بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Friday 28 October 2011

OTAK2

As salam...hehe!just nak tayang otak2 segera yg mommy beli @Hua Ho, Supermarket. Regenya BND 3.80. Kalau convert RM 9.38...Okey la kan, dpt gak merasa 20batang. Btw, tercari2 gak ni resepi buat otak2 yg best. Almaklum le, keliling rumah kami @cni banyak pokok nyiur, blh je rembat. Ikan pun fresh2, mmg cantik sesangat le try resepi otak2 ni. Hehe!!!nanti eksperimen otak2 mommy berjaya, mommy post @blog. TUNGGUUUUU!

Ok guys, since dah jmp resepinya, jom kita study dulu apa yg perlu dibuat sebelum eksperimen. Apakah langkah berjaga2 & kaedah yg digunakan ;)

Sumber info: Dari sini

Pengenalan

Otak-otak adalah sejenis makanan tradisional di perkampungan nelayan. Kebiasaannya dimakan sebagai makanan ringan di jamuan petang. Terdapat dua jenis otak-otak di Malaysia iaitu "Otak2 Terengganu" dan "Otak2 Johor".

Pada lazimnya ia dibungkus dengan daun kelapa atau daun nipah tetapi kini ianya boleh dibungkus dengan kulit popia dan dikenali sebagai 'spring roll'.
Kebiasaan otak-otak diperbuat daripada isi ikan laut. Bagi ikan air tawar yang sesuai untuk dibuat otak-otak ialah ikan tilapia merah, patin dan keli.
Otak-otak yang dibungkus dengan daun kelapa atau daun nipah perlu dibakar di atas dapur arang atau dapur biasa. Ia lebih enak dimakan ketika masih panas.

Bahan-bahan mentah:
  • Isi ikan
  • Tepung Jagung @kanji
  • Garam
  • Santan Kelapa
Bahan-bahan sambal:
  • Cili boh/serbuk cili
  • Bawang merah
  • Bawang putih
  • Jintan
  • Ketumbar
  • Gula
  • Serai
  • Lengkuas
  • Halia
Cara-cara Pemprosesan Otak-otak
Menumis sambal
Bahan-bahan untuk membuat sambal hendaklah dikisar halus. Tumis bahan-bahan tersebut dengan menggunakan minyak sehingga garing atau pecah minyak. Rasa otak-otak yang di hasilkan banyak bergantung kepada ramuan sambal yang digunakan. Ada juga pengusaha tidak menumis bahan-bahan sambal tetapi ianya di gaul terus dengan ramuan isi ikan.
Mengaul adunan
Sambal otak-otak yang di telah ditumis haruslah disejukkan terlebih dahulu dan barulah digaul bersama isi ikan, tepung jagung (kanji) santan, gula, garam, dan MSG dengan menggunakan mesin pengadun atau mesin pemotong senyap (silent cutter). Ia boleh dilakukan dengan tangan, walaubagaimanapun untuk mendapatkan adunan yang sebati, proses ini akan mengambil masa yang panjang. Adunan yang baik adalah adunan yang tidak terlalu cair.
Membungkus
Adunan ini dibungkus dalam daun kelapa atau daun nipah dan disematkan dengan lidi. Otak-otak ini kemudian di panggang di atas bara atau alat pembakar untuk dimakan secara terus.
Otak-otak yang telah dipanggang boleh disimpan lebih lama jika dibungkus dengan mangkuk plastik kalis udara dan di simpan sejukbeku pada suhu -18 ° C hingga -30 ° C. Ianya boleh tahan sehingga sebulan.
Adunan otak-otak boleh juga dipanggang, disejukkan dan dibalut dengan kulit popia atau kulit "wan tan" , kemudian di bungkus dalam mangkuk plastik kalis udara dan disejukbekukan. Ianya perlu digoreng sebelum dimakan.

