بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Sunday 30 November 2014

Watermelon Cake (Prank Cake)

Assalamualaikum & salam sayang.
Tinggal less than a week blog ni nak bercuti & bersawang. Tak sabar rasanya nak keluar dari Brunei kejap (release tension yg berkuap je kat sini).


Heheh, mommy penuhkan la dulu sikit2 cerita kami @Brunei. 
Last week, we celebrated daddy's birthday. Oh!!!btw not really celebrating but 'potong kek' je. Heheh!!!yg special sebab cake daddy yang kami gegirls buat really THE KEBABOM. Sedap sampaikan rasa nak jilat piring (heheh, korang jgn jelas ye).


The idea came because we know that daddy ni tak favor sangat cake semua ni. Buat cake tiramisu rasa nescafe, boleh la..buat pavlova, boleh laa, so this time buatkan untuk daddy watermelon cake, burp!!! sedawa kekenyangan dia.



Yang kelakarnya mommy bukan main lagi planned dgn Anis & Ahdia untuk buat prank kat daddy. Konon2nya masa daddy potong tu mesti daddy terkejut tengok watermelon instead of cake. Tapi masa daddy nak potong, Si Ahdia ni tersilap plak bgt awal2 "memangla keras kek ni daddy sebab ada watermelon kat dalam"……haiyaaaaaa. Sendiri nak buat surprise sendiri bocorkan rahsia. Pastu cam biasala bila kami gelakkan dia, dia dah start rasa bersalah & nak nangis.



Pepepun, mmg berbaloi buat watermelon cake ni. Jimat & menyihatkan. 



Misi completed !!!
Rasanya ni last kot buat kek birthday tahun ni sebab Ahdia punya birthday kami celebrate kat Malaysia nanti & for sure beli je.



Thursday 20 November 2014

Chocolate Chips Cookies

Assalamualaikum & salam sayang.


Ahdia tiba2 tengah malam Sabtu lepas dok cakap nak makan cookies. Mommy bagila kat dia biskut marie & biskut sugar meringue. Tapi dok cakap jugak nak cookies chipsmore. Aduhai!!!! budak ni malam2 buta mengidam chipsmore plak. So, mommy pun berjanji la kat dia nak buat (masa tu plan pun nak buat stock clearance mana2 bahan bakery yg dah nak expired). Hari Ahad dia tagih janji tapi mommy dok sibuk siapkan tempahan bag cik teh, alih2 dah maghrib. Kesian dia, nak p beli kami terperuk @rumah je weekend baru2 ni. Pujuk punya pujuk, hari Isnin petang baru terhasil chocolate chips a.k.a chipsmore. Mula tu nak buat guna resepi DULU tapi dek kerana nak jimatkan telur (hahaha!!!! mmg jimat abis ni), mommy google cookies yg tak guna telur. 


YEAY!!!!! org kedekut/jimat yg berjaya. 1st pencarian menuju ke myResepi terus je proceed (malas & kesuntukan masa nak search lama2). Hasilnya tersangatla berpuashati. Pelanggan mmg dah berbaris tunggu nak ngap (masih suam2 pun dah start celop2 dalam susu). Kebetulan Areesya ada main @rumah kami, siap Anis bgt Aree cakap "nyaman mommy". Arfa yg tak berapa nak minat biskut pun puji sedap. Alhamdulilah!!!!baru la semangat skit nak bukak bakery Kak Ros pasni. Tq kepada empunya resepi asal. Resepi yg mudah & menjimatkan.




Bahan-bahan:
( 150 keping, lebih kurang ) 
1 1/4 cawan mentega - lembut (280g) 
3/4 cawan gula icing - diayak (85g) 
1/2 cawan gula perang (100g) 
1 sk esen vanilla 
1 sb serbuk koko - diayak 
1 sk bicarbonate soda - diayak 
2 1/2 cawan tepung gandum - diayak (275g) 
120 g choc chips (lebihkan jika suka) 
120 g hirisan badam (lebihkan jika suka) 

Cara-caranya: 
1. Putar mentega dan kedua2 gula hingga berkrim lalu masukkan vanilla tapi jangan kembang.
2. Masukkan pula serbuk koko dan bicarbonate soda dan putar lagi.
3. Masukkan pula tepung dan digaul dengan senduk atau spatula diikuti dengan choc chips dan badam hiris dan gaul lagi hingga sebati.
4. Bubuh doh 1 sudu kecil berjarak atas tray dan bakar pd suhu 160C selama 15-20 min atau hingga garing ikut kepanasan oven masing2.

resepi dr myResepi

Wednesday 19 November 2014

Malaysian's Family Day @Brunei


Assalamualaikum & salam sayang.


