بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Monday 6 November 2017

PINDAH….wind of change lagi.

PINDAH RUMAH
Assalamualaikum & salam sayang.
 Just to update our new life here still in Brunei Darussalam.
Since Feb 2016 kami dah berpindah dari Kg Danau ke bandar Kuala Belait. Kira berpindah daerah jugak. Kenapa pindah? Huhu!!! keadaan rumah yg tiada penambahbaikan oleh landlord. Sayang sebenarnya dgn rumah & suasana Kg Danau. Especially nak berjauhan dgn jiran kami Kak Maria sekeluarga yg sangat baik hati. Begitu juga dgn jiran2 lain; Kak Maznah & Ustazah Mastuyah. Tapi pepepun kami happy dengan life sekarang. Anis & Ahdia pun seronok dengan sekolah baru. Mommy lagi la jugak seronok berdekatan dgn kelompok Malaysian di sini. Since 2016 jugak mommy busy conducting 'handmade bag class'. Alhamdulilah skrg dah jadi cikgu sandaran. Hahaha!!!!
Itu yg tak terjenguk blog sb kelas almost everyday. Ditambah dengan aktiviti Malaysian yg lain. Inshaallah ada masa mommy akan cuba sambung blog yg dah terbengkalai ni.
Di harap masih ada yg sudi baca celoteh mommy. Oh btw dah tak byk cerita anak2 mahupun masakan sekarang ni sb mommy jarang masak. Anak2 pulak dah besar panjang. Arfa dah bersekolah di KL, Anis next year bakal berganjak ke alam persekolahan menengah. Kalau terpaksa tinggal di hostel maka next year cuma tinggal Ahdia saja. Itu pun dah terasa betapa besar & remajanya dia. Cuma yg mungkin blh menghilangkan kesunyian daddy & mommy sebab si Ahdia ni suka berceloteh. Ada je cerita kwn2 yg kena dengar. Layankan ajela sementara masih ada waktu. 
Mommy cuba habiskan cerita2 holiday kami jelah sebagai kenangan di masa depan. Itupun dah byk moment yg dah terlupa. Phewww!!!setahun lebih dah cerita2 basi ni. 

Wednesday 22 February 2017

Pisa, Italy

23/3/2016
After settle kerja daddy, kami ke Pisa. Perjalanan dari Florence menaiki train ambil masa 1jam lebih.
Untuk yg plan nak ke Italy, blh baca details public transport durg kat SINI.
Inshaallah senang & smooth aje kalau gunakan train di Italy . Tiket semua beli kat vending machine & make sure sebelum berlepas, validate tiket anda kat machine yg disediakan. Kalau tak validate nanti bila operator ticketing check anda akan didenda. Hahaha!!! ada org degil sudah kena.
dlm train ke Pisa
dah smp Pisa


cam ni la suasana kat Italy ni walau kat mana2 tempat pun...
deretan bangunan2 lama & jalan yg sempit
Car free road
menapak la ke mana2




otw ke Leaning Tower….rehatkan kaki jap


http://rezwati.blogspot.com

Ni namanya 'jinak2 merpati'……..


yeay!!! dah nampak











MENARA CONDONG PISA
Alhamdulilah…..terjejak jugak tapak kaki kami di Pisa walau berbagai rintangan onak & duri ditempuhi. Hahaha.
gaya nak kena senget jugak la
Sumber wikipedia;
Menara Condong Pisa (Bahasa ItaliTorre pendente di Pisa) atau Menara Pisa ( La Torre di Pisa) merupakan menara loceng, atau menara genta berdiri bebas, bagi gereja besar bandar Pisa di Itali. Menara ini terletak di sebalik gereja besar dan merupakan struktur ketiga yang dibina di Piazza del Duomo ("Dataran Gereja") di Pisa.
Meskipun sepatutnya berdiri betul-betul tegak, namun menara ini mula condong ke arah tenggara sejurus selepas bermulanya pembinaan pada tahun 1173 kerana asasnya yang lemah dan substrat longgar yang membolehkan asas menara beranjak arah. Kini, menara ini condong ke arah barat daya.
Menara Pisa tingginya 55.86 m (183.27 kaki) dari tanah di sisi terendahnya dan 56.70 m (186.02 kaki) di sisi tertingginya. Lebar dinding di tapak menara ini ialah 4.09 m (13.42 kaki) sementara di aras atas pula lebarnya 2.48 m (8.14 kaki). Beratnya dianggarkan kira-kira 14,500 tan metrik (16,000 tan pendek). Menara ini mempunyai 296 atau 294 anak tangga; aras ketujuhnya kekurangan dua anak tangga di tangga yang menghadap ke udara. Menara ini condong sebanyak 3.97 darjah[1]. Ini bererti puncak menara berada 3.9 meter (12 ka 10 in) dari kedudukan sepatutnya seandainya menara ini berdiri tegak.[2]




