بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Monday, 7 April 2014

PENGSAN!!!!


Assalamualaikum & salam sayang semua.
Selamat kembali bekerja untuk mereka yg bekerja & yg surirumah pun selamat mengemas rumah & memasak untuk keluarga tercinta. Mommy harini walau dah rasa segar & sihat tapi masih berjaga2 & berwaspada. KENAPA? Huhu!!!!Sabtu malam yg lepas mommy pengsan. Haaaa, PENGSAN!!!!!

Imej xde kaitan dgn topik pun
Tak tahu apa sebab & seingat mommy lama dah tak pengsan. 1st time mommy pengsan masa zaman sekolah rendah. Time tu kami ada persembahan pancaragam sekolah. Mommy main recorder, tiba2 tengah dok tiup recorder, toing!!!!! pengsan. Benjol kepala.
2nd time mommy pengsan masa lepas delivered Arfa. Beranak subuh2 dgn tenaga yg nyawa2 ikan, pastu banyak darah keluar sebab byk koyak. Alih2 bila dah ke petang nak bangun g toilet, tiba2 mata terpejam & loglai. Masa tu daddy sedang papah, so xde la jatuh.
Yang last Saturday nite ni plak citernya, mommy period pain start petang tu lagi. Mmg dah lama juga tak period pain ni. Siap dengan sakit seluruh badan, rasa cam lemah sangat badan (pagi tu siap panjat tangga pasang langsir lg). So masuk tidur awal……..tengah malam tu terasa nak kencing & bangun p toilet cam biasa. Masa jalan tu dah rasa cam pening2. Bila keluar dari toilet rasa nak muntah (mungkin perut sebu sama kot sebab xmakan diner & minum kopi O kg je). Amik tong sampah kecik sebelah katil & muntah kuar air je, ada dalam 3 kali muntah kot. Masa muntah tu tangan mommy dah tepuk2 daddy kejutkan dia, tapi suara xbunyi sebab dok loya muntah (daddy xsedar). Pastu yg mommy ingat dah siap muntah tu mommy tunduk nak letak tong sampah & baring. Rupa2nya gedebuk melepek atas tong sampah dah (siap pecah tong sampah tu kena hempap dek beruang kutub). Sedar2 dengar suara daddy dok tanya "nape ni" (ulang2 kali). Siap daddy papah naik katil & tido (daddy ckp dia bunyi benda jatuh itu yg tersedar). Sib baik keesokkannya tu ALLAH bagi sedar lagi. Allahmdulilah!!!!masih lagi dpt jenguk blog harini. Bila ingat2 balik seriau gak, apa tak kena dgn aku ni. So kekawan & anak2 semua tido tu jgn sekali2 lupa ye baca al- fatihah, 3 kul & yg paling penting mengucap syahadah. Kot2 itu syahadah terakhir. Allahulam…..
Btw dpt la juga kenangan pengsan kali ni; watermark @muka ayu. 

BACA PETIKAN DI BAWAH SUPAYA KITA LEBIH ALERT!!
Sumber: USM

Pengsan atau syncope , adalah keadaan dimana seseorang itu hilang kesedaran disebabkan oleh pengurangan bekalan darah beroksigen ke otak. Simptom-simptomnya termasuklah tidak sedarkan diri, pucat dan denyutan nadi yang perlahan. Disebabkan bekalan normal disimpan, pemulihan dari pengsan biasanya cepat dan sempurna, walaupun ada yang mengatakan insiden penghadan oksigen yang membawa kepada pengsaan boleh menyebabkan kerosakan otak kumulatif.
          Pengsan adalah berbeza dari keadaan kejutan yang lebih merbahaya,   sehingga boleh menyebabkan kehilangan darah yang serius dari setiap bahagian badan dan dicirikan oleh denyutan nadi yang cepat, berpeluh dan kulit menjadi lembap. Pengsan mungkin merupakan reaksi terhadap kesakitan, takut, gangguan emosi yang keterlaluan, letih atau kurang makanan. Ia juga boleh berlaku selapas aktiviti fizikal yang berpanjangan, terutamanya dalam keadaan yang panas dan atau  dalam keadaan berdiri, yang menyebabkan darah lebih mudah terkumpul di bahagian bawah badan. Apabila seseorang pengsan, mereka akan jatuh, menjadikan badan berada dalam keadaan vertikal menyebabkan kitaran darah lebih mudah sampai ke otak.
          Oleh itu, terdapat beberapa cara untuk mengelakan dari berlakunya pengsan seperti :
* Jangan bermain apabila berada dalam keadaan letih, lapar atau dahaga yang keterlaluan
* Pastikan cukup udara segar dalam bilik permainan
* Jauhkan dari berada dalam keadaan berdiri dan tidak bergerak untuk jangka masa yang lama.
* Jika boleh, berdiri di tempat yang tidak mendatangkan bahaya sekiranya terjatuh semasa pengsan.
Sebelum pengsan, seseorang itu akan menjadi pucat dan melaporkan berasa pening, mual, mendengar bunyi dalam telinga atau merasa seperti hendak pengsan. Pada masa ini anda perlu bertindak dengan pantas dengan mengalihkan sebarang benda yang boleh mengganggu pernafasan, dan membawa seseorang itu supaya duduk di kerusi sambil menarik nafas sedalam mungkin dengan menundukan kepala diantara kedua lutut.Bertenang, diam dan ingat bahawa mereka sedang merasa tidak selesa dan mungkin terkejut.
Sekiranya seseorang itu terus pengsan, alihkan sebarang benda yang boleh mengganggu pernafasannya, baringkan mereka dan sokong kakinya untuk memastikan bekalan darah mengalir ke otak. Mereka mungkin sedar dengan cepat, walaupun mungkin tidak sepenuhnya dalam beberapa minit awal. Biarkan mereka sehingga mereka betul-betul selesa dengan keadaannya sendiri. Biarkan juga mereka berehat untuk setengah jam atau lebih. Jika mereka tidak sedar untuk jangka masa yang lama, dapatkan bantuan dengan segara. Periksa pernafasan dan denyutan nadi dan bersedia untuk memberikan bantuan pernafasan jika anda tahu. Bantuan perubatan perlu diberikan jika mereka masih tidak sedar, sakit dan sekejap sedar sekejap tidak, terutamanya jika drug diberikan.  


