بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Tuesday, 5 June 2012

APPLE PIE GORENG ala McD

Atas desakan k.Anis yang nak makan karipap (dah lama gak dia merengek2, mommy je malas nak uli tepung buat karipap). Maka, Ahad lepas mommy pun gagah le menguli tepung untuk buat karipap. Sebelum menguli tepung tu mommy dah prepared dulu inti kentang Sabtu malam. Ni nak citer pasal kejadian Sabtu malam le. Tengah dok kupas2 kentang bagai, mata mommy ni dok terpandang 4,5 biji epal yang tak laku atas tabletop. Pelik gak bebudak ni, selalunya xpernah cukup kalau beli epal, alih2 this time x abis plak. Mungkin sebab this time mommy beli epal washington (yang mommy snap gambar dalam N3 'An apple a day keeps the doctor away'. Selalunya mommy beli epal gala. Emmph!!! banyak songeh btui bebudak ni. 
So, bila dok terpikir2 apa aku nak buat dengan apple2 ni sebelum rosak & lembik? Tiba2 je mommy dapat idea nak bereksperimen dengan apple pie. Sebenarnya dah lama sgt2 nak buat apple pie tapi apakan daya Oh Oven!!!!so, bila pikir2 lagi mcm nak bake apple pie, xdak oven. Alih2 bayang McD yang muncul. Mommy try google2 ada tak org pernah buat apple pie goreng ni & terjumpa le dalam khazanah fotopage resepi ni. Tapi dia xtunjuk gambar, so mommy gamble le try. So last nite (sunday nite, we had a try "wahhh nyaman jua" kata org Brunei). Walau paras rupanya mendapat komen dari Arfa "mommy, McD punya panjang & bulat la mommy", pastu jawapan mommy "ini apple pie mommy masak bukan McD masak.
Untuk habiskan intinya, mommy mmg buat banyak sikit & simpan frozen. Bila pagi semalam (Isnin) goreng lagi untuk bekal budak2 sekolah, wah!! makin garing rasanya. So next time kalau nak buat, better uli2 & siap masukkan intinya pastu bekukan sekejap bagi lebih ranggup. Best sangat dapat kumpul lagi resepi2 yang sedap & simple macam ni. Walaupun not 100% taste like McD especially the pastry but overall really satisfied. Yang paling penting bagi anak2 kenyang.
So, untuk resepi ni mommy ceduk basic dari fotopage tu but i alter mana2 yang patut. Btw pastry ni sesual juga for karipap (mmg basic ingredients buat karipap pun).

Bahan2:
  • 4-5 biji epal (terpulang la epal merah @ hijau)
  • 4 cawan tepung 
  • 1 cawan shortening @ mentega (guna yang beku/sejuk)
  • 1 sudu teh garam
  • 1 cawan air sejuk (dari petiais)
  • 1/2 cawan gula (terpulang la ni kalau xnak manis sangat masuk sikit2 & rasa)
  • 1 sudu teh serbuk kayu manis @ boleh guna 2 batang kulit kayu manis
  • 1 sudu besar tepung jagung

Caranya:
  1. Untuk inti: Kupas kulit epal & potong dadu (kecil2).
  2. Campurkan gula & serbuk kayu manis.
  3. Di atas kuali, masak menggunakan api yang perlahan. Masukkan sedikit air (anggaran 1/2 cawan).
  4. Masak sehingga betul2 lembut.
  5. Lenyekkan 1/4 inti dengan garpu & biarkan selebihnya berketul. 
  6. Akhir sekali masukkan tepung jagung & kacau rata. Ketepikan.
  7. Untuk doh: Ayak tepung gandum & garam. 
  8. Masukkan shortening/margerin yang beku. Gaul dengan menggunakan hujung jari & ramas sehingga menjadi seperti serbuk roti.
  9. Masukkan air sedikit demi sedikit & uli sehingga menjadi doh yang licin.
  10. Ambil sedikit doh & canai. Kalau betul2 nak ikut yang McD, potong panjang 8 inci & lebar 5 inci.
  11. Letakkan inti epal di tengah2 & lipat pastry.
  12. Gamkan dengan sedikit air di kelilingnya & tekan menggunakan garfu.
  13. Panaskan minyak & goreng pie sehingga masak & garing. Toskan minyak.
  14. Sedia dihidangkan panas2 (hati2 dengan inti yang panas).

20 comments:

Qasey Honey said...

kreatiff...mmg nmpk mcm mcd punya...sedap tu...nk kalau rajin nk cuba jugak..

tun_telani said...

wahhh.. epal pie versi goreng ^^ semalam tun baru mkn apple crumble, tp kedai punya. hihi

ummiaisyah said...

br aritu bli mcd punya..terdetik gak nk buat sendiri..mesti cuba resepi ni..tengkiu tina!

mama sara nur @ Cik Nor said...

assalam
sedapnya Tina
my feberet bila makan di Md ni
suka inti apple emmm yummy

MOH KEMBARA said...

Salam Yong,
Yaaa cam karipap tapi inti epal yg manis!

dekdaa said...

Saya suka... saya suka.. saya suka apple pie mekdi.
Tapi nak membuat tu yang malas hihi.

rostina76 said...

Tapi Arfa cakap McD punya panjang & bulat. hahaha!!!!

rostina76 said...

Kalau ada dekat2 McD mcm dok Msia dulu mmg xde nak rajin2 buat ni Tun.

rostina76 said...

Hehe, nanti ummiaisyah buat tayang kat kita plak ekk.

rostina76 said...

Assalam mama sara nur. YUMMY!!!

rostina76 said...

Salam Yong......yelah kak, karipap inti epal (bahasa melayu)...org putih panggil apple pie. heheh!!!

rostina76 said...

Kalau dekdaa malas, mai jelah rumah kros. nanti kros bg tapau skali bila2 ko travel :P

Unknown said...

sedapnyer...saya kalau nak makan beli jer sbb xpandai masak..ish..ish...

Asmara said...

husband minat betul ngan pie apple. kene tunggu musim baru boleh buat selalu. hehe..

rostina76 said...

izan, kalau anak sorang berbaloi beli je sbb senang hulur duit. hehe, bila anak dah mcm keretapi ni better wat sendiri. puas makan ;)

rostina76 said...

untung bini dia terer masak ;)

dekdaa said...

Wah siap nak bg tapau tu.. tp kena pos kat saya lah.. jauh di kelate nih :P
Sampai2 je dah jadi benda lain kekeke.
Eh.. tahan berapa lama nih?

rostina76 said...

Pos2 xmain aar. tg dekdaa smp brunei dlu baru tapau :P

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

wahh.. sedapnyer.. dah lama akak tak buat apple pie ni..

dulu pernah buat di sini http://mamawandiha.fotopages.com/?entry=1605773

nur_iddin said...

sis, inti tu boleh tahan berapa lama ek. tq :*

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...