بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Thursday 4 August 2011

Nasi kerabu hitam & solok lada

Hari kedua berpuasa dah teringin nak makan nasi kerabu hitam.....Mujur senang nak cari bahan2 walau terpaksa berkocoh2 kejar masa (maklumla the kids blk awal bln puasa ni so nak kejar g pasar agak kelam kabut).....Ada mmg la ada bahan2 yg diperlukan tapi mommy terpaksa drive jauh skit la ke pasar yg mmg ada semua bahan2 tu. Yg membuatkan hari kedua ni lagi bertambah kelam kabut, ter plan plak nak buat onde-onde.Aduh.....sakan le.Nasi kerabu ni senang je nak buat cuma leceh sikit sbb byk yg remeh nak kena sedia spt kelapa goreng, ikan rebus tawar, dan ulam-ulaman yg kena dihiris nipis2.....Yang lainnya nasi kerabu family mommy ni sbb kami mmg guna daun mengkudu utk masak nasinya & yg paling penting budu tu mmg dimasak dengan ramuan special.Lagi satu, biasanya kami mmg dah tak makan dgn tumis seperti yg dijual sbb budu tu itself dah mmg wangi & berperisa.So, utk u al yg nak try boleh la. Tak jemu makan nasi kerabu ni especially di bulan puasa sbb byk ulam-ulaman & lauk pun tak perlu byk.


NASI KERABU HITAM (DAUN MENGKUDU)

Bahan2 nasi
  • Beras (5cawan)
  • Daun mengkudu (kisar & ambil airnya sahaja)
  • Daun pandan (3helai disimpul)
  • Serai (2 batang diketuk)
  • Air
Cara memasak nasi kerabu hitam
  1. Basuh beras sehingga bersih & toskan.
  2. Masukkan beras + air daun mengkudu + daun pandan + serai ke dalam rice cooker.
  3. Tambah air jika perlu & gaul rata beras.Masak sehingga kering.

Bahan2 sampingan
  • 1/2 biji kelapa diparut & digoreng tanpa minyak sehingga garing.Tumbuk sedikit utk meranggupkan lagi kelapa tersebut.
  • Rebus ikan tawar & ambil isinya.Tumbuk isi ikan & di goreng tanpa minyak.
  • Budu dimasak bersama2 1 btg serai + 1 buku lengkuas + 1 ikat batang kesum + 1 biji bawang putih tumbuk + 3 ulas bawang merah tumbuk + gula melaka + garam.Tambah sedikit air utk mencairkan budu.
  • Hiris ulam-ulaman seperti daun kesum, daun serai wangi, daun gajus, kacang panjang, timun batang & taugeh.Pilihan ulam bergantung kpd citarasa masing2 ye.
Semasa menghidang, campurkan kesemua kelapa goreng + isi ikan rebus + ulam-ulaman + budu.Sedap dimakan dengan keropok ikan + solok lada + telur masin + ayam percik (hehe yg semalam masih sedap) + daging bakar + ikan goreng celup tepung + etc....




Solok tinggal sebiji je (Ni dah msk arini kedua baru berpeluang amik gambar, itupun sbb kakak ipar mitak resepi, kalau tak mcm malas je nak jot down. Gambar tak cantik).




SOLOK LADA
Ni yg kedua nak jot down resepi solok lada.....mmg simple dimple tapi mmg selera ambo le (ambo=saya=aku=I).

Bahan2
  • Cili hijau (cari yg gemuk2 ye)
  • Kelapa parut (yg muda mcm nak buat kuih onde2 tu)
  • Santan pekat (kepala santan)
  • Bawang merah 6-7 biji
  • 1/2 inci halia
  • Isi ikan kembung/selayang/etc..
  • Asam jawa
  • Garam

Cara2 membuat solok lada
  1. Ambil isi ikan yg telah dibasuh bersih (Isi ikan mentah ye).
  2. Tumbuk bawang merah & isi ikan sehingga lumat (jgn blender, tak sedap).
  3. Masukkan kelapa parut, asam jawa & garam ke dalam isi ikan & bawang tadi.
  4. Gaul rata & ramas2 sikit bagi kental.
  5. Belah cili hijau & buang bijinya.
  6. Sumbat bahan gaul tadi ke dalam badan cili sehingga ketat.
  7. Setelah selesai menyumbat isi ikan ,susun cili tadi ke dalam periuk.
  8. Curahkan santan pekat ke atas cili2 tadi.(sikit je ye santan pekat tu, agak2 separuh tenggelam je).
  9. Masak di atas api yg perlahan & tutup periuk.Biarkan sehingga 5-10 minit @ sehingga isi ikan masak.
  10. Sedia dihidang bersama nasi kerabu mahupun nasi putih.

(sorila gambar2 tu gelap sikit,maklum le amik time sahur.Masa b4 berbuka mmg xsempat,dok kalut nak hidang utk berbuka je.Pastu amik plak guna iphone je).

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...