بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Tuesday 31 July 2012

Nasi Arab

Juadah utama kami pulak semalam untuk berbuka/iftar/sungkai ialah nasi arab. Mommy percaya nasi arab ni ada banyak versi & resepi yang berbeza2. Mommy pun pernah makan kat sini masa kawan buat jamuan, rasa & rupa parasnya lain. Makan nasi arab @Mekah dulu pun rasanya lain.  
Resepi yang mommy guna ni ambil dari MyResepi & Jom Masak. Bila tengok bahan2 semua senang diperolehi & kebetulan semua ada kat kitchen mommy terus je on. Memang teringin nak buat & makan nasi selain nasi putih semalam sebab hari Sabtu lepas kami bersungkai di Royal Brunei Polo Club menunya lebih kepada masakan tradisional. Emmph!!sedapnya makan umbut kelapa masak lemak, rendang ayam & udang masak kuning. Pastu Ahad plak kami pilih western style untuk iftar kami @Modesto Bistro & Grill. 
So, kira balance le mommy buat nasi arab ni. Lagipun yang paling best buat nasi arab ni lauknya takyah banyak2 nak masak. Masa masak nasi tu automatik dah sediakan lauk utama. Sampingan cuma buat acar/salsa je. Resepi ni mommy c&p je dari MyResepi cuma mommy gandakan bahan2nya sebab terus buat untuk bersahur kami berlima.
Resepi dari MyResepi & Jom Masak.  

Bahan-bahan ( 3 orang )
6 ketul ayam
4 ulas bwg merah
3 ulas bwg putih
1 inci halia
3 kuntum bunga cengkih
3 kuntum bunga lawang
1 btg kulit kayu manis
1 kiub ayam
1/2 sdk jintan manis
1/2 sdb lada hitam
1/2 sdk jintan putih
3 cwn beras basmathi
5 cawan air
2 sdb minyak sapi
1/2 biji bwg besar - di mayang
1/2 cawan sos tomato
2 sdb rempah kurma
Garam dan gula secukup rasa

Cara-cara:
1. Bwg merah,bwg putih, halia ditumbuk kasar. Masukkan ayam, jintan manis, jintan putih, buah pelaga, bunga lawang, kulit kayu manis, lada hitam, kiub ayam, rempah kurma,air dan bhn yang ditumbuk tadi kedlm periuk. Masukkan garam dan gula. Masak sehingga sup mendidih dan ayam masak.
2. Beras basmathi dibasuh dan direndam selama 20 minit. Selepas itu toskan beras.
3. Apabila sup ayam telah siap, asingkan sup dan ayam. Bahan2 rempah kasar dan bwg yg terdapat dlm sup tadi dikisar secara halus. Masukkan 1cawan sup bg menggantikan air semasa mengisar.
4. Panaskan minyak sapi di dalam kuali. Masukkan bawang besar dan masak sehingga sedikit layu. Kemudian masukan bahan yg dikisar td. Tumis sebentar dan masukan 3 cawan sup dan tomato sos. Masukkan sedikit garam dan gula. Apabila hampir mendidih tutupkan api.
5. Masukkan beras ke dlm periuk nasi dan diselang selikan dgn ayam. Kemudian masukkan (no.4) tadi. Tunggu sehingga nasi masak. Boleh tabur dgn sedikit bwg goreng, daun sup dan daun bwg. Mommy tambah kismis.
6. Nasi ini sedap dimakan dengan acar timun. Mommy tambah dengan sambal belacan.

