بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Tuesday 18 November 2014

Resepi Kacang Foul a.k.a Kacang Pool Haji

Assalamualaikum & salam sayang.


Breakfast kami Ahad lepas - walla!!!!!! 
Ibarat terbang ke Johor Bharu. U al tahu kan Kacang Pool Haji yg femes @JB tu (ownernya Hj Pool kawin dgn Wan Maimunah pelawak/artis tu). Citer mcmana kami boleh layan Kacang Pool Haji ni, aritu le masa kami balik bercuti & pegi LEGOLAND. Sebelum cuti tu mommy ada buat research skit pasal JB (hahaha!!!!org research pasal tempat2 menarik kan? tapi mommy lebih fokus pasal tempat2 makan). Bila ramai yg review best kacang pool haji ni maka harus le try aritu. Resultnya mmg tidak syak lagi mmg sedap (antara menu breakfast yg terbaekk la kami rasa). 


Masalahnya bila dah makan sedap tu mula la teringat2 nak makan lagi. Huhu!!!!!google punya google xjumpa resepinya, tapi rezeki org mengidam tiba2 terlintas kat wall org post pasal resepi kacang pool ni (tapi tajuk dorg kacang foul, sib baik ada gambar). 
Bila resepi dah dlm genggaman, masalah lain plak timbul. Kik3x mencari kacang foul tu tak jumpa2, smp le minggu lepas g beli groceries tiba2 terpandang tin kacang foul ni. Terus le rembat & terjadila menu breakfast pujaan kami weekend lepas. Buat exactly ikut resepi & makan breakfast cum dinner sekali. 
Yang nak cuba, jom study resepi. Senang je.


Bahan2:
1 tin kacang foul/pool (toskan airnya & lenyek)
1 tin kacang panggang (baked beans)
200g daging kisar
10 biji bawang merah -kisar halus
4 biji bawang putih -kisar halus
1 inci halia -kisar halus
1 1/2 sudu besar serbuk kari daging
1 sudu besar serbuk ketumbar
2 cawan air (agak2 sendiri sebab kuah mudah pekat)
Garam
Gula
Serbuk perisa (pilihan)
Minyak sapi/butter untuk menumis

Bahan2 hiasan:
Telur mata kerbau
Bawang besar -potong dadu
Lada -potong dadu
Limau Kasturi -belah dua

Caranya:
1. Campurkan serbuk kari daging & serbuk ketumbar bersama bahan2 kisar. Masukkan sedikit air & jadikan pes.
2. Panaskan minyak sapi & tumis bahan no 1 sehingga berbau harum.
3. Masukkan daging kisar & kacau rata. Masak sehingga daging berubah warna.
4. Masukkan air & didihkan kuah.
5. Apabila kuah telah mendidih, masukkan kacang foul yg telah dilenyek & kacang panggang bersama2 sosnya.
6. Masak sehingga pekat. Akhir sekali tambah garam, gula & perisa.
7. Apabila menghidang, letakkan sebiji telur mata di atas kuah & taburkan bawang juga cili. Cicahkan bersama roti bakar.

(Lebih sedap dimakan semasa panas)


Mommy's homemade loaf. Potong besar2 & bakar, pastu cicah kacang pool. Alhamdulilah, Syukur nikmatNYA.



10 comments:

Izwa Kamaruddin said...

aduhhh terliur la pulakkk T__T

Nastyna said...

huh??? jap nak google rupa sebenar kacang foul ni.

GREENJADE said...

mmg kena ditekak kacang pool taste ni...adeh sis...terliur2 dk teringat bila kali terakhir mkn kacang pool ni..

since dh ade resepi...boleh lah ku melaram masak sndiri ni..tq sis..lebiu lah for the recepi

Honey said...

Salam Kak Ros,

Mesti cuba resepi ni. Saya tak pernah lagi makan.

kakrose said...

Terliur jugak nie.kena mencuba tak pernah makan. Tq share resepi ye..

Unknown said...

kaknoor dok teringin je nak buat tapi tak terbuat lagi, dimana ros jumpa kashang foul tu lah, nak cari jugak lah, nakbuat macam ni, btw awat tak pangge hari tu masa breakfast hahaa boleh tumpang sekaki

Unknown said...

Kak Ros,yg tak mengandung ni pun terliur sama.Alahai kena try buat jgk ni.Last time ada makan kat shah alam tp lps makan non stop kuar angin.Penangan kacang pool.Hihihi!Tp sedap.

@na said...

kena try jgk ni ros...tp rupo kcg foul pun tk penah tgk lg ni...hehehe

Lynn Huraiza said...

Lynn belum pernah cuba buat lagi kacang pool nie...kalau nak makan biasanya lynn beli jer...ni dah ada resepi boleh la cuba buat...tq for sharing yer kak...

OKje said...

Haih mak sudah teringin pulak ni Ros....rajin sungguh yer .....awak roti pun buat sendiri!
Jeles weyh!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...