بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Wednesday 3 August 2011

Ayam Percik Kelantan

Menu pertama berbuka puasa (sungkai kata org Brunei ni) ialah Ayam Percik Kelantan.....


Bakar cantik punya atas dapur gas (hak3x....,malas nak hidupkan arang)...Ni resepinya kalau next time nak buat ye.

Bahan2
  • Ayam (seekor belah 4)
  • Santan pekat
  • Bawang merah (5-6 biji)
  • Halia( 1 inci)
  • Cili giling/cili boh
  • Garam
  • Asam jawa
  • Serbuk kunyit

Cara2
  1. Perap ayam dengan garam & kunyit. Kemudian bakar sehingga masak.
  2. Semasa membakar ayam,sediakan kuahnya.
  3. Kisar/tumbuk bawang merah & halia.
  4. Masukkan bahan kisar + cili giling + garam + asam jawa ke dalam santan pekat.
  5. Didihkan kuah sehingga mendidih (pastikan sentiasa kacau bagi mengelakkan santan berketul & pecah minyak).
  6. Setelah kuah telah pekat & ayam telah garing.Curahkan kuah ke atas ayam bakar & bakar semula ayam tersebut.
  7. Ulang langkah 6 sekali @ 2 kali (bergantung kepada kepekatan santan).
  8. Apabila ayam telah garing boleh lah dihidang dengan lebihan kuah dicurah ke atas ayam di dalam pinggan.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...