بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Friday, 25 May 2012

Timun duri tumis udang


Rupa Timun Duri yg seakan2 jambu batu.
Eksperimen mommy last wednesday dgn sejenis sayur yg sebelum ni mmg tak pernah nampak/makan. Cerita pasal sayur (bentuk macam buah jambu) ni since last year lagi tapi mommy macam x ambil port sgt sbb mula2 tu ingatkan jambu batu. Hehe, sampai le awal tahun ni le yg tergerak hati mommy nak tanya kat org berjual sayur tu apa bendanya & nama sayur tu. Minah Indo yg berjual tu bgt "Ini org Brunei panggil Timun Duri kak." Mommy melopong sambil jawab " ooooooo, ingat buah jambu."Pastu tanya lagi "Dorg masak mcm mana sayur ni?". Minah Indo pun pun explained la " Masak tumis macam sayur biasa kak, letak udang lagi nyaman." SEKIAN dialog mommy dgn minah Indo tu.
Murah je, 2 biji cuma BND 0.85 (RM1.40)
Last few weeks, mommy ternampak si Evelyn dr Shah Alam tayang resepi sayur ni kat blog dia tapi namanya lain. Nasib baik dia tayang gambar sayur tu sebelum potong, kalau tak mmg xcam pun sayur yg sama sbb lepas potong & masak rupanya macam labu air.
Silapnya mommy terover cooked. Kelam kabut tetamu datang rumah tu, lps mommy masak mommy just tinggal dlm kuali & tutup. Mestila jadi terlembik. Sepatutnya bila kita masak sayur, terus je angkat dari kuali.
So, mommy pun baru le berani nak beli & try resepi guna sayur ni. Dengan mengikut guideline dr Evelyn mommy pun try le masak sayur ni. Alhamdulilah, sedap le rasanya, nak2 plak ada udang tu. Walaupun rupanya macam labu air & tastenya pun lebih kurang sama tapi bagi mommy tekstur sayurnya lagi sedap timun duri ni. Pepepun ikut selera masing2 la ye.
K.Anis kutip makan udang & kuah saje sbb favourite dia. 










Bahan2:

  • 2 biji sayur timun duri (potong nipis)
  • 1 labu bawang besar (hiris nipis)
  • 2 biji bawang putih (tumbuk/hiris nipis)
  • 1 biji cili merah (hiris nipis)
  • 6-10 ekor udang kertas (buang kulit & belah belakang)
  • 1 sudu besar minyak bijan
  • 1 sudu kecil serbuk lada sulah/lada hitam
  • 1 sudu kecil perisa (mommy guna sedap rasa)
  • 1/2 sudu garam
  • Sedikit air
Caranya:
  1. Mula2 tumis bawang putih sehingga layu & masukkan udang.
  2. Masak sehingga udang berubah warna & masukkan sayur timun duri. Kacau.
  3. Tambahkan minyak bijan, serbuk lada sulah, perisa & garam. Kacau lagi.
  4. Tambahkan sedikit air untuk membuat kuah.
  5. Akhir sekali tabur bawang besar & cili. Reneh seketika.
  6. Sedia dihidang.

13 comments:

tun_telani said...

Oooooo... jakun! jakun.. hehe.. tun ingat spesis jambu.. ;p specis timun rupa2nya.. nx time blh la beli kalau jumpa.

Bicara Kak Noor said...

Ros,akak tak pernah beli pun timun ni selalu tnegok kat supermarket takut nak beli sbb tak biasa makan hehee lagi sorang jakun macam tun telani jugak heee

MOH KEMBARA said...

Salam Yong,
ohhh timun yaaa...cam labu airlah. Memang ada nampak, ingatkan jambu air!

Mamasya said...

Salam Ros.akak lupa apa nama sayur ni tp akak tak panggil timun duri...pernah juga masak, masak sayur air..lemak.akak kenalpun sayur ni masa arwah FIL ada....arwah suka mkn sayur ni buat ubat katanya.

Asmara said...

Salam kak, first time jugak tengok timun ni. mcm labu air ye rasa dia. berkhasiat kot bak kata mamasya. ;D

rostina76 said...

hahaha!!!sama2 jakun le kita.

rostina76 said...

sorang lg geng jakun....beli la knoor. sedap gak sayur ni ;)

rostina76 said...

uish yong, kalau jambu air besorrr ni. yg peliknya biji kat dalam tu mcm biji mangga muda ada gak (tapi kecik jelah bijinya)

rostina76 said...

kalau ikut Evelyn, dia panggil sayur sayuti (eh betul ke).....betul la tu kak, buat sayur bening buh lada hitam byk2 sedap gak ni. btw apa ekk khasiatnya tu. yg ros tahu kalau labu air tu blh menyejukkan badan

rostina76 said...

As, kros pun jmp kat brunei ni (dulu @Msia mmg xpernah jmp)....

Nastyna said...

chop, saya selalu nampak jugak benda ni kat kedai tapi tak pernah makan so tak pernah ambik tahu hihi. sedap ker? canner rasa dia?

brandkiss said...
This comment has been removed by the author.
brandkiss said...

aku bru thu...lg lah jakun.😓

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...