بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Tuesday, 1 May 2012

Homemade Tofufah



Adehhh!!!semalam xsempat nak masukkan N3 best ni. Hehe!!!busy ke hulu ke hilir cari bank. Malam plak melepek kepenatan. Harini dah masuk bulan baru ye, seronok u all @Malaysia cuti 'Labour Day' tapi kami @Brunei xde celebrate. Hari2 jadi buruh!!!!

2, 3 harini org dok kecoh pasal BERSIH 3.0 kan.....Ya ALLAH naik muak & jelak rasanya bila bukak FB mcm2 sumpah seranah & tuduh menuduh oleh mereka2 yg fanatik & tak tahu bersyukur ni. Minta maafle, mommy sebenarnya malas nak ambil pot & tidak menyokong mana2 pihak sbb mmg dah SAH WAJIB kalau namanya manusia xde sapa yg perfect pun tapi kalau dah hari2 kena tempias air liur deme2 yg pung pang, berdentum dentam rasa geram jugak kadang2 tu. Pastu bila g amik budak2 @sekolah ada local Bruneian yg tanya perkembangan org2 'KUNING'.....eeishh!!!jauh di sudut hati mmg takut melihat keganasan yg terjadi & berdoa "Ya ALLAH, lindungilah negara tanah tumpah darahku MALAYSIA tercinta dr sebarang mala bencana, kerosakan & kebinasaan. Berikan la kami petunjuk yang benar, Amin3x..." Takut memikirkan kalau dah puak2 yg suka cari gaduh ni berleluasan, manakan ada lagi keamanan. Lihat saja la SYRIA & MESIR...

Weh, melalut pasal BERSIH 3.0 plak...ni yg maleh ni. Virus dalam FB la ni, dah kena jangkitan kuning. Huhu!!!berbalik cerita masak2 mommy, wewewewe!!!!seronot La!La!La! sebab dah terer buat tofufah sendiri. Hasil blogwalking aritu terjumpa blog 'Nasi Lemak Lover'. byk le masakan2 Chinese yg berkenan di hati dalam blog dia tapi yg paling melekat ni haa resepi buat Tofufah sendiri. Easy peasy beb!!!tak ku sangka berjaya membuatnya. Hehe!!!seingat mommy, dulu2 org pernah cakap susah nak buat tofufah ni sebab kena guna satu bahan special (lupa dah namanya). Tapi seriously, resepi yg mommy nak share ni senang giler & xpakai banyak bahan pun. Hehe!!!!2 bahan je. Tak percaya? Haaa, tgk kat bawah ni. Nak lagi percaya, u al buat sendiri & makan sendiri. Ya ALLAH, mmg segerrrr!!!

Terliur tak korang tgk. Baru keluar peti ais ni. Sluurrp!!!


(adapted from myme, original recipe from lee wan theng )
Mommy adjust the amount based on the soya milk content.



Bahan2: 
1 sudu kecil serbuk agar2 (yg colorless ye) 
1000ml susu soya segar (pure- kalau boleh buat sendiri lagi best susu soya ni)





Caranya:

1. Asingkan susu soya kepada 2 bahagian (500ml setiap satu). 
2. Masukkan bahagian 1 (500ml) ke dalam periuk & didihkan di atas api yg perlahan. 
3. Larutkan serbuk agar2 dalam bahagian 2 (500ml) & kacau sehingga sekata. 
4. Apabila susu soya (bahagian 1) telah panas, masukkan bahagian susu soya no 2 (yg dicampur agar2) ke dalam periuk. Kacau rata.
5. Sentiasa mengacau bagi mengelakkan ia berketul (kacau dgn api perlahan lebih kurang 8 minit). Tutupkan api apabila anda melihat buih2 kecil timbul dipermukaan (jgn biar mendidih terlalu lama ye). 
6. Curahkan susu soya panas tadi ke dalam bekas. 
7. Buang buih2 kecil di permukaan sudu (guna sudu kecil). 
8. Biarkan sejuk selama 15 minit. 
9. Selepas susu soya agak sejuk, 'skim off' (kikis buang) permukaan nipis/kerak di permukaan. 
10. Akhir sekali simpan di dalam peti sejuk sekurang2nya 4 jam. 
Sedap dinikmati bersama air manisan/air gula pandan etc. 

Panaskan atas api perlahan.
Sejukkan (nampak ada lapisan kerak di atas permukaan).
Buang buih & kerak.
Kita akan dapat susu soya yg putih bersih.

8 comments:

MOH KEMBARA said...

Salam Yong,
Tima kasih share resepi.
Akak ada bawak ready to cook pudding Turki, senang kan.
Ni pun kira senang, dah ada susu kacang soya, tak payah buat!

tun_telani said...

sedapnyer tofu fa.. ni dessert feveret mama tun. kalau bulan puasa tu, kalau tiba2 tersinggah pasar ramadhan tu, ni je laa yg dibeli. aritu tun wat versi extra pemalas resepi love, just guna tauhu lembut. haha..

Bicara Kak Noor said...

salam Ros, sedap nya nampak tu,tapi budak2 ni tak reti nak makan lah termasuk lah emak budak pun rajin nye kan Ros buat..

rostina76 said...

welcome kak ;)

rostina76 said...

wah tun, yg tu lg le senang. bahan2 nya $ je la.hehe

rostina76 said...

saya mmg suka kak tofufah ni. pastu resepi ni senang sesangat ;)

Ayu said...

Assalam Rostina,
cantik gambar dan pasti sedap ni..akak tengok rasa macam nak ambil segelas nak rasa..so far tak pernah lagi buat taufufa..rajin rostina membuatnya..

rostina76 said...

Assalam k.Ayu....hehe!!!saje test skill sbb tgk bahan2 ada. Lagipun kat sini xde yg betul2 fresh mcm kat pasar malam jual. Tiba2 dtg mood nak makan bila tgk @blog nasi lemak lover tu.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...