بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Tuesday 23 August 2011

Biskut Bunga Cina



Resepi biskut ni mommy dpt dr blog k.badaria.
Tak mengeciwakan sebab mmg ranggup & sedap.Try le ye

Bahan-bahannya:-

Bahan A

  • 250gm mentega
  • 200gm gula kastor
Bahan B
  • 1 biji kuning telur
  • 1 sudu teh perasa vanilla
Bahan C (diayak bersama)
  • 450gm tepung jagung
  • 3 sudu besar susu tepung (rata)
  • 3 sudu besar tepung gandum (rata)

Hiasan:-
Ceri merah dan hijau-potong kecil

Cara-caranya:-

1. Kacau mentega dan gula kaster sehingga ringgan dan kembang
2. Kemudian masukkan kuning telur, vanila esen. Gaul sebati.
3. Masukkan bahan C dan kacau perlahan-lahan sehingga menjadi doh
4. Picitkan doh ke atas loyang pembakar dengan acuan bunga semperit. Hiaskan dengan ceri merah dan hijau
5. Panaskan ketuhar. Bakar pada suhu 150c selama 15-20 minit

Nota:-
- Sukatan dalam resepi nie amat tepat, anda akan mendapat doh yang sempurna....iaitu tidak lembik atau keras sehingga susah nak tekan dalam acuan samperit.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...