بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Tuesday 31 July 2012

Nasi Arab

Juadah utama kami pulak semalam untuk berbuka/iftar/sungkai ialah nasi arab. Mommy percaya nasi arab ni ada banyak versi & resepi yang berbeza2. Mommy pun pernah makan kat sini masa kawan buat jamuan, rasa & rupa parasnya lain. Makan nasi arab @Mekah dulu pun rasanya lain.  
Resepi yang mommy guna ni ambil dari MyResepi & Jom Masak. Bila tengok bahan2 semua senang diperolehi & kebetulan semua ada kat kitchen mommy terus je on. Memang teringin nak buat & makan nasi selain nasi putih semalam sebab hari Sabtu lepas kami bersungkai di Royal Brunei Polo Club menunya lebih kepada masakan tradisional. Emmph!!sedapnya makan umbut kelapa masak lemak, rendang ayam & udang masak kuning. Pastu Ahad plak kami pilih western style untuk iftar kami @Modesto Bistro & Grill. 
So, kira balance le mommy buat nasi arab ni. Lagipun yang paling best buat nasi arab ni lauknya takyah banyak2 nak masak. Masa masak nasi tu automatik dah sediakan lauk utama. Sampingan cuma buat acar/salsa je. Resepi ni mommy c&p je dari MyResepi cuma mommy gandakan bahan2nya sebab terus buat untuk bersahur kami berlima.
Resepi dari MyResepi & Jom Masak.  

Bahan-bahan ( 3 orang )
6 ketul ayam
4 ulas bwg merah
3 ulas bwg putih
1 inci halia
3 kuntum bunga cengkih
3 kuntum bunga lawang
1 btg kulit kayu manis
1 kiub ayam
1/2 sdk jintan manis
1/2 sdb lada hitam
1/2 sdk jintan putih
3 cwn beras basmathi
5 cawan air
2 sdb minyak sapi
1/2 biji bwg besar - di mayang
1/2 cawan sos tomato
2 sdb rempah kurma
Garam dan gula secukup rasa

Cara-cara:
1. Bwg merah,bwg putih, halia ditumbuk kasar. Masukkan ayam, jintan manis, jintan putih, buah pelaga, bunga lawang, kulit kayu manis, lada hitam, kiub ayam, rempah kurma,air dan bhn yang ditumbuk tadi kedlm periuk. Masukkan garam dan gula. Masak sehingga sup mendidih dan ayam masak.
2. Beras basmathi dibasuh dan direndam selama 20 minit. Selepas itu toskan beras.
3. Apabila sup ayam telah siap, asingkan sup dan ayam. Bahan2 rempah kasar dan bwg yg terdapat dlm sup tadi dikisar secara halus. Masukkan 1cawan sup bg menggantikan air semasa mengisar.
4. Panaskan minyak sapi di dalam kuali. Masukkan bawang besar dan masak sehingga sedikit layu. Kemudian masukan bahan yg dikisar td. Tumis sebentar dan masukan 3 cawan sup dan tomato sos. Masukkan sedikit garam dan gula. Apabila hampir mendidih tutupkan api.
5. Masukkan beras ke dlm periuk nasi dan diselang selikan dgn ayam. Kemudian masukkan (no.4) tadi. Tunggu sehingga nasi masak. Boleh tabur dgn sedikit bwg goreng, daun sup dan daun bwg. Mommy tambah kismis.
6. Nasi ini sedap dimakan dengan acar timun. Mommy tambah dengan sambal belacan.

7 comments:

GREENJADE said...

nampak sgt mnyelerakan ni sis..dikahwin kan pulak dgn ayam grill ke..ayam bakor ker..mmg mables..

i likeeee

Asmara said...

dah lama tak dengar perkataan sungkai. kalau balik swak mesti dgr org ckp sungke. hihi..

*kak kalau boleh nnti akk tolong buang word verification kat bahagian setting comment. hihi.. saya bukan robot kene taip wv tu. panjang dan agak susah sikit nak komen dan tulis wv tu. thanks kak! :D

lady lavender said...

nasi arab tu sama dgn nasi khabsa tak ros?? nampak menarik. saya pernah buat nasi khabsa sebab teringin nak makan selain dari nasi putih :-)

p/s: yeeeess!! sokong sgt dgn As cadangkan word verification tu hahaa!! Biasanya hilang semangat nak tinggal komen bila nak kena type wv tu :-)

rostina76 said...

frankly speaking mmg menyelerakan. walau xbanyak lauk tapi mmg sedap. ohw walau guna minyak sapi kan tapi xrasa muak pun....puas ati le dgn resepi ni.

rostina76 said...

dulu pun blurr bila org ckp sungkai.....ingat sungkai, perak...hahaha!!!
btw as mana ada kros setting word verification @setting comment. alahai mesti xperasan ni dok godek2 aritu. kros pun mmg malas betui kalau ada word verification ni bila komen. mcm tak mesra alam kan....sorry as cumey, nanti skrg jugak kros buang jauh2. menyusahkan hidup org je terbeliak mata kan

rostina76 said...

ros rasa lebih kurang sama kot tapi resepi yg ros guna ni very the minimum & senang bhn2nya....
SERIUS xperasan LL bila masa blog ros guna word verification ala2 blog bintang fofular.ahakss!!!sorry ekk & jgn serik jenguk kita tau ;)

~fsyakirah~ said...

wah che yu org brunei pun makan nasi arab??
kirah kat sini rase mcm dah jemu je ngn nasi nie..hehe^__^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...