14 comments:

Cho Zila said...

harap dah oklerkan.. penat sangatlerkan... banyak berehat untuk hari ini...
moga dah sihat belaka semuanya...

UmmuAidan-Arissa said...

Heheh..nak tergelak pun ade psl pecah bakul sampah tuh..sian ros.kawe dok ghajin pese lg so far alhamdulillah

nasa mulia said...

siannye...pengalaman pengsan ketika eksiden dulu, nasib baik pengsan kalau sedar, mesti ngeri ketika jatuh atas jalan raya..disebabkan pengan itu jugak orang ramai yang datang tolong ingat saya dah arwah masa tu dan mereka dah siap tutup dengan surat khabar..bila saya sedar, boleh pulak rasa malu pastu tarik surat khabr tutup muka kalaupun masa itu tak boleh bergerak sebab kaki dah patah..hanya Allah yang tahu betapa sakitnya masa itu.

misz sheyla said...

bahayanya tiba2 pengsan cam ni..takut jatuh pale terhentak je kan...

Ayu said...

Assalam Ros,
waduh..pengsan ya..
akak ingat title tu 'pengsan' sebab penat memasak..jokingly..rupanya pengsan betul..take care ya Ros..
jaga diri baik2..kalau penat rest jangan force yourself..:)

Nastyna said...

Ya Allah.... seriau jugak baca nasib baik tak sorang2 adn tak berlaku kat bilik air. So buat masa ni akak better tak lock bathroom la kan, touchwood minta jauh but just in case but the best for sure doakan akak sentiasa baik2 sajer.

acik idah said...

Harap sekarang dah ok yer sis...
Ermm... seumur hidup idah... tak pernah rasa pengsan... hehehe...

Tengku Damia said...

Harap kak ros dah ok yer.takut jgk saya bila baca.Take care kak ros : )

aziahmk said...

rozie oii...ko tu ada tekanan darah rendah. ko x ingat ke kenangan kita pi spa dulu, lps mandi rempah kalo x silap, ko pitam....adehhh

suka suka said...

Akak pun pernah pengsan selepas bersalin.. mujur dah turun katil hospital ...terhantuk juga pada locker ... alhamdulillah ada nurse perasan

zana fahmi said...

Alhamdulillah tak berlarutan sampai ke hospital kan? Tong sampah pecah boleh cari lain..hehe. Ros, akak tak pernah merasa pengsan tau. Setakat ni belum terkena, pitam pening2 tu biasalah. Agaknya Ros tekanan darah rendah kot?

rostina76 said...

dah g checkup td…..tekanan darah normal tp kena berjaga2 juga la kan. tapi yg masih dok berdebar ni sbb doc nak bt pap smear & ultra sound next wk…. nak check nape period sakit sgt. huhu!!!takut.
tqvm semua. sayang korang!!! btw UAA, ros pun blh gelak bila ingat tong sampah tu pecah. muka berparut ni lagi kelakar….cam zoro

aziah: weh serius aku lupa yg tu. setahu aku mc lin yg low blood pressure…aku dah 3 kali beranak & check selalu pun normal je BP. kat mana ekk z spa tu, serius lupa. btw mgk pitam sbb rempah tu strong sgt kot, allahualam…tq juga ingatkan aku kenangan tu.

aziahmk said...

ala...house of ezryn kt PJ....aku ingat lagi akak tu dok godak badan aku nk buang daki2...hahahahah

rostina76 said...

Oh yeah!!!!!mmg regular customer beb...baru aku ingat. Tp z aku suka situ, masa nak kawin pulun g sental daki&mandi susu. Tp seingat aku Lps kawin kan aku Ada try g tp dah ttp. Bestnya!!!!leni aku bt @rumah je z. Indo dtg rumah...syok gak...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...