بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Wednesday, 10 August 2011

LOMPAT TIKAM


Semalam juga d samping tauhu sumbat mommy plan nak buat le satu lagi kuih yg manis...Tengahari tu ingatnya nak buat tepung pelita tapi terlupa pula nak order daun pisang.Huhu,cancel lu lah tepung pelita tu.Alternatively mommy cakap dgn mok kita buat lompat tikam le.Sedap gak tu....Maka terjadi la kejadian lompat & tikam semalam.Adoiiii,penat gile mengacau.Mana tak penatnya mok buat sampai 1 peket tepung beras tu...Mommy diam jela bila dia cakap takpe buat banyak boleh makan 3,4 hari.Hehe!!!yg nayanya jenuh mengacau (mula2 tu tepung banyak dari air susah le nak mengacau.....kena 3,4 kali tambah air).Last2 jadi la lompat tikam kami tu.
Hasil eksperimen, nak kata berbaloi sgt mengacau tak le juga sbb mok,mommy&arfa je yg pulun makan.Daddy xmakan pun,dia makan tauhu je sumbat ke mulutnya.Hehe!!!biasa la kan citarasa berbeza.Nanti la part nak jamu anak tekak daddy kaw2x tunggu mok balik dulu,baru mommy try resepi utara plak.3,4 hari yang tinggal sementara mok @sini kita pulun makan manis2 dulu ;)


Bahan2 utk kuih:
  • Tepung beras (250g-separuh peket)
  • 5 helai daun pandan (blend dan tapis ambil airnya)
  • 2 liter air (bancuhan mmg cair,biar tepung tu mengalir lalu je dari jari bila kita angkat)
  • 2 sudu teh air kapur
  • Pewarna hijau(jika suka utk mencantikkan warna)
Bahan2 utk kepala santan:
  • Santan pekat (1 tin/1biji kelapa)
  • Tepung beras (3-5 sudu makan)
  • Garam
  • Sedikit air (utk membancuh tepung)
Bahan2 utk manisan/air gula:
  • Manisan
  • Air
Bahan2 utk pulut merah:
  • Beras pulut (direndam semalaman / sekurang-kurangnya 2jam)
  • Pewarna makanan merah
  • Air

Cara2 membuatnya:
  1. Bancuh tepung beras bersama air pandan& sedikit air kapur.Uli dulu bagi mengelakkan tepung berketul2.
  2. Titiskan 2,3 titik pewarna hijau&uli sebati.
  3. Apabila tepung telah sebati,masukkan air & kacau sehingga tepung benar2 cair.
  4. Panaskan barter tadi di atas api yg perlahan.Kacau sentiasa bagi mengelakkan ia berketul.
  5. Apabila telah mengelegak, tuang barter ke dalam loyang.Sejukkan sebelum dipotong.
  6. Utk menyediakan kepala santan; campurkan santan pekat dgn tepung beras,tambahkan sedikit garam & panaskan sehingga mendidih di atas api perlahan.Kacau sentiasa sehingga pekat.Angkat & sejukkan.
  7. Utk menyediakan air gula;Cairkan nise/gula melaka dengan sedikit air & dimasak diatas api perlahan.Angkat & sejukkan.
  8. Utk menyediakan pulut merah;Rendam pulut dengan 3 titik pewarna merah.Tanak/kukus pulut sehingga masak.
  9. Semasa menghidang, potong kuih lompat tikam & disiram dengan kepala santan juga air gula.Kuih lompat tikam ini sedap dimakan dengan pulut merah sebagai pelengkap.
  10. Selamat mencuba!!


1 comment:

Azliene Sulaiman said...

pahh manenya aksi melompat dan menikam kuehhh tu.......?? ke lepas jadi uat kuehhh teruhh melompat dan rasa kuehh tu sedakk dgt smpaii menikam kalbu........ awww

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...