بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Thursday, 5 July 2012

Cream Puff with Duo Chocolate Filling

Assalamualaikum.
Resepi yang mommy nak jotdown ni mmg favourite 4A+R dari azali. Mommy sendiri masih ingat masa kecik2 dulu pun dah peminat tegar cream puff ni tapi yang inti custard. 
Ingat lagi zaman dulu2, kalau pegi Kota Bharu, Kelantan & singgah Pasar Siti Khadijah @ Padang Beng (xde dah skrg tempat ni) mesti beli kuih cream puff ni. Yummy!!! dulu kami 2 beradik; mommy & Che Su kalau makan apa2 yang kami suka mmg gigit sikit2 mcm tikus sebab nak bagi org lain abis dulu, so that yang kita ada lagi tu blh show off kat yang dah abis (kasi jeles le gitu, hehe kenangan masa kecik). 
Satu lagi cream puff ni consider kuih muih yang mahal tau zaman dulu. Seketul tu dalam 50sen kot (mahal tu dulu2 50sen weh). Sebab tu kira macam berjimat abis le gigit sebab susah nak jumpa. Besut ke KB tu pun jauh, bukan selalu boleh pergi. Yang kelakarnya sekarang ni pun mommy perasan Anis & Ahdia kadang2 gaya gitu gak tapi xde le sampai bergaduh2 cuma macam sayang nak bagi perabis apa2 yang sedap dorg makan tu. 
Berbalik kepada cream puff ni, masa kami @Malaysia dulu mommy selalu order dgn aunty Norlie the baker (mmg sedap sgt cream puff custard dia buat). So, last year bila kami pindah ke Brunei, mommy dah berangan2 nak buat sendiri cream puff ni sebab semua suka tapi mmg xde confident diri nak buat sebab rasa mcm susah sesangat.  Hingga la mommy terbeli buku masakan 'Kompilasi Hidangan Si Manja' banyak resepi2 best yang telah dipermudahkan di dalamnya. Berbaloi sgt beli buku tu (BND4.50 je). 
So, tangguh punya tangguh maka petang semalam baru le mommy berkesempatan buat. Yang seronoknya senangnya buat dengan bahan2 yang sangat minima. Yang double seronok sebab dah siap buat cream puff tu baru nak godek2 custard (kejap je kan buat custard) alih2 Anis ni tak sabar2 nak makan (sebab dia yang tolong mommy buat, Ahdia tidur). Mommy cakap belum siap, tawar. Dia blah kejap, pastu datang tanya lagi, mommy dah boleh makan ke? Aduss!!!mula2 geram je dgn budak ni, pastu lama2 kesian plak kat dia. 
Tiba2 'Ting' dapat idea, tak yah susah2 masak custard, letak je filling duo chocolate (favourite dorg ni makan dgn roti)..........The result SUPER MARIO!!!!
Pulun dorg makan, abis licin sampaikan mommy sempat ngap 2 ketul je. Huhu!!! takpe mommy tak kenyang pun janji 4A happy. Oh! lupa nak habaq kat hangpa.....N3 ni cuma ada 2 ketui gambaq ja pasai masa tgh snap2 gambaq BIG BOSS balik terus ambik tray cream puff ni ngap dia sorang (ada kot dalam 10 ketui cream puff yang dalam gambar ni daddy makan sorang)......HAHAHA!!!!!mommy manyak happy semua olang suka wa munya cream puff. 
Btw, Ahdia dah pesan tadi buat lagi (apa yang dia suka tu mesti dia mitak buat lagi). 
Alahai cayangggggg sume!
----------------------------------------------------------
Bahan2:
*200g tepung gandum
*100g mentega
*5 biji telur
*250ml air

Caranya:
1. Jerang air dengan mentega hingga mendidih. Biarkan 1 minit.
2. Masukkan tepung gandum ke dalam air panas & kacau hingga menjadi doh.
3. Matikan api, biarkan adunan suam.
4. Dengan mesin pemutar, kacau adunan & masukkan telur sebiji demi sebiji.
5. Setelah adunan gebu, masukkan adunan ke dalam piping bag yang diletakkan nozzle bulat (mommy pilih nozzle ikut kehendak k.Anis).
6. Paipkan mengikut size yang digemari di atas dulang pembakar yang telah disapukan mentega.
7. Bakar sehingga masak dengan suhu 180'C (anggaran 20-30 minit).
8. Setelah cream puff sejuk, belah menggunakan gunting & bolehlah disapukan inti pilihan (pilihan kami duo chocolate).

6 comments:

PatinPasta said...

Ahhhh sedapnye! Kak Ros ni saja tau, dok tayang makanan mengusik jiwa dan raga jek. Meleleh!

Saya pon sama macam tu, takut nak buat puff ni sebab rasa susah benor. Sebab tu sampai skang tak terbuat. Haha!

mama sara nur said...

assalam
sedappp, baru je akak cuba makan ni dulu2 tak suka sb krim kastad tu he he
teringin nak try buat sendiri sejak dah minat ni cuma takut tak jadi
senang tak Ros, ni resepi akak cp dulu ye

rostina76 said...

Kros pun xsangka 1st attempt dah jadi .YEAYY!!!

rostina76 said...

Assalam mama Sara nur....Insyaallah jadi kak if follow step by step.yg plg senang rasanya resepi ni.good luck ;)

Mamasya said...

Salam Ros.kalau krim puff mmg sedap...
buku Kompilasi Hidangan Si Manja tu akk ada beli...menarik resepi masakan kanak2...

rostina76 said...

Hehe.....yeke kak.bestkan resepi simple tapi sedap.ros mmg suka bt eksperimen yg mmg anak2 suka makan sbb berbaloi abis makan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...