بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Sunday 23 August 2015

MAC & CHEESE



Assalamualaikum & salam sayang.
Macamana hujung minggu u all? Harini mommy nak share resepi la plak.. Lama bebenor tak share resepi. Sekarang ni masak simple dimple je sbb mood bereksperimen dah hanyut ke Laut Cina Selatan. 


Heheh!!!!resepi harini pun xde la gempak, biasa2 aje. Yang penting 3A sukerrrrrr & berbaloi mommy masak.


Mac & Cheese……makanan yang famous untuk western & byk versi menyediakannya. Cuma basic of course involve macaroni/pasta + lots lots of cheese. Nyum2……


Resepi ni mommy try dari allrecipes.com……Yang kelainan sikit sbb dia top with breadcrumbs, so ada tekstur sikit besides mac & cheese semata. Jom buat, senang & cepat.

Bahan2:
1 peket elbow macaroni
2 cawan shredded cheddar cheese
1/2 cawan parutan parmesan cheese
3 cawan susu (mommy ganti dgn cream)
1/4 cawan butter
2 1/2 sudu besar tepung
2 sudu besar butter
1/2 cup bread crumbs 
1 cubit paprika (mommy guna cayenne)

Caranya:
1. Rebus macaroni sehingga lembut. Toskan
2. Dalam kuali, cairkan butter kemudian masukkan tepung sambil kacau perlahan. Tambahkan susu/cream. Guna api sederhana.
3. Masukkan cheese & kacau sehingga sos pekat. Guna api perlahan.
4. Masukkan macaroni & gaul sebati.
5. Tuang macaroni ke dalam bekas caserole.
6. Cairkan butter & masukkan bread crumbs.
7. Taburkan breadcrumbs & paprika ke atas macaroni & cheese.
8. Bakar pada suhu 180'C selama 30 minutes. Hidang

#Kami punya version tak bakar dalam oven, skipped no 8. Terus serve mcm tu je & walla. Abis!!!!


Thursday 20 August 2015

MELAKA-Bandaraya Bersejarah

Assalamualaikum & salam sayang.

Cuti-cuti Malaysia kami dah sampai ke Portugal…..heheh!!! Melaka le tu. 

Actually lawatan ke Melaka kami kali ni adalah sebagai sambungan dari Cuti-Cuti Malaysia tahun lepas. Masa kami otw balik dari LEGOLAND , kami ada singgah Melaka. Plan awalnya mmg nak round bandaraya Melaka pastu terus ke KLIA (flight kami ke Brunei malam) Tapi masa ziarah tok su (pakcik daddy) kat Kluang, dia nak ikut dtg KL jugak. So, tunggu dia settle kerjanya membuatkan timing kami dah terlari dari jadual asal. So, dipendekkan cerita kami tak sempat round Melaka.

April baru2 ni kiranya setelkan unfinished activity la.


Ok, kami sampai ke Melaka abt 3pm camtu. Perut dah berkeroncong minta di isi. Matlamat ke Melaka kalau tidak pekena Asam Pedas mmg tak sah la kan…..Tapi ada cerita sedih dengan Asam Pedas Melaka kali ni. Mommy keracunan makanan dek asam pedas. Makan kat restoren sekitar bandaraya Melaka tu yg mungkin tukang masaknya tak berapa pro (mungkin org indon juga kot masak).


Lepas late lunch dgn adam pedas (masa ni tak rasa lagi sakit perut), pegi basuh baju dulu kat coin laundry pastu baru kami check in hotel & merehatkan diri kejap (mmg kejap betul la). Pastu terus keluar semula & round sekitar bandaraya Melaka. 


Mula2 tu diner dulu dalam Mahkota Parade then terus cari beca. Ahdia yg paling teruja nak naik beca ni (dari siang lagi dah sibuk nak naik tapi hold dulu smp malam). Of course masa skrg ni yg paling famous untuk gegirls adalah beca FROZEN. Macam2 style & deco yg dorg buat untuk menarik minat pelancong especially budak2. So, merasa la kami semua naik beca. Beca Frozen utk gegirls & beca Ironman utk boboys. 2 beca rm50 (dalam 20 minit kot pusing sekitar Dataran Pahlawan tu).

Lepas naik beca kami menapak plak ke A Famosa & Perkuburan Belanda Bandar Hilir. Huhu!!!! malam2 buta merayap dekat kubur (3A tak tahu tempat tu sebenarnya kubur & kubu peringatan).
Turun dari A Famosa tu, kami menghala ke muara sungai plak untuk naik cruise. 


