بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Monday 28 April 2014

FRESH STRAWBERRY CUPCAKES

Assalamualaikum & salam sayang.


Nyum! Nyum! mata macam nak terpejam2 masa ngap cupcakes ni. 
Sekali bite terus cramp geraham, hahaha exaggerate la mommy ni. Bukan apa nak bagi imaging sikit camna rasa cupcakes ni yg masam2 manis. Dap2nyeeee!!!


Alkisah cerita strawberry cupcakes, xde plan nak membaking & takde hati nak membaking pun lately ni (tak tau le frust sebab apa tapi yg pasti sbb nak avoid makan manis2 & yg menggemukkan ni kot). 


Tapi last week mommy ada beli buah strawberry, 2 bekas (mahal weh walau strawberry Indonesia). Masa hari beli tu simpan terus dlm peti ais & plan nak makan time dinner tapi as usual 'nyanyuk'. Last2 bila dorg nampak dalam peti ais & bgt nak makan baru teringat (masa tu dah 2 hari lepas beli). Sekali bila amik nak basuh tengok semuanya dah buruk. Huhuhu!!!!!sedih pilu di dalam hatiku bila memikirkan beli dah le mahal pastu dgn wajah monyok Ahdia sebab xdpt makan (dia mmg hantu strawberry). Nak bagi 'Cik Tong' makan cam sia2 je kenyangkan dia, last2 mommy ckp kat Ahdia xpela dik kita simpan nanti mommy buat apa2. Sekali Ahdia bagi idea buat cupcakes strawberry mcm dalam citer 'Strawberrry vs Karipap'…………


So, mommy google jelah resepi & come out with this lovely cupcakes. Walau rupa sebelum makeover tu buruk bebenor dgn rekahan2 merata tapi thanks to makeup tebal oleh whipping cream perisa fresh strawberry jugak. Hasilnya bapak budak, mak budak, kawan2 budak & budak2 sekali enjoyed. Pasni try perisa lain plak.


Mommy malas la nak translate resepi, u al mind la memasing punya 'Oh my English' ye. Kalu xreti gak buka kamus ye. 

Source: Sallys

Ingredients:

CUPCAKES 
4-5 large strawberries 
1 and 2/3 cup + 1 Tablespoon (218g) all-purpose flour 
1/2 teaspoon baking powder 
1/4 teaspoon baking soda 
1/2 teaspoon salt 
1 cup (200g) granulated sugar 
1/2 cup (115g) unsalted butter, melted 
1 large egg 
1/4 cup (62g) strawberry yogurt (Greek or regular yogurt) 
3/4 cup (180ml) milk
1 teaspoon vanilla extract 


STRAWBERRY WHIPPED CREAM 
1 and 1/2 cups (360ml) heavy whipping cream 
3 Tablespoons (43g) granulated sugar 
1 and 1/2 teaspoons vanilla extract 
1/3 cup (110g) strawberry jam (mommy used fresh crushed strawberry + hershey strawberry syrup)

Directions:
1. Preheat oven to 350'F degrees. Line a 12-count muffin pan with cupcake liners. Set aside.
2. Make the cupcakes: Slice strawberries and place in a food processor or blender. Pulse until strawberries are a chunky puree. You should have about 1/3 cup. 
3. In a medium bowl, mix together flour, baking powder, baking soda, and salt. Set aside. 
4. In a large microwave-safe bowl, melt butter in the microwave.
5. Stir in sugar - mixture will be gritty. Stir in egg, yogurt, milk, and vanilla extract until combined.
6. Slowly mix dry ingredients into the wet ingredients until no lumps remain. Fold in the strawberry puree. Batter will be thick.
7. Divide batter among 12 cupcake liners and bake for 20 minutes or until a toothpick inserted in the center comes out clean. Allow to cool completely before frosting.

8. Make the strawberry whipped cream: In a large bowl, whip the cream, sugar, and vanilla extract together on high speed until stiff peaks begin to form, about 4-5 full minutes. 
9.  Add the strawberry jam and continue to beat for another 30 seconds. Add more strawberry jam if you'd like a stronger flavor or if you'd like a pinker color. Please note the whipped cream will be thinner the more jam you add.
10. Frost the cupcakes with the strawberry whipped cream. Cover and store cupcakes in the refrigerator for up to 3 days. Whipped cream may be made 1 day in advance and stored in the refrigerator. Serve cupcakes chilled.

