بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Saturday, 9 June 2012

APAM OREO 100+


Assalamualaikum
Dek kerana terliur & tertarik dengan nama apam yang QH buat last week maka mommy tanpa teragak2 lagi bereksperimen dengan satu lagi resepi apam. Mommy suka buat apam sebab 4A suka makan especially daddy. Lagi satu senang nak ngap, ambil satu terus masuk mulut. Tambahan pulak, apam ni kurang muak sebab kita stim compare tu cake@muffin (pendapat & selera kami le). Dah lama jugak tak masukkan entry apam sampai le tgk QH buat.
Walau rupenya tak cantik tetapi rasanya sedap.
Sebelum tu, kalau Kak Wan & QH tengok N3 mommy ni. Mommy minta maaf ye sebab sekali lagi tukar nama. Bukan suka2 hati nak tukar nama u all tapi sebab 4A+R mmg tak suka air bikarbonat kecuali 100plus. Serius, mommy mmg dari dulu tak suka & rasanya daddy pun (kalau tak mesti dia dah simpan stok @rumah). So, bila kami produced 3A ni mmg dari azali dah tekankan yang air bikarbonat ni cukup2 tak bagus. Ditambah pulak dengan effect mok kena kencing manis yang mmg diakui oleh mok sendiri yang dia banyak minum air coke masa zaman2 dia jadi tokey restoran dulu. Alhamdulilah, 3A mmg tak minat nak mitak2 beli air bikarbonat kecuali kalau terpaksa makan @pizza hut (itu pun mmg separuh gelas je dorg minum). Kalau makan @McD/KFC mmg  tukar air ambil juice. Macam mana boleh accept air 100plus pulak sebab ceritanya zaman2 Arfa kecik lagi dia kerap kena cirit birit & ada org suggest bagi minum air 100plus (sikit la masa tu dia kecik lagi)bagi menggantikan garam mineral dalam badan yang hilang. Sampai le ke zaman sekarang ni, mommy cuma akan beli air 100plus kalau teringin nak minum yang bergas. Kalau rasa badan seram sejuk nak demam pun minum air 100plus dulu. Tak okey gak baru telan pil.
Gitule citernya napa mommy tukar nama & bahan untuk buat apam ni.Pepepun, tujuan guna air bikarbonat ni nak bagi lagi gebu apam kita pun. Lebih kurang kita guna Eno le functionnya.
Ada 2 version, 1st & 2nd batch kukus dapat ala2 apam mekar tapi last batch kukus dah tak crack (mungkin mommy dah reduce api perlahan).
Resepi asal: Apam Coca Cola
Ceduk dari : Qaseh Honey (Apam Sprite Oreo) 

Bahan2
  • 200gm tepung gandum
  • 1/2 sudu teh baking powder 
  • 25gm susu tepung (mommy tak letak, lupa)
  • 50gm serbuk oreo
  • 2 biji telur A
  • 2 sudu kecil ovalette
  • 150gm gula pasir (mommy rasa terlalu manis, so next time reduce to 100gm will do)
  • 50gm gula perang
  • 1/4 sudu teh garam
  • 225ml coca cola (mommy tukar 100Plus)

Caranya
  1. Pukul telur, gula pasir, gula perang, garam hingga rata. Masukkan 1 sudu besar tepung dan ovalette dan pukul dengan kelajuan tinggi hingga putih dan pekat.
  2. Tukar pada kelajuan perlahan, masukkan tepung selebihnya yang di ayak bersama baking powder sedikit demi sedikit berselang seli dengan air 100+ dan putar hingga bergaul rata.
  3. Masukkan serbuk oreo dan kaupbalik hingga sebati.
  4.   Alas acuan lompang dengan paper cup, tuang adunan hingga penuh.
  5.  Panaskan pengukus terlebih dahulu dan kukus selama 15 – 20 minit dengan api sederhana.
  6. Jika ingin apam mekar, guna double action baking powder, jarakkan acuan dan kukus dengan api yang besar.


16 comments:

Unknown said...

Assalammualaikum Ros....sana sini kwn2 blogger buat apam ni. Akk je tak mengapam....hehe...tunggu hari sekolah baru rajin. Sedap eh apam ni, kena buat juga nmpknya. Akk pun tak suka air gas, tak lalu tekak ni, minum pun terpaksa.

Unknown said...

salam Ros, akak pun dah berangan nak buat jugak apam ni tunggu giliran je lagi ingat hari ni nk buat tapi busy dengan kerja lain maka tak jadi lah mungkin esuk lusa jadi kot heee bahan semua dah lengkap dah tapi sebelum tu nak rasa yang Ros punya bak sebijik!!

Mamasya said...

Salam Ros..slmt berhujung minggu.apam nipun masuk senarai juga tp tak tahu bila nak mambuatnya sbb nampak lembut je.
biasa kalau penat masa memandu....mengantuk org suka minum air 100 plus tp rupanya elok juga minum bila kena cirit birit dan badan seram sejuk.

aziahmk said...

Mai pos kat aku sket :)

Asmara said...

menarik apam oreo ni. kalau tukar biskut lain pun boleh kot ek? hehe..

mama sara nur @ Cik Nor said...

assalam
memang menarik dan amat tertarik tgk apam ni, oreo yg digemari anak2
emm sama anak2 akak tak suker air bergas kecuali 100 plus kena paksa minum bila demam sb Doktor yg shorkan

rostina76 said...

As salam k.zana.......u al @Msia dah nak start buka sek kan kami @sini baru start cuti. Ros masa cuti le kena ada stok makanan byk2 (dorg boring kat rumah).

rostina76 said...

Salam knoor....ada balance 2 ketui ja ni. sat lagi abis le tu dorg makan blk mgaji...

rostina76 said...

salam mamasya....bagus kak minum 100+ sebab ia kaya dengan mineral & kurang gula. Kalau cirit birit mmg membantu sgt

rostina76 said...

aku xmau post. nak tg ko dtg sini. cpt aar dtg!!!

rostina76 said...

Hehe, blh je As guna biskut chipsmore pun

rostina76 said...

Assalam......mmg budak2 suka kak tapi kena mention guna oreo sbb anak ros yg kecik tu dia nampak tompok2 hitam tu dia geli (ingat kotor)...haru btul!!!

Unknown said...

100plus ni ada guna buat apam gak...oo baru tahu...
sll hubby minum kalau perjalanan jauh seperti nak balik kg ker..tambah tenaga katanya....
tq

Qasey Honey said...

tq sudi mcuba resepi dr blog QH...

wooo...derhaka jugak yer...hehe..sma la ngn QH..memandai nk tukar2 bahan..jgn empunya resepi marah dah la kan...hehe...ok jugak yer guna 100+ tu..mesti lepas mkn apam yg comeii tu...akan kuat n bertenaga...haha...

rostina76 said...

izan, saje je tukar sbb nak bg match dgn requirement 4A+R........nanti pasni boleh bekalkan hubby to dgn apam oreo 100+ plak ;)

rostina76 said...

hahaha!!!kira 3 in 1, sedap, kuat & bertenaga.......

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...