بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Wednesday 31 October 2012

ROSELLE


Assalamualaikum & good day.
Mommy dah lupa nak jotdown pasal kisah Roselle pemberian ustazah ni, hari ni baru teringat kisahnya selepas bagi ustazah try rasa hasilnya pagi tadi. Dia bagi kami buah roselle ni (walau kami petik sendiri) last week & dah siap pun mommy usahakan hasilnya. Hehe!!!juice roselle macam selalu2 buat sebelum ni (masa pokok @rumah kami masih bernyawa) & penemuan terbaru 'Dried Roselle' ala2 asam kering yang dok jual tu. CAYAle..... 

Sebelum ni mommy dok masak buah roselle ni, selalunya lepas airnya luntur maka yg tinggal hanyala hampas kulit yg dah hampir putih. Tetapi yang buah roselle pemberian ustazah ni, bila mommy didihkan air untuk saring ambil jusnya, kulit yang tinggal masih lagi merah kehitaman. Itu yang membuatkan mommy dapat ideal nak buat 'Dried Roselle' (rasa sayang nak throw out mcm tu je).

Kiranya eksperimen mommy kali ni betul2 try & error la kan. Lagipun kalau xsedap pun xpe sebab mulut yg nak ngap mulut mommy gak (selain 4A le kalau dorg suka). 

Rasanya pasni selain buat jus & jem, mmg confirm mommy nak ulang buat banyak2 lagi roselle kering ni. Ralit je makan sambil nonton ke, berFB ke etc. Lagipun lagi sihat compare dgn asam kering yg dok jual (banyak gula & bhn pewarna tiruan). Dalam gambar @bawah ni kan ada kawan si roselle kering tu ; Chili Guava (Jambu kering pedas). Yang tu mommy beli @kedai. Sedap juga gigit2 tapi Ya ALLAH, banyaknya gula (rasanya balance gula dari guava tu blh buat secawan kopi lagi, hehe).


 Okey, after DONE eksperimen roselle kering mommy ni kan & ustazah pun dah approved sedap tadi maka elok lah kiranya mommy share dgn u al caranya. 


Bahan2:
Buah Roselle (ambil kulit isinya)
Gula
Air

Caranya:
1. Kupas kulit roselle dari bijinya (jangan rebus sekali dengan bijinya sebab nanti rasanya lain - xsedap).
2. Setelah dibersihkan, masukkan ke dalam periuk & tambahkan air (terpulang la sukatan airnya, bergantung bilangan isi roselle tu jugak).
3. Apabila mendidih, masukkan gula (terpulang jugak citarasa, kalau xsuka manis bubuh le sikit). Anggaran mommy, 3 cawan isi roselle :2 cawan air : 1 cawan gula.
4. Apabila gula telah hancur & jus juga sedikit pekat, matikan api.
5. Saring/tapis jus dari isi roselle.
6. Jus roselle boleh la disimpan di dalam peti sejuk/ dilarutkan dengan air + ais = hidang. 
7. Untuk roselle kering: setelah air ditapis keluar, jemur di bawah pancaran matahari sehingga benar2 kering (mungkin ambil masa 2, 3 hari).
8. Apabila telah kering, simpan dalam bekas kedap udara.

Monday 29 October 2012

Jalinan Ban Sosej

Mommy ni nak citer pasal hotdog bun/ban sosej plak. Memang gempak sungguh kejadian ban sosej ni sampaikan haru biru rumah kami pagi kemarin.

Mommy buat untuk breakfast pagi kemarin di samping nasi goreng & jemput2 ikan bilis. Ikut resepi dari buku roti Myresepi lagi, dapat 9 ketul. 



Huhu!!!Arfa le ni hero citer drama pagi tu. Siap aje mommy buat keluar dari oven terus mitak (actually masa dlm BM lagi dok tanya 'dah siap ke mommy?' berulang2 kali). Masa masak tu 2 org gegurl tengah 'bersiram' so hero ngap dulu. Mula2 seketul yg ada sos, pastu seketul lagi yang plain. Duk kjp mitak lagi seketul yg plain (sebabnya mommy buat 3 ketul je yg bersos+vege, the rest plain).


