بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Saturday, 26 May 2012

RENDANG KERANG vs PULUT KUNING



Terkejut jugak le tuan punya badan bila tiba2 boleh terjadi ciptaan pulut kuning di malam hari. Hahaha!!!!Citer kejadian Si Rendang Kerang dulu mengambil tempat sebagai juadah berbuka last Thursday. Bila kawan2 matchingnya dah abis (sayur timun duri tu le) mommy dok terfikir2 nak kendeng dgn apa rendang kerang tu. Alang2 beli kerang yg dah siap kopek banyak, so mommy xfikir lain dah masa nak masak tu terus je buat rendang. Bila dah masak, alamak banyaknya. Itu yang tiba2 timbul idea nak buat pulut. Mulanya ingat just nak tanak pulut biasa je tapi alih2 teringin nak test power buat pulut kuning/kunyit. Heheh!!!yelah kalau menjadi pasni Arfa @sapa2 khatam Quran xyah order dgn org, sendiri boleh buat (chewah!!!confident je). 


So, mommy pun mula le process menyediakan kawan baik Si Rendang Kerang tu. Resepi ni mommy ikut style buat pulut kukus biasa cuma masa rendam je lain. Tgk le kat bawah ni. Tak tau le sifu cakap apa, tapi bagi mommy perfecto dah cuma masa ambik gambar ni pagi tadi (makan bt sarapan plak, semalam dah dinner hidangan ni) nampak pulutnya dah mcm kering sikit. Pepepun, rasa masih ok (walau mommy tak panaskan pun) malah elok tak basi lagi sampai le ptg ni. Baru jap tadi makan lagi. Hahaha!!!alang2 tanak pulut, makan le sampai penuh perut.



1. Resepi Rendang Kerang
Bahan2:

1/2kg kerang yg siap dikopek kulitnya 
6 biji bawang merah/sebuku bawang besar (kisar) 
2 biji bawang putih (kisar) 
2 batang serai (kisar) 
1 inci halia (kisar) 
2 inci lengkuas (kisar) 
10 biji cili kering (rendam air panas & kisar lumat) 
2 sudu besar serbuk kurma 
250ml santan pekat 
1 sudu besar kerisik 
1 sudu besar pes asam jawa 
Garam 
Sekeping nise/2 sudu besar gula 
Hirisan daun limau purut/daun kunyit 
Minyak untuk menumis 

Caranya:
1. Mula2 tumis bahan kisar sehingga garing. 
2. Kemudian, masukkan bancuhan serbuk kurma. 
3. Masukkan pula kerang & gaul sebati. Reneh seketika. 
4. Tambahkan santan pekat & sedikit air. 
5. Tambahkan juga jus asam jawa & perasa. 
6. Apabila kuah agak pekat, masukkan hirisan daun limau purut & kerisik. 
7. Gaul sebati & sehingga kuah pekat. 
8. Sedia dihidangkan.














2. Resepi Pulut Kuning
Bahan2:

2 cawan beras pulut (mommy try buat sikit dulu) 
1 sudu kecil serbuk kunyit 
Sekeping asam keping/gelugor 
2 cawan santan pekat (agak2 le masa arung tu) 
1 sudu kecil garam 
Air utk mengukus 

Caranya:
1. Basuh bersih beras pulut & rendam dalam bancuhan air kunyit hingga tenggelam. Masukkan asam keping & biarkan semalaman. 
2. Keesokannya, toskan beras pulut & siram air utk membersihkannya. Toskan semula airnya. 
3. Panaskan periuk pengukus & kukus beras pulut sehingga keluar wap (lebih kurang 10minit dengan api sederhana). 
4. Angkat beras pulut dari periuk pengukus & masukkan ke dalam bekas besar. 
5. Gaulkan beras pulut tadi bersama2 santan (yg telah dicampur garam). Pastikan santan bergaul rata. 
6. Kukus sekali lagi pulut sehingga masak (lebih kurang 15-20minit). 
Biarkan sejuk sebelum dibentuk. 

P/S : kononnye nak deco bt lapis dengan serunding (pernah tgk member yg dah masterchef buat mcm cantik). Huhu!!! mommy buat berlumuih (ckp org kedah)....COMOT!!!!


8 comments:

Bicara Kak Noor said...

sedap tu Ros akak suka pulut dan semuanya tu takyah deco pun dah sedap lah Ros hahaaa

tun_telani said...

salam kak ros ^^ thank you for the tips xkasi pecah tauhu tu =) next time tun akan goreng dulu. sedap nya pulut mkn ngan serunding! tun x mkn kerang, so nk serunding lbh ye ;)

Nieza said...

Assalam kak Ros, menarik tgk rendang kerang dan pulut kuning akak tu..dah la sini kerang fresh susah dapat.sedapnya..lapar lak rasa..hehe

rostina76 said...

insyaallah next time ada rezeki menjadi lg ros bagi akak try, heheh nak tanya sifu masak apa rasanya. skrg ni husb masih OT susah skit nak menyinggah. rasanya after cuti sekolah baru back to normal life .

rostina76 said...

Laa, tun tak makan kerang ke? rugi la kros buat byk2 ni. btw tun nak serunding daging ni tak? sedap fr teganu. last raya deme2 ni puji sedap. kalau blh Tun inbox kros alamat, blh kros pos (dkt je pun, sama2 borneo-serius ni) ....nanti kros add frenz dgn tun accept tau ;)

rostina76 said...

Hehe, nieza buat rendang mussel la kot. sedap gak tu layan dgn pulut kuning ;)

leyzajamil said...

Ya Allah..tahan ker puasa sy hari ni?? godaan sungguh lah!!!

rostina76 said...

Alahai cian Ieyzajamil.....nape singgah rumah kros time pose, kan dah terliur. hehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...