بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Thursday 29 September 2011

TERUNG SAMBAL UDANG KERING

As salam semua...entry ni mommy jot down salah satu lagi hidangan favorite daddy yang mommy selalu juga buat. Sempoi je tapi kalau yg suka masakan kampung mmg sedap. Cuba la.



Bahan2:
  • Terung (3-4 batang)
  • Udang kering (3-4 sudu besar dikisar kasar)
  • Cili boh/cili kering (3 sudu besar)
  • Jus asam jawa (1 sudu besar)
  • Bawang merah (5 biji dikisar)
  • Bawang putih (2 biji dikisar)
  • Garam
  • Gula
  • Minyak

Cara2:
  1. Belah dua terung & potong nipis.
  2. Goreng terung sehingga warnanya berubah. Angkat & toskan.
  3. Tumis bahan kisar sehingga garing & dimasukkan cili boh. Tunggu sehingga cili betul2 garing.
  4. Masukkan udang kering & masak lagi sehingga udang garing. Masukkan jus asam jawa, garam & gula. Tambahkan bahan perisa jika suka.
  5. Susun terung di atas pinggan & curahkan sos udang kering tadi ke atasnya.
  6. Sedia untuk dihidang.

Tuesday 27 September 2011

PETUA 8P USTAZAH SITI NOR BAHYAH

As salam semua. Actually N3 kali ni pun sejajar dgn 10th Anniversary Daddy&Mommy. Ilmu yg nak di kongsi ini sebenarnya dah lama mommy dengar dalam salah satu ceramah Ustazah Siti Nor Bahyah kat TV. Alhamdulilah, baru2 ni terjumpa semula rumusan ceramah ustazah tu dalam penulisan beliau di blog. So, mommy just jot down supaya next time tak lupa lagi & juga sebagai pedoman bukan sahaja untuk 4A+R tapi kepada semua pasangan suami isteri yg di rahmati ALLAH. Sama2 lah kita muhasabah diri sendiri & perbaiki kekurangan diri kita supaya kehidupan keluarga kita aman, bahagia & sentiasa di berkati ALLAH, Amin3x......

PETUA 8P

1. P yang pertama ialah ‘puji’ iaitu setiap pasangan perlu saling memuji antara satu sama lain dalam semua aspek kehidupan seperti masakan atau ucapan terim! a kasih apabila diberi pertolongan.

2. Katanya, P kedua ialah ‘peluk’ yang mana pasangan suami isteri hendaklah selalu peluk memeluk antara satu sama lain sekerap mungkin pada setiap hari kerana pelukan itu adalah belaian penuh kasih sayang.

3. P seterusnya ialah ‘penghargaan’ di mana amalan memberi hadiah boleh menambah kasih sayang.

4. ‘Perhatian’ adalah P keempat yang mesti diambil berat kerana kekurangan perhatian boleh mengakibatkan pasangan terasa diabaikan, katanya yang menulis buku Cakar Harimau – Tips Kebahagiaan Rumah Tangga, Amalan Ibu Mengandung dan Panduan Mencerdaskan Minda.

5. Ustazah Siti Nur Bahyah berkata, P seterusnya mewakili ‘persefahaman’

6. Menurutnya, P selanjutnya membawa maksud ‘pergaulan’ iaitu pasangan suami isteri mesti menjaga pergaulan masing-masing dengan orang lain bagi mengelakkannya daripada melampaui batas, menimbulkan cemburu seterusnya membawa kepada pembabitan orang ketiga.

7. Beliau berkata, satu lagi P adalah ‘percutian’ di mana kita perlu merancang percutian berdua-duaan dengan pasangan di tempat yang jauh daripada kesibukan dan kehidupan rutin.

8. Katanya, P yang terakhir ialah ‘permohonan’ iaitu doa kepada Allah supaya merapatkan kasih sayang antara pasangan suami isteri serta dijauhi daripada godaan kemewahan dan keseronokan dunia.

Ustazah Siti Nur Bahyah juga menurunkan beberapa amalan doa selepas solat yang boleh merapatkan hubungan dan menimbulkan kasih sayang antara suami isteri iaitu membaca surah Al-Imran ayat ke-31

قُلْإِن كُنتُمْتُحِبُّونَاللّهَفَاتَّبِعُونِييُحْبِبْكُمُاللّهُوَيَغْفِرْلَكُمْذُنُوبَكُمْوَاللّهُغَفُورٌ رَّحِيمٌ


Katakanlah: `Jika kamu (benar-benar) mencintai Allah, ikutilah aku, niscaya Allah mengasihi dan mengampuni dosa-dosamu.` Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.