Mommy dah sound kat Arfa (sebab mmg tau dia suka sesangat tu) yg bersos dpt sorang satu Arfa, daddy & mommy. Yang plain dapat 2 ketul seorang Arfa, Anis & Ahdia. Bila dia dah makan abis portion dia 3 ketul, baru siap 2 dara pingitan tu mandi & makan portion dorg 2 ketul each.  



 Alih2 dok dengar Anis menangis (huhu!!!!haru betul Arfa ni, dia dok nak yg Anis plak dah). Abis hilang keayuan mommy terus transform jadi king kong. Eeeiii, geram betul. 









Last2 king kong mengamuk terus suruh dia makan perabis portion daddy. Mommy punya portion sempat le try tadi separuh & bagi daddy try another separuh (patut Arfa pulun 4 ketul sekali hadap mmg sedap weh. Hehe angkat bakul sendiri mommy ni). Punya le laris roti gebus mommy ni sampai berebut2. Takpe la anak2, lepas king kong ni transform jadi ayu semula esuk jugak mommy buat lagi. Makan le 9 ketul sorang2.



Resepi Ban Sosej yg menjadi rebutan ramai;

Bahan2 doh:
*1 biji telur
*120g air (air+telur =170g)
*300g tepung roti
*30g mentega/butter
*2 sudu besar susu tepung
*2 sudu besar gula kastor
*1 sudu kecil yis kering
*1 sudu besar pelembut roti (optional - mommy xletak)
*1/2 sudu kecil garam

Lain2 Bahan:
*9 batang sosej (resepi asal dapat 8 je)
*sos cili, mayonis & parsley kering
*susu segar

Caranya:
1. Masukkan semua bahan untuk doh, ikut turutan dari atas ke bawah ke dalam mesin roti (BM). Pilih menu 'bread dough' & tunggu sehingga siap.
2. Kelurkan doh dari mesin roti & tumbuk2 untuk mengeluarkan angin. Bahagikan kepada 8-9 bahagian & buatkan bentuk bulat (mommy timbang 60g setiap satu). Biarkan 10minit.
3. Ambil sebiji doh, canaikan. Letakkan sosej di tengah2 & potong tepinya seperti dalam gambar.
4. Ambil satu persatu potongan doh tadi, balut pada sosej berselang seli seperti dalam gambar. Ulang untuk doh selebihnya. Biarkan naik dua kali ganda daripada saiz asal.
5. Sapukan permukaan roti dengan susu segar. Picitkan sos cili & mayonis di bahagian permukaan roti. Taburkan parsley kering, bakar dalam oven dengan suhu 180'C selama 12-14 minit.

Hari Raya Aidiladha 1433

Assalamualaikum.
Masih belum terlambat untuk mommy mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Adha untuk semua. Tahun ni kami rayakan aidiladha di rumah kawan @Kuala Belait (Malaysian Team gather2 bring potluck). Juadah mommy ialah 'Nasi Dagang Kelantan' gulai ikan tongkol & Laksam. Alhamdulilah, selesai semuanya & meriah le jugak bila dah kumpul ramai2 tu.

Tema aidiladha plak (hehe!!!utk gegurl je ni) 'keayuan gadis berjubah hitam'.......Hehe!!!!ala2 ambil aura org @Mekah. Mommy dok sayu hati bila dok teringat suasana @Mekah jadi decided untuk pakai jubah hitam di pagi raya ala2 minah Arab gitu. Actually jubah mommy ni hadiah pemberian dari Cik Dae (my sis yg skrg ni @Jubail, Saudi) masa balik raya aidilfitri dulu. Jubah Anis plak pemberian Mok masa dia g rumah Ayah Teh (my brother yg @Mekah) tahun 2010 kot (dah senteng pun jubah tu dgn Anis). 


Mommy dok risau gak nak proceed dgn plan pakai jubah sebab Ahdia xde jubah. Ahdia mesti tak setuju kalau dia seorang yg lain dari kami (mommy&K.Anis). So, bila mommy jalan2 hari Khamis lepas jumpa la jugak jubah untuk Ahdia. Cantik sangat & fit dgn body Ahdia (cuma kena alter potong labuh sikit je). Hehe!!!planning berjubah 3 beranak menjadi le. Sayang daddy & abg xpakai jubah klu dok mmg ala2 @Mekah dah. Pepepun perasaan sayu tetap ada dalam hati sebab tak berkumpul potong daging lembu dengan family. Insyaallah semoga tahun depan dapat potong lembu sama2.