Tapi azabnya la nak dapatkan pelayaran menyusuri Sungai Melaka ni. Di sebabkan masa tu cuti persekolahan & hari Sabtu plak maka tersangat le ramai org nak naik cruise. Beratur punya la panjang (rasanya ada sejam kot beratur nak beli tiket). Pastu blh tersilap plak nudak kaunter tu bg tiket lebih dari 5 keping. Haru!!!!



Pepepun, syok juga pengalaman river cruise kat Sungai Melaka (tambahan kami naik malam, mmg meriah dengan kerlipan lampu yg berwarna warni). Cuma adalah juga kadang2 tercium bau kurang enak (mmg spoil).


Masa naik cruise tu kita akan melalui Bandar Hilir, melintasi Hotel terkenal Casa Del Rio, 7 jambatan kecil & yang famous Kg Morten. 


Biasanya penumpang boleh memilih untuk naik & turun di muara sungai (berdekatan muzium samudera) @ dari taman rempah ratus.
Mcm kami mmg ambil cruise dari muara sungai & patah balik ke tempat yg sama. Perjalanan rasanya dalam 45minit kot lebih kurang.


Selesai pelayaran, kami berangkat balik ke hotel. Masa org lain sedang nyenyak tidur ni la perut mommy buat hal. Ulang alik ke toilet lebih 5 kali & tak boleh tidur sampai ke cerah.


Bila dorg bangun the next day tu & keluar cari breakfast, mommy telan pil chi kit & tidur. 3A pagi2 buta lagi dah melawat swimming pool, while mommy terus sambung tidur.


Bila jaga, walau badan masih lesu tapi dah tak ulang ke toilet lagi dah. Hari tu kami sambung lawatan ke bandar hilir & shopping souvenirs.

Acara wajib yang lain antaranya:
-jejalan kat Jonker walk
-shopping stuffs @Hard Rock Cafe
-pekena cendul seround
-naik menara berpusing Taming Sari








Selesai lawatan di Melaka, kami bergerak balik ke KL.
Bersambung ke next destinasi, percutian gaya Eropah D'Malaysia plak pasni.

Wednesday 19 August 2015

Grand Lexis, PD

Assalamualaikum & salam sayang..
Sambung throwback Cuti-Cuti Malaysia jap. 


Sampai aja KL dari Kulim kami terus fetch abg Affan dari hostel & sambung journey ke PD (pitstop sebelum lawatan ke Melaka). Kami check in semalaman kat Grand Lexis, Port Dickson. 


Terliur tengok org dok tayang chalet dorg yg ada private pool maka harus le cuba gak.

Sampai PD hari dah senja, so siap2 bersihkan diri mandi (blm mandi kolam ni walau 3A dah menggelupur nak terjun). Kami layan seafood dinner kat Medan Ikan Bakar D'Terapung. Otw back to hotel nampak hawker jual otak2, so tapau otak2 & some stuffs for breakfast kat 7-E.

The next morning, awal2 pagi sesudah solat subuh….3A terus berkubang dlm pool. Heaven laaaa sgt dpt bergabung semula selepas beberapa bulan terpisah.

Yang paling best, mommy & daddy pun dapat la buat freestyle kuak dugong bagai tanpa perlu kisahkan mata2 yang memandang. Hahaha!!!!!

3A dan2 tu la jugak nak daddy beli rumah ada kolam renang. Adeh!!!! buat kolam ikan koi lagi bagus anak2. Kalau dulu ada la jugak mommy berangan2 (mommy kan suka angan2 mat jenin ni)….best kalau ada rumah bersama kolam renang, tapi angan2 tu dah bertukar la. La ni dok angan2 nak buat rumah ada kolam udang la plak :P

Memang tak puas rasanya bukan saja 3A malah mommy pun sebab sehari je dapat berkubang dlm pool tu. Inshaallah kalau cuti2 Malaysia lagi boleh try yg skydeck pool plak. Huhu!!!! yang tu kalau dapat daddy & mommy je berkubang lagi syok. Ahaks!!!

Percutian kami diteruskan ke destinasi seterusnya. 
Bye2 Grand Lexis.











Wednesday 12 August 2015

LADANG ANGGUR TASIK BERIS

Assalamualaikum & salam sayang.
Harini mommy throwback citer cuti2 Malaysia bulan April baru2 ni. Kami bertolak balik dari airport Miri terus ke Penang. Sehari lepas tu 2/4/2015 tokwan ajak kami ikut dia p berubat tokcik kat sik. Masa tu terus teringat kat 'Ladang Anggur Tasik Beris' yg family cik ngah pegi dulu. 


