As salam.....hari ke 3 berpuasa, menu kami masih nasi kerabu hitam (family mommy ni mmg kalau dah buat nasi kerabu mmg stok utk 3,4 hari). Ayam percik ada lagi, solok lada ada lagi. TAK BASI?? alhamdulilah masakan kita ni kalau bersih buatannya lambat basi. So, harini mmg relax sikit la rasa. Cuma pikir nak buat kuih apa je sbg tambahan juadah berbuka. Tengahari tadi masa lepas amik kids fr school mommy singgah kedai sayur beli pisang abu. Hehe, senang jelah goreng pisang ranggup. Bila dah sampai rumah tanya mok dia nak makan kuih apa untuk berbuka?Mok teringin nak makan tepung bunga. Hehe,semalam dia cakap nak makan akok, arini dah bertukar. Ok la tepung bunga, kalau akok lagi rumit (dasar org malas ni). So, confirm la goreng pisang ranggup & tepung bunga. CUKUP!!!! Alih2 masa nak masak kuih, mok cakap nak goreng pisang?sedap lagi sira pisang. Hehe,okla mok kita buat dua2. Arfa nak makan goreng pisang, mok nak makan sira pisang. So mommy pun bancuh le tepung salut pisang tu, tiba2 teringat kat inti kacang hijau mommy 1 tupperware yg belum terusik. Tanya mok, kuih kasturi tu salutnya sama kan dengan pisang goreng. Jawapan mok mmg la, cuma dia pekat sikit la dari salut pisang goreng tu.....Tiba2 ting!! dapat ideal nak buat kuih kasturi plak. End up nya,banyak kuih dari lauk le pulak harini.
Mommy jot down resepi tepung bunga dulu ye.
- Tepung pulut (250g)
- Air
- Telur
- Minyak utk mengoreng
Cara2 menbuatnya
- Uli tepung pulut dengan air (kami buat guna air pandan sbb nak dpt rasa pandan).Mok cakap kalau suka lemak, boleh tukarkan air biasa tu dengan santan cair.Dapatkan doh yg tidak terlalu lembik&tidak terlalu keras (macam doh onde2 ye).
- Cubit sedikit doh & bulatkan sebesar guli (terpulang la u al nak besar mana).
- Doh yg bulat tadi ditekan di tengah2 menjadi leper. Letakkan di atas kertas tisu/surat khabar.
- Ulang langkah 3 sehingga doh habis.
- Bancuh telur & pukul sehingga kembang.
- Celupkan tepung/doh leper tadi ke dalam bancuhan telur & terus digoreng sehingga garing.
- Sejat minyak seketika.
- Semasa menghidang u al boleh taburkan gula diatas tepung bunga @ cicah aje tepung bunga dengan gula secara berasingan.
No comments:
Post a Comment