بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Thursday 20 November 2014

Chocolate Chips Cookies

Assalamualaikum & salam sayang.


Ahdia tiba2 tengah malam Sabtu lepas dok cakap nak makan cookies. Mommy bagila kat dia biskut marie & biskut sugar meringue. Tapi dok cakap jugak nak cookies chipsmore. Aduhai!!!! budak ni malam2 buta mengidam chipsmore plak. So, mommy pun berjanji la kat dia nak buat (masa tu plan pun nak buat stock clearance mana2 bahan bakery yg dah nak expired). Hari Ahad dia tagih janji tapi mommy dok sibuk siapkan tempahan bag cik teh, alih2 dah maghrib. Kesian dia, nak p beli kami terperuk @rumah je weekend baru2 ni. Pujuk punya pujuk, hari Isnin petang baru terhasil chocolate chips a.k.a chipsmore. Mula tu nak buat guna resepi DULU tapi dek kerana nak jimatkan telur (hahaha!!!! mmg jimat abis ni), mommy google cookies yg tak guna telur. 


YEAY!!!!! org kedekut/jimat yg berjaya. 1st pencarian menuju ke myResepi terus je proceed (malas & kesuntukan masa nak search lama2). Hasilnya tersangatla berpuashati. Pelanggan mmg dah berbaris tunggu nak ngap (masih suam2 pun dah start celop2 dalam susu). Kebetulan Areesya ada main @rumah kami, siap Anis bgt Aree cakap "nyaman mommy". Arfa yg tak berapa nak minat biskut pun puji sedap. Alhamdulilah!!!!baru la semangat skit nak bukak bakery Kak Ros pasni. Tq kepada empunya resepi asal. Resepi yg mudah & menjimatkan.




Bahan-bahan:
( 150 keping, lebih kurang ) 
1 1/4 cawan mentega - lembut (280g) 
3/4 cawan gula icing - diayak (85g) 
1/2 cawan gula perang (100g) 
1 sk esen vanilla 
1 sb serbuk koko - diayak 
1 sk bicarbonate soda - diayak 
2 1/2 cawan tepung gandum - diayak (275g) 
120 g choc chips (lebihkan jika suka) 
120 g hirisan badam (lebihkan jika suka) 

Cara-caranya: 
1. Putar mentega dan kedua2 gula hingga berkrim lalu masukkan vanilla tapi jangan kembang.
2. Masukkan pula serbuk koko dan bicarbonate soda dan putar lagi.
3. Masukkan pula tepung dan digaul dengan senduk atau spatula diikuti dengan choc chips dan badam hiris dan gaul lagi hingga sebati.
4. Bubuh doh 1 sudu kecil berjarak atas tray dan bakar pd suhu 160C selama 15-20 min atau hingga garing ikut kepanasan oven masing2.

resepi dr myResepi

4 comments:

Tie HT said...

sedapnya biskut ni
nampak rangup
thanks sharing ^_^

Unknown said...

lupa ke pelanggan veteren ni ros hahah nak jugak rasa ni

Farra said...

sedapnya gulp..fevret ni..

OKje said...

Lebih choc chip raya pun ada lagi tu Ros...tp nak membuatnya mak malas huhu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...