بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Wednesday, 2 May 2012

NASI KERABU BUNGA TELANG

Nasi Kerabu is in my top 3 favorite foods. Hehe, mmg xleh dipisahkan ibarat irama & lagu. Hahaha!!!biasale ore Pantai Timur weh, kalu dok make nasi kerabu tu kira pendatang asing la kot, kik3x....Tapi sebab kita kan 1 Malaysia, mana2 negeri & mana2 asal usul pun dah famous Nasi Kerabu ni cuma versi je lain2. Kalau sesetengah org buat letak daun limau purut le, lengkuas le, huhu!!!kalau ikut mok ambe mmg maroh le tu ubah2 history. Btw, itu typical mok nenek la. Org zaman sekarang ni suka ati le dorg nak olah mcm kan yg penting anak2 tekak family dorg happy. For me, personally kalau bab2 makanan tradisional ni i wouldn't against my 'che' because she is the master chef for me. Hehe, up skit 'mek kantin' ambe ni (fyi, mok masa muda2 dulu mmg tokey kantin sampai le umur pencen baru retired). So, for nasi kerabu, definitely kami adik beradik mmg dah tabik spring dkt resepi nasi kerabu hitam (using daun mengkudu) sbb aromanya lagi semerbak & of cause the taste pun emmmph!!! xleh nak cakap. Cuma satu kelemahan nasi kerabu hitam ni, warnanya mmg buruk (xmenarik langsung). Untuk org yg tak biasa jmp, mmg mcm ala2 terkejut & geli kot nak makan. U all blh tgk nasi kerabu hitam ni & nilaikan (tapi masa ni mommy snap guna hp & tgh2 subuh buta, so mmg x clear gambarnya). Insyaallah next time mommy buat lagi (for sure setiap kali bulan puasa xpernah miss menu ni). Tapi again, rupe je buruk tapi sedap.
N3 kali ni mommy try buat nasi kerabu biru (guna bunga telang). Bunga telang ni masa kami @Subang Jaya bibik Suliyah ada tanam (haii, teringat plak kat bibik aku ni - the best bibik ever) pastu lps dr tarikh dia balik mommy pun booo layan kat pokok ni. Skrg ni, mmg dah xde pun pokoknya dibuang oleh org cleaner. Nak jadi rezeki, masa pergi rumah k.Noor mg lps, ternampak bunga ni. Niat pergi nak cilok ulam-ulaman je, sekali terpandang Si Telang ni. After k.Noor offer trus rembat le. Siap amik biji benih lagi (dah tumbuh dah pun benihnya). Hehe!!!tq so much k.Noor, nanti bunga Telang Ros dah berbunga (harap2 sempat makan jasa bunga ni kat sini) nanti kita buat N3 special mcm k.Noor gak. Harini Ros pinjam gambar cik google je dulu pasal bunga Telang.
U al tengok le tu betapa birunya mata hitam ku melihat nasi yg putih 'ting' bertukar menjadi biru. Mmg menarik sekali warnanya compare tu nasi guna daun mengkudu yg hitam berbelak2. Hehe!!!ni kalau mok tgk mesti frust sbb mommy dah langgar taste dia. Tapi no worry, sbb warna je lain tapi rasa mommy cuba kekalkan walau sedikit berbeza sbb bahan2 utk nasi yg lain masih dikekalkan. Lagipun, nasi kerabu ni yang paling special ialah budu & tumisnya. Lepas ni, boleh le mommy variasikan koleksi nasi kerabu mommy. Ada satu lagi type nasi kerabu yg family kami selalu buat especially masa arwah ayah tiri kami masih hidup. Mok panggil 'Nasi Kerabu Darat', yang ni mommy belum buat lagi. Lagi senang yg ni sebab guna nasi putih biasa je cuma gaul dgn ulam-ulaman & sambal mcm nasi kerabu biasa. Yang tu later mommy jot down, harini kita study dulu resepi yg 'Nasi Kerabu Bunga Telang' ni.

Bahan2 nasi:
  • Beras (5cawan)
  • Bunga Telang (kisar & ambil airnya sahaja) - mommy guna dalam 15-20 kuntum.
  • Daun pandan (3 helai disimpul)
  • Serai (2 batang diketuk)
  • Air
Cara memasak nasi kerabu:
  1. Basuh beras sehingga bersih & toskan.
  2. Masukkan beras + air bunga Telang + daun pandan + serai ke dalam rice cooker.
  3. Tambah air jika perlu & gaul rata beras.Masak sehingga kering.

Bahan2 sampingan:
  • 1/2 biji kelapa diparut & digoreng tanpa minyak sehingga garing.Tumbuk sedikit utk meranggupkan lagi kelapa tersebut.
  • Rebus ikan tawar & ambil isinya.Tumbuk isi ikan & di goreng tanpa minyak.
  • Budu dimasak bersama2 1 btg serai + 1 buku lengkuas + 1 ikat batang kesum + 1 biji bawang putih tumbuk + 3 ulas bawang merah tumbuk + gula melaka + garam. Tambah sedikit air utk mencairkan budu.
  • Hiris ulam-ulaman seperti bunga kantan, daun serai wangi, daun kesum, daun gajus, kacang panjang, timun batang & taugeh.Pilihan ulam bergantung kpd citarasa masing2 ye.
* Semasa menghidang, campurkan kesemua kelapa goreng + isi ikan rebus + ulam-ulaman + budu.

