بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Tuesday, 20 May 2014

Inda ku merati kurapak Brunei

Hahaha, jgn panik semua. Aku pun tak faham maksudnya. Sib baik adik manis ni buat segmen guna topik ni. Ingat2 mommy awal2 terjebak dgn blog ni ada la jugak sikit2 jotdown bahasa Brunei vs bahasa Malaysia tapi dah ibarat ketam ngajor anak jalan lurus tapi dia sendiri terhenjut2 tersasar, so sudahnya baik xyah dari bagi ajaran sesat kat korang semua. Btw 3A skrg ni dah terer speaking Brunei, mommy mau kamih..lakas2. Haaaaa, korang faham ke? Napa kasi tau mommy, lakas tah ka jamban. Karang basah sluarmu. 
Aku plak buat segmen, teka dialog mommy & a. Hahaha!!!! Takde la saja je suka2 belajar bahasa org, seronok juga. Tapi tule, kdg2 terasa gak nak berlakon jd local kan masa g pasar…….belum sempat dialog panjang terus org tanya "urg semenanjung?". Hahaha!!!!!kantoi.

Ok, mommy cuba ye listkan a few words yg mommy tau.

1. Jamban=jambe (bahasa kelate)/tandas ler
2. Kamih=kencing
3. Iski=teruja/seronok
4. Kita=awak
5. Kitani=kita semua
6. Ligan=lari
7. Batah=lama
8. Arah=kat (cth ayat: bagi surat ni kat/arah cikgu)
9. Tabir=langsir
10. Nyaman=sedap
11. Mata-mata=perhati
12. Bini-bini=perempuan
13. Karang=nanti
14. Ingau=risau/bimbang
15. Tapuk=sorok/sembunyi

(yg paling best panggilan 'alai' digunakan untuk menunjukkan org lebih muda. Cth: mau bali apa alai?)

(lagi satu kebanyakkan words BM kita guna 'e' tapi bahasa Brunei ganti 'a' cth: telur/talur…….kenyang/kanyang……perut/parut……membeli/membali…..etc).

Ok, cukup kelas bahasa arini ye. Kang lebih2 jadi ajaran sesat plak. Kpd urg2 Brunei atuh, aku mitak maaf tah mun ada inda lurus ajaran aku ani. Iatah, baru 4 tahun kami di sini. Inda byk yg dpt balajar.

18 comments:

Jari Manis said...

Best jgk belajar bahasa brunei nih tp kekadang keliru bini bin rupanya perempuan klau d semenanjung sudah lain maksudnya heee

Hazinra Namir said...

Salam kenal.. Tak rugi belajar bahasa n budaya org kan.. ;)

nurbijen said...

Macam bunyi sabahan pun ada...
Kalau dekat form utk jantina, dia tulis "bini-bini" ke kak ros? Atau ni utk bahasa percakapan jer?

UmmuAidan-Arissa said...

wah seronoknya pelajaran bahasa brunei hari nie...tak pernah tahu pun camaner loghrat depa...:)

@na said...

ligan tu sama bahasa Utagha, ros...cuma hati2 kalu kat utara, kalu depa kata nak ligan kena lari la cepat222
hehehe...

rostina76 said...

JM: tule….jgn silap negara yo. padah ko nanti. heheh

hazinra: salam kenal. mmg beruntung dpt tahu serba sedikit bahasa & adab budaya org

nurbijen: mmg a few words ada persamaan dgn sabah… satu rumpun bahhhh

UAA: heheh!!!belajar dgn org baru belajar haru jugok tu weh

@na: yup, sama dgn utaqa. cheq klu hang nak ligan cheq xmau p sana laaa

Real Life in Malaysia said...

doiii ghindu beghunai:)

juls julie said...

Malas tah ku ingau..ngalih sudah..heeheh

sudipVSsenduk said...

susah jugak bahasa sana ek..

Nurfaezah Abdullah said...

thanks kak sudi join segmen ku ani. ingau ku nada sambutan tapi Alhamdulillah ada jua yang mau join :D

waaa kita menetap di brunei ke kraja sini?

first time tah tu ku dgr the word 'ligan' hehe.

senarai peserta kan siap be-update. ku follow kita jua #263.

Tihara said...

laa saya ni baru je belajar bahasa jawa
dah sekarang ni terminat nak belajar bahasa brunei pulak lah :)

Athisyah said...

Assalamualaikum, sayang smuanyaa!
Blogwalking sedang berjalan~

http://demahabbah.blogspot.com/

Pha Is said...

saya datang singgah blogwalking sini dari blog pihak penganjur.. :)

Hafiza AizZawa said...

Selamat Bersegmen..Fiza singgah dr segmen yang sama.. follow sini juga.. jemput ke http://ourmemoria.blogspot.com/2014/05/segmen-geng-blogwalkers.html

hainom OKje said...

Tak jadi balik Malaysia ke ROs? Ni dah terer cakap Brunai ni...macam nak duk sana terus je hehe

Suez said...

Ligan? Mungkin bahasa tutong?

Lari /berlari - lusir /belusir

Kita - kamu/awak.
Selalu digunakan sebagai gantinama bagi orang yang lebih tua

rostina76 said...

nurfaezah&suez: hahaha!!!!mgk kros salah kali 'ligan' tu. sometimes confuse bah sal skjp2 3A ni ckp brunei, kjp2 ckp KL, ada jua ckp kedah & terengganu. sorry klau nda lurus toh.

Nurul Hidayah said...

Salam .. bw dan follow sini #281 :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...