بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Monday 15 July 2013

Hotel Nur, Miri

Assalamualaikum & good day.
Lamanya rasa tak jenguk Wind of Change & BW ke blog kawan2 lain. Mesti banyak citer yg mommy miss.

Harini mommy nak buat sedikit hotel review. Harap info sharing ni dpt membantu sapa2 yg dtg ke Miri. Selama hampir 3 tahun kami menetap di Brunei & selalu ulang alik ke Miri especially during weekend tapi blm pernah kami overnight di Miri kecuali percutian 2 hari kami di Borneo Tropical Rainforest Resort awal bulan Jun lalu ( blm Ada N3 pasal ni since Internet prob sebab semua gambar daddy dah transfer dlm PC....InshaAllah bila Ada peluang later citer pasal cuti kami & resort tu). 
Ok, berbalik kepada citer Hotel Nur, 1st mommy mmg dah perasan kehadirannya masa kami round2 bandar Miri dari dulu but after my friend mentioned about their operation terdetik dlm hati orait gak hotel ni since ianya baru & operated by Muslim. Tapi again mmg kami jarang Ada plan overnight kat Miri ni (pasal dekat je nak patah balik ke Brunei). 
Macamana boleh tertido plak kat sini tak lain tak bukan sbb plan nak berbuka kat Miri dlm bulan Ramadhan ni. Mcm biasa kami ni klau daddy free mmg xpernah lekat kat rumah during weekend apatah lg dlm bulan Ramadhan. Penat & boring asyik mommy masak, kiranya weekend jelah blh 'gantung periuk'. 
So dlm berkira2 nak berbuka kat mana weekend lepas (Brunei Ada cuti 3 hari sempena birthday Sultan Brunei on the 15/7/2013) itu timbul plan nak g Miri & worried rushing patah balik itu yg daddy bg idea tido hotel. Bila daddy mentioned je tido hotel terus mommy suggest Hotel Nur (walau byk hotel lain yg best2 tapi sbb nak experience & judge Hotel Nur ni sendiri mommy hoping daddy terima suggestion mommy).
Alhamdulilah, mmg tak mengecewakan Hotel Nur ni walau nampak biasa2 je dari luar. Disebabkan baru beroperasi, definitely keadaannya sangat bersih & interior dalamannya walaupun simple (with English concept) sangat cantik. Mommy suka dgn wallpaper & curtainnya. Sejuk & mendamaikan minda.
Kami amik bilik Executive Suite dgn kadar RM218/night. Kalau bilik biasa kadarnya RM178/night. Yang paling best (sbb pengurusan oleh org Islam) maka Ada disediakan makanan buffet untuk sahur. Senang keje xyah nak redah p cari makanan waktu dinihari.
Sapa2 yg berminat menginap di Hotel Nur boleh tgk info dorg kat Facebook... Search for 'Hotel Nur'.

Monday 8 July 2013

Daging Singgang Pattani

Assalamualaikum & good day.
Beberapa harini dunia blogger masakan digemparkan dengan kes kecurian hak cipta gambar dari blog blogger masakan terkenal iaitu k.ita masam manis.....Memang bengang abis k.ita dgn pihak penerbitan majalah tersebut (siap k.ita buat laporan polis & upah lawyer utk saman majalah tu......harap sangat k.ita menang). Ya lah, mommy pun antara penyokong2 k.ita yg turut rasa bengang juga dgn mereka. Dah la amik gambar2 dari blog k.ita yg mmg terkenal dgn mutu gambar yg tip top ala2 photographer professional macam tu aje. Pastu siap crop watermark k.ita & lagi worst xde mention pun dari mana sumbernya. Dorg buat ala2 itu semua hasil ciptaan mereka sendiri. Yang sedihnya semua ahli group yg menerbitkan majalah tu semuanya org melayu (tak tau la melayu Islam ke tidak tapi yg pompuan siap bertudung). Ya Allah mmg makin kurang ajar org2 dalam bidang penulisan nowadays sebab senang2 ceduk hasil kerja & idea blogger2 mcm tu aje. Itu yg kadang2 mommy pun mcm frust je dgn fenomena ni (walau xde la perasan org nak ceduk hasil merapu mommy @wind if change ni) tapi kesian kat otai2 masak & otai2 kaki jalan yg bersusah payah menghasilkan blog yg menarik, dengan info2 yg tip top. Alih2 senang je majalah2 ni c&p untuk melariskan jualan majalah mrk. 

Okey, kita pause dulu isu saman k ita & berharap kes ni dpt pengadilan yg sewajarnya. Harini mommy nak share satu Resepi yg menarik & sedap sangat. Untuk pengemar tomyam & kuah2 air yg masam2......this is the BEST!!!!!!

U all pernah makan tomyam & Singgang daging kan? Okey......Resepi harini actually combination the both tomyam + Singgang..... Dah lama mommy dok belek2 & perati Resepi ni tapi baru tergerak nak Cuba. Sedappppppp sangat hasilnya. Lagi sedap of course dari tomyam mahupun Singgang biasa. Tak caya kena try sendiri...…..