Sunday 27 April 2014

~TAUHU TELUR & KUAH KACANG~

Assalamualaikum & salam sayang.
Fenomena @FB dlm seminggu dua ni among kaki masak & kaki makan ; Tauhu Telur Goreng & Roti Sarang Lebah.



Terliur betul bila ramai dok pakat post hasil kerja masing2. Adussss!!!!mommy dah le mood memasak ke laut skrg ni maka dok telan air liur jelah berhari2. Rasanya kalau dorg tu dekat2 mau  je order yg dah siap. Tapi apakan daya jauh beribu batu. Nak tak nak, gagah juga buat (bt yg senang dulu ni). Mommy buat dulu tauhu telur goreng & kuah kacang. 



Bahan2 semua pun senang dapat & tgk steps walau kena kukus bagai tapi alhamdulilah berjaya juga siapkan (hahaha!!!!cam susah bebenor le mommy ni).


Hasilnya, takyah cakap byk la sbb mmg sedap (ala2 TAUHU SUMBAT BERGORENG gayanya).



Buat since Rabu lepas, harini goreng lagi utk breakfast ganding dgn mee goreng daging. Kenyang sampai ke petang (sbb daddy keja arini maka mommy xmasak lunch & kami 4 beranak layan itu je3A dok layan mee yg lebih, selang sejam hadap mee goreng daging tu).

Jom tengok resepi.



Bahan-bahan Tauhu Telur
4 keping tauhu putih #
2 tiub tauhu lembut #
Segenggam isi udang (kalu nak buh lebih pon apa salahnya) #
2 biji telur #
2 biji cili merah

Seikat daun bawang
Sedikit serbuk maggi/cukup rasa
Telur secukupnya untuk salutan

Caranya:
1. Kesemua bahan2 bertanda # di blender sampai lumat.
2. Masukkan dlm bekas/mangkuk besar.
3. Cincang halus cili merah (kalu nak pedas tambah la lg) & sedikit daun bawang (nak guna daun sup pon boleh).
4. Gaulkan bahan2 no 3 dgn tauhu yg dah di blender lumat tu. Tambahkan serbuk perisa maggi/garam.
5. Dah tu bolehlah di kukus dlm 20-30min (masa nak kukus tu terpulang la nak gune loyang ke , tupperware ke..saya guna loyang tp melekat la..baik guna tupperware lg selamat……mommy alas cling wrap atas loyang, alhamdulilah x melekat & senang lg nak keluarkan).
6. Biarkan sejuk br di potong (ikut suka kamu la nak potong gaya apa ya ).
7. Celupkan tauhu yg dah di potong dalam telur yang dah di pukul sedikit..barulah di goreng hingga kekuningan.


Bahan-bahan (kuah kacang )
1kg kacang tanah
2 batang serai
1inci halia &lengkuas-ambil airnya
3 senduk gula atau ikut suka
1 mangkuk air asam jawa-bancuh cair
20 tangkai cili kering
1/3 belacan
20 ulas bawang merah kecil
3 senduk minyak masak
Sedikit garam

Cara-cara:
1. Goreng kacang dengan minyak hingga kuning, angkat & toskan.
2. Goreng cili kering, bawang merah, belacan hingga naik bau jgn lama sgt.
3. Serai, lengkuas, halia di mesin ambik airnya sahaja. 
4. Kesemua bahan2 ini (no 1, 2 & 3) di mesin dan disatukan dlm satu mangkuk.
5. Air asam jawa dibancuh cair masukan ke dlm mangkuk tadi dan di gaul hingga sebati.
6. Masukkan minyak tunggu hingga minyak panas dan masukkan bahan tadi kacau hingga pecah minyak. Perlahankan api.
7. Masukkan gula dan garam ikut suka dan boleh dihidangan bersama tauhu goreng td.

Saturday 26 April 2014

PANTAI MUARA, BRUNEI DARUSSALAM

Assalamualaikum & salam sayang.


Harini santai2 menghirup udara segar di Pantai Muara. Episod ni actually cerita cuti sekolah 3A baru2 ni tapi since blm ada entry utk Pantai Muara so mommy rewind je la.