Wednesday 24 October 2012

ChOcO Ball DOnut

Assalamualaikum & good day.



N3 mommy harini simple dimple saja but yet mmg menyeronokkan buat untuk 3A just because they love chocolate. At 1st nak buat cake pop tu tapi malas nak buat @ beli cake lagi. So, mommy tukar tema ala2 pop gak tapi guna donut. Resepi donut ni ikut style Kak Zalin. Mommy just olah dari donut biasa jadi choco ball donut. Menarik, tertarik, kedebum!!!!














Resepi Donat Versi Zalin

Bahan2:
500gm tepung gandum 
50gm gula pasir 
50gm margerin 
1 biji telur 
1 1/2 sudu kecik yis kering 
1 sudu kecik garam halus 
1 sudu kecik baking powder 
2 sudu kecik tepung susu 
250ml air suam 

Cara-caranya:- 
1.Bancuh air suam dengan gula. Larutkan pastu letak yis. Biar sekejap (berbuih2). 
2.Masukkan semua bahan dalam mixer atau dalam bekas untuk yang nak uli pakai tangan. 
3.Kalau guna mixer uli 5 minit kelajuan sederhana. 
4.Kalau guna tangan, lama sikit ye sampai adunan tak melekat kat tangan. 
5.Tutup adunan. Biar kembang selama 1 jam atau lebih (paling lama pun 3-4 jam...lama sangat nanti bau tapai pulak). 




Tuesday 23 October 2012

KEBESARAN ALLAH - PELANGI BERKEMBAR

Assalamualaikum.
Pagi 7 Zulhijjah 1433, bersamaan 23 okt 2012. ALLAH hadiahkan pelangi berkembar untuk kami di Telisai setelah hujan turun semalaman. SUBHANALLAH!!!!!begitu cantik & membahagiakan sekali pelangi pagi ni. Cukup dengan lengkungan penuh & warna2 yang jelas. Terus terang mommy mmg tak pernah lihat pelangi berkembar seperti ini. Untuk jumpa pelangi penuh juga jarang2 apatah lagi pelangi berkembar. Maha Kaya ALLAH!!!!! Berkuasa mencipta apa saja. Walaupun hadirnya cuma seketika, yang pasti ramai yang bahagia dengan kehadirannya.
Kalau baru2 ni kami berpeluang melihat depan mata fenomena 'Full Moon' (cuma cukup2 terkilan sebab masa tu macam tak realize kejadian hebat tu & xde snap any photos). N3 ni mommy just nak share moments yang cukup indah buat kami sekeluarga pagi tadi, walau gambarnya blur sbb mommy snap guna iphone aja tapi sekurang2nya mengingatkan kami semula nanti keindahan & kebesaran yang ALLAH ciptakan ini (masih terbayang2 warna2nya yang terang).
Mommy selitkan juga kata2 hikmah di bawah supaya kita sentiasa bersangka baik dgn ALLAH.

"Kadang2 ALLAH sembunyikan matahari, DIA datangkan hujan petir. Kita menangis & tertanya2 ke mana hilangnya matahari, rupa-rupanya Allah ingin hadiahkan kita pelangi nan indah"