Kuih Koci Pulut Hitam

Assalamualaikum.
10 Ramadhan telah berlalu, cepat rasanya masa beredar. Minggu ni dah masuk minggu kedua la kita berpuasa. Hati mommy ni berdebar2 seorang diri menunggu khabar berita dari daddy samada dapat @ tidak kami berlima beraya di Malaysia tahun ni. Nak kata macam budak2 yang mengidam balik kampung pun ada jugak. Kik3x... Tetapi yang seluhurnya sebab terasa rindu nak berjumpa dengan 'mok'. Walau mommy antara anak yang kurang rapat dengan mok (sebab masa kecik nenek yang bela mommy sampai umur 7 tahun). Tetapi memikirkan keadaan diri dia yang dah tua & mommy pun kurang masa nak berbakti dengan mok terasa ralat sangat kalau tahun ni masih tak dapat nak beraya dengan dia. YA ALLAH, permudahkan la urusan cuti daddy untuk beraya di Malaysia tahun ni, Amin3x......
Selepas cuti memasak 2 hari weekend lepas, mommy back on duty semalam dengan menu BOMBASTIC. Hahaha!!!banyak le dia punya bombastic mommy ni. Sorry le ye, terperasan kejap maklum le org baru dapat skill pegang senduk. 
Yang sebenarnya takde la istimewa sangat pun juadahnya cuma sebab dah lama sangat nak try buat kuih koci pulut hitam ni, maka seronok le jugak sebab dah try buat semalam. Selepas study step2 & bahan2 dari beberapa orang Sifu maka terhasil la kuih koci pulut hitam mommy. 
Bila tengok sifu buat guna adunan tepung yang banyak, mommy alter la sikit sebab kuih koci pulut hitam ni penggemarnya cuma mommy & Arfa. Daddy & girls xminat. Itule jugak yang membantutkan mommy buat kuih ni di samping leceh nak tebang daun pisang.
Resepi ni mommy ceduk sikit2 dari 3 individu iaitu k. ZalinZalina, mamasya & k. JamilahPuchong.


Bahan-bahannya :
250g tepung pulut
1/2 cawan tepung pulut hitam (mommy blend dari beras pulut hitam)
1/2 cawan santan (kalau tak nak pun xpe, ganti dgn air)
1/2 cawan air (bergantung tepung)
Daun pisang (dilayur atas api dan potong mengikut saiz yang kita suka)

Cara membuatnya:
1. Tepung beras pulut hitam dicampurkan dengan tepung pulut dan digaul hingga rata. 
2. Tuangkan santan dan air. Uli sehingga adunan boleh dikepal. 
3. Kepalkan adunan dan ditekan dengan jari supaya rata. Letakkan inti dan cantumkan semula adunan tersebut sehingga menjadi bulat.
4. Pada masa yang sama, panaskan air dalam periuk sampai mendidih. Masukkan adunan yang telah siap berinti tadi. 
5. Bila adunan itu timbul terus angkat dan masukkan dalam kuahnya sebelum dibungkus dengan daun pisang. Tak perlu dikukus lagi.

Bahan-bahan untuk kuah:
 1 cawan santan pekat
1 cawan air
2 sudu makan tepung gandum
Garam secukupnya

Cara membuat kuah santan:
1. Campurkan semua bahan dan kacau diatas api sehingga pekat. 
2. Apabila siap, biarkan sejuk. 
3. Masukkan terus kuih koci yang diangkat dari periuk tadi ke dalam santan dan ulang proses tersebut sehingga adunan kuih koci tadi habis di rebus. 
4. Siapkan daun pisang berukuran 4 in x 4 in. Daun pisang harus di gunting bulat supaya mudah untuk kita melipat kuih itu nanti. 
5. Kemudian ambil seketul kuih koci dan bungkus. Ulang proses sehingga kuih koci tadi habis. 
6. Kuih Koci sedia untuk dimakan dan tak perlu di kukus lagi.


p/s: kalau nak tengok step by step cara membungkus kuih koci ni, terus ke link k.ZalinZalina.





Friday 27 July 2012

Kuih denderam/Penderam

Assalamualaikum.
Antara kuih muih yang favorite especially masa bulan puasa kami @Malaysia ialah penderam/cok peneram/denderam/telinga k*^@#g. Yang kami suka penderam yang style ranggup, biasanya org jual sizenya kecik2 aje. Bila sejuk pun biasanya still ranggup. Yang besar & lembut tu both mommy & daddy kurang suka.
Tak pernah terfikir pun nak buat sendiri penderam ni sampai le 
masa BW cari resepi mommy terjumpa blog kak JamilahPuchong ni. Dia skrg menetap di Dubai. She cooks for the family (itu yg mommy admired). Salah satu N3 dia adalah resepi ' Cok Peneram ' ni. Bila mommy study bahan2 & steps, weh senang je ni. Bila mommy try sendiri alhamdulilah mmg memenuhi taste kami; ranggup, kurang manis & comey.
Mommy c&p dari blog kak Jamilah cuma bahan2nya mommy guna separuh seperti di bawah. Banyak dapatnya guna 1 peket tepung beras ni pun.

