بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Thursday, 29 May 2014

BINGKA LABU

Assalamualaikum & salam sayang.
Quick update sebab mommy tak sihat ni (nanti declare lain kenapa but not worry, Inshaallah ok). BW & reply komen pun later mommy usahakan. Tqvm kpd semua yg sudi lagi jenguk2 mommy. Semoga ukhwah kita tetap terjalin.


Mommy jot down dulu resepi bingka labu yg mommy buat last Saturday. Balance labu buat masak lemak udang, sebelah lagi buat bingka ni. Walau 1st time try tapi alhamdulilah menjadi. Resepi mommy amik dari Kak Am.


Bahan-bahan 
5 biji telur Gred A
200 ml air
300 ml pati santan (guna santan kotak)
200 g tepung gandum
180 g gula halus
1/2 camca teh garam
1 camca teh esen vanilla
450 g labu manis, dikukus hingga lembut dan dilecek halus (mommy rebus) 

Cara-cara
1. Satukan kesemua bahan dalam satu bekas kecuali labu lecek. 
2. Kacau menggunakan whisk hingga sebati dan gula hancur. Tapis adunan.
3. Masukkan labu manis yg telah dilecek halus tadi. Gaul hingga rata.
4. Tuang adunan tadi ke dalam tin bulat berlubang tengah (mommy guna loyang kek chiffon) yg telah di sapu mentega. 
5. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 200C selama 40 minit. 
6. Biarkan sejuk sebelum dipotong.


9 comments:

nasa mulia said...

sedapnya...nak ikit..

Irfa said...

agak2 kalau guna pemanggang ajaib menjadi tak?hihi

Acik Erna said...

Sedapnya nampak bingka labu ni ros

Shamsiah Abdul Rahman said...

Dalam tak berapa sihat pun still rajin masak lagi tu..
Take care Ros.

NEKCIK said...

tau dah semestinya sedaaap Ros...arwah mak nekcik dulu buat jual kuih ni...

acik idah said...

Perghh terbaek sis... terbau2 harumnya bingka tu... :D

Suzana Ibrahim said...
This comment has been removed by the author.
Suzana Ibrahim said...

saya suka makan bingka labu,nampak terliur pula.

Siti Fatimah said...

sya suka semua jenis bingka. hmm.. kalau part labu mang sukerrrrrrrrrrrrr

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...