Sunday 21 October 2012

Kerahan Tenaga 3A

Hari Jumaat lepas mommy buat kerahan tenaga 3A untuk bersihkan porch. Nasib baik le dorg ni semua rajin2 (provided ada upahnya jugak tu - mandi air pancut). 
Actually, rumah kami ni ada masalah 'full septic tank'. Dah a few weeks bila mommy basuh baju guna washing machine akan ada air melimpah keluar dari saluran drain kat luar rumah. As a results, keluar le air + bau yang meloyakan (ala2 air longkang le baunya). Pastu siap ada macam lemak2/kotoran dok keluar dari saluran lubang tu. Aduhaiii, pening le jugak mommy. Yang membuatkan keadaan bertambah buruk sebab Si Saim dah balik Indon (katanya bini sakit & balik sebulan je, ini dah lebih sebulan. Rasa mommy mmg selamat terus le tu peluk bini dia). Kalau Si Saim ada, mmg xde le masalah sangat sebab dia akan basuh porch tu hari2 (dah kerja dia kan). 
Bila aduan dibuat kat Pengiran (our landlord) dia hantar le org datang check & solutionnya hari Khamis lepas ada le lori septic datang sedut semua sewage tank kami. Mommy baru le perasan, banyak gile sewage tank @rumah ni. 
So, itu yg bila semua masalah blockage & full tank dah settle, porch kami jangan cakap le comotnya. Memang org yang buat service tu dah basuh tapi tau2 le dorg punya basuh mcm kan. Kesan tayar lori dorg pun merata atas porch.
 Alhamdulilah, mommy thankful sangat kat 3A sebab sudi tolong mommy (walau banyak main dari buat kerja tapi sekurang2nya ringan sikit beban mommy). So, selain upah dapat mandi air pancut mommy jamu dorg special dgn bickut chips coklat & jus roselle segar dari ladang. Hehe!!!rezeki kami ustazah bagi buah roselle banyak. Lama dah kami tak minum air roselle fresh sebab pokok roselle kami dah mati. 3A mmg suka sangat jus roselle ni sebab ala2 Ribena.


Harini turn daddy & 3A plak buat clearance daun2 kering @backyard. Dah 2 kali weekends le 'BIG BOSS" terpaksa kerja ala2 buruh gak. Hehe!!!okey le tu, baru mesra alam sikit.

~ BISKUT CHIP COKLAT CFN ~

     Assalamualaikum.
Resepi ni merupakan salah satu resepi biskut raya kami tahun lepas tapi masa tu mommy takde gambarnya. Hehe, after a year baru mommy try semula ptg Jumaat kemarin (masa raya 2012 pun xbuat biskut ni sebab bg laluan resepi lain yg belum try) 
Makan waktu minum petang selepas penat menjalankan kerja2 buruh paksa. Emmp!!!cedapnye. Okey mommy publish @wind of change resepinya ni utk rujukan masa hadapan terutama buat family mommy. Mommy dapat resepi ni dari FB Chef Faisal Ng. Senang & simple bahan2nya. 3A suka sangat sebab macam biskut chipsmore tu rasanya. 
Bahan2 : (A) 
~ Mentega 180 gm
~ Gula perang 260 gm
~ Esen Vanila 1 sudu kecil .


Bahan2 : ( B ) 
~ Telur 1 biji

Bahan2 : ( C ) 
~ Tepung gandum 260 gm
~ Tepung jagung 40 gm
~ Serbuk coklat 20 gm
~ Serbuk penaik 1/2 sudu kecil
~ Serbuk soda 1/2 sudu kecil

* bahan- bahan (C) hendaklah diayak sekali

Bahan2 : ( D ) 
~ Chip coklat 200 gm .

Caranya:


1. Bahan-bahan (A) dipukul kembang .
2. Campurkan bahan ( B ).
3. Campurkan bahan - bahan ( C ) & ( D ).
4. Gaul sebati adunan biskut & disimpan sejuk dalam peti sejuk selamat 1 jam atau semalaman.
5. Dibentuk bulat - bulat & disusun atas dulang pembakar biskut .
6. Dibakar dalam Ketuhar pada tahap suhu 180 c selama 10 - 15 minit ( + - )



*** Selamat Mencuba ***

Saturday 20 October 2012

Pumpkin Soup

Bila dah terjadi Garlic Bread & Croutons tu mmg xsah la kan kalau xde soup. This special soup is really Bon Appetite. Mommy & 3A mmg sukaaaaa sangat pumpkin soup ni. Kalau pergi makan western food yg ada serve pumpkin soup ni mmg licin le bowl kami hadap. Dulu2 mmg tak pernah terfikir pun boleh prepare sendiri pumpkin soup ni apatah lagi resepi mat salleh kan. Gerun je.
Alhamdulilah setelah peram selama setahun resepi ni yg mommy ambil dr blog mamat salleh Kevin ni maka last Tuesday (time buat ayam bakar tu) mommy berjaya menghasilkan 'Homemade Pumpkin Soup'. Bukan setakat 3A yang puji tapi siap kawan2 @sekolah pun puji habis. Mommy bawakan dorg bekal ganding dgn roti. Ahdia bgt kawannya "Syifaa" cakap sedap sup mommy buat, nanti mommy buat lagi tau. Anis plak menyampuk, ahaa la mommy kawan kakak pun suka. Arfa plak cakap sedap sangat & sama mcm yg kita makan kat kedai........ Hahaha!!!!so u all apa lagi yg mommy nak kata.

