بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Sunday, 2 October 2011

SALAD TELUR SEDAP & SIHAT




Entry ni actually sambungan telur yg terlebih masa buat sandwich telur....So, tercipta la penemuan resepi baru (wakaka!!! kelakor bunyinya mcm kalah chef wan tersohor pelusuk dunia). Suka hati aku le kan nak cakap apa sbb ini blog aku punya (x suke go ahead ke blog chef wan tersohor tu,hehe!)
Okeis, resepi ni actually mommy olah dari bahan2 kitar semula (hehe!!! jgn takut lebihan telur lenyek tu). 3A kena try buat ni sbb senang, cepat, sedap & yang paling penting menyihatkan (untuk nak diet mmg sesuai sgt). Cuba ye!!!!

Bahan2:
  • Telur rebus (2 biji dilenyek)
  • Mayonis (2-3 sudu bergantung kepada citarasa)
  • Garam
  • lada sulah (white pepper)
  • Veggie (mommy guna thai lettuce, timun, cherry tomato)
  • Bawang goreng (ini yang membezakan identiti kita org barat @ timur)
Cara2:
  1. Mula2 rebus telur sehingga masak & biarkan sejuk.
  2. Lenyek telur yang telah dikupas kulit sehingga hancur.
  3. Dalam mangkuk besar, masukkan potongan thai lettuce (daun salad le), timun (buang biji dalamnya sehingga habis & hiris memanjang mcm buat acar mentah) & juga cherry tomato (lebih baik jgn dibelah, lagi sedap).
  4. Kemudian masukkan telur, mayonis, garam & lada sulah ke dalam veggie tadi.
  5. Gaul campuran hingga sebati.
  6. Simpan di dalam peti sejuk selama lebih kurang 1 jam sebelum dihidang.
  7. Semasa menghidang, taburkan bawang goreng di atas salad tadi.
  8. Selamat mencuba!!!Hehe, ala2 chef wan tu ;)

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...