بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Saturday, 7 June 2014

Cili jeruk

Assalamualaikum & salam sayang.



Ni resepi clear bahan2 gak ni. Lama dah tak buat, tapi memandangkan banyak lebihan cili dari hiasan pulut kuning, maka mommy terfikir untuk buat cili jeruk sebelum semua cili2 tu buruk. Sayangkan bila beli cili segar bugar tapi lambat guna dah buruk. Misi menyelamat pun bermula.


Bahan2:
Cili Hijau (yg segar2)
Gula
Garam
Cuka secukupnya

Caranya:
1. Basuh bersih cili & toskan sehingga kering.
2. Hiris cili (jgn halus sgt), kalau guna cili padi xyah hiris dah.
3. Masukkan cili yg dihiris tadi ke dalam bekas bertutup & goncang (utk buangkan bijinya).
4. Kaup cili tanpa biji (kalau ada sikit2 tu xpe la) & masukkan ke dalam botol kaca.
5. Tambah sedikit garam & gula.
6. Curahkan cuka makan sehingga menutupi cili2 tadi.
7. Tutup botol & goncang seketika.
8. Biarkan selama sekurang2nya 1 jam sebelum dimakan (tgk warna cili berubah menunjukkan ia telah dijeruk).
9. Simpan ditempat kering@boleh juga disimpan dalam peti sejuk.


10 comments:

UmmuAidan-Arissa said...

sedak weyh cili jeruk make nge kuew tiaw..jarin demo jerruk teh..:)

Kuazue Mohd said...

sedap.. kami pun dah mula menyimpan benda utk posa nih..

Shamsiah Abdul Rahman said...

Bahaya kalau suku sakat ni ada kat rumah. Hatta meggi goreng pun mencari cili jeruk ni jugak.

Syafinaz Ali said...

Sedak ni gu dengan mee goreng.Yum!Hihihihi.

@na said...

buleh try nih...tk penah buat lagi lada jeruk potong ni...weyh sedak ni boh dale bihun goren...

~Mami Little Hero~ said...

tak yah letak air ye kak. cuka gula n garam je... noted

rostina76 said...

mami little hero: xyah farah…..klu letak air cepat kulat & lembik

Siti Fatimah said...

terbaik.. suka cili jeruk ni kalau makan ngan char koay teow

hainom OKje said...

OKje pernah beli cili hijau ni sampai sudah tak masak Ros...akhirnya buruk...macam tulah masa beli macam tulah masa buang hehe...Cili ni plannya nak goreng tumis ngan bawang belacan dgn ikan bilis ...

fieda said...

i likeeeeee.....mmg best ada cili jeruk ni..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...