بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Saturday, 12 April 2014

FLORENTINE COOKIES@CRUNCHY CARAMEL ALMOND


Assalamualaikum & salam sayang semua.


Heheh!!!!resepi yg HOT tahun lepas tapi mommy baru siap bakar le kemarin. Alkisah, sejak k.Ita tunjuk florentine cookies dia @blog, mommy terus je save draf resepi tu (pada masa yg sama mmg mengidam giler nak makan). Bila study semula barang2 yg terlibat FRUST menonggeng sebab mmg xde le @bumi bertuah Brunei ni tepung florenta yg digunakan tu. So.pejam mata jela time tu (redha..huhu), bila balik raya thn lepas plak dah aim ni nak beli yg siap org buat tapi xtahu le mmg xde rezeki kot ada je yg xjadi. Makanya, citer florentine ni mommy campak jauh2 sejak aritu sbb dah merajuk xleh makan. 


Sampai le bulan lepas, mommy ternampak biskut ni dah masuk pasaran Brunei. Apalagi terus le menyibuk nak beli. Sekali PM tanya harga sampai kesudah xreply seller tu (ramai actually yg frust bila nak beli tapi no reply). Bila mommy terus direct dgn supplier dr Malaysia baru dpt price & cara pembelian. Apalagi org tengah mengidam ni, cepat2 le tanya kekawan yg lain sapa2 nak join beli kan sebab berbaloi sikit postage ke Brunei kalau banyak (mahal weh, biskut tu pun mahal apatah lagi postage). 


Heheh!!!!!yg kelakarnya ada la sorang kawan ni, mommy dok sibuk2 dapatkan order dari kekawan yg lain, alih2 masa kami ada usrah setiap Rabu tu dia bawak le biskut ni sebekas & bgt itu le biskut yg mommy kecoh2-kan. Mula tu mommy mitak le nak beli dgn dia je sbb aku mmg dah lama mengidam kan, sekali member cakap xjual buat makan sendiri je. Atas saranan kawan2 dia setuju untuk buatkan demo mcmana nak buat biskut ni during our usrah session (mommy dah tau steps sbb mmg dah study resepi k.Ita tapi yg menjadi masalah kat mana nak beli tepungnya). 



So, bila dah masing2 sibuk nak berdemo tu ada la yg volunteer belikan bahan2 nun di Miri (Brunei mmg xde). Alhamdulilah mujur le kawan ni terbawak cookies dia so dpt le mommy sumber di mana nak beli bahan2nya di Miri (walau harga jauh lebih mahal compare @klang valley tapi atleast dapat le jugak men-try buat & men-try makan. Yeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeea, mmg cedappppppppppp!!!!!!!!!!!


Since sebungkus tepung florenta tu 500g maka mommy adjust kuantiti bahan2.
Sumber : K.Ita

Bahan2:
500 gm tepung Florenta
300 gm badam keping
200 gm kuaci hitam
200 gm biji bunga matahari
Sedikit bijan putih
Sedikit bijan hitam
(mommy letak sedikit biji habbatussauda)
#boleh juga guna kekacang yg lain ikut citarasa

Caranya:

1. Badam, biji bunga matahari dan kuaci di bakar sebentar dalam oven pada suhu 160 C selama 5 minit (bijan & habbatussauda tak perlu di bakar).
2. Setelah kekacang sejuk, satukan semua bahan dalam bekas.
3. Gaul rata, hingga semuanya bersalut sempurna.
4. Sediakan loyang 14x14 inc, alas loyang dengan kertas kek sahaja.
5. Tuangkan adunan tadi dalam loyang dan ratakan nipis.
6. Bakar dalam oven selama 10 minit pada suhu 160C @sehingga karamelnya keperangan.
7. Sejurus keluar dari oven terus potong kepada kepingan empat segi menggunakan pisau pizza.
8. Apabila sejuk, leraikan kepingan & simpan dalam bekas kedap udara.



16 comments:

UmmuAidan-Arissa said...

sedak weyy napok cookies nie..byk kacang gitu..kawe tok ghajin tera lagi..tp rsnya boleh jd peminat jgk nie...:)

Kuazue Mohd said...

alhamdulillah tercapai cita2..

Norma NML said...

Slm perkenalan..

Healthy biscuit..penuh dgn kekacang...Dah lama teringin nak buat..asyik tertangguh jer..

http://rencahkehidupan-maamieiqi.blogspot.com/

sudipVSsenduk said...

ya, biskut yg mahal & sedap. Sekali mengadap tak leh berhenti.. huhuhu


terima kasih datang blog sVs.

tifaanvar said...

saya mengidam buat bende ni tapi x terbuatt2 sbb blm bli tpng florenta ni.

nasa mulia said...

semalam dah makan biskut ini dari pemberian jiran sebelah....once tak start lagi projek kuih raya, mungkin boleh consider dalam list...

Roshartiney Damit said...

a'a kak nak buat tapi tepung tu susah nak cari kat brunei hanya ada kat miri, tq for sharing the recipe

Fazidawani ari said...

sedap nyer...penah mkan tapi tak penah cuba buat lagi.

pinkeyora said...

Err mommy mana nak cari tepung tu?

rostina76 said...

pinkeyora: ada jual kat kedai barangan bakery ni, klau kat miri dekat kedai KST

RieNa DrieNa said...

mommy,trm kasih b'bnyk..rina dh lm idamakan CRUNCHY CARAMEL ALMOND ni..akhirnya dpt gk resepinya..rasanya mmg tip top sedap..dpt gak buat t..

RieNa DrieNa said...

mommy,trm kasih b'bnyk..rina dh lm idamakan CRUNCHY CARAMEL ALMOND ni..akhirnya dpt gk resepinya..rasanya mmg tip top sedap..dpt gak buat t..

sakinah dzazuli said...

500gm tpg florenta dpt bp keping crunchy caramel almond ? ;)

sakinah dzazuli said...
This comment has been removed by the author.
Darnysha Bella said...

hello..nak tanya.. tepung tu just tabur kat loyang tu je ke? 1st time nak mcuba ni sbnrnye.. hehe.. kira ada cecair leleh macam carameltu kiranya dari tepung tu la?

rostina76 said...

ye Darnysha Bella….tepung yg dah kita gaul kekacang tu tabur rata atas loyang…make sure loyang tu alas baking paper ye..good luck

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...