بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Friday, 1 June 2012

Ketam Masak Lemak Daun Kaduk




Masihkah ingat cerita mangsa rayap tempohari? Hehe, kalau tak ingat boleh flash back kat SINI. Memandangkan ketam mmg favourite kami & rasanya banyak dah juga mommy try resepi2 menggunakan ketam so dah tak tau nak masak style apa this time. Yang mommy pasti kalau masak lemak mmg selalu sangat buat & budak2 pun mmg suka kuahnya. Plannya kalau boleh nak masak lemak letak nenas tapi daddy xsuka nenas. Last2 dapat idea nak come out dengan resepi ni. Masih masak lemak tapi bezanya mommy campur dengan daun kaduk ala2 masak lemak siput sedut. Mommy tak pasti tempat lain ada ke tidak tapi @my hometown, Besut, Terengganu mmg famous masak lemak campur daun kaduk ni. Kadang2 cik ngah (ma K.Uni) ada juga masak lemak daging style ni, SEDAPPP!!


So, with no doubt mommy bereksperimen semalam untuk served for dinner kami sekeluarga. Berdebar2 juga takut daddy xsuka & komen masak apa ni? biasale daddy tu kalau benda yg dia tak pernah jumpa, mesti query lebih sikit. Bila masak, baunya aja dah menyelerakan & mmg sebijik bau masak lemak siput sedut. Emmmpp!!!xsabar nak try. Hehe, time makan tu mommy tak tanya tak apa just perhati je feedback daddy makan. Alhamdulilah!!!PASS with flying colors. Lama tu dia dok godek2 ketam tu. Maknanya mmg berjaya le eskperimen mommy kali ni.





Mommy jot down resepi ni supaya mommy boleh repeat next time & untuk sesiapa yg nak cuba.
Adaptasi: Resepi gulai lemak kunyit kuah/lengkuas mok & gulai lemak siput sedut daun kaduk


Bahan2:

5 ekor ketam (basuh bersih) 
500ml santan 
1 inci kunyit hidup (boleh je pakai kunyit serbuk) 
2 inci lengkuas 
8 biji bawang merah 
2 biji cili merah 
5-6 helai daun kaduk 
Garam 
Air


Caranya:

1. Kisar bawang merah, lengkuas & kunyit sehingga lumat. 
2. Masukkan santan ke dalam periuk & campurkan bahan2 kisar. 
3. Didihkan kuah sebentar & sentiasa kacau agar tidak berketul. 
4. Masukkan ketam & masak sehingga bertukar warna. 
5. Tambahkan bahan perisa & garam. Jika kuah terlalu pekat, boleh tambah sedikit air. 
6. Akhir sekali, masukkan daun kaduk & cili merah. 
7. Renehkan kuah sebentar. 
8. Sedia dihidangkan. 

p/s: kalau yang suka pedas macam ala2 masak lemak cili api nogori tu boleh je blendkan sekali dalam 10 biji cili padi bersama bahan2 kisar yang lain ;)

24 comments:

Asmara said...

nmpk sedap! daun kaduk xdok. ganti daun kunyit boleh? hehe.. pepandai nak ubah resepi kan. ;D

Lady Lavender said...

menggodanyaaa...tengok ketam tu. Saya kalau masak ketam anak-anak tak pandang. makan berdua ajelah jawabnya :-)

rostina76 said...

hahaha!!!suke ati je As. kita yg nak makan kan :P

rostina76 said...

ohw yeke. kami yg paling hantu ketam tu hah k.Anis.....mommy jadi tukang kopek

Ayu said...

Assalam Ros, waduhhhhh waduh..sedapnya lauk ketam ros niii..
tengok warnanya aje air liur dah penuh dalam mulut dah..
akak suka makan ketam, tak kiralah masak apa...
comelnya set dapur kat bawah tu..hehe

Qasey Honey said...

sedapnye lauk ketam tu...QH pon hantu ketam jugak..bab kopeknye aje yg mls..hihi...

tun_telani said...