Bahan2:
6 cawan stok ayam
1 1/2 sudu kecil garam
4 cawan puri labu - mommy guna sebiji labu
1 sudu kecil daun parsley (cincang) - mommy guna dried parsley
1 cawan bawang besar holland (cincang)
1/2 sudu kecil herba thyme
1 ulas bawang putih (cincang)
1/2 cawan cream
5 biji lada hitam - mommy guna serbuk dalam 1 sudu kecil

Caranya:
1. Masak/kukus labu yang telah dibuang kulitnya sehingga lembut. Kisar sehingga lumat. Ketepikan.
2. Panaskan stok ayam, masukkan puri labu, garam, bawang besar, bawang putih, thyme & lada hitam. Biarkan mendidih & perlahankan api. Biarkan terus mereneh selama 30 minit.
3. Ambil sedikit demi sedikit kuah tadi & kisar menggunakan blender/food processor sehingga lumat. Ulang sehingga habis semua kuah tadi.
4. Renehkan semula kuah yang dikisar tadi selama 30 minit. Kemudian masukkan cream, kacau sebentar & angkat dari dapur. 
5. Semasa menghidang, taburkan daun parsley.


Friday 19 October 2012

Garlic Bread & Croutons


Ini eksperimen rentetan dari kejadian 'Baguette Mini'. Kalau sebelum ni pun mommy beli roti keras memang untuk buat garlic bread. So, kalau dah pandai buat roti keras sendiri tu maka senang le nak buat garlic bread jugak. Mommy just jotdown supaya senang nak refer juga utk anak cucu cuba sendiri.
Bahan2:
6 batang baguette
3 ulas bawang putih
3 sudu besar mentega/marjerin (suhu bilik)
1 sudu kecil parsley (cincang)

Caranya:
1. Kupas bawang putih. Belah & buang bahagian tengah (bhg ini boleh menyebabkan rasa pahit). Basuh & kisar.
2. Masukkan bawang putih & parsley ke dalam mentega.  kacau biar sebati.
3. Sapukan mentega tadi pada roti & bakar dalam ketuhar dengan suhu 180'C selama 3-5 minit.

Senang je. Pastu kat bawah ni jugak mommy highlight resepi nak buat 'croutons'.
Caranya:
1. Ambil garlic bread yang siap dibakar tadi. Potong kiub2 kecil.
2. Bakar semula dalam 3-5 minit atau sehingga garing. 
3. Biarkan sejuk & boleh disimpan di dalam bekas kedap udara. Sedap dimakan sebagai kudapan @ dimasukkan ke dalam sup.


Baguette Mini

Assalamualaikum & good day.
Harini kita tukar selera dgn roti Perancis yang keras. Arfa mmg suka makan sup pekat (tak kisah le chicken@mushroom soup) kalau cicah dgn roti keras ni mmg xyah cakap apa2 dah. Sebelum ni mommy beli @supermarket je roti keras ni tapi kadang2 je stoknya ada. Kalau time mengidam, bila cari tup2 xde. Camtu le citernya. 
Masa balik Malaysia aritu mommy ada beli buku koleksi MyResepi tajuknya "Jom berjimat menyediakan ROTI". Semua resepi tentang roti. Belum banyak yang mommy dah bereksperimen cuma aritu refer untuk bt doh pizza aje (selain follow menu BM). So bila terpandang ada resepi utk roti keras Perancis ni @ nama sebenornye "Baguette" maka mommy pun try le petang semalam. Hasilnya, huhu!!!not bad le cakap. 
Kalau roti keras ni tak risau sangat sebab mmg rupa parasnya buruk & rasanya pun keras kekong. Yang specialnya ia tahan lama sikit & syok layan dengan soup (next N3 mommy citer pasal soupnya).

