بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Tuesday, 20 May 2014

Pulut Serunding Kelapa

Assalamualaikum & salam sayang.
Minggu lepas Si Arfa pulun memanjat pokok kelapa (guna ladder sebenarnya). Kalau yg pernah baca ttg rumah kami kat sini mmg dah tau la keliling rumah kami ni banyak pokok2 kelapa. Dah la rendah, buah jangan cakap le berlambak2, cuma kami je jarang2 mengutip hasil sebab malas & takde masa nak mengopek buah kelapa. 
Itu bila si Arfa terlebih rajin memetik & menggopek buah2 kelapa tu mommy dapat stok kelapa parut satu besen penuh. Apa yg strike my mind of course untuk buat serunding kelapa & inti kelapa manis (mmg boleh buat stok untuk kuih-muih masa ramadhan nanti gak ni). 


So, sakan le mommy godek kelapa parut tu jadi serunding kelapa & inti manis. Pastu simpan dalam bekas siap2 & masuk freezer. Bila nak guna nanti just re-heat je.


1st projek kuih muih selepas siap serunding kelapa tu, yg paling senang ialah tanak pulut ganding dengan serunding kelapa. 
Hasilnya mabeles!!!!

Bahan2:
utk pulut
500g beras pulut
500ml air
100ml santan
Garam
Gula

Caranya:
1. Basuh beras pulut & rendam selama 30minit.
2. Selepas 30minit, toskan beras pulut & masukkan ke dalam periuk ajaib, Noxxa.
3. Masukkan air.
4. Tekan function high pressure selama 5 minit & tunggu sehingga selesai.
5. Release pressure & masukkan santan (yang dibancuh sedikit garam & gula). Gaul rata.
6. Tutup periuk & tekan function heat selama 5 minit.
7. Selepas selesai 5 minit, pulut sedia dihidang.

utk inti 
1/2 biji kelapa parut 
1 cawan udang kering 
2 biji bawang besar 
5 batang serai 
1 sudu kecil kunyit serbuk 
5 tangkai cili kering (ikut kepedasan masing2) 
1 sudu besar minyak masak 
Garam dan gula
Sedikit air jika perlu 

Caranya:
1. Kisar lumat serai, bawang, cili kering & udang kering.
2. Tumis bahan2 kisar sehingga garing.
3. Masukkan kelapa parut & kunyit serbuk.
4. Semasa menggaul, masukkan sedikit air & sebatikan bahan2.
5. Masak sehingga kelapa parut kering, perisakan garam & gula.
6. Siap.


9 comments:

Shamsiah Abdul Rahman said...

Yang ini memang best. Wajib makan tiap kali balik Bachok.

Bbwana adienia said...

wah nampak sedap dan comel pulut tu..

tun_telani said...

terbayang2 pulak bekfes kat kelate.. tp tun lagi lajuuu kalau mkn pulut ngan ikan kering.hihi

Kuazue Mohd said...

lapar nyer

acik idah said...

Idah suka pulut serunding nie... :D buat tak pandai... tapi makan pandai... hehehe...

Jari Manis said...

alamak..kuih kegemaran ni..nk buat tak pandai..dah ada resipi ni boleh lah try :-)

NEKCIK said...

ayu deh...sedap nii..ok rasa mcm dah bertahun tak penah buat..serunfing boleh makan ngan nasi impit..sbb nekcik tak suka pulut..he..he

rostina76 said...

sham: terkenang kampung halaman…..dendang perantau… sabar2 ye

Bbwana: tocey

tun: sama la kros tun. lagi laju dgn ikan kering sbb itu lg makanan mewah. ahaks!!

azu: ko menjahit tak ingat makan ke azu? meh2 sini aku tlg masak

acik idah: kira normal la tu idah. klau pandai buat tapi tak pandai makan baru abnormal

JM: yoyo!!!!silakan. nanti dah ko busy jejalan tak sempat merasa, kempunan nanti d negara org

nekcik: dgn nasi impit pun sodappp tapi kasi curah le jugak kuah kacang. lg terangkat pinggan.

Syafinaz Ali said...

Stress lps baca entry ni.alahai sedaknya kak ros.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...