Dah lama cam nak singgah otw balik ke Besut tetapi selalu rushing. So this time alang2 nak bwk dorg g berubat kami pun singgah le kat ladang anggur yg femes kat Malaysia ni. Heheh!!!femes ke der?

Elok tempatnya tapi kalau saja2 nak mai melawat rasanya cam jauh bebenor (kecuali utk org Kedah/utaqa la kot). Tapi kalau cikgu2 sekolah rasanya mmg recommended pegi tempat ni (better la dr dok bwk budak asyik pegi zoo jekan).

Masa kami pegi ni, buah2 anggur blm cuti masak/matang untuk dipetik, so aktiviti memetik sendiri anggur tak dapat la kami rasa. Huhu!!!melepas le nak verangan ala2 petik anggur @italy :P
Pepepun, dah banyak juga buah anggur yang dah masak tapi kecik2 (jadila kan utk org jakun cam kami ni). 


Walau masa tu panas berdesing, tapi sanggup la jugak dok posing ala2 dah smp nun di Italy (awat yg dok verangan sgt p Italy ni? yelah asyik tgk tiket org p Italy je sorang2 mau tak kempunan).

org verangan lebih, duit tarak :P
After all ok la rombongan sambil belajar kami kat sini. Beli le 2 bungkus buah anggur, jus seger anggur sorang satu & fridge magnet sebagai kenang-kenangan.

Selain tempat tanaman anggur, kat sini ada juga disediakan aktiviti rekreasi seperti menaiki boat mengelilingi Tasik Beris. Juga disediakan tempat penginapan untuk yang teringin bermalam.

Sambil2 dok tunggu dorg berubat, kami plan nak cross ke kawasan Thailand tapi drive punya drive last2 jalan putus. Xleh access rupanya sempadan Siam dari sini (walau ada signboard & jalan bertar). So, kami patah balik & tiba2 ternampak signboard resort terkenal. Takde keja punya pasal, kami drive msk ke dalam kawasan resort tu (jauh gak dlm 5km kot), last2 smp ke hujung………terbengkalai rupanya. Serius cantik tempat tu tapi tak tau kenapa jadi projek gajah putih. Allahualam…..

pemandangan tasik & bekas tapak restoren seafood yg dah ditinggalkan.


Sunday 9 August 2015

KRABI - PERCUTIAN TAK DIRANCANG

Assalamualaikum & salam sayang.
Alhamdulilah harini ada mood sikit nak mengimbau kenangan & membelai 'Wind of Change' ni.
Nak mulakan dengan resepi, tak banyak eksperimen baru yg mommy buat so habiskan dulu cerita jalan2 akhir tahun lepas.
Actually percutian ke Krabi takde dalam planning cuti2 hujung tahun 2014 kami sebab planned lepas balik dari cuti2 Aussie kami nak balik ke Besut. Tapi kalau u al masih ingat akhir tahun lepas berlaku banjir besar yg melibatkan negeri Kelantan & Pahang menyebabkan juga jalan terputus hubungan. Walaupun Besut pada masa tu tak terlibat tetapi kedudukannya di tengah2 antara Kelantan & Pahang makanya kami tidak dapat access ke sana. Masa tu dok lepak2 kat bilik hotel Sri Enstek (sehari lepas blk dr Aussie), tiba2 daddy tanya nak g Krabi ke Bali? Haaah!!! ok gak idea tu drp melangut je xde buat apa (dah le kami ni payah nak dpt cuti lelama). So, decided ke Krabi the next day.

Alhamdulilah walau masa tu consider musim tengkujuh tetapi cuaca cukup baik (just mendung2 & sehari je kot yg hujan tu pun kejap & rintik2 je).

Kami stayed kat Emerald Garden Resort. Kami ambil bilik standard (walau standard room tapi spacious & ada 1 queen bed, satu single bed & 2 bathrooms. 

Masa smp dah petang so, lepas lepak rehat2 malamnya kami keluar dinner at Ao Nang Beach. Sebelum dinner tu kami cari dulu agen yg blh bawak kami island hopping & buat aktiviti 2 hari kat sana. Berlambak2 tourist agent & gerai makan kat sini. Yang paling penting halal food takde masalah sbb dorg mostly muslim. Yang mommy paling suka sebab makanan semua sedap2. Thai pancake yg pelbagai filling, pulut mangga, air buah (xde air lain blh order semua pakat jual fresh fruit juice ala2 ice blended). 3A pun mmg seronok sesangat le sbb blh setiap waktu makan layan ice blended (smpkan bila blk msia ada yg sakit tekak, xingat sapa tapi rasa cam Ahdia). 


