بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Sunday 7 December 2014

Slept over 3A & frenz

Assalamualaikum & Salam sayang. Mommy bersiaran dari KLIA2 before cuti2 end year kami. Jakun jap org Brunei celup ni masuk KLIA2 sbb besor bebenor rupenya, manyaknya tempat shopping tapi usin ja xdak nak shopping (hahaha!!!usin tu org Brunei panggil utk duit). 
Btw sambil2 boring nunggu flight ni mommy selit la dlu citer2 3A dgn kekawan b4 kami blk Msia Aritu. Sempat lg 2 hari sebelum kami blk 5/12 br2 ni Anis&Ahdia mengajak Areesya tido @rumah. Nak hilangkan rindula kononnya sebulan tak jmp ni. Btw aree dah biasa slept over kat rumah kami, so dah biasa.
Cumanya kawan Arfa plak yg berjangkit nak tido sama. So pepagi tu mommy curi2 snap gambar dr 'girl dorm' & 'boy dorm'. Hehehe dah ala2 kem cuti sekolah rupanya. 

Friday 5 December 2014

PSR Arfa


Assalamualaikum & salam sayang.
Rasanya sekarang ni dah reda sikit kot org kecoh2 pasal UPSR @Malaysia kan? Alhamdulilah happy & bersyukur tengok a few bekas anak murid yg berjaya cemerlang, ada juga yg frust. Dengar2nya among cikgu2 (my frenz la tu) subjek sains jatuh teruk. Tak tahu la ye kenapa. Pepepun perjalanan jauh lagi untuk anak2 yg amik UPSR ni. Satu yang mommy rasa cam tak syok (walau aiii ni X-cikgu) sistem pendidikan Malaysia sekarang ni dah jadi cam bidang politik. Banyak sangat tekanan & porak perandanya. Klu bab politik, rakyat la suffer kan? so education ni budak2 la yg suffer. 
Berbalik citer kami @Brunei, ada juga exam utk year 6 iaitu PSR (Penilaian Sekolah Rendah), nama dah lebih kurang sebab pi mai 2x tang tu gak. Untuk Arfa this is BIG exam dia yg pertama (tapi rasanya pasni kurang skit kot stress mak pak dia sbb nak htr dia sekolah yg kurang exam dah). Result dia ? emmmph mak pak dia sungguh2 kucewa tapi tuan empunya badan relax senyum2 kambing jugak sebab dia bangga tak study tapi dapat result cam gitu. 4A 1B !!!!!!



Ok, sebelum u al judge mak pak dia ni actually ada a few reasons la nape mommy rasa cam nak hempuk kepala dia (cakap je ni tapi dlm diam redha & bersyukur jugak resultnya tu).



# Pak dia x happy sbb tak dapat menyaingi kehebatan & kegemilangan zaman pak dia dulo2 yg kononnya hero sekolah pujaan ramai (naik lunyai telinga dengar citer pak dia ni dari dulo sampai la ni. hahaha!!!!sshhhhh dia dengar. kita layan kan aje la citer atok tu).
#mak dia tak happy sebab pak dia salahkan mak dia anak tak perform.
#mak dia tak happy sebab dia study last minit (study ke namanya ekk klu esok exam, malam ni baru pegang & tido dengan buku).
#mak dia tak happy sebab bila mak dia nak ajar, dia cakap dah tahu tapi hakikatnya dia tak tahu, arrghhhhhh.
#mak dia mmg tak happy sangattttt sebab yang B sebijik tu paper org Brunei which they call MIB. Paper ni dia tak pernah dapat mark kurang dari 80 (A) & bila tanya lepas paper ni pun dia masih boleh cakap "senang jeee mommy", tapi tup2 yg tu dapat B. 
#mak dia rasa cam nak hempuk kepala dia sebab atlast dia mengaku dia rasa resultnya teruk dpt B utk MIB tu sbb kes projek (fyi result PSR ni dinilai since year 4 merangkumi semua markah termasuk homework, project, kedatangan & periksa bulanan). Bila tengok record final exam rupa2nya mmg presentation utk project MIB yg giler ciput. 7% out of 20%. 

Pepepun, semoga Arfa belajar sesuatu dari pengalaman pertama ni (belajar ke dia sebab cam takde perasaan je).
Oh, btw yang kelakornya glamer tau dia ni dapat 4A 1B sebab dapat masuk paper CINO (dah sekolah cina). Yang kami dapat tau kawan daddy (cina) yang bgt. Kami nak p cari paper cina tu tak tau kat mana ada, hahaha punya la lack of info kat sini. 
Sekolah Arfa dari 18 student yg dapat 5A 2org je (gegirls both Malaysian), then 4A1B pun 2org (1 girl + dia). Just comparing dengan sekolah ANis&Ahdia sama gak only 2 student dpt 5A. Mommy cam xde nak kecoh2 sangat sebab kat sini cam org xde nak bangga2 kan sangat anak ko dapat berapa A…… yang dapat 5C pun dapat hadiah kot dari mak pak dorg. Arfa ni masih merengek2 nak hadiah tapi kami sedang tapis permintaan dia. So far semua permintaan dia daddy reject sbb klau dah dok hostel nanti mmg apa yg dia nak tu xleh bawak. Kesian dia. Hahahah!!!



Thursday 4 December 2014

Ikan Merah Stim Pemanggang AJaib

Assalamualaikum & salam sayang.
Panjang tajuk harini tapi hakikatnya kejadian resepi ni sangatla PENDEK.