Bahan2:
500g tepung beras (1 peket blended rice flour)
500g gula merah
1 1/4 cawan air
1 helai daun pandan (sekiranya ada)

Cara membuat :
1. Masak gula merah bersama air sehingga mendidih dan tapis. 
2. Tuangkan sedikit demi sedikit air gula yang masih panas ke dalam tepung beras yang sudah tersedia di dalam bekas. 
3. Kacau dengan senduk sehingga rata. Sekiranya adunan tersebut kelihatan lembik boleh tambah tepung beras sedikit, jangan banyak sangat. Tetapi selalunya saya tidak tuang semua air gula ke dalam tepung. Bergantung kepada keadaan adunan. 
4. Simpan semalaman sebelum digoreng. Lagi lama disimpan lagi sedap hasilnya kerana tepung beras sudah sebati dengan air gula. Tak perlu disimpan dalam peti sejuk. Saya pernah biarkan sampai 3 hari.....wow!!! Hasilnya lagi sedap.
5. Sebelum kita mula menggoreng, adunan tadi haruslah diuli dahulu bersama sedikit air (untuk melembutkannya). 
6. Kemudian diambil sedikit-sedikit lalu dibulatkan seperti guli. Tekan dengan jari untuk mendapatkan bentuk yang bulat dan leper. 
7. Bentukkan mengikut kreativiti masing2 (mommy bulatkan dengan guna chopstick). 
8. Sebaik saja dibentuk terus goreng dalam minyak panas sehingga garing (guna api sederhana panas & goreng jangan terlalu lama). 
9. Angkat & toskan minyaknya. 



Thursday 26 July 2012

SIRA PISANG

Untuk dessert kuning plak yang paling senang & sedap sudah semestinya Sira Pisang. Hehe!!!nampak je sempoi tau tapi bila sejukkan dalam peti ais pastu makan, YA ALLAH, nikmatnya. Kalau tak sempat sejuk dalam peti ais letak je ketulan ais lagi sedap.
Bahan2:
3 biji pisang nangka/abu etc (belah dua)
500g gula kastor (kalau takut manis sgt blh kurangkan)
4 biji bunga cengkih
1 batang kulit kayu manis
2 titik pewarna kuning
1/2 cawan air

Caranya:
1. Masakkan air bersama gula sehingga mendidih.
2. Masukkan bunga cengkih, kulit kayu manis & pewarna kuning. Kacau supaya warna kuning sekata.
3. Masukkan pisang & masak sehingga pisang lembut.
4. Sejukkan dalam peti ais sebelum dihidang.

Kuih Cara Berlauk Serunding Daging

Kuih pulak yang bertemakan kuning untuk iftar ke-5 semalam mommy pilih kuih cara berlauk tetapi nak cepat & senang mommy just letakkan inti serunding daging. Cara penyediaannya sama mcm buat kuih Cara Berlauk.
 Alhamdulilah bancuhan yang mommy guna tu dapat dalam 30 biji. Boleh bagi2 sedekah juadah untuk jiran2 & ustazah.
Sapa2 yang kurang rajin @ kurang masa nak sediakan juadah berbuka tu boleh le try kuih cara inti serunding ni. Mmg senang & jimat masa. Mommy bakar dalam oven aje, pada masa yang sama boleh masak juadah lain.