Thursday 27 October 2011

PERIA KATAK GORENG REMPAH.....ala2 mamak punye


As salam.....masih lagi cerita ceriti pasal si katak.....Eh, silap. Peria katak. Macam yg mommy mentioned in post Peria Katak, mommy & daddy mmg suke sgt makan peria goreng rempah @restoren mamak (masa @msia)......Kat Brunei ni blm jmp depa goreng mcm tu. So mmg dah lama teringin nak buat sendiri tapi xreti. Tapi since mommy buat kacang goreng berempah ituhari, mommy tiba2 TING!!!!! dapat idea utk try implement resepi kacang goreng berempah tu kepada peria katak goreng berempah (peria biasa xblh kot sbb dia lembik sgt)....
Yeyay2x!!!!!!!!
Hasil eksperimen telah berjaya. Rasa & rupe mmg menjadi sebiji mcm mamak buat cume keranggupan je kurang sket compare yg mamak buat (mesti mamak ada secret resipi ni). Pepepun, mmg berbaloi buat sbb kami mmg suke. Kalau u al nak bereksperimen jugak, silalah.



p/s: U al refer je resepi kacang goreng rempah ni ye, cuma tukarkan aja kacang dengan peria katak. Peria katak tu u al basuh bersih2 (sebelum potong), kemudian tos. Pastu bila dah kering, hiris nipis2. Kalau yg muda, xpayah buang bijinya. Hiris je nipis2 termasuk bijinya (bijinya tu nanti bila goreng dia tertanggal sendiri).

SELAMAT MENCUBA NASIB!

Wednesday 26 October 2011

KERABU PERIA





As salam.....ini N3 tertunda la ni kesnya menunggu mood si iMac tu ok......Hampeh, x ok jugak. Nasib ada si pengiran lappy ni. Hehe!!!kita ni belajar pasal peria dah, so ni nak jot down plak resepi guna peria. Kalau yg tak suka pahit tu, pi main jauh2. Shush3x........ Hahaha!! Yang berani & nak jaga kesihatan mai sini dekat2 skit.
Kalau kata org tua2 dulu2 yg konservatif (ada gak org tua zaman moden ni mengalahkan org muda melanggar pantangnya, maklum le anak2 doktor)....."benda2 yg pahit itule byk khasiat, pengubat penyakit, kalau yg manis2 tu sedap tapi pembunuh diri".....huhu!!!Lu Pikir Le Sendiri, ada betul @ tidak. Ubat? nak tanya pahit ke manis? sedap ke xsedap? x usoh jawab sini, u al jawab sendiri.


Mommy share kat bawah tu resepi kerabu peria. Idea ni datang dr hasil blogwalking ke blog cute ni. Mmg tak sangka, peria ada org berani buat kerabu (mentah2 plak tu). Yang paling pahit mommy rasa org buat kerabu (itupun celur dulu) jantung pisang & buah beko (ini bahasa kelate, tak tau org negeri lain panggil apa).....Syabas buat Ina & Che Esah (nama mok Ina ni pun sama dgn nama mok kita kan). Insyaallah mommy akan jadikan resepi kerabu peria ni sebahagian dari resepi keluarga sbb ia menyihatkan & sedap. Tak rasa sgt la pahitnya, jgn takut nak try.


Btw, malas dah mommy nak ulang resepi ni sbb sama je dgn resepi2 kerabu mommy yg lain. So, u al refer je kat sini ye. Tukarkan aje sayur tu dgn peria (xkisah le peria biasa @ peria katak).....Cayangggg bucuk.


Masa basuh peria ni, jgn isi/siram air. Just hiris nipis2 & tabur1
sudu besar garam.  Ramas sampai keluar air.Ulang 3 kali baru bilas.

iMac berkabung ke?

