بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Friday, 6 June 2014

Cream Puff with Strawberry Cream

Assalamualaikum & salam sayang.
Agenda meng 'clear' kan bahan2 sebelum berlayar ke Malaysia ni. Bila dah lama tak baking making ni rasa cam kelam kabut plak nak mengadun. Padahal senang je buat cream puff. This time mommy buat cream puff berintikan krim strawberi.



Dah lama dok tenung resepi ni dalam buku 'Aneka Masakan Barat' Alaf 21 ni tapi tak terbuat2. Cam mana boleh terbuat pula? Jawapannya sebab nak habiskan krim yg buat Fresh Strawberry Cupcakes ni dulu.



Punya la lama peram krim tu dalam freezer, sib baik boleh guna lagi. Okey, resepi puffnya mommy refer resepi DULU.



Cream Puff

Bahan2:
*200g tepung gandum
*100g mentega
*5 biji telur
*250ml air
*Sedikit garam
*3 sudu kecil gula halus

Caranya:
1. Jerang air dengan mentega hingga mendidih. Biarkan 1 minit.
2. Masukkan tepung gandum ke dalam air panas & kacau hingga menjadi doh.
3. Matikan api, biarkan adunan suam.
4. Dengan mesin pemutar, kacau adunan & masukkan telur sebiji demi sebiji.
5. Setelah adunan gebu, masukkan adunan ke dalam piping bag yang diletakkan nozzle bulat (mommy pilih nozzle ikut kehendak k.Anis).
6. Paipkan mengikut size yang digemari di atas dulang pembakar yang telah disapukan mentega.
7. Bakar sehingga masak dengan suhu 180'C (anggaran 20-30 minit).
8. Setelah cream puff sejuk, belah menggunakan gunting & bolehlah disapukan inti krim strawberi.



Untuk krim plak actually guna yg lama tapi u all boleh refer resepi kat bawah juga.



Krim Strawberi

Bahan2:
500g strawberi -dilecek
375g krim putar (whipped cream)
40g gula kastor
1 sudu kecil perisa strawberi (mommy guna syrup hershey)


Caranya:
1. Pukul krim putar & gula sehingga gebu.
2. Masukkan strawberi & perisa strawberi. Kacau sehingga sebati.
3. Siap (boleh sejukkan dulu dalam peti ais jika tidak digunakan).


8 comments:

cindyrina said...

buat org terliur je...haishhhh!!!! pandai you baking.

Honey said...

Salam Kak Ros,

Amboi! Meriah filling dia. Siap ada strawberries.

nurbijen said...

yummy... sedapnya... Pernah sekali buat cream puff, tapi tak berapa menjadi... Nanti nak cuba resepi kak ros pulak..

BUNDA a.k.a KN said...

Amboi merah terserlah krim strawberrynyer..

UmmuAidan-Arissa said...

cutenyoh...saye nok make wehh

Siti Fatimah said...

gila mahal cream puff ni kat sini. sebiji tu sekali telan je.. mang suka bangatttttttttttt

hainom OKje said...

Orang rajin buat apa pun nampak senang Ros....
Alahai mcm teringin pulak nak buat

fieda said...

meleleh air liur ni..huhuhu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...