بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Tuesday 30 August 2011

KACANG GORENG BEREMPAH




Emmph!!!terasa tak lengkap raya kalau takde kerepek @ kudapan....Kat sini tak jmp plak dorg jual banyak2 kerepek home made kecuali yg @supermarket(produk kilang) .Memandangkan kacang banyak lagi lebih selepas asingkan untuk buat kuah kacang esok, mommy decided nak buat kacang goreng berempah....Bila cik google search terjumpa teratak chetam yg buat kacang berempah ni.Malas dah nak search byk2 since dah takde masa ni,so mommy just follow resepi yg chetam buat......Emmph!!mmg berbaloi le buat sbb sedap & garing.So u al blh la tgk resepi dr chetam sendiri kat http://chetambiz.blogspot.com/ 

Bahan-bahan:

  • 1 kg kacang tanah
  • 10 biji lada kering
  • 10 ulas bawang putih
  • 1/2 sudu besar jintan manis
  • 2 sudu besar jintan pedas(mommy follow chetam guna jintan putih)
  • 2 sudu besar garam
  • gula 1 1/2 senduk
  • 2 biji telor
  • 4 senduk tepung gandum
Cara-cara:
    • tumbukkan lada kering bersama bawang putih.
    • masukkan ke dalam kacang dan gaulkan perlahan-lahan sehingga sebati.
    • masukkan garam, jintan manis, jintan pedas ke dalam adunan tadi.
    • kemudian masukkan gula perlahan-lahan. jangan bagi gula tersebut hancur.
    • masukkan tepung dan gaul.
    • akhir sekali masukkan telur. gaul biarlah rata ke semua bahan.
    • panaskan minyak dan kemudian sendukkan adunan tersebut lalu goreng.
    • kacau perlahan-lahan dengan api yang sederhana.

    No comments:

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...