Atau membacakan ayat ke-200 surah sama bagi mengurangkan panas baran suami. Beliau berkata, kunci kebahagiaan rumah tangga yang sebenar ialah mendekatkan diri dengan Allah. Katanya, apabila seseorang insan mengabaikan tanggung jawab terhadap agama, dia akan mengabaikan rumah tangga kerana jiwa yang kosong.

“Ketika kita jauh daripada Allah, iblis yang suka umat manusia bercerai-berai akan menghampiri dan melalaikan kita daripada tanggung jawab terhadap keluarga,” katanya.

Sunday 25 September 2011

TENNIS TOURNAMENT

Still in Syawal month & everybody still on with their open houses. Surely if we still @Msia, every weekends there will be a must to attend open houses. But here, 4A+R just keep ourselves quietly in the house.
Hehe!!!actually mommy want to jot down about my TENNIS TOURNAMENT that i had after almost 20 years retired from the court.....Fuhh!!due to over weight that i faced after having my 'Hari Raya' meals, i start to worry how should i throw away my extra spare tires :(
Actually if u all realized, i tried to exercise @ do some aerobics before but sadly i announce; IT'S FAILED!!!!!
Hehe!!the tournament that i had recently actually tennis tournament using Wii sport package. For ur info that Wii set already in the house for quite some time but only daddy+the 3A enjoyed themselves. At 1st,mommy don't want to involve ( even thought daddy purposely bought the Wii package for mommy to help me reduce my weight using the games), but i have to agree with daddy that the games are fun & could be real exercise compare to aerobics @ jogging......At last,i had my trial last week. U know what? YES, IT'S REAL......I can feel the energy on me while giving the serve as well as the backhand stroke.....Hehe!!!SYIOKKKKK.
Just to share here with u all that my friends on facebook still believe that i'm still the real tennis player that i used to be back 20 years during my school time.....'Dpt jolokan supermak lagi'.......
After all, of cause the result right....Did i manage to reduce my weight?????Hehe, kan baru je start last week, SABOR le....But, after 2 days tournament & after i scale my weight, YES, there are some changes....takde le byk tapi reduce le jugak about 1kg. Ni yg bersemangat nak proceed with my tournament ni.....Mommy plan to stay focus with the tennis tournament & also slot in with other sports especially boxing. I'll update u all with my progress ;)

Saturday 24 September 2011

IT'S MINE TOO!!!!

Hehe....last few weeks kan mommy asyik dok mbebel entry byk tertunggak due to xde gambor...Yelah kan,dok minta bantuan org ni penat juga menyuruh.Bila time suruh dah malam,mula le org tu (daddy le tu) berbunyi ckp dah mlm,nanti gambar xcantik.....Haish!!!susah loo.Mommy ni siang busy as a bee! time mlm jelah baru blh dok atas sofa(time tule baru teringat gambar blm snap)....Hehehe!!!asyik dok dengar benda yg sama je rewind last2 daddy boring dgn mommy.Dia sound "Hah!!!mari sini nak ajar mcm guna kamera ni,lps ni amik sendiri le xyah nak suruh2 org".......YES!! atlast Nikon D5100;IT'S MINE TOO.....bye2 canon powershot G9 & iphone.Lagipun bukan apa,kalau dah blog kita,minat kita mesti lbh syiok kalau kita sendiri yg snap kan.Suka hati le nak snap time pagi ke,petang ke,mlm ke@subuh pun.Lagi satu rimas gak nak suruh2 org byk kali ni.
Yehaa!!!lps ni harap2 byk le entry yg blh post @blog ni.TUNGGU!!!!

Sunday 18 September 2011

POPIAH SIRA PEDAS



Actually mood malas masih lagi ada ni since masak besar-besaran time open house aritu.....Tapi bila petang je mulut&perut ni sepakat je bgt yg nakkan sesuatu utk menggemukkan lagi 'si perut' ni.Pikir punya pikir, last2 teringat kat kulit popiah & sengkuang yg balance buat popiah masa open house tu.....Nak buat rojak malas sbb leceh, nak tak nak buat le jugak popiah.Hehe!!!cume nak bagi kelainan sket mommy sira popiah tu. Layan le resepinya.SEMPOI JE

Bahan2:
  • Kulit popiah
  • Minyak utk menggoreng
  • Sedikit air (sebagai gam nak lekatkan kulit popiah)
Bahan2 inti:
  • Sengkuang (diparut)
  • Carrot (diparut)
  • Taugeh (dicelur sekejap)
  • Tauhu (dicincang)
  • Garam
  • Gula
  • Sedikit minyak
  • Udang kering (ditumbuk -optional)
Bahan2 kuah:
  • Bawang merah (3 biji ditumbuk/kisar)
  • Bawang putih (2 biji ditumbuk/kisar)
  • Cili kering/cili boh
  • Jus asam jawa (1 sudu makan)
  • Garam
  • Gula
  • Minyak
  • Bijan