Salam kak ros... uwaaaaaaaaaaaaaaaa!!!!!!!!!!!! sedappp!!!!!!!!!!!!!! tun mmg stress bila nengok ketam, sbb suka betul makan ketam. tp tun allergic teruk, mmg cari nahas la kalau curi2 makan ketam. uhuk uhuk..

rostina76 said...

Assalam k.Ayu....mmg pakai kunyit hidup, blend sampai kuning blender.hehe!!!memancor2 kuningnya.

rostina76 said...

maile mommy tolong kopekkan

rostina76 said...

uhuk!!!xdapet nak nolong :P

Marya Yusof said...

As salam K. Ros,

Masak Lomak Kotam! Sodap eh... Kalau sy mmg suka pedas2.. Org Nogori lah katakan...hik3 ;)))

Kat sini ketam xleh makan sb xpernah lg jumpa ketam biasa tu, yg ada ketam batu... :(

Tak sangka daun kaduk boleh mkn, biasa tau buat ubat sapu2 je...hehehe... Nnt klau balik Msia bolehlah try resepi ni...insya'ALLAH...

Kejap kak, daun kaduk tu mcm daun sirih rupanya kan? ;))) Takut silap daun lak :)

rostina76 said...

As salam marya....smp gak ye org peru ke brunei. welcome to brunei!!! kros mmg dari @universiti smp le ke kerja (b4 kawin) mmg satu rumah dgn org nogori. kalau turn depa je masak confirm masak lomak cili api. uish den xtahan bilo dio bwk cili burung dr kg. berdesing telingo den.
btw iyo, daun kaduk yg mcm daun sireh tu haa. hehe, kami mmg makan daun kaduk ni. selain masak, buat ulam jugak daun kaduk ni. sodap!!!!

Norzie hany said...

Salam kenal dan 1st time singgah sini.
Belum pernah masak ketam isi daun kaduk...nampak menyelerakan.

Sonia ~ Nasi Lemak Lover said...

Dear Rostina, Thanks for stopping by. I never know daun kaduk can be added into dish, i once used it in otak-otak..Next time i know what to do. Thanks for sharing, your lemak crab sound so sedap!

rostina76 said...

salam kenal juga Norzie hany...tg singgah brunei & kawan dgn kros ye.

rostina76 said...

hi Sonia....hehe, a lots to explore in cooking right? btw daun kaduk is quite famous for us in east coast area as well as for thai, i guess (my mum has relatives from thailand, they use to eat daun kaduk fresh just like ulam)

Suriyana S Aflazal said...

salam ros...salam from me Kak Pah la...tu la..kat sini lagi haru nak masak melayu...berdondang sayang selalu...nanti i jengok2 selalu rumah you ni hehehe...bukan pandai pun masak...ada info kita guna...

rostina76 said...

salam k.pah sudi jenguk adinda ros. hehe, silakan kpah jenguk hari2 pun xpa. hilang skit boring @tmp org kan ;)

~~zana@pb~~ said...

Kak pb tak pernah mkn daun kadok, jarang nmpk pun....rasa mcm sedap masak dgn ketam kan?

mama sara nur said...

assalam Ros
ketam yg mengiurkan he he pantang jumpa ketam ni mesti xlepas peluang makan
he he
daun kaduk memang keliling rumah je di kampung tu,mak akak suker wat ulam je tak penah masak lemak tp mesti sedapkan

rostina76 said...

Kalau akak tanya Ros mmg sedap sbb ala2 gulai lemak siput sedut @kg.....Daun kaduk ni pun baru je jmp @sini hasil pemberian knoor.

rostina76 said...

as salam....mesti awet muda mak akak kan? btw ros lagi junir ekk? nampak mama sara nur lagi muda (ni mesti sbb awet muda gak ni).hehe

Suriyana S Aflazal said...

hehehe...tu ler....hari ni ada entry baru..ntah2 apa buat padprik lak...dah la sotong mahal gila sini...sebelah brunei sotong mahal ke murah?dekat2 dgn sabah tu mesti murah....

Anonymous said...

ketam tu klau nk gantikn ngan kerang pun bleh kn?? daun kaduk tu kte amik pucuk ke atau daun nyer??

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...