As salam....huhu!!!dah 3 hari rasanya xlekat N3 @blog mommy ni. Bukan apa, citer & resepi byk yg nak jot down tapi ni hah......xtau le kenapa si iMac ni, semenjak tuan besar tinggalkan dia, buat hal plak....GERAM mommy ni.Dah le mommy pun hangin satu badan xleh ikut tuan besar g Italy gak alih2 si iMac ni mogok jugak. HAMPEH GENUOK (xtau bahasa apa, tapi mmg mommy suke guna klu marah tahap gaban).....tunggu sehari blm ok, 2 hari makin lembab, masuk 3 hari aku rasa nak hempok je. Ingatkan tuan besar je aku xgedebuk si iMac yg mengada2 ni, klu murah2 mau aku haiiiyah karate 4 kerat. Ini pun blm ok ni, last2 terpaksa rujuk balik dgn lappy kesayangan mommy ni. Walau ketinggalan zaman (sb ramai dah kelek ipad2 kan, tapi lappy ni la pujaan hati mommy).....Cuma itule, si lappy ni satu kelemahannya lambat kalau nak upload/download gambar...Tapi pepepun mommy sayang si lappy (bodek dia kot2 dia buat perangai gak).....Berbalik pd si iMac tu, lantak pi dia la. Tuan besar blk tau le dia counter buah hati dia tu. So, N3 lps ni pasal peria2 katak tu mmg tertunda punya N3 la ye.....

p/s: Tulisan pun highlight merah sbb MARAH!!!!!!!

Sunday 23 October 2011

PERIA KATAK





As salam....seronok juga kalau kita belajar & dapat tahu serba sedikit latar belakang ttg apa yg masuk ke dalam badan kita (makan le)....Kalau last week mommy jot down ttg mangga, harini mommy nak jot down pulak ttg 'Peria Katak'. Bukan apa mommy nak masak peria katak ni. So, sebelum mommy bagi resepi kita belajar le dulu. Mmg ramai org yang tak suka peria katak ni sbb rasanya yg pahit. Tapi mommy & daddy mmg suka makan peria ni sejak dari dulu. Yang paling best kalau makan @restoren mamak, mesti ambil peria goreng rempah tu. Sedap le, garing & tak rasa sangat pahitnya. After all, pahit peria ni sebenarnya banyak penawar/khasiatnya especially utk org yg ada diabetes.
Ini serba sedikit pengenalan ttg 'Peria Katak' ......SILA BACA DENGAN PENUH MINAT ;)

Peria katak (bahasa Inggeris: bitter gourd, bitter melon, balsam pear atau balsam apple) ialah pokok menjalar subtropika daripada famili Cucurbitaceae yang dikenali sebagai sayur-sayuran dan ditanam sebagai makanan. Pokok ini banyak tumbuh di Asia Selatan, Asia Tenggara, China, dan Caribbean untuk buahnya yang boleh dimakan dan yang merupakan sayur yang paling pahit di dunia. Tempat asalnya tidak diketahui kecuali pokok ini berasal dari kawasan tropika. Nama botaninyaMomordica charantia.

Peria katak juga mempunyai pelbagai kegunaan sebagai ubat tradisional di sekeliling dunia, serta berpotensi untuk merawat jangkitan HIV. Dalam perubatan Ayurveda India, Peria Katak sering diperlihatkan sebagai sejenis "insulin tumbuhan" dan oleh itu, amat disyorkan untuk pesakit kencing manis. Di Filipina, teh peria katak digunakan dengan amat berjaya untuk merawat kencing manis dan kawalan gula darah bagi orang miskin.

Rasa pahit peria katak datangnya daripada kandungan kuinin yang tinggi dan secara kebetulan, telah dianggap oleh orang-orang Asia, serta Panama dan Columbia, sebagai bahan untuk mencegah dan merawat demam malaria.

Nak tahu lebih lanjut sila refer link ini.

Saturday 22 October 2011

APAM MEKAR

As salam.....mommy sebenarnya a bit fobia nak try lagi resepi apam sbb haritu buat apam beras FAILED. Cumenya, mmg terliur nak merasa apam yg gebus oleh chef2 terer dlm blog2 dorg. Lagipun budak2 mmg suka apam2 ni.