Daddy plak dah jatuh cinta dgn pulut mangga, mmg favourite dia pun (xpalaaaa jatuh cinta dgn pulut mangga siam, jgn jatuh hati kat minah siam dah. Nauzubillah :P) 

Tengok tu mana tak jatuh cinta, mek siam p buat pulut mangga bentuk love. Mommy baru perasan bila tgk gambar kat rumah, klau perasan @kedai mau aku order yg bentuk kapak plak. Hahaha!!!!
Org ada cakap kan, p Krabi @ pulau2 ni tak sesuai bawak budak2. Alhamdulilah la sepanjang 4 hari, 3 malam kat sana xde scenes yg tak senonoh kami jumpa. Aktiviti pun sesuai je dgn bdk2, cuma ada la masa kami p island hopping tu, ada jumpa 'menatang' pelik gak la.

Mula tu mommy tak perasan, tapi dok tgk ramai org dok ambik gambar (termasauk le photographer kami ni hah), bila p jenguk……tudiaaaaa terpacak (kerah cokeng kata ore kelate). Hahaha!!!!! adoiiii bengong dorg ni. Sib baik Anis & Ahdia tak perasan sbb dorg dok sibuk main air (of course lepas tu mommy tak bg dorg lalu kat tempat ni). Arfa plak tak tahu le perasan ke tak sbb dia dah awal2 jalan dgn daddy. Dia xpela skit kot sbb dah besar skit, kalau 2 org gegirls tu mau di tanya mcm2, jenuh aku nak menjawab.


Adeh, tu 1st pulau yg kami singgah. Tempat tu namanya Pranang Cave, pastu kami hop lagi ke pulau lain; Poda Island. 


Kat sini alhamdulilah xde pepe. Mat salleh bercium pun xnampak. Kat sini kami stop lama sikit sebab terus lunch. Lunch semua dah termasuk dalam pakej dorg ni, so no choice makan aje. Tapi no worry sebab makanan dorg sediakan halal, inshaallah.

Dah selesai lunch, kami proceed lagi ke Tup Island.
Kat sini best juga sebab semua orang takyah nak berenang tapi berjalan atas air. Heheh!!!! selamat le untuk org cam mommy yang tak pandai berenang. 

Tup Island ni kecik je & ada mcm bentuk daratan pasir yang menghubungkan antara 2 pulau. Itu yang semua pakat berjalan je. Pastu banyak jugak anak2 ikan yang berenang yg kita boleh nampak tanpa perlu snorkeling. 


Seterusnya otw balik ke pantai kami melalui satu lagi pulau yang unik iaitu Chicken Island (Koh Gai). Kenapa namanya Chicken Island adalah disebabkan bentuk pulau tu menyerupai kepala ayam. Tapi mmg betul pun mcm kepala ayam belanda je mommy tgk.


Kat sini longtail boat kami berhenti sekejap bagi memberi peluang kat sapa2 nak snorkeling. Mommy tak berani la nak terjun sbb pemandu boat tu bg warning sapa2 yg tak pandai berenang tak digalakkan terjun sebab air berolak. Yang lain, 4A semua terjun. Ahdia pun terjun gak (aikk, pelik gak mommy tiba2 berani plak dia nak terjun juga selalu takut).

Dah kasi can mana yg nak snorkeling tu, kami pun bertolak balik ke pantai Ao Nang. Masa tu dalam pukul 3pm.
Malam JJCM je tapi mmg best gak makannya. Zzzzzzzz

Hari Ke-2, program kami terbahagi kepada 2 kumpulan. Kumpulan A; Arfa & daddy. Dorg pagi2 lagi dah keluar untuk join kayaking & ATV round kebun getah. Hahaha!!!! layan jelah keseronokan 2 beranak ni.

