بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Tuesday, 16 August 2011

NASI TOMATO + DALCA + ACAR NENAS


Petang ni mommy buat menu berbuka Nasi Tomato & dalca & acar nenas je.Kuih pulak buat cekodok pisang.Hehe,start masak dari 1pm til 4pm,pastu rush g amik daddy.Mana sempat nak buat 3,4 jenis juadah.Tapi elok juga menu sempoi & tak banyak mcm harini,atleast takde la membazir sangat.Masing2 pulun makan nasi je.Cuma air je ubah sikit.Harini mommy rebus barley utk buat limau barley.Pastu apple jus (beli dalam kotak).So, tgk la resepi menu2 sempoi mommy harini. 

1) Nasi Tomato
Bahan-bahannya:

  • 6 cawan beras basmati
  • 5 cawan air
  • 2 cawan susu cair
  • 1 biji bawang besar, dihiris
  • 3 ulas bawang putih dikisar
  • 3cm halia dikisar
  • 8 sudu makan tomato puri/ setengah botol tomato sos Maggi
  • 1 senduk minyak sapi/margerin
  • 3 kuntum bunga cengkih
  • 3 biji buah pelaga
  • 3cm kulit kayu manis
  • Garam secukup rasa
  • 1/2 cawan bawang goreng
  • Gajus goreng/kismis (optional)
Cara-caranya:
1) Basuh beras dan toskan. Panaskan minyak sapi di dalam periuk.
2) Masukkan bunga cengkih, buah pelaga, kulit kayu manis dan bawang merah yang telah dihiris. Tumis sehingga naik bau.
3) Masukkan bawang putih dan halia yang telah dikisar dan tumis sehingga garing. Kemudian masukkan pula tomato puri/ tomato sos.
4) Setelah naik bau, masukkan air, susu cair dan garam secukup rasa. Masukkan beras, bawang goreng dan gajus goreng. Gaul rata.
5) Setelah airnya kering, alihkan ke rice cooker.


2) Ayam masak merah
Bahan-bahannya:
  • 1/2 ekor ayam, potong ikut suka
  • 10 tangkai lada kering, direndam air panas dan dikisar
  • 2 biji bawang besar, dikisar
  • 2 ulas bawang putih dikisar
  • 1/2 cawan sos tomato
  • bawang goreng
  • gula secukup rasa
  • garam secukup rasa
  • minyak untuk menumis
Cara-caranya:
1) Ayam digaul dengan serbuk kunyit dan garam dan digoreng setengah masak.
2) Panaskan minyak dan tumis lada kering, bawang besar, bawang putih yang telah dikisar sehingga naik bau dan tanak rempahnya.
3) Masukkan sos tomato, bawang goreng, garam, gula dan ajinamoto. Gaul rata.
4) Masukkan pula ayam yang telah digoreng setengah masak dan masak sehingga ia pekat dan mendidih.


3) Dalca
Bahan-bahannya:
  • 4-5 ketul ayam/300 gm daging
  • 1 batang lobak merah
  • 2batang terung panjang
  • 3 biji ubi kentang
  • 2 biji tomato
  • 100 gm kacang buncis
  • 2 cawan kacang dal (Yang telah di rebus)
  • 8 sudu besar bumbung rempah kari daging
  • 1 biji kelapa (ambi 4 cawan santan)
  • 2 biji bawang besar (di kisar)
  • 4 ulas bawang putih (di kisar)
  • 3 cm halia
  • 5 cm kulit kayu manis
  • 3 kuntum bunga cengkih
  • 3 biji buah pelaga
  • air asam secukupnya
  • garam secukupnya
  • Minyak untuk menumis
Cara-caranya:
1) Bersihkan daging dan potong kecil-kecil.
2) Sayur-sayuran di potong mengikut selera anda.
3) Rebus kacang dal dan daging sehinga keduanya masak dan empuk.
4) Panaskan minyak dalam kuali. Masukkan kayu manis, bunga cengkih, buah pelaga dan diikut dengan bawang besar, halia dan bawang putih yang telah dikisar. Tumis sehingga naik bau.
5) Masukkan rempah kari daging, gaul rata. Masukkan asam jawa dan garam. Tumis sehingga ia masak dan masukkan rebusan daging dan sayur-sayuran. Kacau hingga sebati.
7) Masukkan santan dan masak sehingga mendidih dan rasakan garamnya.


4) Acar nenas
Bahan-bahannya:
  • 1 biji nenas, potong bulat dan potong empat
  • 3 tangkai lada kering, direndam air panas dan dikisar
  • 5 sudu besar gula
  • 1/2 sudu teh garam
Cara-caranya:
1) Gaulkan nenas dengan cili kering/cili boh.
2) Tambahkan gula & garam.Sebatikan semua bahan.
3) Sedia untuk dihidang.


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...