Nasi Kerabu Kuning

Assalamualaikum.
Iftar ke -5 semalam mommy pilih tema 'Kuning Bersemangat'......Hahaha!!!saje je tu buat slogan sebab masuk hari ke-5 & harini dah ke-6 cuaca rasanya sedikit mencabar terutama buat Arfa & Anis. Apa-apapun alhamdulilah masih bertahan dorg puasa cuma bila mandi tu mmg berendam dalam bath tub lama le sesangat. Mommy biarkan aje sebab kesian jugak dengan cuaca panas terik ni. Kita yang dewasa pun rasa bahangnya.
So, juadah utama kami semalam yang bertemakan kuning sudah semestinya 'nasi kerabu kuning'. Kami (mommy & daddy je) kalau puasa memang tak sah kalau tak pekena nasi kerabu. Daddy pun walau origin bukan dari tmp nasi kerabu tapi mujur dia pun suka. Bagi mommy nasi kerabu ni pembuka selera & tak muak baik masa berbuka mahupun masa bersahur. Kalau dulu @Malaysia kami beli je kat PARAM. Bila dah kat negara orang ni kena le merajinkan diri buat sendiri. Last year mmg berbaloi buat sebab mok ada berpuasa dengan kami. Tahun ni mommy & daddy je layan. Budak2 mommy sediakan spagetti bolognese untuk dorg, cuma Arfa lepas makan spagetti dia makan juga nasi kerabu kuning ni without ulam.
Sebelum digaul.
Nasi kerabu this time kelainannya mommy tukar tema kuning dengan menukarkan daun mengkudu/bunga telang dengan serbuk kunyit. Bahan2 & ramuan2 lain sama macam nasi kerabu hitam @ nasi kerabu biru.
Selepas digaul, nyum2!!

Wednesday 25 July 2012

Kurniaan Kurma Ramadhan 1433H

Assalamualaikum.
Harini mommy nak skip N3 pasal makanan. Kita layan je Kurniaan Kurma yg Sultan Brunei bagi kat kami ni semperna Ramadhan 1433H. Yang tahun lepas pun masih ada lagi 2 bekas belum berbukak simpan dalam peti ais. Mommy suka nak masukkan dalam blog sebab ini kenangan & rujukan di masa depan kami anak beranak juga. Walau bagi orang lain, alah setakat kurma apa kelaskan tapi bagi mommy apa saja kurniaan especially daripada Sultan Haji Hassanal Bolkiah memang special (bukan selalu dapat, bila balik Malaysia mana ada dia nak bagi lagi. Heheh!!). Last few weeks rancak org memperkatakan tentang kemulian & sifat pemurah baginda yang telah mendermakan sebanyak 2 juta (tak tau matawang mana) setiap bulan kepada kerajaan Saudi untuk kegunaan selenggaraan Masjidil Haram & Masjid Nabawi. Allahualam!!!
Kalau betul apa yang diperkatakan Allahuakbar!!! Hebat & Mulia betul baginda sebab tak semua orang berduit sanggup berbelanja sebanyak itu. Tapi itule, mungkin bagi baginda apalah sangat 2 juta tu jika dibandingkan dengan nikmat yang ALLAH dah kurniakan kepada baginda & negara Brunei. 
Bukan nilai yang dipandang ALLAH tapi keikhlasan. Kita yang takde ni sedekah RM10 pun blh janji org tak tau kita sedekah (dapat lagi banyak pahalakan?) 
Sebagai terima kasih di atas sumbangan baginda Sultan makanya kerajaan Saudi telah berbesar hati menghantar bekalan kurma kepada kerajaan Brunei untuk dikongsi bersama seluruh rakyat & penduduk Brunei termasuk le 4A+R ni. Allahualam.
Ohw! mommy teringat berita dlm TV3 last week pasal Imam yang dijemput dari Mekah untuk mengimamkan solat terawih di sekitar Malaysia. Itu lagi hebat, sebab kalau di Brunei ni mmg tak heran selalu Imam dari Mekah dijemput baginda Sultan untuk mengimamkan solat terawih sebab kita tahu kemampuan & hubungan baik antara kedua-dua negara. Tetapi, Imam Mekah yang datang ke Malaysia tu ditaja sepenuhnya oleh seorang 'Hamba ALLAH' (mmg tak dihighlight siapa beliau). Allahuakbar!!!bagi mommy itu lagi hebat. Mungkin dia seorang menteri, pembesar, dato @ cuma rakyat jelata biasa. 
Okeyla, niat pun malas nak membebel panjang. Hehe!!!panjang tak panjang, berjela2 juga rupanya N3 ni.