Cara2nya:
  1. Sediakan inti: Goreng tauhu cincang hingga garing.Kalau nak letak udang kering pun boleh.Ketepikan.
  2. Panaskan kuali, masukkan sengkuang& carrot serta gula. Masak sehingga sengkuang & carrot layu.
  3. Campurkan tauhu cincang ke dalam sengkuang+carrot tadi.Tambahkan garam & perasa.Gaul rata.
  4. Sediakan popiah: Siat kulit popiah sehelai demi sehelai dengan hati2.
  5. Masukkan campuran sayur+tauhu ke atas kulit popiah.Letakkan juga sedikit taugeh yg dicelur tadi.
  6. Gulung popiah & gamkan kulitnya dengan sedikit air.
  7. Ulang sehingga inti & kulitnya habis.
  8. Goreng popiah sehingga garing.
  9. Sediakan kuah: Tumis bawang sehingga garing.
  10. Masukkan cili boh & masak sehingga garing. Tambahkan jus asam jawa,garam & gula(lebihkan sedikit gula).
  11. Masak lagi sehingga sedikit kering.
  12. Akhir sekali masukkan popiah yg telah di goreng tadi.Gaul sebati.Taburkan bijan sebelum diangkat.

Wednesday 14 September 2011

RENDANG AYAM POWER!!!

Ini pulak rendang ayam (sama gak dgn kes rendang daging....2 kali buat raya tahun ni).Kalau entry lepas2 u al ada tgk resepi rendang ayam sempoi mommy kan, this entry mommy jot down resepi power punya (bezanya tang rempah ratus).Kalau yg sempoi mmg xde masuk serai,lengkuas tapi resepi power ni mmg siap masuk semua sekali).Kalau tanya mommy mestile yg power lagi sedap, cume sekali sekala malas tu blh je buat&telan yg sempoi.Tepuk perut tanya tekak!!!!
Btw gambor pun mommy post yg sama masa open house kami ye(busy sesangat, xsempat nak snap satu2).Btw rendang ni mmg hasil ciptaan&alteration mommy sendiri.Kalau ada sesiapa perasan sama dgn dia punya tu maksudnya mmg kita ni originally org melayu tulen le (no big deal kalau sama ye)



****BAHAN2*******
  • 1 ekor ayam- potong kecik-kecik
  • 1/4 cawan kerisik
  • 1 biji kelapa-ambik santannya
  • garam
  • gula melaka / gula
  • sedikit air asam jawa

****BAHAN KISAR**
  • 2 labu bawang besar
  • 5 ulas bawang putih
  • 3 batang serai
  • 1-1/2cm halia
  • 1-1/2cm lengkuas
  • 15-20 biji cili kering

***BAHAN MAYANG ***
  • 3 helai daun limau purut@
  • 1 helai daun kunyit

Cara-cara

  1. Tumis bahan kisar sehingga garing/naik bau.
  2. Masukkan ayam, kacau rata. Biarkan 2-3 minit. Kemudian masukkan santan.
  3. Bila agak-agak ayam dah lembut, masukkan air asam jawa, garam dan gula.
  4. Bila ayam dah betul2 lembut, masukkan pula kerisik dan gaul rata.
  5. Akhir sekali masukkan daun yang dimayang, biarkan sehingga kuah agak pekat.
  6. PERHATIAN: Masak dengan api perlahan.