Resepi yang simple, menyihatkan, lazat & sangat senang. Yang penting end result sangat gempak & menarik.
Kalau la ada tetamu yang adhoc datang & terpaksa menjamu selera this is the best solution rasanya. 
Yang mommy nak highlight ni sebab, biasa kita stim guna periuk kukus kan? Memang senang juga & lazat juga tapi leceh & lambat sebab nak tunggu air dalam periuk kukus tu mendidih, lamaaaaaa.
So, dengan adanya pemanggang ajaib (tak kira apa brand) kerja yang leceh & lambat jadi senang & cepat.
Okey, ni cara mommy buat.



Bahan2:
Seekor ikan merah (bersih & kelar badannya)
Halia (lagi banyak lagi sedap) - hiris nipis
1 labu bawang putih - hiris nipis
Serai - hiris nipis
Cili - hiris nipis
Daun bawang/Daun ketumbar
2 sudu besar sos ikan
2 sudu besar jus limau
1 sudu besar gula
1 sudu kecil lada hitam (kalau suka)
1 cawan air panas (kalau nak lebih kuah boleh tambah)

Caranya:
1. Masukkan air panas ke dalam pemanggang ajaib.
2. Masukkan ikan merah & tabur semua bahan2 dengan sekata ke atas ikan tadi.
3. Masak selama 1- 2 minit sahaja.
4. Siap dihidang ke dalam pinggan.


Wednesday 3 December 2014

Rampasan Kuasa

Assalamualaikum & salam sayang.
Disebabkan blog ni temanya 'carca marba' (actually di awal penubuhan niatnya hanya nak fokus dengan masakan tetapi frustrated dengan fenomena blogger2 masak/org yg menggelarkan diri mereka chef blog @ whatever u call them la…….they get angry @sound deras2 kalau org ciplak resepi @gambar dari blog dorg tapi kadang2 kalau diselidik mereka2 ni sebenarnya bukan genuine setiap masa pun, kadang2 idea dari blog picisan mcm kita ni diceduk juga & diam2 je konon dia yg bt sendiri, xde pun diberi kredit atleast link untuk blog picisan kita.).
Alamak!!!!terlebih emo plak mommy harini. Heheh!!!xde la, sebab tu mommy suker2 hati jelah nak tepek cerita apa dalam blog ni supaya org yg konon2 hebat memasak tu xlalu nak jenguk sini, klau dia mai jugak dialu2kan tiru meniru apa2 yg di kehendaki- xdak hal, niat sedekah jelah, mommy dapat pahala kan? Lagi pun apa yg ada dlm blog ni pun biasa2 aje untuk org yg biasa2 aje. Inshaallah.



Sebenarnya tujuan harini xleh bercakap banyak tapi dah ala2 berletiaq plak dah ni nak tunjuk ada org dah merampas buah hati mommy 'Si Pinky'. Huhu!!!!!dia dok merengek2 suruh mommy buat seluar HARAM eh HAREM (betul ekk ejaan tu?) tapi mommy dok bgt mommy xpandai lagi jahit seluar, blm abis lagi kelas blouse. 



Sekali dia cakap "biar affan buat sendiri la" haaaaaaa punya la ketegaq habaq hang budak ni. MOmmy dengan selamba jawab la "haaaaa, buat la kalau pandai sangat"…….Huhu!!!!rupanya kata2 mommy memakan diri. Dia siap buat 3 helai lagi seluar HARAM eh HAREM tu. Pasni blh la upah abang tolong jahit seluar tido mommy gak. Ngeh3x..



Monday 1 December 2014

PULUT MANGGA

Assalamualaikum & salam sayang.
Harini nak bercerita tentang dessert 'mek siam'. Rasanya dalam badan ni ada gak kot sikit2 sel darah putih siam mari (kik3x..belah mok la ni).


Pulut Mangga ni kalau ikutkan walau ada sel darah putih siam mari tapi mommy bukanlah peminat setia sangat compare to daddy yg ada banyak sel darah putih mamak mari. Kalau diberi pilihan mommy akan pilih 1st priority pulut durian (tak kisahla versi apa pun janji pulut makan dengan durian).
Pepepun sebab daddy suka maka mommy buat gak la, yang penting make sure guna mangga yang betul2 masak ranum & manis. Baru terangkat. 



Walau dessert ni mmg dah sinonim sangat2 dengan kami & lebih kurang teman gaduh dengan pulut durian tapi baru harini mommy nak tayang kejadiannya dalam family kami. Hahaha!!!x dak modal dah nak tepek resepi apa sebab rasa cam nak retired jadi chef jap ni :P
Jom jamu mata & mulut (kalau u al dah buat sendiri la nanti ye).

Bahan2:
(untuk seorang makan)
1/2 biji mangga masak ranum (dipotong kecil)
100g beras pulut (rendam semalaman)
1 cawan santan pekat
Garam
Gula
Sedikit tepung beras

Caranya:
1. Mula2 tanak/kukus pulut sehingga masak.
2. Didihkan santan dengan sedikit gula & garam.
3. Arung/gaul pulut dengan sedikit santan yg dimasak tadi.
4. Lebihan santan tadi didihkan semula & masukkan sedikit tepung beras untuk memekatkan kuah santan. Sejukkan.
5. Semasa menghidang, scoop pulut ke dalam mangkuk & campurkan dengan hirisan mangga masak. Curahkan kuah santan ke atas pulut mangga. 
6. Enjoy the feeling!!!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...