بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Wednesday, 30 May 2012

NEW KITCHEN SET

Stove purple siap dgn kelengkapan memasak termasuk glove. Yang bestnya, semuanya macam peralatan memasak yg real. Tutup periuk tu mmg dari kaca betul & senduk/sudip tu semua stainless steel.
Harini mommy nak bwk melawat ke dapur baru mommy anak dara mommy. Hai bertuah betul la rasanya diri mommy ni dapat 2 anak dara yg bukan saja comel tapi rajin la sesangat. Kalau sebelum ni dorg suka le sangat kacau mommy @dapur mommy, tapi pasni kurang le kot since mommy dah tolong belikan kelengkapan memasak mereka. For info, 2 anak dara mommy ni mmg hobi bukak youtube cari video pasal budak2 masak (dorg search sendiri, heran pun ada gak mommy mcm dorg blh jmp). Mungkin abg Arfa yg tolong kot. Bila dorg tengok tu, sibuk le suruh mommy tgk sama & siap suruh beli set2 masak mcm dlm video tu. Huhuhu!!!nak pengsan tgk kelengkapan set masak2 mainan anak2 org putih tu. Adoiii, yg tak laratnya Ahdia. Bila dia suruh beli tu iakan aja kalau tak mmg cair le memujuk. Bila kita cakap A, dia jawab B. Bila kita cakap B, dia jawab C. Last2 kena cakap mcm ni "Ok, kalau mommy dah banyak duit & mommy jumpa kat mana dia jual mommy beli". Baru dia release kita.
Idea kreatif sapa le ni siap masukkan stove tu dalam kabinet. Hehe!!ni mesti sebab tgk kat dapur mommy semua dalam kabinet kot.

Sebenarnya stove purple ni mommy beli @Parkson, Miri last Sunday. Takde plan nak beli mainan pun tapi masa dok mencari barang2 baby utk hadiah kawan yg baru bersalin, alih2 ternampak set stove ni. Huhu!!2 org tu xnampak pun, mommy je excited nak beli. Bukan apa tapi sebab susah nak dapat yg jenis material kayu & stainless steel mcm ni (tahan lasak sikit blh pakai lama) lagipun harganya pun reasonable (RM70, kalau convert duit Brunei dalam BND29). Kat Brunei barang2 mainan yang kira elok sikit harganya mahal sangat. Baik terus beli @Toys 'R' Us. So, mommy invest le kat situ dgn harapan pasni xde le nak kacau mommy @dapur mommy lagi. Tapi serious, mommy pun seronot tgk stove tu rasa mcm nak dapur color purple le gak. Hahaha!!!
Ni yang dapur induction tu. Cantik gak tapi plastik le. Yang bestnya sensor tgh2 circle tu blh berbunyi & menyala.
Sebelum mommy beli stove purple tu, mommy dah beli dapur utk 2 org ni tapi dapur plastik. Yang tu pun best sebab dapur induction (huh!!!mommy pun xdak). Bila dorg letak periuk/something atas surface tu, nanti kuar bunyi macam org tgh masak & at the same time kuar lampu (ala2 haba le tu). Yang tu mommy beli sini je, tak ingat dah berapa rege.
Mixer & blender yg boleh spin. Dalam blender tu ada kertas gambar buah-buahan & dalam bowl mixer tu ada gambar telur. Hehe, so cute!!
Yang ni plak the latest items mommy beli last Monday (sehari lps beli stove). Aduhai, masa dok window shopping tu terpandang plak 2 benda alah ni. Ya ALLAH!!!terbang lagi cash mommy. 2 benda ni le Ahdia sungguh2 mitak mommy beli lps dia tgk anak mat salleh tu tgh buat kek guna mixer yg boleh spin betul2. Haru btul, nasib baik jmp yg ni. 2 benda tu mmg boleh spin macam yg real cuma xleh le letak tepung btul (yg dlm video mainan tu mmg yg jenis blh letak tepung btul. Cuma sizenya kecik utk bdk2 main). Set ni mommy beli murah je BND 11.50 (convert RM28) pastu siap ada pinggan mangkuk plastik bagai.
Bahan2 untuk masak. Uish, ada ketam!!!favourite mommy ni dik.

Bila mommy dah beli semua ni kan, harapan mommy pasni xde la kacau2 mommy lagi kan TAPI dari dulu sampai le saat ini mommy le jadi pelakon utama nak2 arahan si Ahdia. Huhu!!!nak tau mommy jadi apa? PELANGGAN RESTORAN. Bila dia dok mengadap barang2 mainan dia tu, japgi datang le bawak kononnya pen & buku catit nak ambil order. Pastu "awak nak makan apa?"..........huhu!!!layan jelah.
Kotak poslaju mommy gak dorg angkut buat kitchen kabinet.
Okay, abis dah lawatan ke dapur Anis & Ahdia. Next time mommy bawak jalan2 ke kedai runcit & restoran Ahdia plak ye. Sedia la duit banyak2 ye untuk shopping @ kedai Ahdia nanti ;)






16 comments:

tun_telani said...