manakala kumpulan B; mommy, Anis & Ahdia ada kes haru terjadi. Sepatutnya aktiviti kami jadi aktiviti paling menyeronokan especially utk gegirls tapi ada sesuatu yg spoilkan mood kami. Kami pagi tu berjalan ke Ao Nang beach hanya dgn satu matlamat: SHOPPING..lepas selesai breakfast @hotel, kami terus menapak. Tak jauh pun 10minit je jalan kaki. Mula2 mata melilau2 cari money changer. Adusss, sib baik tukar dari BND ke baht, takle terasa sgt ciput duit yg nak digunakan utk shopping ni. So mommy mmg aim just nak beli ole2 utk k.Maria, ustazah & diri sendiri je. Anis & Ahdia pun dah aim nak beli barang dorg. Mula2 syok je, mommy beli seluar pantai, pastu sambung jalan2 ingat nak beli bag corak2 bunga thai. Sekali ternampak kipas renda2 yang mmg k.Maria kirim beli kalau pegi Melaka (sblm tu mommy belikan utk dia masa kami p Melaka dulu). Dia nak bagi gift masa kenduri kahwin anaknya Teekah. Mommy beli kipas tu kat Melaka 3 biji = RM10….so mommy tanya la seller tu blh tak dpt harga yg sama. Kalau dapat mommy nak beli 20biji… Dipendekkan citer dia manipulate currency exchange (kira masa tu jatuh rm10 sebiji). Huhu!!!!sib baik ada iphone, mommy convert semula harga dlm RM terkejut monyet le. Terus mommy tanya dia & dia dah start marah2. Mommy pun bila dia dah tinggi suara, terus le cancel & blah. Sekali pompuan giler tu jerit2 dlm bahasa Siam dia (apatah dia kata kat kita kan). Dengan 2 budak ni pun pelik dok tanya2 kenapa dia marah2 mommy. Adeh!!!! terus spoil mood. Bila masuk kedai lain pun masih dok dengar dia terpekik2. GILER!!!! apepun puashati aku tak kena tipu kat kau.
Alamak…..terpanjang plak citer. Huhu!!! so u all beringat2 la kalau shopping tempat org. Currency exchange kena mahir.


Ok, bila dah petang skit kami layan pad thai 3 beranak sambil tunggu kumpulan A balik. 
Bila dua2 kumpulan bergabung, kami planned ke Krabi Town.
Huhu!!!!ingatkan dekat, jauh juga rupanya. Naik tuk2 tu yg membuatkan rasa cam jauh sebab serius tak selesa naik tuk2.
Takde apa yg menarik sangat kat Krabi town ni cuma kami nak g cari Mr Crabby yg debob je.

Sekali dah smp town, driver tu stop & tunggu kami kat tempat lain. Kena menapak juga kami (tapi ok gak la xjauh sgt pun sambil2 tengok suasana town dorg). Tengah2 jalan tu nampak le beruk2 (ekkk, beruk ke orang utan tah). 


Pastu jalan2 lagi nun di tepi sungai baru jumpa Mr Crabby debob.
Actually nama Krabi ni tiada kaitan pun dgn crab/ketam tapi entoh leer kenapa ada gak tugu Mr Crabby kat sini.

Selain Mr Crabby, kami jumpa gak burung helang. Tapi tak sebesar kat Langkawi la helangnya.

Selain melilau2 cari Mr Crabby, kami singgah pasar malamnya. Beli buah2 je sebab cam ragu2 plak kat sini nak beli makanan walau ramai yg jual bertudung.

Model durian tgh protes sbb kena paksa posing sebelah durian besor
Balik dari Krabi town dah malam, kami dinner @area Ao Nang beach gak. Kali ni dinner kat seafood restoren plak. Makanan cam biasa mmg sedap2 gak (mungkin kena dgn selera kami kot). Yang paling dok teringat2 sangat selain mango sticky rice tu, pancake & daging goreng bawang putih. 


The next day (last day)……pagi tu kami sempat lagi catch up satu lagi aktiviti wajib kot kalau p Thailand. Menunggang gajah!!!!
Seingat mommy mungkin kali pertama kot kami naik belakang gajah ni. Eeei, geli jugak pijak belakang gajah yg berkulit ksar ni sebab ada bulu2 kasar atas kepala dia. Tapi seronok le jugak bila dah lama sikit, cam relax je terhuyung hayang kiri & kanan tu. Ada sikit2 cam naik unta.

Masa dia masuk dalam sungai, sib baik tak kena sembur. Kumpulan A ada kena sembur gak sikit tapi kumpulan kami selamat. Baik gajah kami tu. Oh lupa, nama gajah yg kami naik tu Nara (gajah betina).

Lepas dah turun, ada plak sesi feeding. Pisang dijual oleh tuannya & kita feed pisang tu terus ke mulut gajah. Heheh!!!1st experience gak tu utk kami anak beranak.

tengok tu pengembala gajah tu dok menyanyi….. baya Arfa je budak tu.
Balik dah agak tengahari sbb van lambat fetch kami. Selesai makan pad thai (lagi), kami bersiap untuk bergerak balik ke Malaysia.

tgk tu ada tv besor cam dlm rumah lagi dlm van dorg ni
Sampai airport, rupanya awal lagi. Tunggu le jugak berjam2 sebelum selamat terbang dalam keadaan penat ke Malaysia.

Bye2 Krabi, lain kali kami p Phuket la plak kot. Tak tau bila


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...