Monday 5 September 2011

RAYA 4a+R




























Aidilfitri mean 'kembali kepada fitrah'.....Walau suasana raya still on with few open houses,but today most of the peoples back to their routine.Schooling & working.Mommy also back on the wheels & of coz back on blogging.
Last weeks malas betul nak on blog,sampaikan byk betul entry2 yg tertunda until le today (due to no photos taken).Hehe,my cameraman dok busy snap gambor2 raya je smpkan gambor2 resepi mommy sume terbengkalai..Yg ralatnya, resepi rendang daging & rendang ayam mengancam mommy langsung xde tinggal kenangan....Yg biskut2 raya xpela jugak sbb masih ada biskut2 tu.Resepi nasi minyak hujan panas pun xde amik gambar.Geram pun ada tapi nak amik sendiri guna iphone @ camera canon tu dah rasa xcantik since daddy manjakan mommy dgn snap guna nikon D5100 dia....Itu yg lecehnya kalu dok bergantung kat org tapi mommy nak amik sendiri dia xbagi (risau rosak camera dia, alasan dia mommy guna la yg canon tu).....Nasib le.
Back to raya story......Raya eve, mommy rasa sedih sgt sbb mengenangkan nasib kami 5beranak beraya @perantauan & semua adik beradik mommy berkumpul kat rumah mok.Bila on the phone mlm tu,tak dpt dibendung lagi perasaan terus bercucuran air mata bila bercakap dengan mok.Raya morning,again kami skype dgn dorg @Besut,Malaysia.....Cuma, this time perasaan sedih tu berkurangan le sikit.After video conference, kami attended 1st open house @Malaysian friend's house.Alhamdulilah terubat sikit kesedihan bila dpt makan lemang & lauk pauk Malaysia.
2nd Raya, masyaAllah......dugaan yg Allah bagi sedikit utk test kesabaran kami.Nak dijadikan cerita,since 3:50am rumah kami ni bergelap&berpanas bcoz of no electricity.....Usaha demi usaha daddy dok cuba dgn si Eddy (yg rasa bersalah sbb periuk nasi dia yg meyebabkan blackout)....sampai le pukul 4:00pm(after electrician yg dtg betulkan),baru lega kami dpt balik electric.Sepanjang 13jam blackout tu Ya Allah, panas jgn cakap le (maklum hari2 dok terkurung dlm aircond je,sekali Allah test terus berpeluh ketiak).Tapi yg seronoknya,dok tgh2 blackout tu ramai pula tetamu datang berkunjung.Tak sangka pulak ada lagi bebudak dtg kutip duit raya @sini.Hehe!!siap kena tukar duit dgn 3A utk bagi bebudak tu duit raya.....Sebelah petang,dtg pula jiran kami yg mmg jarang2 jumpa sbb dorg balik weekend je ke Telisai ni.After that kawan daddy pulak yg berkunjung....Alhamdulilah,meriah gak raya @sini rupanya.Lagi busy dari dok Malaysia ni.hehe!!
3rd raya, daddy dah start keje (tapi ambil halfday).Harini, kami jugak menunggu ketibaan mak ngah & inlaw dia dr Keningau,Sabah.After siap prepare menu special nasi minyak hujan panas, tg punya tg akhirnya pukul 5:00pm +++ baru dorg sampai.Kesian dorg,jem teruk @immigration due tu ramai org beraya.Nak bawak pergi pusing2 Brunei pun xsempat.The next day,pagi2 dah nak gerak balik.Rushing betul.
Pepepun overall,raya actually means kita bersama keluarga&org tersayang.Walau tak dpt balik Malaysia beraya dengan ahli keluarga yang lain, tapi kami still rasa bersyukur kerana dapat beraya bersama2 sebagai 4A+R.....Syukur,Alhamdulilah!!!

Saturday 3 September 2011

RENDANG DAGING MENGANCAM!!


Raya tahun ni 2 kali buat rendang daging & ayam (1st raya & masa open house).Fuhh!!! mmg berbaloi2 le buat rendang daging ikut resepi ni.Mmg sedap sgt&rasa yg unik because guna rempah kurma&daun limau purut.U al mesti cuba ni kalau nak kan rasa berlainan dr kebiasaan rasa rendang yg guna daun kunyit&rempah biasa ;)
Resepi asal mommy dpt dr MyResepi hasil ciptaan melati.

Bahan2nya:
  • 1kg daging- potong kecik-kecik
  • 2 peket kecik rempah kurma
  • 1/4 cawan kerisik
  • 1 biji kelapa-ambik santannya
  • garam
  • gula melaka / gula
  • sedikit air asam jawa

****BAHAN KISAR**
  • 2 labu bawang besar
  • 5 ulas bawang putih
  • 5 batang serai
  • 1-1/2cm halia
  • 1-1/2cm lengkuas
  • 15-20 biji cili kering

***BAHAN MAYANG ***
  • 3 helai daun limau purut
  • 1 helai daun kunyit

Cara2nya:
  1. Tumis bahan yang dikisar sehingga naik bau.
  2. Masukkan rempah kurma. Tumis lagi sehingga berbau.
  3. Masukkan daging, kacau rata. Biarkan 2-3 minit. Kemudian masukkan santan.
  4. Bila agak-agak daging dah lembut, masukkan air asam jawa, garam dan gula.
  5. Bila daging dah betul lembut, masukkan pula kerisik dan gaul rata.
  6. Akhir sekali masukkan daun yang dimayang, biarkan sehingga kuah agak pekat.
  7. PERHATIAN: Masak dengan api perlahan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...