Cerita kami di Brunei 9/11/2014 yg lepas. Since ada kawan yg akan balik for good this year end, maka kami berbincang for farewell party but end up with something greater. Farewell + Malaysian's Family Day. Julung2 kali kami buat (since mommy @Brunei la sbb b4 that dah pernah dorg buat). Memandangkan ramai new comer lately ni & ditambah dengan kesibukan kerja para suami sampaikan tak sempat nak beramah mesra (ramai yg blm kenal each other especially org2 baru), maka para isteri ni come out with this event (senang citer mmg geng2 surirumah la yg punya kerja ni). 

The event took place at Kak Ti's & Linda's backyards (their houses are back to back & consider sharing backyards.

The concept ?


santai2+borak2 kosong

+makan sampai kembung

+kenal2 & mesra

+sembang2 ilmu

+kids main sampai letih

+horse/pony ride





+ penyampaian hadiah & tanda ingatan






Alhamdulilah…..everybody happy & makanan potlucks kami cukup malah berlebih2 (para isteri siap boleh menapau utk sesi diner di rumah masing2). 
The event ended around 5pm (tapi ada yg dragged sampai ke dawn kes memanjat belakang kuda). 

Tuesday 18 November 2014

Resepi Kacang Foul a.k.a Kacang Pool Haji

Assalamualaikum & salam sayang.


Breakfast kami Ahad lepas - walla!!!!!! 
Ibarat terbang ke Johor Bharu. U al tahu kan Kacang Pool Haji yg femes @JB tu (ownernya Hj Pool kawin dgn Wan Maimunah pelawak/artis tu). Citer mcmana kami boleh layan Kacang Pool Haji ni, aritu le masa kami balik bercuti & pegi LEGOLAND. Sebelum cuti tu mommy ada buat research skit pasal JB (hahaha!!!!org research pasal tempat2 menarik kan? tapi mommy lebih fokus pasal tempat2 makan). Bila ramai yg review best kacang pool haji ni maka harus le try aritu. Resultnya mmg tidak syak lagi mmg sedap (antara menu breakfast yg terbaekk la kami rasa). 


Masalahnya bila dah makan sedap tu mula la teringat2 nak makan lagi. Huhu!!!!!google punya google xjumpa resepinya, tapi rezeki org mengidam tiba2 terlintas kat wall org post pasal resepi kacang pool ni (tapi tajuk dorg kacang foul, sib baik ada gambar). 
Bila resepi dah dlm genggaman, masalah lain plak timbul. Kik3x mencari kacang foul tu tak jumpa2, smp le minggu lepas g beli groceries tiba2 terpandang tin kacang foul ni. Terus le rembat & terjadila menu breakfast pujaan kami weekend lepas. Buat exactly ikut resepi & makan breakfast cum dinner sekali. 
Yang nak cuba, jom study resepi. Senang je.


Bahan2:
1 tin kacang foul/pool (toskan airnya & lenyek)
1 tin kacang panggang (baked beans)
200g daging kisar
10 biji bawang merah -kisar halus
4 biji bawang putih -kisar halus
1 inci halia -kisar halus
1 1/2 sudu besar serbuk kari daging
1 sudu besar serbuk ketumbar
2 cawan air (agak2 sendiri sebab kuah mudah pekat)
Garam
Gula
Serbuk perisa (pilihan)
Minyak sapi/butter untuk menumis

Bahan2 hiasan:
Telur mata kerbau
Bawang besar -potong dadu
Lada -potong dadu
Limau Kasturi -belah dua

Caranya:
1. Campurkan serbuk kari daging & serbuk ketumbar bersama bahan2 kisar. Masukkan sedikit air & jadikan pes.
2. Panaskan minyak sapi & tumis bahan no 1 sehingga berbau harum.
3. Masukkan daging kisar & kacau rata. Masak sehingga daging berubah warna.
4. Masukkan air & didihkan kuah.
5. Apabila kuah telah mendidih, masukkan kacang foul yg telah dilenyek & kacang panggang bersama2 sosnya.
6. Masak sehingga pekat. Akhir sekali tambah garam, gula & perisa.
7. Apabila menghidang, letakkan sebiji telur mata di atas kuah & taburkan bawang juga cili. Cicahkan bersama roti bakar.