Apabila teringat kata2 hikmah yg mommy bualkan dgn k.liza, terasa berkobar2 plak nak try lagi apam-mapam ni. Hehe, bila difikir2 lebih baik buat apam gebus mcm apam mekar@apam yogurt compare apam2 tradisional mcm apam beras tu sbb yg tu kena match dgn kelapa parut. Leceh la nak g cari kelapa parut plak. So, ptg ni sambil2 blogging & ber FB sempat lagi masuk dapur menggodek tepung. Lagipun, Arfa&Anis beria2 nak tolong. Nasib si Ahdia tido, kalau tak mau penuh sesak @dapur ni. Hehe, nak kata berjaya cemerlang idok le, tapi boleh le markah baik (A) oleh guru besor (daddy puji!!! terasa pelik plak dia puji. Tapi xtau le ikhlas ke idok sbb masa tu dia bersiap2 nak berangkat ke Italy sebelah ptg. Tapi rasa mommy beria2 sbb siap suruh mommy htr jual kedai mamak. Hahaha!!!kelakor). Pepepun bangga utk diri sendiri sbb berjaya mengebus & memerkahkan apam dengan begitu 'Mekar'.....So, u al inilah dia APAM MEKAR hasil cilok daripada resepi K.Hanieliza yg terkenal itu.



Bahan2
250 gm gula
2 biji telur
1 s/k esen vanilla
200 ml susu segar
300 gm tepung gandum
1 s.k ovallate
pewarna merah dan hijau
acuan kertas

Cara
1. Panaskan kukusan
2. Pukul gula dan telur sehingga kembang dan gebu.
3. Masukkan essen vanilla dan pukul lagi.
4. Masukkan tepung gandum, susu dan ovallate. Pukul lagi sehingga gebu.
5. Bahagiakan adunan kepada 3 mangkuk.
6. Masukkan perwarna merah dan hijau dalam mangkuk yg berasingan.
7. Masukkan adunan dalam plastik piping bag setiap warna yg berlainan.
8. Picitkan serba sedikit setiap warna ke dalam acuan kertas.
9. Letakkan acuan kertas dalm acuan apam dan kukus selama 15 minit.
10. Bila telah masak angkat dan hidangkan.

Air liur meleleh......


Colek nise dgn mangga muda
 Slurpppp!!!! sedut air liur dulu.
As salam semua. Hehe!!sedapnye la gomol 'colek nise' (bahasa kelate utk pencicah manisan). Terpengaruh dgn mok punya pasal, mommy mmg xberapa suka makan mangga muda@buah2 masam sewaktu dgnnya kalau setakat cicah cuka belacan. Tapi mok goda aritu dengan 'colek nise' ni terus minat plak especially colek dgn nenas. Huiii!!! feeling jap.
Untuk u al yg bukan dari pantai timur, sebenarnya 'colek nise' yg mommy maksudkan tadi ialah combination gula melaka+belacan+cili padi=kuah rojak. Kuah rojak ni mmg sedap kalau digandingkan dengan buah2 yg masam mcm mangga muda@nenas@belimbing etc..... Disebabkan gula melaka yg manis jadi rasa masam terlampau buah tadi dapat dineutralkan. Btw 'colek nise' ni actually instant & lebih terasa belacannya kalau nak compare dgn kuah rojak yang begitu lama masa penyediaannya. So, kalau u al ada lebihan buah2 mangga atau mmg teringin nak layan mangga muda memang sesuai le try resepi ni.

Colek nise dgn nenas
Jom layan resepinya:

Bahan2: Untuk semangkuk
  • Gula melaka/nise (sekeping)
  • Belacan (terpulang citarasa tapi mommy guna sekeping je yg dah dibakar)
  • Cili padi (terpulang citarasa tapi mommy guna 4 biji)
  • Sedikit air
Caranya:
  1. Mula-mula cairkan sedikit gula melaka ; hancurkan gula melaka & campurkan sedikit air.
  2. Panaskan di atas api perlahan. Bila gula melaka telah cair, tutup api & sejukkan.
  3. Tumbuk cili padi & belacan sehingga lumat.
  4. Kemudian masukkan cili & belacan ke dalam gula melaka tadi. Gaul sebati.
  5. Sedia untuk dicicah bersama mangga muda@nenas.