Pisa Cathedral façade



Piazza dei miracoli


Piazza del Duomo ("Dataran Gereja") 
Masa kami pegi ni ramai jugak tourist. Mcm2 gaya durg ni duk posing

tgk tu….gaya dah mcm ultraman lawan raksasa
power puff girls tetap maintain ayu


Frankly speaking, walau Leaning Pisa ni terkenal di seluruh dunia & dikagumi ramai tetapi secara peribadi mommy takde la rasa terkesima sangat tentang rekabentuk buiding. Bukan bias sebab berkaitan dgn agama tetapi sebab design building depa ni lebih kurang sama je especially church. 
Menara Condong Pisa ni yg membuatkan dia special of course sb 'kesengetan' nya. In fact, ia juga tersenarai antara 7 wonders of the world yg baru . Yang tu ada la rasa cam berfikir jugak. Bukan saja sb kehebatan rekabina tetapi lebih kepada keajaiban yg Allah bagi. Pada asalnya mmg menara ni direka utk dibina tegak mcm biasa tetapi akur dengan kekuasaan alam semulajadi. Diubah utk kekal tegak tetapi tetap condong. Yang lagi kagum sebab walau senget dah beribu2 tahun tetapi tetap tak tumbang. Allahualam bisawab….
Cuma nak bagi peringat, walau kita rasa ada keajaiban tetapi usaha untuk maintenance perlula juga tip top kanmasa kami pegi ni pun durg tgh buat maintenance jugak. Seriau la jgk kot2 dok harap miracle je last2 menyembah bumi akhirnya. 
Oh btw kami tak naik ke puncak menara condong tu, bkn sebab gayat tapi tak sanggup nak beratur panjang. Cukupla posing kat bawah je, lagi clear & menarik pose nya.





Dah…. jom teruskan perjalanan ke Siena plak.

Monday 20 February 2017

Florence, Italy

Assalamualaikum & salam sayang. 
Hehe, bagi mommy chance utk teruskan niat berblogging ye. Mommy kena siapkan travelog europe kami last year sebelum segala kenangan & ingatan hilang terus dari ingatan mommy. Daddy pun dok bising juga kenapa dah stop blogging especially cerita cuti2 kami. Sayang kalau tak teruskan sebab kenangan tu blh hilang. Kalau setakat post dekat fb mmg takpuas sebab tak leh bebel pjg2 :D

Homestay kami kat Florence. Area Piazza del Tiratoio

Ok, sebenarnya perjalanan kami ke europe tempohari 22/3/2016 - 31/3/2016 tanpa perancangan awal (kira last minit decision jugak).
Actually masa tu daddy cam biasa ada yearly course @ Florence office. Kebetulan time tu cuti sekolah. Disebabkan daddy kena pegi course lagi & kami pulak cuti sekolah, so perancangan awal kami plan nak balik kampung je….tapi sebenarnya jauh di sudut hati mmg mommy teringin sangattttttt cam selalu utk pegi jugak. Tapi tak berani la nak menggelupur mitak belas ehsan lagi. Hehe……

Rumah walau kecik tapi 2 tingkat & jadi luas. Kagum dgn design minimalise durg

Nak dijadikan rezeki, daddy tertengok ada tiket murah (Emirates) ke Florence, terus dia offer kami nak pegi tak. Huhu!!! time tu dah berbelah bagi nak terima offer sebab otak dah set nak blk jmp mok. Tapi dah tau dah peel daddy. Kalau dia offer apa2 tu kena ON je sb kalau reject tak sure la bila lagi nak dpt offer tu. So confirm beli tiket Emirates & kami 3 beranak (powerpuff girls je) yg fly sb abg Affan sekolah. Kesian dia kena tinggal tapi nak buat camna, kalau ikutkan mommy nak je biar dia ponteng tapi daddy xkasi. Daddy pegi 2 hari awal dr kami sb dia kena attended course dulu (lgpun tiket dia dah lama company arranged).

