk org yang nak DIET (jgn panik ye, mommy idok le pulun diet cuma lately ni mcm malas nak masak grand sgt). Ohw!!!!lupa nak highlight bukan bubur nasi biasa tau tapi bubur nasi+oat lagi.

Kat rumah ni mmg bekalan oat kena sentiasa ada tapi mommy jarang2 je layan (daddy je minum every morning without fail demi menjaga kesihatan jantungnya yg sentiasa berperang dgn kekotoran asap rokok). Jadi bila tgk resepi tun tu terasa le jugak nak layan oats. Mommy c&p dari tun resepi ni cuma ada adjust sikit resepi ni (sikit je tun, jgn mare). Sayaaaaaang tun.

 Resepi: tun telani


Bahan2: 
1 mangkuk nasi 
3 mangkuk air 
½ cawan oat 
1 btg lobak merah- sagat halus (mommy dadu kecil)
½ kiub ayam 
1 inch halia- hiris halus 
Garam secukup rasa 
Mommy tambah 1 cawan susu cair (blh juga ganti santan/freshmilk)

Bahan tabur: 
Ikan bilis goreng 
Cili merah- hiris 
Lada hitam 
Bawang goreng 
Daun parsley/sup
Daun bawang
Kacang Goreng

Cara2: 
1. Masak nasi bersama air, halia, lobak merah dan kiub ayam hingga jadi bubur. 
2. Masukkan oat dan kacau sebentar. 
3. Tambahkan susu & perasakan garam. 
4. Hidangkan dalam mangkuk dan tabur ikan bilis, cili merah, lada hitam, daun sup, daun bawang dan bawang goreng.

Thursday 25 April 2013

Wantan Cuttlefish Balls a.k.a wantan bodo

Assalamualaikum & good day.
Terus buat N3 auto-publish takut nanti xde internet plak. Walau mommy sekarang ni xkisah sgt kalau lapar waktu petang sebab dlm fridge berkepok homemade chocolate (ecehhhh!!!tgh lalu nak ngap coklat le katakan, jgn mare ye) tapi kadang2 kena buat jugak juadah minum petang especially utk daddy yg balik kerja kadang2 lapar nak mengunyah sementara tunggu dinner (kami dinner lambat around 8++pm). 

Tapi tule, bila dah mood malas ni bersepoi-sepoi bahasa kadang2 tak tahu nak buat apa. Kalau asyik hari2 buat goreng pisang ka, goreng keledek ka boring le jugak. 

So, mommy teringat yg dalam freezer ada lagi balance wantan skin (last few weeks bt wantan ayam & udang). Nak buat lagi filling ayam@udang tak berbaloi sebab sikit je lagi tinggal wantan skin tu, so mommy pun sumbatkan aje dgn cuttlefish ball (beli sebab nak buat sayur air + sawi). Bila dah siap sumbat & goreng, rasanya sedap jugak. Yeay!!!!resepi baru utk ORG MALAS. Sapa yg malas2 tu tiru le ;)

Bahan2:
Wantan skin
Fishball/cuttlefish ball
Minyak untuk menggoreng

Caranya:
1. Mula2 rebus dulu fishball/cuttlefish ball & tos.
2. Belah dua fishball/cuttlefish ball tadi (sebab mommy guna yg Figo besar sizenya).
3. Ambil sehelai wantan skin & letakkan fishball/cuttlefish ball tadi di tengah2 (bahagian yg dipotong di bawah).
4. Bunjutkan wantan skin tadi.
5. Ulang sehingga selesai.
6. Goreng wantan tadi sehingga garing.
7. Sedia dihidang dengan sos pilihan.



p/s: Nak luah perasaan sikit ni.....dengar jelah ekk. Kdg2 rasa mcm kecik je hati ini bila org2 especially yg hebat2 dok pandang sipi2 je kat kita yg tak hebat ni. Bukan la nak kata kita ni bagus @ pandai tapi dorg yg hebat2 ni selalu dok gebang ttg etika berblogging bahawasanya (betul ke bahasa aku ni) kalau kita tiru idea @ apa2 la especially resepi just courtesy bg la link kan supaya sama2 dpt pekdah (bg mommy bkn nak kejar traffic ke apa tapi lebih kpd nak berkenalan, biasanya kita dok kenal kwn2 di alam maya ni pun melalui kawan2 follower kita jugak kan). 

U ALL X FAHAM EKK MOMMY GOMEN APA?