Lauk tambahan:

1) SOLOK LADA

Bahan2:
  • Cili hijau (cari yg gemuk2 ye)
  • Kelapa parut (yg muda mcm nak buat kuih onde2 tu)
  • Santan pekat (kepala santan)
  • Bawang merah 6-7 biji
  • 1/2 inci halia
  • Isi ikan kembung/selayang/etc..
  • Asam jawa
  • Garam

Cara2 membuat solok lada:
  1. Ambil isi ikan yg telah dibasuh bersih (Isi ikan mentah ye). 
  2. Tumbuk bawang merah & isi ikan sehingga lumat (jgn blender, tak sedap).
  3. Masukkan kelapa parut, asam jawa & garam ke dalam isi ikan & bawang tadi.
  4. Gaul rata & ramas2 sikit bagi kental.
  5. Belah cili hijau & buang bijinya.
  6. Sumbat bahan gaul tadi ke dalam badan cili sehingga ketat.
  7. Setelah selesai menyumbat isi ikan ,susun cili tadi ke dalam periuk.
  8. Curahkan santan pekat ke atas cili2 tadi.(sikit je ye santan pekat tu, agak2 separuh tenggelam je).
  9. Masak di atas api yg perlahan & tutup periuk.Biarkan sehingga 5-10 minit @ sehingga isi ikan masak.
  10. Sedia dihidang bersama nasi kerabu mahupun nasi putih.
* Elakkan guna isi ikan yg telah direbus kerana solok kita jadi kering/overcooked & tiada lagi rasa manis/fresh ikan....Semasa kita meramas isi ikan mentah bersama bawang & asam jawa, isi ikan sebenarnya telah separuh masak, bila kita didihkan dengan santan pun cuma sekejap supaya kesegaran isi ikan tidak hilang.

2) DAGING BAKAR

Bahan2:
  • 500g daging (hiris nipis spt daging stek)
  • Serbuk kunyit
  • Garam
  • Gula melaka (hiris hancur)
Caranya:
  1. Perapkan daging bersama serbuk kunyit, garam & gula melaka (mommy guna brown sugar).
  2. Bakar/grill/goreng sehingga daging masak sepenuhnya.
  3. Hiris nipis2. Sedia dihidang.
3) TUMIS NASI KERABU

Bahan:
  • 10 tangkai cili kering
  • 8 ulas bawang merah
  • 2 cm halia
  • 2 sudu besar kerisik
  • 1 keping asam gelugor
  • Santan pekat (2-3 cawan)
  • 2 sudu besar minyak masak
  • Garam
  • Gula Melaka
Caranya:
  1. Kisar cili kering, bawang merah & halia sehingga lumat.
  2. Panaskan santan & masukkan semua bahan kisar.
  3. Apabila dah pecah minyak, masukkan kerisik, gula melaka, garam & kacau.
  4. Biarkan mendidih & pekat. Angkat.
Okey, semua dah complete ni set utk Nasi Kerabu kita. Boleh le try ye berani ke tidak makan nasi biru ni.

8 comments:

tun_telani said...

uwahhh!!! mantap! tun mmg hantu nasi kerabu nih. tp mmg lama la berperang kt dapur nk siapkan satu set.. biasa mkn ngan nasi putih je. yg penting sambal tumis tu kene wat banyak2. sedap!

ijayuji said...

Salam kak, pestaim makan nasi kerabu terus jatuh cinta ehehe... sedapnyerrr! penuhhhh pinggan! ada daging tu yg best, bila ntah nak rajin buat lagi :D

rostina76 said...

hehe, blh geng ni hantu nasi kerabu. kros buat ni, budu, blend bunga, sambal tumis, kelapa & sambal ikan awal2 siapkan. hari nak makan masak nasi & potong ulam je ;)

rostina76 said...

Kalau ikut ati nak layer lagi setingkat bahan2 tu apakan daya xcukup space dah pinggan tu. hehe, mmg sedapppppp!!

PatinPasta said...

Kak Ros,
Waaaah! Nasi kerabu! Sedapnye! Siap complete dengan rakan-rakan seperjuangan tu :D

Gitu ek buat solok lada. Kena guna isi ikan mentah la yek? Isk.. tingin lak nak buat ni. :D

Bagi menjawab soklan Kak ROs pasal fresh yeast tu.
Saya sekali beli sokmo dalam 2-3 peket/ketul fresh yeast pastu sumbat kesemuanya dalam freezer. Senang buat stok kot kalo datang angin nak meroti.

Kalo Kak Ros ada yeast yang berlebih, saya rasa buleh je sumbat dalam freezer. No hal rasanye. Kalo buleh jangan biorkan lama dalam fridge, better freeze kan terus jek.

rostina76 said...

Aida: tqvm for the info, really appreciate ;)

Bicara Kak Noor said...

salam Ros,akak tunggu Ros hantar nasi kerabu ni tak sampai2 hehe bila lah nak makan ni ya kena buat sendiri lah ni kot

rostina76 said...

la akak suko ke nasi kerabu.hehe, cheq ingat xsukooo...nanti cheq buat lagi, no worry. nasi kerabu ni menu wajib especially bln posa. species kulim @ rumah ni pun dah jatuh cinta dgn nasi kerabu cheq. mmg ngam sehati sejiwa dah ni. sabaq kak noo, nanti cheq hantaq pi sg liang poslaju.hehe ;)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...