Ini resepi untuk sapa2 yang nak try berjimat gak, ahaks!

Bahan2:
175g-180g air
210g tepung roti
90g tepung gandum
1 sudu besar mentega
1 sudu kecil garam
1 sudu kecil gula
1 sudu kecil yis
Mentega secukupnya untuk sapuan.

Caranya:
1. Masukkan semua bahan mengikut turutan dari atas ke bawah ke dalam mesin roti (BM). Pilih doh bread dough & tunggu sehingga siap.
2. Keluarkan doh dari mesin roti. Tumbuk2 untuk keluarkan angin. Bahagikan kepada 6 bahagaian & buat bentuk bulat. Biarkan 10 minit.
3. Ambil sebiji doh, leperkan di atas papan pencanai. Gulung supaya menjadi panjang sambil ditekan dengan tapak tangan.
4. Gulung semula doh tadi supaya menjadi 12cm panjangnya. Buat sehingga habis. Biarkan doh kembang 2 kali ganda.
5. Buat torehan pada permukaan doh secara serong. Letakkan mentega di setiap torehan.
6. Sembur dengan air pada roti sebelum dibakar. Bakar roti pada suhu 180'C selama 18 minit.

Thursday 18 October 2012

AYAM BAKAR BERMAYONIS

Assalamualaikum.
Harini mommy nak tayang hasil eksperimen hari Selasa lepas. Mmg berbaloi2 sangat guna resepi ni sebab 3A bagi mommy 'thumb up'. Pandai dah dorg sekarang ni, yang sedap thumb up memanjang. 
Fyi, kat Brunei ni ada satu rangkaian Restoran Fastfood (Brunei Own Brand) nama "Ideal" (nanti mommy citer pasal ni later). Memang kami suka sangat makan kat sini sebab meals semua sedap2 & pelbagai. Ayamnya type yg grill (daddy yg paling suka bab taste ayamnya ni). Selain daripada itu harganya of course lebih murah compare to KFC, McD, SugarBun & Jolliebee. Dipendekkan citer walaupun tak exactly sama ayam mommy buat ni dgn 'Ideal' tu but the taste boleh le beat 'Ideal', hehe perasan sendiri.
Terima kasih kpd mamasya atas perkongsian resepi ni. Oh, btw mesti mamasya dah tak jenguk blog starting harini sbb beliau sibuk menyiapkan diri untuk ibadah Haji tahun ni, bestnya kan dapat jadi tetamu ALLAH. Semoga kita juga dijemput ALLAH dalam masa terdekat, Amin3x. Untuk mamasya semoga segalanya berjalan lancar, Insyaallah.
Ayam Bakar Black Pepper bermayonis ni resepi asal oleh Rosjintan, pastu Hana buat & mamasya plak try. Sekarang turn mommy plak bereksperimen. Tq to all.....Love it, muah!!

- mommy guna whole chicken size kecil & gandakan semua bahan2 -
Bahan2:
1/2 ekor ayam ( bersihkan dan cucuk dengan garpu) 
1 sudu kecil blackpepper
2 cm halia ( agak-agak je)
2 biji bawang putih
1/4 biji bawang besar
1 sudu besar madu
1 sudu besar gula
1 sudu kecil kicap manis
1/2 sudu kecil garam
2 sudu besar mayonis
sedikit lada sulah

Caranya:
1. Blender bawang besar, halia, bawang putih dengan sedikit air sehingga hancur, kemudian curah di dalam bekas dan campur gula,  kicap manis, lada sulah, garam, madu dan lada hitam.
2. Masukkan ayam dan akhir sekali letakkan mayonis, gaul sebati dan perap di dalam peti ais selama 2 atau 3 jam.
3. Bakar pada suhu 190 darjah selama 40 minit, sedia untuk dihidangkan, Selamat Mencuba. ( kalau perap lagi lama lagi sedap ayam bakar ni, dan bakar biar perang sikit permukaan ayam tu)