(Lebih sedap dimakan semasa panas)


Mommy's homemade loaf. Potong besar2 & bakar, pastu cicah kacang pool. Alhamdulilah, Syukur nikmatNYA.



Monday 17 November 2014

Acar Timun Mentah (resepi Bruneian)

Assalamualaikum & salam sayang.
Tinggal beberapa minggu lagi b4 4a+R bercuti. Mommy nak beli barang2 dapur pun cam berjimat cermat sikit sbb xnak nanti by the time kami 'berlayar' stok bahan mentah masih banyak. Bukan apa, rumah kami ni kerap 'trip' eletriknya. Selalu kalau balik Malaysia hujung tahun (lama la kan normally sebulan), mesti balik2 semula ke rumah sini & tgk eletrik putus & stok dlm peti sejuk u al blh bayangkan la macamana jadinya. Semerbak satu rumah bau bangkai. Ingat tahun2 dulu mmg bukan setakat buang bahan2 mentah tapi terpaksa buang dgn bekas2nya sekali (tak leh diselamatkan lagi dah bau bangkai melekat). 



So, skrg ni mommy dah berjaga2 & mmg dah niat balik this time mmg nak kosongkan fridge. Itu yg sayur pun pulun dok beli timun batang jeeeee. Heheh!!!ni nak cerita pasal timun batang la ni. Haritu tamak tgk org jual timun batang satu plastik penuh (lebih 10 batang yg kecik2 la) dengan harga BND1 je. Sekali selepas 2,3 hari dok buat ulam cicah sambal belacan jemu la plak. Terus WA jiran tanya resepi org Brunei buat acar timun. Acar timun ni kebiasaannya kalau ada majlis kenduri, mesti ada yg buat. Mommy pun dok terbayang2 la sedap gak layan acar timun dorg ni (kelainannya sebab ada letak santan cam kerabu org Pantai Timur).
Sembang banyak x guna, jom kita layan acar timun mentah Bruneian ni.



Bahan2:
2 - 3 biji timun batang (kupas kulit & sagat nipis)
1 genggam udang kering
1 biji bawang merah besar (hiris nipis)
1 biji limau nipis (ambil jusnya)
5 sudu besar santan
3,4 biji cili padi (jika suka)
Gula
Garam
Kacang tumbuk (optional)
Telur rebus (optional)

Caranya:
1. Lumur timun yg telah disagat dengan garam. Biarkan seketika.
2. Dalam mangkuk berasingan, masukkan santan, udang kering, gula & perahan jus limau. Kacau sehingga gula larut.
3. Basuh timun tadi & toskan airnya (boleh ramas2 sikit supaya air kering).
4. Masukkan timun & hirisan bawang ke dalam mangkuk santan. Gaul sehingga rata.
5. Semasa menghidang, jika suka boleh la tabur kacang tumbuk & telur rebus (yang telah dibelah).

Wednesday 12 November 2014

Baked Beans & Tuna Pizza

Assalamualaikum & salam sayang.
Dah lama mommy tak bukak bakery 'Kak Ros' hinggakan 3A ni dah mula merengek2 mitak buatkan pizza. Nak beli readymade, kami dah jarang keluar & kalau biasa teringin nak makan pizza pun mmg tuju ke Miri jugak. 



Paksa punya paksa, mommy berjaya jugakla bukak bakery semalam (heheh!!!!mcm le susah benor nak menguli ekk padahal tekan je BM). Hasilnya walla!!!!!!new recipe DONE with full of satisfaction. 


I made 2 pizzas, one for 3A (of coz pepperoni pizza kan cam selalu) & daddy mommy's special edition ; Baked Bean & Tuna Pizza. Both turn out perfectly & our special edition won the case. 
Here i jot down the recipe for my future reference & halalkan utk u al mencuba juga. No regret i tell U.
Utk base pizza & resepi pizza pepperoni boleh refer N3 lama ni. 
Yang baked beans & tuna ni plak sama jugak cam N3 lama tu cuma topping je tukar.


