بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Sunday, 27 April 2014

~TAUHU TELUR & KUAH KACANG~

Assalamualaikum & salam sayang.
Fenomena @FB dlm seminggu dua ni among kaki masak & kaki makan ; Tauhu Telur Goreng & Roti Sarang Lebah.



Terliur betul bila ramai dok pakat post hasil kerja masing2. Adussss!!!!mommy dah le mood memasak ke laut skrg ni maka dok telan air liur jelah berhari2. Rasanya kalau dorg tu dekat2 mau  je order yg dah siap. Tapi apakan daya jauh beribu batu. Nak tak nak, gagah juga buat (bt yg senang dulu ni). Mommy buat dulu tauhu telur goreng & kuah kacang. 



Bahan2 semua pun senang dapat & tgk steps walau kena kukus bagai tapi alhamdulilah berjaya juga siapkan (hahaha!!!!cam susah bebenor le mommy ni).


Hasilnya, takyah cakap byk la sbb mmg sedap (ala2 TAUHU SUMBAT BERGORENG gayanya).



Buat since Rabu lepas, harini goreng lagi utk breakfast ganding dgn mee goreng daging. Kenyang sampai ke petang (sbb daddy keja arini maka mommy xmasak lunch & kami 4 beranak layan itu je3A dok layan mee yg lebih, selang sejam hadap mee goreng daging tu).

Jom tengok resepi.



Bahan-bahan Tauhu Telur
4 keping tauhu putih #
2 tiub tauhu lembut #
Segenggam isi udang (kalu nak buh lebih pon apa salahnya) #
2 biji telur #
2 biji cili merah

Seikat daun bawang
Sedikit serbuk maggi/cukup rasa
Telur secukupnya untuk salutan

Caranya:
1. Kesemua bahan2 bertanda # di blender sampai lumat.
2. Masukkan dlm bekas/mangkuk besar.
3. Cincang halus cili merah (kalu nak pedas tambah la lg) & sedikit daun bawang (nak guna daun sup pon boleh).
4. Gaulkan bahan2 no 3 dgn tauhu yg dah di blender lumat tu. Tambahkan serbuk perisa maggi/garam.
5. Dah tu bolehlah di kukus dlm 20-30min (masa nak kukus tu terpulang la nak gune loyang ke , tupperware ke..saya guna loyang tp melekat la..baik guna tupperware lg selamat……mommy alas cling wrap atas loyang, alhamdulilah x melekat & senang lg nak keluarkan).
6. Biarkan sejuk br di potong (ikut suka kamu la nak potong gaya apa ya ).
7. Celupkan tauhu yg dah di potong dalam telur yang dah di pukul sedikit..barulah di goreng hingga kekuningan.


Bahan-bahan (kuah kacang )
1kg kacang tanah
2 batang serai
1inci halia &lengkuas-ambil airnya
3 senduk gula atau ikut suka
1 mangkuk air asam jawa-bancuh cair
20 tangkai cili kering
1/3 belacan
20 ulas bawang merah kecil
3 senduk minyak masak
Sedikit garam

Cara-cara:
1. Goreng kacang dengan minyak hingga kuning, angkat & toskan.
2. Goreng cili kering, bawang merah, belacan hingga naik bau jgn lama sgt.
3. Serai, lengkuas, halia di mesin ambik airnya sahaja. 
4. Kesemua bahan2 ini (no 1, 2 & 3) di mesin dan disatukan dlm satu mangkuk.
5. Air asam jawa dibancuh cair masukan ke dlm mangkuk tadi dan di gaul hingga sebati.
6. Masukkan minyak tunggu hingga minyak panas dan masukkan bahan tadi kacau hingga pecah minyak. Perlahankan api.
7. Masukkan gula dan garam ikut suka dan boleh dihidangan bersama tauhu goreng td.

11 comments:

Ayu said...

Assalam Ros,
tulah fenomena, tauhu telur & roti sarang lebah memang hangat dimana2...
buat roti lebah 2x fail..haha..sabor ajelah ..:)

idzwa kamaruddin said...

terliur!!!

Lynn Hamzah said...

adoooiii...lapar perut...lynn x pandai makan tauhu telur kak...tapi anak-anak suka...

nasa mulia said...

tahu telur selalu cicah ngan sos cili thai jer...

Putri said...

Assalamualaikum
dh lama x jengok blog kak ros
x pernah try makan lg tauhu telor ni.x tau mana nk cari

Suzana Ibrahim said...

saya pun nak buat juga nanti bila tak hangat dan tak jadi fenomena lagi...keretapi lambat!

Tengku Damia said...

Alajai kak ros.tengok mee goreng daging tu terus rasa nak menangis.Hihihi!sini susahnya nak jumpa mee kuning halal.guna spagetti mcm tak feel pulak.

Kak ros mmg plan nak dtg aussie yer akhir tahun?tgh panas sangat tu kak ros.org sini pun kalau mana yg ada duit keluar negara.sbb panas sgt2.musim hutan terbakar time tu.hehehe

Nastyna said...

menggiurkan, tapi macam payah jer nak buatnya. Akak tunggu saya datang order ok :p

Cho Zila said...

macam2 fenomenakan.. yang penting kena rajin macam mama2 di blog ini...

rostina76 said...

k.ayu: ros pun terliur betul tgk roti sarang lebah tu. nak buat bila tah rajinnya

idzwa: heheh, xdapet nak nolong. buek la yo

lynn: buat utk anak2 lyn, mesti dorg suka ni

nasa mulia: mmg klu ikut senang guna je sos thai

putri: yelaaaa, lama xdgr khabar putri. tq sudi lagi jenguk kros ;)

suzana: heheh!!!ros pun consider lambat gak ni

tg damia: org bg resepi tauhu, mee goreng jugak yg dia terliur…wat diri laaa mee kuning tu. btw inshaallah itu je cuti yg ada, nak bt guane.

nastyna: ok2, kros tg :P

cho zila: rajin laaaa sgt kak. huhu

tifaanvar said...

dh bookmark resepoi ni. Nnti senang buatlah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...