Tuesday 16 October 2012

PUDING ROTI BAKAR

Ini pulak resepi lagi separuh roti tu, mommy buat puding roti. Dah lama tak buat puding roti ni sebab kalau dulu2 buat boleh gak bawak g sekolah, member2 tolong perabis. Rasanya Ahdia & Anis kurang minat kot sebab dorg tengok rupa paras puding ni kurang menarik. Hehe!!!yang dah pulun tadi mommy & Arfa je. Mr Daddy dok pulun roti kering, kenyang daaaa.Takyah citer banyak le sebab harini mommy moody sikit. Biasale masalah pompuan serata dunia tiap2 bulan, ditambah pula dengan kisah sedih zaman2 dulu yang terpaksa diimbau kembali. Oh, pilunye.....Bahan :

2 cawan susu cair
1 sudu besar mentega
1/2 cawan gula pasir
3 biji telur 
2 sudu teh serbuk kayu manis (terpulang samaada nk guna @ tak) 
1/4 sudu teh buah pala (terpulang samaada nk guna @tak) 
1 sudu teh esen vanila 
1/2 cawan kismis 
3 cawan roti dipotong kecil atau kiub

Caranya :
1. Masukkan susu dalam periuk & panaskan atas api yg sederhana. 
2. Masukkan mentega dan kacau sampai cair. Padamkan api dan biarkan ianya suam.
3. Satukan gula,telur,serbuk kayu manis,serbuk buah pala dan vanila. Pukul sehingga sebati.
4. Tuangkan susu tadi perlahan2. Kacau rata.
5. Masukkan roti ke dalam pinggan casserole yg telah digris dgn mentega.
6. Taburkan kismis & tuangkan susu hingga menutupi roti tadi.
7. Bakar pada suhu 180'c = 45 minit.
8. Sesuai dihidang panas@sejuk bersama sos puding.


Sos Puding Roti

Bahan2:
1 cawan susu cair
2 sudu besar mentega
1/4 cawan gula pasir
1 sudu teh vanila
1 sudu tepung gandum (bagi kuah pekat, kalau suka kuah cair xyah mskkan tepung)
secubit garam

Caranya:
1. Masukkan semua bahan ke dalam periuk dan panaskan atas api yg perlahan hingga mendidih selama 3 minit.
2. Boleh tuangkan ke atas puding roti yg siap tadi..


Biskut Rusk @ Roti Kering Bergula


Assalamualaikum & good day.

Yezza.....projek harini adalah misi menyelamat roti luput tarikh dari cik tong yg kelaparan. Stok roti @rumah ni boleh dikatakan sentiasa ON. Kadang kala berebut2 3A ni kalau stok dah tinggal sikit, kadang kala pulak sampai dah keluar kulat hijau xde sapa nak makan. Emmp!!!mungkin sebab mommy beli hari Sabtu lepas, 3A tak sempat makan (weekend mmg outing je keje kami ni). Tarikh luput 15/10/2012, bila mommy sedar2 semalam dah 15/10/2012. Biasanya hari expiry @ sehari selepas tu kadang2 boleh je lagi makan kan tapi semalam check2 dah ada kulat. Alahai!!!!sayangnya nak buang sebab belum berbuka lagi plastiknya. Zalim rasanya kalau just sedekah kat cik tong sebungkus roti (yg size panjang plak tu). Last2 mommy baru teringat nak buat roti/biskut rusk (roti kering). Maka bila 1st trial buat semalam, laris betul sampaikan Ahdia merengek2 pagi tadi tanya mana hilang roti 'tu'. Yang pulun semalam tak lain tak bukan Mr daddy. Mommy pujuk le Ahdia cakap nanti petang mommy buat lagi. Hahaha!!!!kecian dia, bila petang tadi mommy buat lagi, dia sempat makan sekeping. Yang pulun Mr daddy gak (blk keje tadi dok krup krap 2x).

Sumber: 
Buku Kompilasi MyResepi "Jom Berjimat Menyediakan Roti"

Bahan2:
Roti yang tiada inti
Mentega @ marjerin secukupnya
Gula secukupnya

Caranya:
1. Sapukan permukaan roti dengan mentega @ marjerin. Kemudian taburkan gula di atas roti.
2. Bakar dalam ketuhar pada suhu 160'C selama 15minit.
3. Biarkan sejuk sebelum disimpan ke dalam bekas kedap udara.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...