Friday 21 October 2011

Sambal mangga ikan tawar


As salam....seperti dijanjikan dalam N3 terdahulu, mommy nak jot down resepi sambal mangga ikan tawar. Kalau nak kata susah, memang tak susah. Kalau nak kata grand, memang tak grand. Tapi apapun, kalau ada semangkuk sambal mangga ikan tawar ni atas meja, memang tak laku le lauk pauk lain. Janji ada nasi panas + sambal mangga ikan tawar, Aaron Aziz lalu tepi pun boo layan (hehe! mmg kalau terjumpa Aaron tepi jalan pun mommy rasa tak kan nak g peluk plak).
Resepi sambal ni mmg senang kacang je (walau xde kaitan dgn kacang pun).....Cer tgk kat bawah ni:

Bahan2:
  • Mangga muda (dalam 2 biji-diparut)
  • Ikan kembung (bakar & ambil isinya)
  • Cili api (terpulang citarasa, mommy guna 4 biji je)
  • Garam
Caranya:
  1. Tumbuk cili api sehingga lumat, kemudian masukkan isi ikan & tumbuk lumat.
  2. Akhir sekali masukkan mangga muda & secubit garam. Tumbuk lagi sehingga semua bahan sebati.
  3. Sedia untuk dihidangkan dengan hidangan lain & yg penting nasi panas. Cubala.

Thursday 20 October 2011

All about MANGGA


Picture fr babyangel.com



As salam.....
Harini nak citer pasal mangga, blh? Hehe ahad lepas mommy beli mangga muda @kedai mamak. Memang beli tu pun sbb dah terdetik nak buat sambal mangga muda ikan tawar . Slurpppp! (jap hirup air liur jap).....Hehe!!!xleh nak citer la kalau dah terkena kat mulut sambal mangga ni sure RANAP le diet. Mana taknye, sure menambah 2 pinggan. Kalau u al yg mmg dah biasa makan sambal mangga ikan tawar ni blh bg mommy 'High 10' (tepuk 2 tapak tangan tu le ;) & kalau yg mmg tak pernah makan malah tgk pun xde sekali, mmg u al kena try buat. Ada berani? letak plak cili api dalam 10biji, huish berasap otak.
Alkisahnya, mommy ni bukannya jenis yg mengidam buah mangga/mempelam sgt tapi dek tergoda dgn buah yg tergantung 'nong neng 2x' (kata org pantai timur) bukan sahaja di halaman rumah tapi merata2 di tepi jalan. Ya ALLAH, gerammmmm. Dia punya subur & lebatnya jangan ckp la, bergayut2 (betul ke istilah ni, dah mcm momyet plak bergayut2). Itu yg nampak je trus beli (dah kat rumah sendiri xberbuah pulak). So, smlm terhasil le menu 'Sambal mangga muda ikan tawar ' & colek mangga muda (u al check resepi kat next N3 ye, tgk jgn xtgk-kecur air liur nanti).
Alang2 dah letak N3 pasal mangga so kita belajar le asal usul makhluk ALLAH ni ye.

Mari belajar dgn mereka


KETERANGAN AM

Nama Biasa : Mangga

Nama Saintifik : MurrMangifera indica L.

Keluarga : Anacardiaceae

Asal : Mangga dipercayai berasal dari kawasan Indo-Burmadan berkumingkinan juga dari Asia Tenggara.

Kawasan Utama Tanaman : Di Malaysia, kawasan utama ditanam adalah di Perak, Perlis dan Kedah. Walaubagaimana pun terdapat tanaman secara kecil-kecilan di negeri-negeri lain.

Kegunaan : Mangga mendapat permintaan yang tinggi di pasaran dan merupakan sebagai makanan pencuci mulut yang sangat popular di kalangan rakyat Malaysia.


Kandungan Zat Makanan:

KandunganUnit/100gm
Tenaga83 Kcal
Kabohidrat15.6 gm
Kalsium9 mg
Potasium110 mg
Besi0.4 mg
Magnesium2 mg
Vitamin B10.05 mg
Vitamin B20.07 mg
Vitamin C23 mg
Lemak1.8 gm
Protin1.0 gm
Niacin0.5 mg



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...