بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Monday, 8 October 2012

LAKSA PENANG

Assalamualaikum. 
Alhamdulilah, walau masih sok sek2x tapi air hidung ni xde le mencurah2 bagai air terjun dr lubang hidung mommy ni. Pegang record mommy selsema paling lama. Pepepun, demam ka, selsema ka, sakit ka huhu!!!sejak jadi suri di rumah ni nampaknya xde istilah berehat. Ada je kena buat keje. Kalau berehat jawabnya, bertimbun le kerja2 tergendala. Huwaaaa!!!!


Bila cheq selsema tu, deria rasa mcm malfunction jugak. Bau xdak, rasa xdak, selera xdak...... Tapi dalam dok xlarat & xselera tu mommy dok teringin le nak makan laksa (pastu teringat dah lama mommy peram laksa beras kering). Punya le susah nak jumpa laksa beras kat sini. Yang banyak laksa getah & mostly dari Siam & Vietnam. Itu bila nampak laksa beras dari Kedah aritu mommy terus beli (yg sedihnya ada 2 bungkus je - hampeh!).

So, mommy pun dengan semangatnya walau hidung kalau blh nak sumbat dgn kain ja (hehe!!) terus buka kitab lama. Hand written recipe from whom i couldn't remember.....kalau bukan dari arwah 'Mak Tok' mesti dari kawan cikgu sekolah @Subang dulu sebabnya resepi ni dah berkurun simpan & dah selalu buat dulu2 time muda2 (leni matang ja).
Actually basic tu mmg dah hafal nak buat laksa ni cuma nak refresh kot2 ada secret recipe yg tertinggal. Yang paling penting belacan/stok udang. Walau xlarat tapi instead of buat laksa Penang saje terus terlajak buat jugak laksa Ganu Kite untuk 3A (depa xlayan Laksa Penang sebab pedas). Puas hati makan hari Sabtu lepas. 
So, untuk anak, cucu & cicit mommy ini resepinya.
Yang laksa Ganu Kite Refer next N3.

 (Untuk makan dalam 5 orang)

Bahan2:
10 ekor ikan selayang/kembung 
5 biji bawang merah (kisar)
10 tangkai cili kering (rebus & kisar)
3 keping asam gelugur
1cm belacan (kisar)
2 kuntum bunga kantan
5 tangkai daun kesum
Garam
Gula
Air rebusan ikan/rebusan udang

Caranya:
1. Rebus ikan & kisar isinya. Asingkan tulang ikan & kisar asing untuk ambil stok.
2. Dalam periuk masukkan stok ikan, isi ikan & semua bahan. Tambahkan air rebusan secukupnya.
3. Apabila kuah telah pekat, masukkan garam & sedikit gula.
4. Sedia dihidang dengan laksa beras.


Laksa Penang sedap dimakan dengan bahan2 sampingan berikut:
Telur rebus
Timun(hiris halus)
Daun salad (hiris halus)
Bawang besar (hiris halus)
Limau kasturi
Nenas (hiris halus)

8 comments:

Gee® said...

Salam kenal Ros... sedapnya laksa penang tu... terlior!

Aku Seorang Pengembara said...

eeeerrrrrr.....laksa getah ? konpius keme...hehe...

Amie said...

Terliur tengok laksa penang... walaupun baru buat minggu lepas!

Qasey Honey said...

wah ade laksa penang yer...sedapnya...bleh cuba juga nri ni..nyum2

rostina76 said...

salam kenal Gee. kalau terlior kena try tu

rostina76 said...

laksa getah yg liat & colornya jernih skit tu. ros xsuka yg tu. kalau laksa beras colornya putih 9walau yg kering ni xle sesedap yg org kampung bt fresh tu tapi better than yg getah tu).hehe!!

rostina76 said...

Hehe!!!buat le lagi Amie

rostina76 said...

NYUM! NYUM!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...