Xyah le nak mentioned sapa yg mommy terasa hati tu tapi pandai2 le sendiri terasa kalau buat. Contohnya mcm ni la, dia dtg blog kita, intai2 apa yg kita dok buat pastu balik blog dia p tup tap 2x buat le jugak apa yg kita buat tapi xde sikit pun mentioned nama kita. Bukan kata bg link, mentioned nama mommy yg glamer ni pun xdak. Heheh!!!xde la kisah sbb mommy pun klau bt resepi ka, buat eksperimen ka, bkn resepi sdn bhd pun tapi kadang2 olahan kita tu dah membuatkan resepi kita jadi special & ada nilai2 tersendiri. Btw yg mommy lagi pilu tu, dia p buat ikut resepi original yg sama kita follow tapi cilok idea kita jugak. 


APA-APA LA LABU SAYUNG!!!!!






Wednesday 24 April 2013

- Cleaning fruit -

Ini pulak mommy jumpa @FB. Mmg tahu buah2 especially yg import dorg letak wax tapi sebelum ni mommy basuh guna garam. Ini keadah lain yg kita boleh sama2 try.



1. Fill sink with water (use a big bowl also can).
2. Add 1 Cup of Vinegar, and stir. 
3. Add all fruit, and soak for 10 minutes. 
4. Water will be dirty, and fruit will sparkle with no wax, or dirty film. 
5. Wash fruits gradually.

Great for Berries too, as it keeps them from molding. Do this with strawberries, and they last for weeks!



HOMEMADE CHOCOLATE

Assalamualaikum & good day.


Aduhai!!!!!busangggg betul bila line internet tenggelam timbul macam badak berendam ni. Bila time ada mood nak jotting down entry, xleh nak access blog, pastu harini bila ada line idea plak tenggelam timbul dgn badak2 tu sekali.


Kecik je sizenya sesuai utk amatur mcm mommy ;)

Takpela, kita mulakan dengan new field of experiment mommy lately ni. Bukan gempak sangat pun tapi mommy dah start berjinak2 dengan Homemade Chocolate plak. Actually impian nak bukak buat kedai coklat untuk 4A+R ni dah lama since last year masa baru2 beli 'chocolate melting pots' yg cute (mcm gambar kat atas). Senang sangat nak handle 'melting chocolate' sbb dia ada non-stick pots & blh control temperature supaya chocolate kekal melt sepanjang tempoh kita proses coklat (takyah risau2 kot terhangit). Yang mommy paling suka sebab senang nak bersihkan. Just lap dgn kitchen tissue bila dah siap buat kerja. Pots tu plak xyah rendam lama2, terus je basuh dgn sabun pinggan mangkuk biasa.






Cuma dulu masalahnya tak tahu mana nak g cari supply chocolate compound @sini. So, happen to my neighbour (K.Maria yg wartawan tu) suka buat chocolate & bagi kat bebudak 3A ni. Mommy pun dptkan la info drp dia & last week kebetulan dia pergi beli barang2 buat coklat ni, dia belikan lebih utk mommy. 



Alhamdulilah!!!!akhirnya jadi jugak experiment homemade chocolate plak. Ohw!!!btw bagus sangat tau buat & make sure homemade chocolate ni ada dlm stok sebab its will help those yg nak diet. Mommy pun lately ni jarang2 buat juadah petang (yang obviously mmg tlg menggemukkan mommy selama ni). Kalau rasa nak ngap, mommy crunch seketul...........tahan le nafsu nak makan tu about few hours.


Teddy tu ada filling almond nibs, yg crown & shell combine dark&white chocolate. Manakala yg square ada hazelnut seketul each. Btw ada lagi mommy buat yg love shape warna pink tapi dah abis.


Yang penting bila buat sendiri coklat ni, kita tau apa yg kita blh control especially kemanisannya. Yang mommy buat ni pure using chocolate compound je tanpa additional sweet/milk/honey etc. Mommy just tambah almonds nis, hazelnuts & pewarna (just for 3A sbb nak atrract their attention& appetite je). 


The best kalau guna dark chocolate, dia pahit2 sikit but seriously recommended utk yg nak diet. Pastu mommy perasan, kalau dah crunch coklat tu seketul due, after that sure nak minum plain water/sky juice. Hahaha!!!!!confirm lebih 8 gelas aku teguk everyday. Kalau makan kuih muih, tak sah kalau tak pekena teh @ kopi kan? Haaaah!!!!apalagi jom buat coklat pahit plak.


(ayoyo!!!pasni kena make sure lose weight la ye sbb confident je makan dark chocolate dia leh kurus......agagaga!!!)