Again bila google info pasal Pantai Muara ni tak banyak yg dapat diceduk. Terasa 'shy2 cat' lagi mommy sbb enrty kami pasal Pantai Serasa antara top 3 list dlm pencarian abt Pantai Muara which i think i kena highlight pasal entry ni jugak so that org tak confuse antara Pantai Serasa & Pantai Muara walaupun berdekatan juga dalam daerah yg sama; Brunei-Muara district.


Pantai Muara ni terletak lebih kurang 20 km dari Bandar Seri Begawan, berhampiran dengan port & pengkalan tentera. 
Menyajikan pemandangan yg semulajadi & bersih dari pencemaran. 


Sangat sesuai untuk aktiviti riadah bersama keluarga seperti berkelah, berenang, berkhemah, berbasikal, berjogging etc.
Kemudahan juga lengkap dengan gerai makan, tandas, surau, picnic area termsk tempat BBQ, taman mainan kanak2 & tapak perkhemahan.
Laluan juga dibina bagi kegunaan pejalan kaki & mereka yang berbasikal.


Masa kami ke sana tempohari sekadar berjalan2 sambil menghirup udara segar. Tapi bila tengok org berkhemah terasa best juga kalau pasang khemah kat sini bila2 ada cuti lagi. Hehe!!!lagipun dah lama khemah kami terbungkus rapat dalam bilik stor.


Gerai makan yg disediakan walaupun tidak semeriah keadaan di Malaysia tetapi yg penting hidangan soto kami pada petang itu cukup 'nyaman'……Heheh!!!!

Just fyi, mereka di sini kalau ke pantai untuk beriadah mereka lebih suka membawa bekalan sendiri untuk picnic bersama ahli keluarga & sanak saudara yg besar jadinya gerai2 makan tidaklah semeriah dengan kunjungan pelanggan sangat.

Pada petang itu juga ada beberapa kumpulan keluarga besar menganjurkan 'hari keluarga' & sukaneka….. Teringat keluarga di tanahair bila melihat kemeriahan & kemesraan mereka. 
Berhenti setakat ini dulu tentang Pantai Muara. 

Thursday 24 April 2014

Ketupat Sotong Kelate vs Ketupat Sotong Ganu

Assalamualaikum & Salam sayang.
Harini nak buat perbandingan sikit. Kita tengok mana yg menang. Heheh!!!!sotong oh sotong.


Sotong kelate vs Sotong Ganu....sapa2 yg pernah makan dua2 ni cerrr komen sikit u al pilih yg mana? Bukan makan sotong, tapi ketupat sotong. 


Kami jarang2 jumpa ni (sebab mommy kami malas nak buat selalu2). Klau mommy kami buat pun versi kelate tetapi br2 ni mommy kami terlebih rajin, dia buat dua2 skaligus. Amekaw puas makan. 
Tak boleh dinafikan walau dah biasa dgn yg kelate tetapi dah sah2 IC mommy -11- so tekak tu suka juga yg ganu. Yg kelate manis meleting tapi yg ganu lemak berkrim.


Yang versi kelate, mommy suka letak beras pulut bukan saja dlm badan sotong tapi dalam kuahnya supaya lebih pekat & puas sikit makan pulut tu.

Resepi Ketupat Sotong Ganu

Bahan2:
10 ekor sotong (bersihkan)
2 cawan beras pulut (basuh bersih & toskan)
1 liter santan 
Garam
Gula
Daun Pandan
Sedikit hirisan halia muda
1/2 sudu teh halba

Caranya:
1. Rendam beras pulut yg dah dibersihkan ke dalam santan. Biarkan setengah jam. Kemudian toskan beras pulut.
2. Menggunakan sudu teh masukkan 1/3 beras pulut ke dalam badan sotong.
3. Sumbat kepala sotong ke dalam badannya & sematkan dengan lidi.
4. Susun dalam periuk & curahkan santan rendaman beras pulut tadi.
5. Tambahkan hirisan halia, halba, garam & gula.
6. Didihkan kuah & renehkan sehingga pekat. SIAP.


