بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Friday, 8 June 2012

Ayam Goreng Serai

Harini mommy jotdown resepi ayam goreng serai yang mommy masak semalam. Perlu jotdown sebab rasanya sedap walau nampak simple & senang.

Bahan2:
1/2 kg ayam (potong kecil)
5 batang serai (hiris nipis)
5-10 biji cili padi (hiris nipis)
3 helai daun limau purut (hiris nipis)
1 biji bawang besar (hiris nipis)
2 biji bawang putih (tumbuk lumat)
1 sudu kecil serbuk kunyit
Garam
1 sudu besar cuka makan
Minyak masak

Caranya:
1. Mula2 gaul ayam bersama2 dengan serbuk kunyit, garam & cuka makan. Perap selama 5 minit.
2. Goreng ayam sehingga garing. Ketepikan.
3. Menggunakan sedikit minyak gorengan tadi, tumis bawang putih hingga garing & masukkan semua bahan hiris.
4. Apabila bahan2 hiris telah layu, masukkan ayam yang telah digoreng tadi. Gaul sebati.
5. Hidangkan bersama semua bahan2 hiris.

4 comments:

Sonia ~ Nasi Lemak Lover said...

I am big fan of Lemongrass , I am sure this is delicious .

rostina76 said...

For 'serai' lover sure like it, i don't mind chew its as blend with the chicken.hehe!!

izan mama mia said...

hehe..serai mmg banyak manafaatnya...sesekali cuba resepi ni..best juga..

rostina76 said...

btul izan, byk manfaat...lama tak mskkan N3 info pasal tumbuh-tumbuhan ;)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...