Tu main door & stair ke elevated floor.

Dalam dok seronok2 nak gi Italy kononnya, mommy sebenarnya berdebar2 jgk sb nak fly jauh tanpa daddy. Last mommy fly jauh2 tanpa daddy ni time pegi Qatar tahun 2005. Masa tu berdua dgn abg Affan je (Anis dlm perut 7 bln).
Hari nak berlepas tu, flight kami mlm…..masa nak check in petang tu,  sekali staf Emirates ckp nama kami xde dlm record durg…Alamak!!!!!!giler cuak. Nak nangis/ blur/panic semua ada. Pastu ke hulu ke hilir check dgn ticketing apasal jadi camni. Sb daddy ckp semua dah byr. Call daddy gedebak gedebuk sekali daddy ckp payment thru cc tu durg tak proceed. Huhu!!!! time tu mmg redha la xdpt utk sekian kalinya nak gi Italy.
Pastu kami 3 beranak duduk tersebek @KLIA tg confirmation daddy camna. Ingat nak call cik su dtg amik kami dah, tapi daddy call ckp dia dah beli tiket lain naik KLM… flight midnite hari yg sama… aduyai!!!! tak tau nak feeling camna tapi mmg pasrah dah time tu.

Aerial view The Alps

Dipendekkan cerita ada pro & con a.k.a hikmah jugak kami tak jd naik Emirates tapi KLM. Both flights ke Bologna, Italy cuma kalau Emirates transit @ Dubai tapi dgn KLM kami transit @Amsterdam. Yang rasa bersyukur jugak walau terpaksa bayar tiket double dari asal ialah masa pernerbangan kami dr Amsterdam ke Bologna. Mujur sangat mommy tak tidur sb kami betul2 melalui The Alps. Viewnya mmg clear & sangat dekat. Stewardess siap wish " Just relax & enjoy your moment mem". 

Confuse!!! awan ke salji ni 
Sampai aje Bologna airport, kena naik train ke Florence (dah hafal nama station ; Santa Maria Novella Train Station) plak. Huhu!!! Semua kami powerpuff girls yg buat dgn arahan 'professor daddy'. Mujur tak sesat, walau melilau2 jgk mcm kucing hilang anak. Last2 bila nampak kelibat daddy, rasa nak buat drama hindustan lari2 peluk melayang. Wakakaka!!!!! sib baik berpijak di bumi yg nyata.

Building depan Santa Maria Novella Train Station
Pastu menapak lagi blk ke homestay kami…Penat jgn ckp. 
Bila smp je kat homestay, wahhhhhh lega.

mommy bwk chef terhebat. hehe menu memanjang spagetti

So u al enjoy ajela view Florence ye. Oh btw org Italy panggil Florence = Firenze. Antara tempat2 menarik sekitar Florence/Firenze:

Arno River

Ponte Vecchio (day)


Ponte Vecchio (night)


Gallerie Degli Uffizi





Piazza della Repubblica

Florence Cathedral


Gerai kebab. Tapau bekalan di hari muka 

Cantik giler masa matahari terbenam ni. Durg lepak2 tepi terusan sungai. Kira santai2 la. Yelah depa xde keja lain, bukan nak kena kejar maghrib pun. Haha
Kami ralat sb xsempat panjat taman atas bukit nun

sooooo nice




Mlm2 layan Gelato mmg syokkkk. Pastu gigil2 balik homestay

Sedapnyeee. Aisshh esok kena buat sendiri ni. kecur mulut

Santa Maria Novella cathedral

Mercato vecchio.
Mercato Centrale




 Tunggu sambungan kami ke PIsa & tempat2 lain ye. Tq sudi layan kenangan kami bersama2.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...