Tuesday 24 July 2012

Baked Mussel with Mango Salsa

Ini pulak menu seafood kedua...Since pengalaman last year, mommy suka le makan mussel. Memang mencari2 resepi baru mussel ni. Alhamdulilah masa belek2 kitab lama (majalah mingguan wanita booklet resepi) terjumpa resepi ni. Memang kena betul dengan taste & bahan2 yang ada @rumah. Hari 1st puasa tu ustazah ada bagi mangga (mommy mitak yang muda je nak buat sambal, sekali seronok plak dia kutip2 yang masak pass kat kami. Rezeki kami, dapat satu plastik). Itu yang terus ON je resepi ni.Senang je resepi ni & yang paling best NYAMAN BERABIS!!!bahasa org Brunei describe sedapppppp sgt.


Bahan2 utama:
10 ekor kepah/mussel
20g keju mozarella

Bahan2 untuk salsa:
 1 biji cili padi (nak pedas lagi terpulang le berapa biji)
1 biji mangga masak (dadukan)
2 sudu masak jus lemon
1/2 labu bawang besar (dadukan)
5 helai daun ketumbar (cincang halus)

Caranya:
1. Untuk menyediakan salsa mangga; 
Masukkan potongan cili padi, mangga, bawang besar, daun ketumbar & jus lemon.
2. Kacau sebati & sejukkan sebentar di dalam peti sejuk.
3. Susun kepah/mussel di atas dulang pembakar. 
4. Tabur parutan keju di atas mussel & bakar selama 5 - 10 minit (sehingga keju cair).
5. Setelah masak, hidangkan dengan topping salsa mangga.

Creamy Baked Lobster

Assalamualaikum.
Semalam, 3 Ramadhan 1433 bersamaan 23 Julai 2012.....3A dah mula bersekolah di bulan ramadhan selepas 3 days break. Cuma another A je masih offday (ganti cuti last Saturday). Mommy ? emmph, cuti le sehari Ahad lepas (sungkai di luar, so consider cuti le masak). Alhamdulilah Arfa & Anis mampu bertahan walau k.Anis monyok & kejap2 tanya dah pukul 6 ke berulang2 kali. Ahdia pun dapat le jugak berpuasa 'halfday'. Masa mommy jemput dia dari sekolah 1130 pagi dia dah marah2 cakap adik nak bawak bekal, semua kawan2 adik bawak bekal. Hehe!!!masuk aje dalam kereta terus tonggang air milo dia (kesian jugak tengok dia mcm tu, siap terpejam2 mata nikmatnya dapat minum). Bila dah abis sebotol air milo, baru dapat cakap elok2. Pastu mommy pujuk2 esuk puasa lagi & alhamdulilah harini dah okey sikit puasa 'halfday' dia. Cikgu dia bgt Ahdia je puasa (tak bawak bekal). Biarle, mommy nak ajar dia slow2 puasa. Since k.Anis last year masa umur 6 tahun pun dah puasa full. Harap2 Ahdia pun strong jugak.
Okey, berbalik juadah puasa hari ke-3...........fullamak!!!penuh meja dengan SEAFOOD. Sepatutnya nak serve SEAFOOD ni hari Ahad lepas tapi sebab daddy ajak sungkai di luar makanya postponed Isnin baru dapat buat. Mommy masak lobster (dah lama peram, sebelum puasa lagi beli tapi xtau nak masak apa), juga mussel, fillet fish, seafood chowder & etc...... Banyak rasanya benda yang nak kena masak sampai rasa give up & letih. Disebabkan itule jugak bila try buat caramel cake tak jadi elok. Huhu!!!malas nak bersihkan betul2 mixer yang dah diguna buat mix sponge cake menyebabkan meringue tak gebu bertanduk. Nasib baik rasanya sedap walau buruk rupanya. Kalau tak sedap mmg kena humban dalam cik tong purple le jawabnya. 
Boleh tahan banyak isinya.
Untuk resepi pertama, hasil campak2 malas maka jadile 'Creamy Baked Lobster'. Atas imaginasi masa makan lobster mewah @ restaurant dulu2 maka mommy bt le eksperimen sendiri. End resultnya, not bad & lebih kurang le kot rasanya cuma ada sedikit CACAT. Cerita mcm lobster tu jadi cacat: Gini, masa mommy prepared lobster tu rasanya dalam pukul 4++ consider awal le lagi. So lepas je baked dalam oven mommy biarkan aje dorg tu dalam oven. Bila dekat2 nak berbuka tengok2, alamak!!!! dah kering kontang jadinya. Nasib baik gak tak hangus terus. Mommy dah bukak pintu oven tu supaya sejuk tapi mungkin sebab ada keju itu yang dia jadi garing. 
Untuk resepi campak2 ni:

Bahan2nya:
2 ekor lobster
1 ulas bawang putih (dikisar) @ guna sos bawang putih
50ml cream
Keju parut (mozarella/cheddar)
Sedikit garam
Sedikit lada sulah/hitam
1 sudu tepung jagung
Daun parsley
Air untuk merebus

Caranya:
1. Mula2 rebus lobster sehingga warnanya bertukar oren. Toskan air.
2. Belah dua lobster tadi & susun dalam dulang pembakar.
3. Bancuh cream & tepung jagung. Tambahkan juga garam, lada sulah & perisa.
4. Curahkan bancuhan tadi ke atas isi lobster.
5. Tabur parutan keju & daun parsley di atas lobster. 
6. Bakar lobster sehingga keju cair (dalam 10 minit).
7. Siap.
Nampak tu bahagian keju yang tergaring. Tapi sedap juga lemak2 garing ni.

Sunday 22 July 2012

Onde2 Pulut Hitam vs Onde2 Warna Warni


Ini kuih muih kedua kami semalam masa bersungkai (berbuka puasa). Terlebih rajin sebab memang dah lama aimed nak buat onde2 pulut hitam ni. Masa dapat beli 2 pack beras pulut hitam last month mommy mmg dah list apa juadah yang boleh disediakan dengannya. Insyaallah kuih koci bakal muncul next week.Onde2 Pulut Hitam

Bahan2:
1/2 cawan tepung pulut hitam  (mommy guna beras pulut hitam & blend)
1 cawan tepung pulut
Air secukupnya
Sekeping gula melaka (potong dadu kecil)
1 biji kelapa (parut halus & gaul dengan sedikit garam)

Caranya:
1. Satukan tepung pulut hitam dan tepung pulut ke dalam mangkuk.
2. Masukkan air sedikit demi sedikit dan uli sehingga menjadi doh yang lembut.
3. Ambil sedikit doh dan dijadikan seperti bebola kecil.
4. Lubangkan di tengahnya untuk meletakkan sedikit gula melaka.
5. Sediakan air untuk merebus. Apabila air telah mendidih, masukkan bebola onde-onde.
6. Apabila ia timbul, angkat dan golekkan di atas kelapa parut.
7. Sedia dihidangkan.

Remarks: Untuk Onde2 warna warni, sama juga penyediaannya. Cuma, tambahkan air pandan (kisar daun pandan) & masukkan pewarna semasa menguli tepung mengikut citarasa anda.

Sukatan: 1 cawan tepung beras pulut menghasilkan dalam 20 biji onde2 size kecil.

