بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Friday 18 May 2012

CEKODOK MILO

Hidangan breakfast 3S 
" senang+sedap+sempoi"
Sebenarnya last year, dalam bulan ramadhan kot kami berbalas2 juadah berbuka dgn jiran kami ni. Suatu hari tu, mrk bagi sebekas cekodok. Mommy ingatkan cekodok pisang since rupanya mmg mcm cekodok pisang pun, hitam! Tapi after berbuka, mok yg try dulu. Katanya "eh, sedap jeput(bahasa kelate utk cekodok/cucur) org ni buat, dia bubuh inti gapo?" Mommy pun belek2 tgk dalamnya mcm ada coklat filling. Mmg sedap rasanya. Tapi ini cerita tahun lepas, mommy pun xambil kisah sgt nak try sbb pikir lecehla cekodok nak letak filling bagai. Yelah, cekodok kan lembik adunannya pastu kita goreng plak tu, lain la kalau muffin boleh letak filling sbb kita bakar. 
Sampai le mommy tgk Hasue buat last mth kot. Baru dapat ideal rupanya dia just tabur choc chips bukannya letak filling. Oh! kalau mcm tu senang sgt la, mmg boleh buat. Jadinya pagi tadi baru teringat nak try buat cekodok milo ni versi bantai ikut resepi cekodok pisang. Bila dah siap, sedap jugak rasanya.
Memandangkan cekodok ni sememangnya hidangan yg mmg dah terkenal seantara Asia jadi rasanya mcm malu je nak tayang N3 ni tapi memikirkan mommy bukan nak tunjuk kat org (kalau org dah tertengok tu kira rezeki deme la ye). Kiranya mommy jot down resepi ni supaya kami tak lupa untuk mevariasikan lagi list cekodok kami (mmg sebelum ni dah ada versi ikan bilis, sayur, udang, gula, stok ayam etc...). Hehehe!!!!!layannnnn.
Bahan2:
  • 2 cawan tepung gandum
  • 1/2 cawan serbuk milo/koko
  • 1/2 cawan choc chips (terpulang la citarasa nak byk @ sikit)
  • 1 sudu teh sodium bikarbonat
  • 2 sudu besar gula (terpulang gak citarasa)
  • Sebiji telur
  • Air (anggaran 1 cawan-terpulang tepung)
  • Minyak untuk menggoreng
Caranya:
  1. Mula2 ayak tepung, milo & sodium bikarbonat. Gaul rata.
  2. Masukkan telur & gula. 
  3. Kacau sebati sambil ditambah air sedikit demi sedikit sehingga adunan lembik.
  4. Setelah adunan sebati, masukkan choc chips. Gaul rata.
  5. Bulatkan adunan menggunakan sudu & goreng sehingga garing. Toskan minyak.

p/s : Sedap dinikmati ketika masih panas kerana keranggupannya.



14 comments:

Qasey Honey said...

wah mnarik resepi ni...kreatiffff...lain dr yg lain...nmpk sedap tu..

MOH KEMBARA said...

Salam Yong,
cekodok ni versatile ropanya!

Unknown said...

salam Ros,belum pernah buat cekodok milo ni mesti sedap ni kan..nak try lah tunggu mood dulu hehee

Mamasya said...

Salam Ros.menarik cekodok milo....sesuai utk minum ptg anak2. butter prawn tu nampak sedap sgt..dah lama tak buat. tengok Ros sekeluarga mkn ambuyat...akak tak reti mkn ambuyat ni...

tun_telani said...

salam kak ros.. budak sure lajuu makan ni kan. kalau hasben tun, dia nk kne cekodok ikan bilis dia tuu je. kdg2 tun wat pelik2 bukannyer dia nk makan. hmpp..

rostina76 said...

Hehe, cedapppp

rostina76 said...

Mmg versatile yong ;)

rostina76 said...

Try knoor, jgn x try senang bangat

rostina76 said...

Kami pun x pandai, tapi nak try since mknan famous @brunei

rostina76 said...

Bukan bdk yg laju tun tapi mommy dia yg lajuuuuu

Unknown said...

Salam Ros, org Kelate ke? jauhnya merantau....hubby akak org Kelate plus Johor, bini dia Johor jati...hehe..
Akak pun belum mencuba resipi begini, walau malu nak tayang, peduli hape kat org...yg penting, sedap!

Sonia ~ Nasi Lemak Lover said...

never seen cekodok Milo before, but i am sure this is yummy, all kids will love this.

rostina76 said...

salam k.zana....ros org Besut,teganu (border aar tu dgn kelate). merantau ikut bos.hehe, malu sbb bkwn dgn org terer2 masak semua ni tmsk k.zana.hehe

rostina76 said...

hi sonia, tq for dropping by. hehe, yup for sure kids will love it sooo much especially with the plenty of choc chips inside ;)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...