بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Thursday, 28 June 2012

Testing, testing.....Meat Lasagna siap!!!!

Assalamualaikum.
Hehe,testing!testing! oven baru. Walau bukan hak kekal mommy tapi teruja sangat bila tuan rumah htr oven baru semalam. Yang pasti, MOMMY YANG RASMI. Lalalala!!!!akan ku pergunakan ke tahap maximum sementara menjadi tuan punyanya ni. Sendiri punya belum tentu dapat yang gedabak mcm ni kan? Brand & size sama macam yang lama dulu tapi color saje yang beza. Mungkin dulu tema tuan rumah putih (semua oven, stove, microwave & dishwashing warna putih). Tapi since mommy mitak tukar stove yang tersumbat dulu dia dah tukar tema jadi stainless steel color plak. So, oven baru dia ni pun stainless steel gak. 
Semalam oven sampai mommy terus berangan nak buat tu, nak buat ni. Hehe!!!pepepun yang pasti 1st yang siap sudah semestinya LASAGNA. Nape????? Eh, dulu oven lama rosak masa mommy tengah prepared nak buat lasagna, jadinya terbantut sampai le siap harini (phewww!punya le lama peram kulit lasagna tu dalam peti ais. 
Resepi Lasagna ni mommy buat simple je (ada follow yg resepi @box lasagna sheet tu juga). Dalam gambar nampak a bit dry sbb dah overnite ni (pagi ni baru snap picture). 
Bahan2:
250g Instant Lasagna sheets

Bahan2 Inti:
2 sudu besar minyak zaitun
1 biji bawang besar (dadu kecil)
2 biji bawang putih (tumbuk)
1 biji carrot (parut/dadu)
250g daging kisar
1 tin sos bolognese
Garam
Gula
Serbuk lada sulah

Bahan2 sos keju:
2 sudu besar butter
2 sudu besar tepung gandum
2 cawan susu segar/cair
125g keju mozzarella 
stok ayam

Cara menyediakan inti daging:
1. Panaskan minyak & tumis bawang sehingga layu.
2. Masukkan daging kisar & carrot. Masak sehingga garing.
3. Tambahkan sos bolognese & tambahkan perasa, lada sulah, garam & gula.
4. Ketepikan.

Cara menyediakan sos keju:
1. Cairkan butter & campurkan tepung.
2. Kacau selama lebih kurang 2 minit dgn api perlahan.
3. Alihkan pan dari api & tuang susu segar. Kacau sebati.
4. Renehkan semula di atas api perlahan.
5. Kacau & tambah perasa garam, stok ayam & tabur juga keju mozzarella.
6. Ketepikan.

Cara menyediakan Lasagna:
1. Panaskan oven baru (hehe,gedik) kepada 180'C.
2. Griskan baking dish dengan mentega (kalau guna casserole xyah pun xpe).
3. Tuangkan 1/2 cawan inti daging ke dalam acuan & ratakan.
4. Lapiskan dengan kepingan lasagna (pastikan rata menutupi inti daging).
5. Kemudian, lapiskan pula dengan sos keju & ratakan.
6. Ulang langkah 3-5 sehingga selesai/habiskan kepingan lasagna. Pastikan lapisan atas sekali ialah sos keju.
7. Tabur parutan keju parmesan (mommy guna mozzarella je sbb tu mcm kering skit toppingnya).
8. Bakar selama 35-40 minit/ sehingga masak.
9. Biarkan sekurang2nya 5 minit sebelum dihidangkan.





16 comments:

Marya Yusof said...

As salam Kak Ros,

Oven baru!! Patutlah bau kedai td! hehehe... Gurau ye kak :)

Ni yg nak kena cr kulit lasagna ni... teringinlah pulak nak buat! yummeh! gulp!

MOH KEMBARA said...

Salam Yong Ros,
Semangat tuh.
Akak bila lasagna dah overnite dan nak reheat, akak siram sikit dgn fresh milk, bagi basah-basah sikit.

GreenJade said...

selonok nye dpt oven baru..baik betul hati tuan rumah..hepi baking n cooking sis... :)

hehe lama sgguh terperap menu lasagna tu..best2..boleh try buat nnti ni :) *hugss*

rostina76 said...

Assalam marya.heheh!!!mmg semerbak rumah bau kedai ni :P
btw, sah dah ni kot Iman nak dpt adik, kik3x....

rostina76 said...

ohw yeke kak???tak tau caranya. satu lagi yang nampak kering sbb xde parmesan cheese kot? sbb biasa parmesan yg buat meleleh tu kan. pepepun 3A ni mmg sapu bersih dah. pasni sure mintak pizza le plak. sakan bantai oven baru ;)

rostina76 said...

manyak selonok wa tatak malu ooo bkn waa punya yanji wa blh layan baking.kik3x....

tun_telani said...

baiknyer tuan rumah!!!! nmpk sgt mantap oben tu.. tun dh lama x mkn lasagna, xpernah buat sendiri sbb hasben tun nyer specialty is buat lasagna.. hihi.. dia suka eksyen2 kt dapur time buat lasagna, so wife dia terpaksa berpura2 xpandai buat. hihi

~~zana@pb~~ said...

wah..oven idaman akak tu ada kat sini? hehe...gunakan sebaiknya tau.
Ros, lasagna ni akak rasa resipi paling susah nak buat walaupun org kata senang. Susah...sb buat tak jadi..huhu

PatinPasta said...

Wah! Bersinar2 oven baru dia ye? Lepas ni buleh la amik tempahan lasagna, kan? kan? Kan? :D

Norzie hany said...

Bestnya dapat oven baru.

rostina76 said...

wah!!!!hebatnya laki bini terer masak. bagus tu kepura-puraan mu

rostina76 said...

itule kak, sementara org bagi pinjam ni mmg kena mempergunakan sebaiknya (eh, takut plak semangat sgt tapi baking xjadi hikks)

rostina76 said...

hehe, KO ADO??? eh, ko punye lagi gedabak kan? btw lasagna org spain xmakan. deme makan lempeng kelapa je :P

rostina76 said...

alhamdulilah, org kasi pinjam. aritu rasa mcm syahdu je lama bebenor tg tuan rumah htr.

mama sara nur said...

assalam
kalu akak pun bersemangat nk memasak dgn oven camni
td tgk blog Tina menu yg sama , nampak betul2 sedap entah bila nk cuba makan ni he he

rostina76 said...

Assalam mama sara nur....hehe, semangat bebenor ni smpkan blank plak nak bake apa.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...