بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Monday, 4 June 2012

4A+R masuk TV

Pagi ni sebagai mukaddimah mg baru dalam bulan Jun, mommy nak story dulu pasal 4A+R masuk TV baru2 ni. Alaaa, glamer skit ja, jgn jeles ye. Hehe, org tak biasa kena interview masuk TV maunya jakun walau siaran RTB (boring sebenarnya siaran dorg ni, x happening mcm TV kita @Malaysia). Honestly kami mmg tak pernah tengok pun rancangan2 dalam RTB kecuali masa nak tgk perarakan Hari Kemerdekaan dorg last February (itu pun kejap je buka untuk pujuk Arfa). Tapi sebab muka nak kuar TV punya pasal sanggup layan seharian mengadap RTB(dah tak tau susunan rancangannya mcm kan, so kena le mengadap tunggu bila nak ada siaran Berita). Yang syahdunya (ini daddy le punya pasal -Arfa marah) sepatutnya berita perdana (pukul 8 malam) hari yang sama acara dijalankan tu yg tersiar muka kami dalam TV. Malangnya hari tu kami g merendek2 ke Miri (dari pagi ke midnite), so terlepas le nak tgk muka kami kuar TV.
Keesokan harinya, Isnin 28/5/2012 balik aja dari hantar daddy & budak2, mommy terus tukar channel dr Astro ke RTB1. Chewah siap mengadap nak tengok...........huhu!!!alih2 bila berita pendek(ala2 berita terkini kita tu kot) tengah on & kuar berita pasal acara Hari Keluarga Kebangsaan peringkat Mukim Telisai, mommy tak perasan (baru kuar toilet,hehe). Terdengar macam suara sendiri kat TV terus terkocoh2 ambik hp baru terkial2 nak rekod. Hahaha, hampeh!!!!!!Pepepun dapat le jugak rakam sikit nampak muka kami. Menurut ustazah yg mengajar mengaji tu biasanya ada rancangan khas 'Rampai Sari' akan keluar lagi fokus tentang keseluruhan acara (tapi tak tau le bilanya tu & ada ke tidak).
Mommy gelak apatah tu. Tengok org main kot.
Mommy just share gambar2 & jot down sikit sebagai kenangan anak cucu nanti especially Arfa yang excited je muka dia masuk TV (dia g sekolah hari Isnin tu glamer kawan2 ckp nampak muka dia, cuma dia frust sikit sebab ada interview yang dia sorang bercakap xde kuar).Fyi,acara Hari Keluarga Kebangsaan ni dorg baru je launch tahun ni & bakal menjadi acara tahunan di Brunei. Tujuannya untuk memupuk semangat kasih sayang & kemesraan di kalangan ahli keluarga. Acara yang di adakan di Telisai ni menggabungkan 3 kampung iaitu Kg Telisai, Kg Danau & Kg Bukit Beruang. Antara acara2 yang diadakan antaranya perasmiaan oleh Pegawai Daerah, senamrobik, gerai jualan, pameran, pertunjukan & permainan. Overall bagi kami biasa je pun acaranya ala2 sukaneka/hari keluarga tempat kita gak tapi kemeriahan tu ada la sebab melibatkan 3 kampung. Respect juga dgn AJK yang terlibat sebab melibatkan banyak kampung & untuk pengetahuan u all kebanyakkan AJK ni semua yg dah senior (umur lebih 40-an termasuk ustazah yang ajar kami mengaji).
Arfa main kerusi berirama. Dia nak main tarik tali tapi terlepas (kami terlambat sampai
Tak sempat abis, KALAH!!!
Ni suasana dalam gerai Kg Danau. Ada pelakon utama lagi.
Makcik2 ni tengah tunjuk cara2 org Brunei buat Kelupis.
Huyoo!!!Hero tgh kukur kelapa (huh!!!xpernah pun tolong heroin @dapur).
Nampak bebenor tak mahir, pakcik tu kena 2,3 kali tunjuk cara.
Itu jelah gambar2 yang sempat kami snap. Kami pun xde tunggu sampai acara habis sebab bergegas ke Seria untuk daftarkan Arfa ke 'Creepy Crawlies Camp' during school holiday ni.
Last but not least, jeng2 sedikit sedutan (yang tersedut2) semasa sesi temuramah tu. Sorry la kalau tak clear sbb record pakai iphone (xterpikir nak standby camera awal2).

6 comments:

Asmara said...

ala kak, video private pulak. x dapat nak tengok. ngee..
seronok nmpk acara mcm ni kan! kuih kelupis tu saya tau, mak saya kan org brunei. hehe..

rostina76 said...

eh, dlm blog pun xleh tgk ke? alahai malu le nak set public @youtube (hehe, ingat bila trf @blog kwn2 blh tgk).....sat nak adjust (tapi kejap je pun). le, mak As org brunei ke?????? no wonder as pun putih melepak gebus gebas ala2 org brunei. hehe!!!

Unknown said...

salam Ros, amboi glemer nya U ya, patut lah hari tu akak tengok muka macam Ros je kt dlam tv biasa lah tv Brunei buka utk tengok azan jes ssshsh kang marah Brunei kan,rupanya tak silap lah mata akak ni tpi kejab je lain kali miss call baru dpt mengadap tv Brunei betul2

rostina76 said...

salam knoor. hahaha!!!glamer xpadan. nasib masuk RTB knoor, kurang skit gossip. btw bagus jugak sopan2 gitu RTB xde la sangat maksiatnya. dah kutuk2, tip up plak bagi balance, kik3x......

Mamasya said...

Salam Ros.kenangan manis ni dpt muncul RTB.biasanya kalau ada acara mmg program berkenaan akan masuk tv sbb tak byk berita utama.masa kat sana dulupun jrg tengok RTB...siaran tv Msia juga ditonton.

rostina76 said...

Salam mamasya...itule yg rakam gak walau sesaat nak simpan kenangan. Rasa Ros kalau xde blog ni mmg xde nak record2 bagai. Banyak kenangan sebelum2 ni pun terlepas hilang kalau x record. Atleast buat tatapan di masa depan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...