Sumber: Mingguan Wanita (3/8/2007)
Oleh: Mommy @Wind of Change

Bahan2:
500g daging (hiris nipis)
6 ulas bawang merah (mayang halus)
3 ulas bawang putih (mayang halus)
1cm halia (mayang halus)
1cm lengkuas (ketuk)
1 barang serai (ketuk)
6 tangkai cili merah (kisar halus)
4 tangkai cili padi (kisar halus)
1/2 camca serbuk ketumbar
2 helai daun limau purut
1 mangkuk air asam jawa
Garam & serbuk perasa secukupnya 

Caranya
1. Daging direbus sehingga lembut. Masukkan bahan2 yg dimayang halus & bahan2 kisar ke dalam rebusan daging.
2. Biarkan mendidih seketika. Masukkan lengkuas, serai & daun limau purut. Masukkan juga air asam jawa & perisakan dengan garam serta serbuk perasa.
3. Reneh seketika & kemudian hidangkan  Ketika Masih panas.

Saturday 6 July 2013

Main Masak2

Assalamualaikum & good day.
N3 harini santai je sebab mommy nak mengimbau kenangan semasa zaman kanak2 mommy dulu. Walau asal org Besut, Trg tetapi zaman kanak2 mommy seawal usia 100 hari sampai umur 6 tahun mommy dibesarkan oleh arwah nenek @ Kg Awah, Pahang. Arwah nenek dulu2 tokey Restoren @Simpang Jengka Kg Awah & kat situla bermulanya kehidupan mommy. Zaman kanak2 banyak dihabiskan di dalam Restoren (berniaga & menetap kat situ juga).....Kalau dulu mommy & kawan2 (fadilah & abgnya anak tokey kedai runcit & anak tokey cina perabot lupa dah namanya) selalu habiskan masa main masak2 & kawin2 kat belakang deretan kedai. Belakang kedai tu Ada kebun & banyak pokok2 baik yg ditanam penduduk mahupun yg tumbuh sendiri. Kat situ la kami cari rumah pondok kami & bahan2 utk main masak2 (daun2 Kayu & buah2). Kalau masak tu siap guna api betul2 tau (entah mcmana x ingat dah sapa yg hidupkan api). Kalau ikutkan bahaya juga aktiviti kami tu sebabnya takde org2 besar yg monitor apa kami buat & terdedah kepada kegiatan jenayah....tapi itula zaman dulu mmg selamat & takde kes2 jenayah yg pelik2 mcm zaman Sekarang ni. Sebab itu la mana Ada lagi budak2 zaman sekarang main pondok/main masak2........CUMA

Semalam Anis&Ahdia dapat peluang main masak2 kat luar rumah siap potong daun2 Kayu utk masak. Seronoknya la dorg dapat masak2 ala real gitu tapi mommy takde la benarkan guna api betul2 mcm mommy main zaman dulu. Sekurang2nya bagi dorg merasa main masak2 yg real xde la terperuk dalam rumah tgk tv@main online games aje.

Btw, bila tgk dorg dok masak2 tu mommy rasa alamak dah makin tua dah mommy sebab my 2 anak dara dah besar & boleh take over my duty as a cook dah. Huhuhu!!!!

Friday 5 July 2013

PAUNG GORENG

Assalamualaikum & good day.
Kami bersiaran dari RTB (Radio Televisyen Brunei) ni. Saja K.Maria ajak kami semua ikut dia sbb harini dorg Ada bt rakaman untuk hari Raya. Ada kuiz utk budak2 & Acara nyanyian. 
Tapi N3 harini bukan pasal lawatan kami ke RTB ye (next time mommy jotdown lawatan kami).Sambil duduk2 menanti Acara ni mommy nak jotdown dulu Resepi Paung Goreng yg mommy bt last week.
Untuk pengetahuan u all Paung goreng ni actually kuih traditional negeri Terengganu. Dah lama sesangat mommy tak makan.Terjumpa Resepi ni dlm blog mek Ganu. Utk yg tidak pernah tgk & rasa kuih ni actually lebih kurang sama mcm kuih bom tetapi intinya diletak serunding ikan. Satu lagi yg sedikit berbeza dgn kuih bom adalah kulitnya tidak disalut bijan (tapi mommy buat ni Ada gak yg bersalut bijan sebab takut meletup2).

Ok terus la dgn resepinya. Nak tgk kuiz budak2 ni.

Bahan-Bahan:
1/2 kg tepung pulut
½ cawan tepung gandum
400 ml air
sedikit garam
minyak untuk menggoreng terendam

Bahan Inti:
5 ekor ikan selayang
5 ulas bawang merah [hiriskan]
1 cawan santan
3 cm halia [hiris]
1 sudu kecil halba
1 sudu kecil gula
garam secukupnya
Cara membuat:
1. Ikan direbuskan dan sejukkan.
2. Ambil isi ikan dan hancurkan.
3. Masukkan semua bahan dalam kuali dan masakkan sehingga agak kering. Sentiasa kacau supaya tidak hangit.
4. Gaulkan tepung pulut dan tepung gandum bersama air.
5. Ambil sedikit dan bulatkan. Masukkan inti ikan dan bulatkan semula.
6. Gorengkan dalam minyak yg banyak dengan api paling perlahan (kerana mudah meletup).
7. Bila nampak keperangan angkat dan toskan minyak.