Crispy Bean Curd Sheet Rolls with Vegetables


Assalamualaikum.
Alhamdulilah selesai 1st ramadhan untuk kami seisi keluarga dengan rezeki yang Allah berikan. Arfa & Anis alhamdulilah puasa, hehe Si Kenit Ahdia tu bila kejut sahur 1st day tu semangat je bangun & makan sama2 dengan org lain. Dari pukul 4am bangun xtidur2 sampai le dkt2 org nak berbuka baru pengsan (tidur sampai ke cerah pagi ni 2nd ramadhan). Bila pukul 10am gitu dia nampak epal hijau atas kaunter dapur, terus capai ngap. Mommy tanya "eh, adik cakap adik puasa, kalau puasa mana boleh makan?". Dia jawab "adik rasa lapar la, nanti kjp lagi adik puasa la".....Hahaha!!!!gitu pulak budak ni. Kakak & abang usik dia, "haa, adik xleh raya. Tak dapat duit raya".....Mula le kecoh rumah dengan jerit tangis dia. Bila semua cakap "YA, BOLEH!!!!!" baru le senyap. 
Okey 1st ramadhan semalam mommy dah mitak order awal2 sedari tengahari lagi nak makan apa dgn dorg ni. Daddy cakap masak je la apa2. Arfa cakap nak makan daging kurma. Anis senyap keletihan. So, mommy just masak kurma daging, acar rebung & sayur goreng tauhu. Untuk kuih muih plak mommy masak bubur pulut hitam (niat nak bagi sedekah @jiran2). Beside that, mommy buat onde2 pulut hitam/colorful & crispy bean curd sheet roll with vegetables. 
Tak tahu le sempat ke tak masukkan semua N3 ni sebab line internet ni blm lagi stable, pagi je ada. Start tengahari dah padam...Huhu!!!esuk barule org Tel Bru dapat datang tengok apa masalahnya. Memang tension bila xleh nak bukak FB & blog ni. Try le, mommy start N3 harini dengan 1st menu, Crispy Bean Curd Sheet Roll with Vegetables.
Dapat snap satu je gambar menu ni sebab tangah2 ambik gambar flash low batteries. Masa tu pun dah dekat berbuka. So, jadile sekeping untuk rujukan.
1st time mommy makan ni dah lama (last 2 years rasanya) @rumah aunty Yana (my friend). Masa tu kami ada buat usrah sambil makan2 (pot luck). One of her friends bawak juadah ni, mmg sedap kami makan sebab ala2 popiah tapi kulitnya lebih lembut compare tu kulit popiah. Her friend tu malay but married to Chinese guy. Dia claimed mmg ini makanan orang cina (no wonder sbb guna bean curd).
Since that mommy teringin sangat nak try buat & makan lagi sebab sedap. Cuma mmg xtahu caranya. Sampai le mommy terjumpa step by step caranya dalam blog INI. Memang teorinya senang tapi memang leceh sbb handling kulit bean curd tu yang tersangat le lembutnya. Banyak yang koyak2. Pepepun, puas ati sebab 1st trial semalam dapat le dalam 10 gulung (boleh bagi @jiran lagi).

Bahan2:
* Bean curd sheet (kulit fucuk yang lebar) - Rendam dalam air 
*Minyak untuk menggoreng

Bahan2 Inti:
*Sengkuang (parut halus)
*Lobak merah (parut halus)
*1 keping tahu goreng (potong dadu kecil/cincang)
*100 gm udang/ayam (cincang halus) [mommy guna udang kering)
*1 biji telur (buat dadar dan cincang halus)
garam
*minyak untuk tumis

Cara:
1. Panaskan minyak dan tumiskan isi ayam/udang.
2. Kacau sebentar.
3. Masukkan semua bahan dan garam
4. Kacau rata sehingga layu/masak.
5. Masukkan telur yg dicincang. Ketepikan.
6. Ambil sekeping bean curd sheet & letakkan di atas dulang.

7. Isikan inti secara melintang di atas bean curd sheet tadi.
8. Dengan berhati2, gulung sheet sehingga tertutup semua intinya. Potong lebihan sheet.
9. Ulang 6-8 sehingga habis intinya.
10. Susun bean curd sheet rolls tadi ke dalam periuk kukusan & kukus selama 5 minit.
11. Angkat & toskan air. Anda boleh terus makan yang dikukus begini dengan sos pilihan.
12. Jika suka ranggup, goreng bean curd sheet rolls tadi sehingga garing. Toskan minyak.
13. Sedia dihidang bersama sos pilihan.

Saturday 21 July 2012

Arfa Timeline.....

(N3 tertunda)
Assalamualaikum.
Sempena birthday Arfa yang ke-10 tahun ni, jom layan 'Arfa Timeline'. Seronok pulak belek2 gambar lama & tatap wajah2 comey Arfa masa kecik (mommy pun masa tu kecik gak, kik3x). Ingat lagi mulutnya yang tercuih tu, hehe sepupu dia (k. Nini cakap mcm mulut ikan).
Bila tengok dia makin membesar sampai ke saat harini, mommy rasa bersyukur sangat2 kerana Arfa menjadi anak yang baik & soleh. Harapan mommy, biarlah Arfa terus membesar menjadi insan cemerlang baik di dunia mahupun akhirat. Amin3x....Ya Rabb!!
Kita mulakan masa umurnya setahun (gambar masa lahir banyak tapi dalam album gambar yg tinggal @Malaysia. Dulu blm ada digital camera mcm sekarang, semua gambar print kat kedai).






























Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...