بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Thursday, 24 May 2012

Pengat Sengkuang Cina/Tub Tim Krob

Cerita petang semalam......Mommy puasa & mengidam nak makan benda2 manis as a dessert. Baru le  teringat akan resepi 'TUB TIM KROB' ni. Water chestnut & nangka yg mommy beli lama dah hampir buruk (terlupa dah pasal beli bahan2 & nak buat Tub Tim Krob ni). Nasib baik sikit je yg terpaksa buang sbb busuk, kalau dak mau menyesal (mahal weh nangka tu beli).
Dok tgh sibuk prepare nak buat juadah berbuka tu (awal dr biasa le, dlm pkl 4pm). Tiba2 ada tetamu nak dtg adhoc htr barang. Punye le kelam kabut & menggelabah sbb rumah bersepah. Actually dia dah sms & call awal tapi sbb semalam mommy mmg penat & malas nak hirau psl handphone itu yg xsedar dia ctc. Pepepun, tetamu nak dtg kita sambut jelah walau tgh kelam kabut. Hehe!!!member dtg bwk buah tangan dr Msia (dia blk Malaysia & kononnya bg gift for Mother's Day). Itu yg gambar Tub Tim Krob tu dok menyendeng kat hamper cute sebelah tu. TQ dear Sara!
Untuk Resepi Tub Tim Krob ni mommy agak2 je sebab mommy tgk dlm youtube cara mcm dorg buat ni. Resepi ni lebih kurang kita buat pengat/bubur gayanya. Mommy buat 2 versi iaitu versi santan & versi air sirap (kami lebih prefer dalam air sirap.....Arfa ckp NYAMAN!!!).

Bahan2:
  • Sengkuang Cina/water chestnut (dalam 10biji)
  • Nangka (terpulang byk mana u al suka)
  • Tepung ubi/sagu (dalam 1/2 -1 cawan)
  • Pewarna merah (boleh je nak warna2 lain)
  • 500ml santan/ susu cair
  • Gula
  • Sedikit garam
  • Sehelai daun pandan

Caranya:

  1. Sengkuang cina dipotong kiub kecil-kecil.
  2. Kemudian rendamkan sengkuang cina tadi ke dalam bancuhan pewarna merah. Biarkan seketika.
  3. Apabila sengkuang cina tadi telah menyerap warna merah, toskan airnya.
  4. Gaulkan sengkuang cina bersama2 tepung ubi/sagu sehingga rata & rebus dalam air mendidih.
  5. Apabila terapung, sauk sengkuang cina tadi & terus direndam dalam air sejuk.
  6. Dalam periuk berasingan didihkan santan bersama daun pandan & gula. Letakkan juga sedikit garam.
  7. Masukkan hirisan nangka & reneh seketika.
  8. Semasa menghidang, masukkan sengkuang cina tadi ke dalam mangkuk & curahkan santan. Letakkan beberapa ketulan ais & sedia dinikmati.

#p/s
1. Bancuhan santan boleh diganti dengan sirap ros/sirap pandan @ sekadar susu cair.
2. Jika suka, boleh juga dimakan bersama coconut milk shake.

Versi sirap Ros kegemaran ramai.Nangka fresh!!

Versi bersantan. Gaya pengat/bubur manis. Nangka dimasak lembik!

6 comments:

Qasey Honey said...

mmg cukup lama sggh cri2 sengkuang cina tu...ssh btul nk jmpa...nmpk sedap jugak tu...minta smgkuk..hihi

~~zana@pb~~ said...

Wah....sedap ni, lebih2 lg cuaca panas....nnti akk nk cuba buat.

tun_telani said...

sedapnya.. tun kalau nangka ni mmg hantu. tp skrg bila makan berangin satu badan. uh uh.. sedih sedih..

rostina76 said...

kat sini senang plak dpt water chestnut ni. kalau @supermarket ni hari2 nampak.

rostina76 said...

sedap kak....smlm berbuka campur dgn sirap bandung plak.hehe!!

rostina76 said...

oooo, yelah kdg2 ada org alah dgn nangka kan. Tun boleh tukar dgn isi kelapa muda, takpun xyah campur mana2 buah pun blh ;)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...