Thursday 4 July 2013

Kuih Belimbing a.k.a Churros

Assalamualaikum & good day.

Cepatnya rasa masa berlalu, dah 4 Julai harini & tinggal less than a week kita dah nak start Ramadhan....Semoga Allah panjangkan umur kita & sempatkan kita bertemu & melengkapkan Ramadhan tahun ni dgn ibadat yg terbaik. Semalam Ada mommy post satu petikan di FB pasal mengawal diri kita dari membuang masa terlalu lama di dapur untuk menyediakan juadah berbuka. Sebaiknya kita kena sentiasa ingat kan diri kita untuk memperbanyakkan ibadat2 seperti bertadarus, zikir, solat sunat etc. Mmg terasa juga baca petikan tu sbb mmg lately ni especially lepas pindah Brunei & jadi full time housewife mmg masa mommy byk dihabiskan di dapur especially di bulan puasa. Hehehe !!!walaupun memasak itu merupakan ibadat yg terbaik utk seorang isteri & ibu tetapi kita kena ingat ibadat2 lain juga harus kita amalkan di bulan Ramadhan. So mommy simpan dlm hati untuk kurangkan aktiviti memasak thn ni. Masak simple2 tapi sedap. Lagi senang sbb biskut Raya pun rasa malas nak bt sbb inshaAllah kami beraya @Malaysia....Kalau terbuat pun rasanya yg simple2 jugak. InshaAllah....
Harini mommy nak jotdown Resepi yg dah lama tersimpan dlm draf ni. Simple & sedap. Klau dulu2 kami org kampung panggil 'Kuih Belimbing'....sedap sebab lemak2 manis. This time buat ikut selera anak2. Dorg mitak dip dgn Coklat. Tgk dlm stok Coklat hitam xde so kami guna white Coklat. Tabur dgn fancy chocolate.
Resepi ni dari Hana. Mommy jotdown sini ye.Tq

Bahan-bahan
1 cawan tepung gandum
1 cawan air
1 biji telur
1 sudu makan marjerin/butter
1 sudu makan gula
esen vanilla

Cara-cara
1. Didihkan air, gula, esen dan juga marjerin. Sementara tuh, dlm mangkuk lain pukul telur kejap.
2. Tutup api. Masukkan tepung. Kacau cepat2 gune senduk kayu.
3. Kemudian masukkan telur dan kacau cepat2 hingga sebati dengan tepung td.
4. Panaskan minyak, masukkan adunan ke dalam acuan dan picitkan ke dalam kuali. potong setiap 5cm.
5. Goreng hingga kekuningan dan angkat.
6. Taburkan gula. Sedia utk dmakan.

Wednesday 3 July 2013

Kakak yg cantik juga

Assalamualaikum & good day.
Mommy rasa terpanggil untuk tulis N3 ni selepas baca post Wardina dlm FB ttg anak sulungnya Amna (sorry xleh bg link sbb guna hp ni)....Secara ringkas post tu bercerita ttg luahan Amna kenapa dia tidak secantik ibunya iaitu Wardina tetapi mewarisi rupa paras ayahnya. Penjelasan Wardina cukup indah & semua sedia maklum Amna adalah seorang anak yg pintar & cerdas. Juga memiliki raut wajah yg tenang.





Berbalik kepada kehidupan 4A+R sendiri, mommy juga mengalami situasi yg sama dengan kakak, Anis. Anis selalu mempertikaikan kenapa dia tidak secantik adik, Ahdia (in our case vice versa sbb kakak mewarisi wajah mirip mommy yg tak lawa berbanding adik yg kononnya selalu di puji org Comel & dia mewarisi wajah mirip daddy)......Alhamdulilah, penjelasan Wardina sedikit sebanyak telah memberi extra input utk mommy cara bagaimana to convince kakak. Pepepun skrg ni she is more confident with her own beauty & believe she is special in her own way (because skrg kami jarang bergaul dgn masyarakat yg suka 'comparing'....For me & of course daddy, kami sayang kakak & always keep reminds her she is beautiful & adik of course Comel)......Me myself selalu juga remind myself jgn compare among them & Cuba layan mrk sama rata (walau kdg2 mmg Ada cium terlebih @ adik sbb dia yg plg kecil). Kadang2 org cakap klau anak perempuan iras emaknya maka hubungan meraka sedikit 
tegang (betul ke?)….


Arfa & Ahdia rasanya tiada masalah dalam penerimaan diri meraka cuma Ahdia plak bila kita dok pujuk2 kakak dia plak Jeles sbb kakak je mcm muka mommy....Adik pun mcm muka mommy la, dia marah. Heheh!!!!last2 mommy selalu cakap mmg adik mcm muka mommy, telinga adik sama laaaaa dgn mommy. LOL!!!!
Semoga kakak & juga adik membesar menjadi wanita solehah yg bukan saja cantik rupa parasnya tetapi cantik akhlaknya. Amin3x.....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...