LOL.. gmbr 1st tu mati2 tun ingat real punya stove ^^ hihi... akak selalu shopping kt miri ke? tun penah duk miri 4bulan b4 dtg bintulu, mmg wiken penuh kereta plat brunei.. kalau kebetulan tun gi miri jugak blh laga2 pipi =)

Bicara Kak Noor said...

yalah macam real punya stove tu tengok dlm gambar rupanya yg utk dapur yg tak berasap adoiiii,sebenarnya akak dah lama tk gi miri bertahun jugak hahaa nama je duk brunei sbb bos akak ni bukan kaki jalan dia suka shoping kt brunei yg aman damai ni katanya miri sesak lah,banyak pencuri lah haha adoiii kalau ikut hati nak jugak jenjalan tapiiii mmmmm sabo je lah Ros..

dekdaa said...

Aiseh ingatkan set dapur baru yg real... rupa2nya mainan hehe.
Tertipu saya :P

Ala kak, budak2 zaman sekarang ni bijak lah.
Tak mustahil dorg buleh search snd kat youtube ;-)

~~zana@pb~~ said...

Lepas ni confirm anak2 mommy pandai masak. Ada hati nak buka restoran kot?

rostina76 said...

hehe, mcm real kan? nak kata selalu shopping @miri xde la jugak tapi boleh tahan kerap gak kot. paling2 2,3 bulan sekali turun. next time kita roger & out le tun blh laga2 pipi ;)

rostina76 said...

bertahun kak x g miri?????husih dasyat setia akak dgn Brunei Tercinta ye? mmg, ros pun personally mmg rasa 'sasak' kalau smp miri (xsedor diri btui, padahal Miri tu, Malaysia tumpah darahku juge) tapi jadi terbalik kot. Bila masuk je sempadan sg tujuh rasa huish lega, aman & nyaman....Tapi itule kak, kami ni menumpang je @negara org yg aman damai lain la dgn knoor. Kena selalu ingatkan diri sendiri busuk2 pun Malaysia tu le tmp asal kami. Mmg sedih & perit nak terima hakikat Malaysia mmg xselamat seperti Brunei :(

rostina76 said...

Aiseh!!!!!tipah tertipu ye.hehe!!
Bijak2 budak skrg ni dekdaa, mak pak kena monitor jugak (bahaya search youtube tu) Kros mmg takut sesangat dorg ni terjmp benda2 merapu

rostina76 said...

Harapan mommy ni gitu le aunty zana.......hehe, darah mok mengalir dlm bdn Ahdia ni jadi tokey restoran gamaknya

mrs plain-june said...

wah! ahdia boleh team up dgn muaz lah.. bukak restoran. hehe.. dari kecik muaz suka main barang dapur.. suka mop lantai, lap meja.. skrg ni musim ambik oder pulak. sampai taktau nk oder apa dah :p

rostina76 said...

muahaha!!!mmg blh dah ni signing ceremony jadi bz partner bukak restoran...muaz mop lantai, lap meja & amik order. pastu ahdia masak2 ;) ingat zaman kecik2 dulu

Asmara said...

fuh ingat betul2 yg first tu. cantik sgt! untung la anak dara mommy tu. hihi.. lepas ni jgn kacau mummy kat dapo tau. hehe..

Lady Lavender said...

alahaii...comeyyy sungguh kitchen set anak dara mommy. Dah besar mesti pandai masak cam mommy dorang jugak :-)

rostina76 said...

As nak tau smlm kros buat triffle, dorg p kaup custard balance tu msk dalam mixer dorg.hahaha!!!suke hati le bebudak oiii

rostina76 said...

aminnnn la aunty lady lavender. pandai satu hal, rajin mesti ada. huhu!!!mommy dorg ni dah nak abis 30-an baru rajin

Marya Yusof said...

Kak,

Marya ingat yg first tu gambar betul! Serious sgt sgt real!! Teruja jgk ni, nasib baik anak lelaki...hehee :)))

Anak perempuan mmg boleh jd kwn kita kan kak :))

rostina76 said...

hehe!!!sorang lagi aunty tipah tertipu. mmg real itu yg kros beria2 nak beli. btw sama je kot dua2 boy@girl blh jadi bestfrenz kita cuma bak2 ke dapur ni lagi laju yg gegirl la. insyaallah, tak lama lg iman dpt adik gegirl plak (made in Peru, glamer tu)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...