بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Monday 15 August 2011

ROTI JALA & KARI DAGING

Jumaat 12/8/2011 -hari ke-11 kami @Brunei ni berpuasa.Takde menu best sangat cuma nak jot down resepi roti jala.Dah lama betul la tak buat,rasanya pernah buat sekali masa umur Zafran setahun.Mommy buat masa tu sempena hari jadi Zafran yang ke-1 tahun.Hehehe!!jemputan adik beradik & jiran rapat, Marina je.Masa tu buat siap telefon ma (kngah mommy @Besut).Hehe!!!nasib baik telefon dia kalu tak bubuh kunyit doh dalam adunan roti jala tu (ingatkan kuning sbb kunyit)....Btw alhamdulilah yang mommy buat kali ni sedap & lembut sangat.Terima kasih kepada My Resepi oleh herdawaty abuothman.Resepinya mudah & sedap.

Bahan-bahan ( 20-25 biji )

  • 3 cawan tepung gandum
  • 1/2 sudu besar minyak masak
  • 1 sudu kecil garam
  • sedikit pewarna kuning
  • 1 biji telur
  • 2 1/2 cawan air/santan/ susu segar

Cara-cara

  1. Blendkan semua bahan di atas hingga sebati.
  2. Kalau nak tahu adunan dah boleh jala ke belum, cuba masukkan sesenduk ke dalam acuan. Kalau keluarnya tak putus-putus maknanya dah boleh di jala menggunakan kuali non stick. Kuali biasa pun boleh asal tak melekat.
  3. Lepas jala atas kuali biarkan dalam beberapa saat. Kalau dah masak tak payah dibalik terus aje di angkat dan digulung.
  4. Bila dah siap bolehlah dimakan dengan kuah dal atau kari . Sesuai untuk open house sebab walaupun sampai ke petang roti jala tu tetap lembut seperti baru dimasak.
  5. Cubalah.

Gambar takde jugok weh...abis licin tinggal kuah kari daging je.Hehe, 2 hari berturut2 buat tapi tak sempat snap abis licin (puas hati betul buat, mok pun sahur tak makan nasi doh.Makan roti jala je)....Next time mommy snap gambar.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...