Tuesday 22 April 2014

Pizza Maggi

Assalamualaikum & salam sayang semua.
Adehhhh!!!!2 hari tak menaip rasa cam dah lama (itu menunjukkan simptom nak menopause blog ni @ simptom hyrperactive xleh dok diam tuan blog ni)…….Huhu!!!!merapu.



Sebenarnya mood cam lemau & malas nak ber update (upload gambar yg malas tu). Pepepun, nak blog gak la harini walau citer kanak2 ribena. 


Semalam Anis buat permintaan "mommy, nanti mommy buat pizza maggi ye?"………"haaaa, pizza maggi?"………"alaaaa, ada dulu mommy buat maggi mcm bentuk pizza"…………"ooooooooo". 


Ini le u all pizza maggi Anis.

Korang xyah mitak resepi nanti ketagih plak. Kik3x…..sedakkkk ooooo.


Kami buat mcm pizza lain gak la ada versi vegi & versi kosong. Lain kali buat versi chicken plak. Layan!!!



Saturday 19 April 2014

Sira Ubi Kayu

Assalamualaikum & salam sayang semua.
Selamat berhujung minggu & beristirehat. Jom layan resepi org kampung.
Beli sebab cam geram je ubi fresh baru gali tapi end up xtau nak buat apa. Semua resepi ubi kayu rasanya perlukan kelapa parut which i really malas nak p beli @amp; parut sendiri.
Peram punya peram, cukup seminggu baru le terpaksa juga masakkan & alhamdulilah, resepi simple yg menjilat sudu.
Sira ubi kayu, cepat dimasak sedap dimakan juga (hahaha!!!!periuk magic lagi leeeeee).
Caranya puan2, tuan2, adik kakak.
Rebus guna high pressure 5 minit je, pastu release pressure. Tukar mood stir fry & masukkan gula melaka & daun pandan. Didihkan sehingga gula melaka hancur & kuah pekat. SIAP.

Friday 18 April 2014

Masjid Kristal Kuala Terengganu

Assalamualaikum & salam sayang semua.
Jumaat yg barakah, semoga kita semua dilindungi ALLAH. Amin3x…..

Entry ni actually tunggakan yg tidak disengajakan. Hahaha!!!!citer berkurun zaman tapi kes terlupa nak publish. Mommy perasan bila tgk draf, rupanya citer masjid ni belum selesai. Malas dah nak throwback tapi bila mengimbau kembali gambar anak2 terasa betapa cepatnya masa berlalu & betapa cepatnya mereka matang especially Arfa. Huhu!!!! Rasa mcm nak stop je masa supaya mereka tak terus membesar.

Kesinambungan dari cerita TAMAN TAMADUN ISLAM, kita nikmatilah keindahan Masjid Kristal di Kuala Terengganu ni. Percutian akhir tahun kami untuk 2011. 




Thursday 17 April 2014

kuih kasturi


Assalamualaikum & salam sayang semua.

Nothing much just want to jot down resepi Kuih Kasturi yg mommy buat last week. Lebihan inti kacang buat Kuih Peria, mommy transform jadi kuih kasturi plak. tq tu Hasue for the resepi. Tepungnya ranggup. 


Inti Kacang Hijau

Bahan2: 
1 cawan kacang hijau 
3/4 atau 1 cawan gula pasir(kemanisan bergantung kepada selera masing2) 
1 sudu kecil garam 
Air secukupnya untuk merebus kacang 



Cara2 membuatnya: 
1. Kacang hijau dicuci dan ditoskan seketika,rebus dengan lebih kurang 7-8 cawan air sehingga empuk. 
2. Apabila air rebusan hampir kering,tambahkan sedikit air supaya kacang lebih lembut dan tunggu sehingga benar2 kering(sila kacau selalu apabila hampir kering tu untuk mengelakkan berkerak atau hangus) 
3. Setelah benar2 kering,barulah masukkan gula dan garam tadi. Inti akan mencair kembali kerana gula yang cair tu..Biarkan renih dan kering lagi sekali..kacau sekali sekala dan pastikan guna api sederhana. 
4. Apabila sudah mula kering,perlahankan api..dan kacau sentiasa. 
untuk memastikan inti sudah masak-kacang yang dimasak tadi tidak lagi mengeluarkan wap dari inti atau tiada renihan lagi walaupun api masih terpasang..memang senyap je(takde plup2 dah kat adunan inti tu..haha..bahasa apa aku guna nih),dah siap laa tu..harap faham laa maksudnya ni..hehe 
5. Padamkan api dan sejukkan inti sepenuhnya sebelum dibentuk..


