بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Sunday, 20 May 2012

Rempeyek Kacang




Eksperimen Jumaat lps mmg betul2 teruja sebab dah teringin lama nak buat tapi asyik tertangguh je. Alasannya sebab berlambak org jual, bt apa susah2 nak penatkan badan. Tapi resepi2 tradisional mcm ni kalau tak try buat & simpan resepinya rasa sayang je sbb nanti akan hilang ciri2 tradisionalnya. Ramai sekarang yg jual pun dah guna peralatan moden/machine produce. Apa2 pun mommy bt sebagai eksperimen utk diri sendiri sebelum menjelangnya raya sebab mmg dah masuk dalam list antara juadah yg wajib ada raya tahun ni, Insyaallah. After all, xde susah pun cuma leceh nak menunggu satu persatu (itu aje cabarannya). 
Resepi ni mommy combine from banyak sumber & alter with my own style. Btw lupa nak bgt, kat Brunei ni kebanyakan rempeyek kacang ni dorg letak hirisan daun limau purut. Masa 1st time mommy try, emmph xsedap sebab janggal di lidah kita tapi bila banyak kali makan sedap plak. Sekarang pun mmg dah jadi snack/junkfood yg sentiasa ada kat rumah ni. Tapi apa2 pun better buat sendiri especially utk raya sebab lebih menjimatkan kos (hehe!! yg tu mommy beli satu tupperware besar BND5, kejap je licin). Besides that, kalau buat sendiri suke hati le nak letak banyak2 kacang & ikan bilis tu (yg org jualkan skit je dorg letak 2 bahan tu sbb nak jimatkan kos). 
Okey untuk resepi kat bawah ni mmg sukatannya dapat banyak (mommy dapat dalam 2 balang/canister brand tupperware). So, utk sapa2 yg nak try dulu boleh kurangkan sukatan separuh dari yg asal ni. Mommy pun bancuhan tu terpaksa simpan dlm peti ais utk 2nd trip sebab xlarat dah nak abiskan sekaligus.
Bahan2:
  • 500 gram tepung beras 
  • 2 cawan santan
  • 1 biji telur
  • 1  sudu besar ketumbar - kisar
  • 1  sudu teh jintan manis - kisar 
  • 4  ulas bawang putih - kisar
  • 1 sudu besar udang kering (dikisar) @ sedikit serbuk perasa ikan bilis
  • 1/2 cawan kacang tanah 
  • 1 cawan ikan bilis
  • Serbuk kunyit
  • Sedikit garam
  • Air 
  • Minyak untuk menggoreng
Caranya:
  1. Campurkan tepung beras dengan  santan. Kecairannya seperti  membuat tepung goreng pisang.
  2. Masukkan bahan kisar serta sedikit serbuk kunyit. 
  3. Panaskan sudip atau acuan dalam minyak panas.
  4. Sudukan sedikit adunan ke atas  sudip/acuan.
  5. Taburkan kacang yang telah dibasuh dan dikeringkan serta ikan bilis. 
  6. Lenggangkan dalam minyak panas hingga tanggal daripada sudip. 
  7. Goreng hingga garing. Toskan minyak
The Making
(Sila abaikan pemandangan work place yg bersepah tu ye)



p/s: 
# Kalau nak simpan, pastikan rempeyek telah sejuk sebelum dimasukkan dalam bekas  kedap udara.
# Pastikan rempeyek betul2 garing sebelum diangkat untuk memastikan ia sentiasa ranggup walau disimpan lama.

10 comments:

mama sara nur said...

assalam salam kenal
memang sedap rempeyak, kudapan yg disukai ramai
betul tu alasan biasa he he tp bila hasil tangan sendiri utk raya pastinya memberi lebih kepuasan kan he he
akak pun sama sebenarnya lama dah teringin nak cuba tp blm terlaksana he he

mawar merah said...

Salam ros..napa n3 ros x msuk dlm list akk ek. Patut la dah lama x nmpk..ke akk yg x perasan..Apa pun tahniah msh aktif n rajin mencuba kuih zaman kita kecik2 dulu..

Kuazue Mohamad said...

ok.... boleh lah azue try resepi mu nie nati.. tq

rostina76 said...

salam kenal juga mama sara nur. tq singgah. btw mmg seronok&puas bila dpt buat sendiri ;)

rostina76 said...

salam kak mawar merah ku....huhu, hilang dr pandangan ke? patut lama xdgr kabar. Ros ingat akak busy & lupa dah kat kita sejak blk msia. btw alhamdulilah masih aktif sementara ALLAH bg peluang bereksperimen ni.

rostina76 said...

hehe, try azue nanti juadah raya kita sama ;)

Mamasya said...

Salam Ros. rempeyek kacang....sedap ngunyah...sekeping-keping masuk mulut.mmg sesuai utk kudapan raya.buat juga last yr masa nak raya ...

eiramalik said...

salam kak ros, wah rempeyek, kuih feveret eira, tapi ira lom pandai buat lah kuih, dulu cuba byk kali x jadi2....pastu mls nak cuba lagi....sedapppnya..

rostina76 said...

baru 1st time buat kak, itu yg msk list utk raya

rostina76 said...

salam eira....cuba la skali lagi mesti jadi ;)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...