بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Friday, 4 May 2012

Cucur Badak & Keria


Harini mommy tayang kuih muih tradisional yg cukup terkenal di kalangan bukan saja org2 melayu tapi satu Malaysia rasanya sebab mmg senang sangat2 jumpa kat gerai2 jual kuih ni. Semua tahukan kuih cucur badak? Actually beli ubi keledek ni niat asalnya nak buat kuih keria sebab masa mommy buat kuih donut aritu daddy terkenang kat kuih keria arwah mak tok. 
So, mommy nak buat le walau pada hakikatnya mommy xsuka kuih keria ni sebab belengas & manis melenting (kata org kelate). So, mula2 tu mommy buat la kuih keria pastu bila dah siap..... huhu, xlaku sangat sebab manis. Last2 mommy transform jadi cucur badak. Cucur badak ni plak mommy sorang je suka, daddy pun kurenggg. 3A apatah lagi sebab intinya pedas. Emmph!!! xpela, mommy jelah yg kenyang & gemuk nanti. Kik3x....mommy jot down jugakla resepinya untuk rujukan kot2 nak buat in the future.





Bahan-bahan ( 28-30 biji sedang kecil ) 

utk kulit 
2 biji keledek saiz besar 
1 cawan tepung gandum 
Garam 

utk inti 
1/2 biji kelapa parut 
1 cawan udang kering 
2 biji bawang besar 
5 batang serai 
1 sudu kecil kunyit serbuk 
5 tangkai cili kering (ikut kepedasan masing2) 
1 sudu besar minyak masak 
Garam dan gula
Sedikit air jika perlu



Caranya:
1. Kulit
1. Mula2 kupas keledek & rebus sehingga empuk. Taburkan sedikit garam semasa merebus. 
2. Apabila dah empuk, angkat & toskan. 
3. Lenyek ubi keledek sehingga lumat. 
4. Campurkan tepung gandum & uli sehingga sebati. 
5. Leperkan adunan & masukkan inti ke dalamnya. Tutup semula & bulatkan. 
6. Ulang 1-5 sehingga adunan habis. 
7. Panaskan minyak & goreng sehingga garing. 
8. Toskan minyak & sedia dihidang.

2. Inti
1. Kisar lumat serai, bawang, cili kering & udang kering.
2. Tumis bahan2 kisar sehingga garing.
3. Masukkan kelapa parut & kunyit serbuk.
4. Semasa menggaul, masukkan sedikit air & sebatikan bahan2.
5. Masak sehingga kelapa parut kering, perisakan garam & gula.
6. Siap



Untuk kuih keria pula


Guna bahan & adunan yang sama. 
1. Uli memanjang adunan & cantumkan kedua2 hujung menjadi bentuk gelung. Rapikan. 
2. Setelah selesai membentuk gelung, goreng dalam minyak panas sehingga garing. 
3. Toskan minyak. 
4. Dalam kuali yg lain, masukkan 3 sudu besar gula & 1 sudu besar air. Panaskan atas api perlahan. 
5. Kacau campuran gula tadi sehingga mendidih. 
6. Masukkan kuih keria dalam campuran gula yg sedang mendidih. 
7. Gaul rata & angkat kuih keria yang telah disalut gula. 
8. Sedia dihidang. 









10 comments:

Qasey Honey said...

rajinnye...dua2 kuih tu kita suka...

ijayuji said...

Salam kak! kuih kegemaran kita :D 2 2 tu pun mmg kita suke kalau buat ni satu adunan tp bahagikan 2 sbb leh jadi 2 jenis, kalau cukup leh jadikan 3 jenis buat cek mek molek ehehe...

Bicara Kak Noor said...

salam Ros,kalau tkde orang makan anto je kat umah akak kat sini pun akak sorang je yg makan kalau kuih gini,tulah akak jarang buat sekadar nak makan sendiri tu tahan saja lah tapi kalau ada yg nak sedekah boleh gak hahaha

tun_telani said...

tun x suka cucur badak.. tp xtahan tgk keria tu.. sedapnyerr!!

Mamasya said...

Salam Ros.ingat dulu2 kalau nak mkn kuih keria....ketuk2 dulu gulanya sbb tak suka manis. anak2 pula suka kuih keria. tp kuih cucur badak anak2 akakpun tak suka sbb mrk tak suka inti kelapa...

rostina76 said...

bila teringin @ memenuhi keinginan tersayang mmg jadi rajin :D

rostina76 said...

salam ika....kalau cek mek molek mmg favorite kros. selalu dok buat pun cek mek molek je, arini terajin plak ;)

rostina76 said...

salam knoor...mmg ingat nak menyingah jugak rumah akak tp leni husb g awal keje. so, ros rushing htr dia dlu pastu trus htr bdk2 sek. insyaallah very2 soon nak g rembat daun pisang. BLH KA?

rostina76 said...

Hehe!!!taste masing2 kan. btw keria sira gula tu kami xlayan sgt tapi bila tukar teknik skit gaul dgn icing sugar ala2 donut baru laku (bila dah abis, husb tanya lg "dah abis ke keria smlm?".....hehe pasni kena guna teknik mcm donut baru jln

rostina76 said...

salam mamasya...hehe, samale dgn ros kak. ketuk2, pastu kopek2 gula tu baru ngap

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...