Ini le menú yg mommy sepatutnya buat last sunday tapi cancel sbb merendek (berjalan2) dari pagi til midnite. So, hari Isnin (semalam) terpaksa juga buat sebab bahan2 dah ready (infact nasi impit pun dah siap masak). Tak tahu le @Malaysia famous ke tak sate goreng ni tapi personally mommy baru je tahu & try last year time raya. Masa tu makan kat open house kawan Malaysian, bila rasa "emmph, ok not bad especially utk menjimatkan masa nak bakar2 sate tu". Dari segi rasa, sama je bagi mommy sebab kalau bakar pun kita renjis2 minyak juga kan? Yang bezanya cuma xde lidi sate jelah kot (lagi jimatkan, xyah guna lidi sate....pastu budak2 nak makan pun selamat).
Kawan2 matching ia pun sama gak mesti ada kuah kacang + nasi impit + timun + bawang. Rasanya sate goreng ni boleh jadi juadah istimewa gak la this coming raya.
Bahan2:
- 1 sdb biji ketumbar (kisar)
- 1/2 sdb jintan manis (kisar
- 1/3 sdb jintan putih (kisar)
- 4 btg serai (kisar)
- 2 ulas bwg putih (kisar)
- 3 inci halia (kisar)
- 1 inci kunyit hidup (kisar) *(boleh guna serbuk kunyit kalau xde)
- 1/2 sdb garam
- 1/2 cawan gula
- 1 - 1 1/2 kg daging kambing/lembu/ayam
- Minyak untuk menggoreng
Caranya:
- Gaulkan semua bahan bersama2 daging sekurang2nya 1jam.
- Goreng sehingga garing. Toskan minyak.
- Sedia dihidang bersama2 nasi impit & kuah kacang.
# Untuk resepi kuah kacang, boleh refer SINI
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Selingan ye gambar kat bawah ni. Hanya cadangan untuk u al yg dah siat isi ayam dari tulangnya, maka tulang2 ayam tu jangan la dibuang sebab masih ada isi2 ayam yg melekat pd tulangnya. Boleh la dibuat sup/stok ayam @ tiru macam mommy. Resepi ni sebenarnya dah lama sgt2 tak buat, semenjak mommy umur belasan tahun. Idea ni sebenarnya daripada mok yg pada masa tu masih jadi tokey restoren. Biasanya restoren kan banyak guna isi ayam untuk masak bersama mee, bihun etc, so mmg banyak le tulang2 ayam yg terbuang. Jadi untuk menggelakkan pembaziran salah satunya mok masak tulang2 ayam tu dengan menggunakan perencah segera maggi & tambah sedikit bawang. Serius sedap (emmph! mana tak sedapnya dah semata2 perencah maggi).
14 comments:
Salam Ros. sate goreng resepi dah lama print tp tak terbuat2....nampak sedap mkn dg kuah kacang dan nasi impit..
salam kak ros.. uwahhh!! sedappp!!!! mama tun selalu buat satay goreng.. skrg adik lelaki tun dh besar, satay dia yg incharge membakar. sblm ni time raya mmg wat satay goreng je sbb xde yg nk ngandap bara api bakar satay.
Sng kan! X payah cucuk bakar lg. Cepat siap dan sedap! ;)
Assalam Kak Ros, menarik resepi akak ni...pastu mudah lak tak payah cucuk kan.part yg cucuk tu yg saya malas..sejak dok sini setahun sekali kot saya buat satay...hehe
Salam Ros. Selalu dok mkn sup tulang lembu, bagus juga buat sup tulang ayam lebihan sate tu kan. Sedap nya nampak sate & kuah nya. Along beli je bila anak2 nak makan, dah tak rajin nak buat sendiri mcm dulu.
Ros baru je kenal sate goreng ni kak. masa kat Msia xpernah jmp. hahaha!!!kami semua rajin2 (rajin order & hulur duit)
uwahhhh!!!dah abis. actually satay berlidi tu nak bagi lebih feel je time raya. kalau goreng ni yg penat puak2 pompuan le kot @dapur, atleast kalau yg bercucuk&bakar tu kena libatkan puak2 laki gak bahagian bakar. baru adil kan?
Ye As, kros kalau bab2 yg senang ni mmg suke bebenor. hehe!! janji sodap!
Setahun sekali, semestinya time raya? jimat lidi cucuk le pasni ;)
salam along. pasni along kena tg liana jadi anak dara le baru boleh cucuk2 sate lagi.hero2 ramai tukang bakar tu ;)
satey goreng ???...mmg tak pernah tau n cuba lagilah tak pernah...
hehe!!!kira kros advance le dr Izan ni. sama je rasa cuma instead of bakar, kita goreng ;)
Salam kenal orang brunei...waa terliur Nekcik tngok kuah kacang tu..mmg peberet Nekcik...
salam kenal juga Nekcik...tima kasih la sudi singgah brunei jenguk ros ni. Hehe!!!mmg haru betul tgk kuah kacang tu kalau bukan time raya ye. bikin air liur org meleleh. maafla Nekcik ye. hehe!!
Post a Comment