Topping Baked Beans & Tuna:
Tuna flakes 

Baked beans
Sos spagetti/sos tomato
2 biji tomato (hiris nipis)
1 biji bawang besar holland (hiris nipis)
Capsicum/ cili hijau (buang biji & hiris nipis)
Dried Oregano

Buah zaiton
Black pepper crush
Keju mozarella secukupnya
Keju cheddar secukupnya

Keju parmesan secukupnya

Caranya:
1. Campurkan sos spagetti/sos tomato dengan baked beans. Gaul rata.
2. Ratakan campuran no 1 ke atas pizza base.
3. Taburkan tuna flakes di atas pizza base yg telah disapu sos.
4. Kemudian, bolehlah taburkan juga topping lain seperti bawang holland, tomato slice, dried oregano, black pepper crush, capsicum & buah zaiton. 
5. Akhir sekali taburkan keju di keseluruhan bahagian pizza base tadi.
6. Bakar pada suhu 180'C selama 10 minit.
7. Makan time panas2, Ya ALLAH nikmatnya garing2 ranggup.

Monday 10 November 2014

Kerepek Seaweed

Assalamualaikum & salam sayang.
Wah!!!dah bulan November & this is my 1st N3???? Haiya, manyak busan ini blog. Heheh!!!mood mommy sedang dlm mode "PAUSE". Sebenarnya hari2 menghadap PC tapi mmg xsempat nak melekat lama2 kat blog (kadang2 tu langsung tak bukak blog). Keje mommy lately ni terlalu banyak (kik3x, ni mesti daddy xpuas hati klu baca sbb dia rasa mommy sendiri yg menyibukkan diri sendiri). Tapi yg pasti byk jugak kerja2 tour leader yg mommy dok hadap ni. Adussssss!!! lambatnya la cuti, dah tak sabar nak holiday. Serius cakap skrg ni kami mmg tahap sejuk beku dalam rumah je rasa. Ada org tu skrg ni dah tak suka weekend outing lagi since bertapa dlm gua (bilik gelap aka bilik wayang). Huhu!!! Mommy pun weekend je terpaksa la overtime keje d'dapur (menyampah). Tapi tu le, nak outing pun dah tak tau nak redah mana @Brunei ni. Saborrrrrr jelah.
Ok2, since mommy tak yempat sangat nak bombastic bagai skrg ni, mommy hidangkan dulu ye kudap-kudapan utk mamahan u al yg berkunjung ke Wind of Change (adeh!!!!ade ke org singgah ni? xpe2 hidang kerepek dalam balang biar lama2 pun xpe tak basi kan).
Jemput ye.




Resepi kerepek Seaweed yang mudah. Tersangat laaaaaa sedapnya. Sangat laaaaa ralit mengunyah. Sungguh tak terasa berbalang2 masuk ke mulut. Huhu!!!!!sampai bergaduh2 mommy dengan Arfa sebab belum sempat siap dah tersengih2 tepi kuali nak ngap. Tambahan plak ada portion order jiran yg mommy kena dulukan membuatkan Arfa memanjang mengajuk dengan mommy. Kik3xPendek kata mmg larissssssss.


Dah lama mommy tgk dari blog NI, tapi baru 2,3 bln ni mencuba. Alhamdulilah tak terkira berapa kali dah menggoreng.



Bahan2:
1paket kulit popia
1 paket seaweed (mommy guna yg dah siap potong & berperisa)
2 biji telur
Serbuk perasa lada sulah secukupnya..
Minyak untuk menggoreng

Cara-caranya:
1. Pukul telur bersama serbuk perasa lada sulah. Ketepikan.
2. Asingkn sehelai kulit popia, sapu telur pada keseluruhan permukaan kulit popia.
3. Susun seaweed dan sapu telur sekali lagi di atas seaweed tersebut.
4. Kemudian letak sehelai kulit popia di atas seaweed itu.
5. Ulang  sampai habis.
6. Gunting kecil2 dan goreng dalam minyak yg betul2 panas dengan api yg perlahan.
7. Sentiasa balik sebab ia cepat hangus.
(Tidak perlu tunggu kekuningan sebab bila ditoskan,ia akan garing dgn minyak pns yg masih melekat.)
8. Setelah sejuk, simpan dalam bekas kedap udara.











Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...