Saturday 20 April 2013

Crispy Spinach (Tempura Style)

 Assalamualaikum & good day.
Today recipe really recommended. Me myself give 5/5 marks. Heheh!!!resepi yg dah lama nak buat tapi boleh terlupa nak buat sampai le last week tgk Sonia buat dgn daun kaduk. Since xdak daun kaduk maka mommy guna daun bayam. 




Dulu pernah tgk my friend buat (resepi dr maid dia katanya), tapi lupa nak try. So many thanks to Sonia ignite my memory about this simple recipe. Memang kena buat selalu sebab senang & menyihatkan (cuma kena consider the oily part which i think kalau guna vegetable oil will turns everything perfectly healthy)


Ohw, btw i really surprise with this crispy texture ( i just simply put the leftover on the plate, in the fridge overnight .......the next day, afternoon i just took out & rest for a while & yet the crispness was still there).  Infact the pictures here i snap the day after 1 fried them. Amazing!!!!




Resepi asal: Crispy batter for deep frying

Bahan2:
100g air sejuk (mommy guna air dari peti ais)
50g self-raising flour (mommy guna tepung gorengan Bestari/KFC)
10g tepung beras

Caranya:
1. Campurkan tepung beras & tepung naik sendiri di dalam mangkuk. Gaul rata.
2. Tambahkan air sejuk sedikit demi sedikit sambil mengaul.
3. Rehatkan bancuhan tepung selama 10 minit.
4. Celup daun bayam/kaduk etc ke dalam bancuhan tepung & terus digoreng sehingga garing. Toskan minyak.
5. Sedia dihidang sebagai kudap-kudapan @ hidangan sampingan bersama sos kegemaran.

p/s: Kalau u all xde tepung gorengan KFC tu, boleh je gaul sedikit stok ayam@pasti sedap bersama2 dengan tepung SRF & tepung beras sebelum tambah air sejuk.

Friday 19 April 2013

Make a face

Assalamualaikum&good day.
Peristiwa seram yg berlaku kat mommy last Monday. Masa tu mommy tgh menikmati hidangan lunch sorang2 diri (biasanya after settle htr Arfa & Anis ke sekolah ugama baru mommy enjoyed my lunch dgn tenangnya). Cuma last Monday masa mommy tengah leka menikmati nasi dgn solok lada tiba2 menyirap darah mommy dibuatnya. Mata mommy tiba2 bertentangan dengan sepasang mata yg tajam merenung mommy yang tengah menyuap nasi. Eeeeeeeeeiiiii, eh mata apa tu? soal mommy dalam hati sambil mengalih laju mata mommy dari objek 'itu'. Sejenak pastu baru mommy beranikan diri tenung semula mata tadi & tiba2 saja................


Hahahaha!!!!!gelak sorang2 mommy dibuatnya. Terus mommy jerit "sapa yg tampal mata kat dinding ni?"...........Dengan pantasnye Ahdia jawab "adik, nape mommy takut ehhh?". Huhu!!budak bertuah ni, mommy cakap "haaa la terkejut mommy. Takut mommy tgk mata tu dik". 

Ptg tu plak bila kakak dah balik dari sek ugama, 2 org anak dara tu sibuk suruh mommy tgk dorg. Haaaaaa lagi le scary!!!!!!!!u al tgk le gaya menakutkan 2 org gegirls ni.





Thursday 18 April 2013

Kenapa setiap isteri kena MASAK?

Ini jawapannya..........


SubhanALLAH!!!!senangnye kita wahai isteri nak dapat pahala. Tak pandai masak, goreng je telur @ masak air pun kira masak untuk suami gak kan? Pastu dah siap2 masak, sendiri hidang ye, jgn biar maid yang hidang. 



JOM MASAK!!!

Wednesday 17 April 2013

SOLOK LADA

Assalamualaikum & good day. 
Nak tunjuk je solok lada ni sebab 1st time jumpa lada buat solok @sini. Huhu!!!!walaupun Brunei ni lebih kurang sama mcm Malaysia tapi ada certain2 benda mmg susah nak dapat di sini. Lada solok ni pun import dari Thailand.






Masa terpandang lada ni otak terus tune 'solok lada' match with nasi kerabu. So last Friday until Sunday kami layan Nasi Kerabu Biru + solok lada. Side dishes ikan celup tepung & ayam goreng for the kids. 


Untuk resepi boleh refer kat sini:
Nasi Kerabu Bunga telang
Nasi Kerabu Kuning
Solok Lada

Tuesday 16 April 2013

Tiramisu (Espresso with cream cracker)

Assalamualaikum & good day.