Kuih Kasturi / Kuih rengas / Kuih Kacang Hijau


Inti kacang hijau secukupnya(rujuk cara membuatnya di atas)-Bentukkan bulat2 sebesar bola pingpong dan leper2kan sedikit.. 
Inti yang sudah dibentuk supaya senang untuk digoreng..inti ini juga tahan disimpan dalam peti sejuk dan sedia saja untuk digunakan..jadi jimat masa kan.

Bahan2 membuat adunan tepung/batter: 
1/2 cawan tepung gandum 
1/3 sudu mkn marjerin 
1 sudu kecil garam 
secubit gula 
1/2 cawan air 
Sedikit pewarna kuning 
Minyak secukupnya untun menggoreng-lebih kurang 2 cawan 

Cara2: 
1. Dalam bekas, campurkan tepung, marjerin, garam, gula. 
2. Masukkan air dan kacau menggunakan hand whisk supaya adunan cepat sebati. Tambahkan sedikit pewarna kuning 
3. Panaskan minyak dalam kuali, celupkan inti yang sudah dibentuk tadi ke dalam adunan tepung dan goreng sehingga keemasan.

Wednesday 16 April 2014

PULUT KUNING cepat dimasak sedap dimakan

Assalamualaikum & salam sayang semua….
Terima kasih kepada yg sudi wish & mendoakan sempena 14-4-14. Semoga kalian juga dalam lindungan ALLAH. Amin3x..


Nothing special cuma gedik2 dgn anak beranak 4A+R je. Kebetulan dah lama mommy berniat, kalau Arfa dah khatam Quran mommy nak buat pulut kuning. Sepatutnya last week buat & jamu kawan2 usrah tapi ada perubahan posponed mg ni. Bila dah jadi minggu ni kiranya pulut kuning ni untuk 2 niat la kot; 1st sempena Arfa khatam Quran & 2nd sempena 14-4-14…….


Alhamdulilah, happy sangat harini sebab dah setel niat nak jamu pulut kuning (walau tak buat kat rumah kami sendiri). Yang double happy sebab everything (pulut +matching) turn out very the sedap & yet penyediaannya tidak membebankan mommy yg takde pembantu ni.


Dengan kawan2 lain pun bawa potlucks, the table was full with varieties of foods (cam jamuan raya dah jadinya).

Ok about the Pulut Kuning..Percaya @ tidak it just took less than 10 minutes for me to prepare the 'Pulut Kuning'Same goes to rendang daging power & kari ayam meletup (abaikan nama glamer tu ye. ahaks!!)

Kalau dulu buat pulut kuning, jenuh semalaman kena prepare segala bahan2 tapi dgn cara terbaru ni……..rendam 1/2 jam beras pulut, then masak less than 10 minutes..SIAP !!!!!



Nak tahu rahsia camna boleh buat cepat sgt tu? Ni hah……Periuk Magic Noxxa (Amway product). Heheh!!!sejak ada periuk magic ni hidup mommy lebih terasa bahagia (kuang3x!!!!). Masak apa2 pun relax je leni, dah buat lamb stew, bubur jagung, daging goreng, kari ayam, rebus jagung etc……semua kejap je. Tiada lagi sungutan liatnya daging ni, kerasnya, bla3x dari bos besar (byk songeh bos tu). 


Ok la, mommy bukan nak promote periuk (bkn ahli amway pun tapi beli dgn kawan lama). Kalau ada yg teringin sila la cari ahli Amway ye.


Resepi xyah la share kot sbb senang nooo guna periuk ni. Just masukkan beras pulut yg dah rendam kunyit tu & masak guna high pressure dlm tempoh 5 minit, kedian release pressure & masukkan santan biar dlm mood heat dlm 3 minit. SIAP!!!! (alamak dah tershare juga resepi, heheh).


Yang kari & rendang pun follow steps yg sama tapi kena tumis dulu la mula2 tu. 









Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...