Harini tak sempat nak BW lelama (yesterday actually....I forgot to publish this N3 semalam), pepepun mommy jotdown dessert sempoi kami (buat last Saturday). Pernah buat dulu masa birthday daddy tapi dulu buat Tiramisu Cake. This time kami buat dalam gelas & small container using cream cracker. Oh btw utk 3A mommy tukar espresso dgn milo untuk merendam cream carcker tu. 3A tak nak espresso sebab dorg cakap pahit (hehe, xpernah try pun dorg ni espresso tapi di momok oleh daddy itu yg walau tak rasa tapi dah tau pahit).

Nak abiskan stock cream cracker dlm tin ni sebelum lemau.
Resepi blh la refer N3 lama mommy tu. Just tukar sponge cake dgn cream cracker & nescafe dgn espresso & milo. Amount lain tu blh je sama & u will get about 20 containers. Cream cracker dlm 40 pcs (2 layers X 20 containers).

This is the espresso that I use. From Coffee Bean Tea Leaf.
Btw kami beli coffee maker from Coffee Bean ni sebab daddy addicted to CBTL so much.
RASA? Pherrghhh!!!!kaw2 rasa espresso. Kalau dulu masa bt cake birthday daddy tu rasa pahit nescafe but this time PERFECTO. Rasa cream cracker juga matching with the sour cream taste & espresso bitter taste. The good combination , I guess ;) Try le sendiri!!!



Saturday 13 April 2013

Pantai Serasa, Muara Brunei Darussalam

Assalamualaikum & good day.
Harini mommy nak highlight lagi spot best @Negara Brunei Darussalam ni. Dah macam Agen Pelancongan NBD Salam plak mommy ni (tapi seriously mmg tak banyak info pasal tempat2 menarik di NBD Salam kalau kita suruh cik google cari). 




So, semoga cerita ceriti kami ni sedikit sebanyak memberi idea kepada org2 lain untuk berlibur di NBD Salam ni. Hehe jom "KENALI NEGARA KITANI".......ini slogan badan pelancongan dorg yg bermaksud 'Marilah Mengenali Negara Kita'.

Gambar2 dalam N3 ni actually kami snap semasa terima kunjungan makcik daddy (C.Ani) & family dari Ganu. Mereka datang melawat anak mereka di Sibu (Angah mengajar di Sibu & newly married to Iban girl). They drove all the way from Sibu to Brunei. Phewww!!!!ingat kami pun nak try le self drive lagi. 


Okey, skrg kita cerita sikit tentang keistimewaan Pantai Serasa. Pantai Serasa ni terletak di daerah Brunei-Muara (penghujung tanjung). Merupakan salah satu pantai peranginan yang terkenal di Brunei selain Pantai Seri Kenangan, Tutong & Pantai Muara. 

Yang istimewa di sini ialah kerana di sini terdapatnya Royal Brunei Yacht Club & kedudukannya di tanjung (tongue of land jutting out into the sea). Banyak aktiviti2 sukan air yang disediakan di sini disamping aktiviti2 jualan & riadah.

Satu aktiviti yang paling menarik perhatian & menjadikannya unik (rasanya di Malaysia takde ni) ialah 'Jualan Garage Sale'. Memang menjadi kebiasaan penduduk di Brunei ni untuk membuat 'Jualan Garage Sale' di rumah2@kedai2 bagi menghapuskan stok barang2 lama mereka (yelah by logik nak sedekah pun tak ramai yg papa kedana kan). 



Yang melucukan kami ialah barang2 & harga yang dipamerkan. Kadang2 kita fikir alamak tak logik je nak jual tapi itula keunikan mereka sebab mereka tak kisah untuk menjual barang2 lama sebegitu. Kalau mommy boleh bagi contoh, ada yang menjual sepasang baju kurung (mungkin dah out date fashion) dengan harga cuma $1 (RM2.50).......Hahaha!!!!

Selain barang2 lama, ada juga barang2 baru@new stok. Yang pelik2 pun ada seperti binatang ternakan, binatang berbisa, tikus, kucing, ayam etc. Buah-buahan, sayur-sayuran & hasil tangkapan laut pun ada. Senang citer MACAM2 ADA LA. 


Bila pergi tempat2 mcm ni, kadang2 takde plan nak membeli pun boleh terbeli, macam masa pergi ni daddy terbeli parang (mmg lama dah dia mencari sebab nak kopek kelapa xde berparang). Anak dara 2 org ni plak tersangkut dgn watch (yg baru, jenis yang hempok terus jadi bangle...cam dlm gambar). 


Tetamu kami ni pun sakan le jugak membeli. Memang meriah & seronok sekali sekala jalan2 kat sini. 




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...